You are on page 1of 6

KAJIAN TINDAKAN 2010

NAMA: MUHAMAD HAFIZ BIN RAMLI NO. K/P: 831008-11-5361 TAJUK: PENGGUNAAN KAEDAH MNEMONIC UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PENGIRAAN KETUMPATAN DI BAWAH TAJUK KETUMPATAN KE ATAS 60 ORANG MURID TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI 2010 SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOTA KULAI

1.0 PENDAHULUAN Mata pelajaran Sains menengah rendah merupakan ilmu pengetahuan yang diajarkan kepada murid-murid yang menduduki tingkatan 1 hingga tingkatan 3 bagi semua sekolah menengah di Malaysia. Di dalamnya mengandungi gabungan mata pelajaran Kimia, Fizik dan Biologi yang mana akan digunakan sewaktu berada di kelas menengah atas. Oleh itu, sewajarnya murid-murid menguasai ilmu yang berkaitan dengan sains peringkat menengah rendah bagi memudahkan mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tajuk Konsep Ketumpatan ada dibincangkan di dalam bab 3 yang bertajuk Jirim bagi murid tingkatan satu sekolah menengah di Malaysia. Konsep ini membincangkan mengenai sifat sesuatu objek sama ada lebih tumpat atau kurang tumpat apabila dibandingkan dengan objek yang lain. Untuk itu, nilai-nilai ketumpatan bagi setiap objek haruslah diperolehi melalui pengiraan hasil bahagi antara nilai jisim bagi objek dan nilai isipadu objek itu. Ini secara tidak langsung akan mencambahkan lagi proses pemikiran murid-murid apabila melakukan sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan konsep ketumpatan. Menurut Abu Hassan bin Kassim dan Meor Ibrahim bin Kamaruddin (2006), terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah. Kaedah Mnemonic bermaksud satu kaedah yang digunakan untuk memudahkan proses mengingat sesuatu maklumat. Menurut Ebbinghaus (1913) di dalam kajiannya, hampir 40% maklumat yang didengar akan dilupai dalam tempoh setengah jam, 60% akan hilang dalam tempoh 24 jam, manakala 90% maklumat yang didengar akan hilang dalam tempoh 148 jam. Mnemonic berasal daripada perkataan Greek (mnemonikos), di mana mnemon bermaksud mind full, mna bermaksud remember dan ic bermaksud see. Dengan kata lain, mnemonic adalah satu sistem untuk mempertingkatkan ingatan seseorang. Melalui kaedah ini, ia membantu pengkaji mengingati apa yang dipelajarinya sewaktu berusia 15 tahun pada tahun1998 iaitu ketika menghadiri program Kelas Tusyen 1 hari di Sekolah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu, Terengganu. Pengkaji masih ingat apabila guru terbabit menggunakan situasi membuat ketupat pada hari raya. Di bahagian atas ketupat, diletakkan jem manakala di bahagian bawah ketupat pula diletakkan madu. Pengkaji seterusnya diminta untuk mengaitkan dengan formula pengiraan ketumpatan melalui penggunaan kaedah ini. Pengkaji mendapati ini sangat sesuai untuk mengira nilai ketumpatan objek yang digunakan. Bimbang ilmu ini akan berkubur tanpa waris, pengkaji cuba mengaplikasikannya kepada 60 orang murid tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Kulai dan mendapati terdapat peningkatan pemahaman murid dalam menyelesaikan masalah pengiraan ketumpatan ini.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH Pengajaran sains menengah rendah di sekolah menengah di Malaysia sangat penting bagi menjamin kejayaan masa depan murid-murid yang lebih baik. Walau bagai mana pun, sikap dan tabiat sesetengah murid yang tidak bersungguh-sungguh sewaktu mempelajarinya menyebabkan mereka menemui kegagalan dalam mata pelajaran ini. Ini kerana, mata pelajaran ini mengandungi bahagian yang berbentuk fakta, pengiraan dan lain-lain lagi. Proses latih tubi juga perlu dilakukan setiap masa bagi membolehkan murid-murid menguasai topik-topik yang dibincangkan secara menyeluruh.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dilakukan bagi membolehkan beberapa perkara dapat dicapai. Perkara-perkara tersebut ialah: a) Membantu menyelesaikan masalah pengiraan dalam konsep ketumpatan b) Membantu memudahkan proses murid-murid mengingat sesuatu. c) Mencambahkan idea kepada guru-guru untuk menggunakan kaedah ini dalam pengajaran mereka. 4.0 KAEDAH KAJIAN Di dalam kaedah Mnemonic ini, pengkaji telah membahagikan kaedah kajian ini kepada dua langkah iaitu Langkah Satu dan Langkah Dua agar objektif kajian dapat dicapai. Aktiviti yang telah dilakukan dalam Langkah Satu tersebut ialah: a) Menunjukkan formula pengiraan ketumpatan iaitu: Ketumpatan = Jisim Isipadu b) Memberi beberapa contoh pengiraan. c) Meminta murid menyelesaikan 5 soalan pengiraan. d) Mengutip kembali kertas soalan dan membuat analisis. Dalam Langkah Kedua, guru mengubah beberapa aktiviti untuk membolehkan objektif penggunaan kaedah Mnemonic tercapai. Langkah-langkah tersebut ialah: a) Menceritakan kisah membuat ketupat pada hari raya dengan meletakkan jem di bahagian atas dan madu di bahagian bawah ketupat.

b) Mengaitkan jem dengan jisim dan madu dengan isipadu serta ketupat pula dikaitkan dengan ketumpatan. c) Meminta murid menyelesaikan 5 soalan pengiraan yang sama seperti dalam Langkah 1. d) Mengutip kembali kertas soalan dan membuat analisis. 5.0 DAPATAN KAJIAN dan ANALISIS Setelah kertas soalan murid-murid dikutip sebaik sahaja kedua-dua langkah di atas diaplikasikan, pengkaji mendapati terdapat perubahan dari segi penguasaan dan pemahaman murid dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep ketumpatan. Untuk itu, pengkaji telah membuat analisis perbandingan di dalam Jadual 1 di bawah. Perkara a) Mendapat sekurangkurangnya 2/5 markah. b) Mendapat sekurangkurangnya 4/5 markah. c) Mendapat 5/5 markah. Langkah 1 (Bil. murid dan peratus) 45/60 (75%) Langkah 2 (Bil. murid dan peratus) 10/60 (16.7%)

10/60 (16.7%)

6/60 (10%)

5/60 (8.3%)

44/60 (73.3%)

Jadual 1

6.0 PERBINCANGAN Melihatkan kepada data yang dipaparkan di dalam Jadual 1, menunjukkan terdapat perbezaan dari segi bilangan murid yang dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan betul. Ini dapat dilihat apabila jumlah murid yang mendapat 5/5 markah (markah penuh) telah meningkat dari 5 orang murid ke 44 orang murid iaitu 39 orang murid didapati telah dapat mengaplikasikan kaedah Mnemonic ini dalam proses menyelesaikan masalah pengiraan konsep ketumpatan. Jadual 1 juga menunjukkan bilangan murid yang mendapat sekurang-kurangnya 2/5 markah telah menurun dari 45 orang murid kepada 10 orang murid (58.3% peratus penurunan). Melihat kepada 10 orang murid yang mendapat sekurang-kurangnya 2/5 markah pada Langkah 2, pengkaji mendapati murid ini mempunyai masalah untuk memahami soalan yang disediakan dalam bahasa Inggeris.

Perkara inilah yang ditekankan oleh pengkaji iaitu murid-murid mesti dapat mengaitkan istilah-istilah berikut agar mereka dapat menyelesaikannya dalam bahasa Inggeris. Di sini, pengkaji telah mengingatkan murid-murid agar sentiasa dapat membuat link antara istilah dalam Kaedah Mnemonic dengan istilah dalam tajuk ini. Istilah-istilah tersebut dalam dilihat di dalam Jadual 2 iaitu: Istilah Mnemonic a) Ketupat b) Jem c) Madu Istilah Bahasa Melayu Ketumpatan Jisim Isipadu Jadual 2 Istilah Bahasa Inggeris Density Mass Volume

7.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati terdapat jumlah peningkatan bilangan murid yang menggunakan kaedah ini. Ini secara tidak langsung membantu murid-murid untuk mengingat dengan lebih cepat sesuatu maklumat yang dibincangkan. Walau bagaimana pun, para guru harus memastikan murid-murid mereka telah mempunyai pengetahuan sedia ada bagi tajuk konsep ketumpatan. Ini bagi membolehkan murid-murid mengaitkan istilah Mnemonic dengan istilah dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Akhir kata, pengkaji memohon maaf jika kajian ini mempunyai kelemahan dan kekurangan. Harapan pengkaji semoga golongan pendidik dapat menggunakan kaedah ini sebagai sebahagian daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah. Selain itu, pengkaji juga berharap agar sudilah kiranya golongan pendidik yang lain membuat kajian lanjutan daripada tajuk yang telah dibincangkan ini.

8.0 Rujukan Abu Hassan bin Kassim, Meor Ibrahim bin Kamaruddin (2006). Ke Arah Pengajaran Sains Dan Matematik Berkesan. Modul Program Perguruan. UTM Skudai. Ng Chee Kin (2009). Hybrid Plus Science. Eastview Publisher. Selangor Darul Ehsan

9.0 LAMPIRAN Name: ____________________________________________________ Form : _____________ Instruction: Solve the questions below a) b) c) d) Write the formula to calculate the density of an object. Calculate the density of the chain if it mass is 135.1 g and the volume is 7 cm3. The density of copper is 8.9 g/ cm3. What is the mass of 10 cm3 of copper? The density of mercury is 13.6 g/ cm3. What is the volume of mercury which mass 340 g? e) Given that the density of gold is 19.3 g/cm3 while the density of water is 1 g/cm3. Does gold float on the water? Explain briefly.

You might also like