You are on page 1of 8

PENGGUNAAN KAEDAH 5W1H UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN

PENULISAN BAHASA CINA

1.0 Pengenalan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah penulisan bahagian B di


kalangan murid  di Tahun 6 Biru. Seramai 5 orang murid terlibat dalam kajian ini. 
Selain itu, saya juga ingin meningkatkan penulisan mereka dalam aspek yang betul.
Tinjauan awal  telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas. Saya dapati
terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi morfologi dan
sintaksis.S aya juga mendapati bahawa murid kurang mahir penggunaan kosa kata
dalam memenuhi kehendak soalan Bahagian B. Untuk mengatasi masalah ini, saya
telah menyediakan formula yang mudah untuk murid ini memperbaiki kemahiran
menjawab soalan Bahagian B Kertas Penulisan Bahasa Cina iaitu murid perlu hafal
Kaedah 5W1H yang diberikan. Hasilnya saya dapati, terdapat peningkatan dalam
penulisan Bahagian B.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

            Kertas Penulisan Bahasa Cina terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A,
bahagian B dan Bahagian C. Kajian saya berkaitan dengan masalah Bahagian B.
Masalah terutama dalam penulisan Bahagian B akan mengganggu murid mendapat
markah yang baik dalam Kertas Penulisan Bahasa Cina. Selain itu, jika murid tidak
dapat memenuhi kehendakan soalan Bahagian B dengan baik, juga tidak mampu
untuk membina sebuah karangan yang baik dalam penulisan bahagian C. Saya
dapati murid gagal membina ayat dengan baik. Struktur ayatnya tidak tersusun
dengan betul. Ini disebabkan murid kurang gemar membina ayat mengikut gramatis
Bahasa Cina. Berdasarkan refleksi pengajaran saya, saya dapati murid belum boleh
membina ayat secara gramatis dengan hanya melalui aktiviti perbincangan dalam
kelas dan perbincangan melalui kumpulan. Melalui aktiviti pembentangan hasil kerja
murid dalam pembinaan ayat juga tidak banyak membantu murid saya. Jadi, saya
cuba menggunakan Kaedah 5W1H bagi mengatasi kelemahan murid ini.

1
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya dapati bahawa 5
orang murid ini boleh menulis ayat dengan baik semasa bincangan dan lisan telah
dijalankan di dalam kelas. Tetapi murid-murid ini gagal menyusun struktur dengan
baik selain penggunaan kata yang kurang tepat. Oleh yang demikian, saya cuba
membantu 5 orang murid ini memperbaiki kemahiran dalam penulisan Bahagian B
agar murid-murid ini tidak terus tercicir dalam aspek penulisan dan mendapat
markah yang lebih memuaskan dalam Bahagian B.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 5 orang murid Tahun 6
Biru. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 2 orang murid yang lemah dalam
penulisan dan 2 orang murid yang diiharap boleh mencapai cemerlang dalam
Bahagian B penulisan.

4.0 PELAKSANAAN KAJIAN

4.1 Tinjauan Awal Masalah


Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan,
tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti. Langkah-langkah telah dilakukan
berdasarkan pemerhatian, pemeriksaan buku latihan dan PBS bulan Mac Tahun
2020.

i) Pemerhatian :
Saya telah memerhatikan tingkah laku murid melalui sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Saya mendapati murid mempunyai masalah penulisan
Bahagian B secara gramatis.

2
ii) Pemeriksaan buku latihan

Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan menyerahkan
buku latihan kepada saya. Setelah disemak, saya dapati murid belum dapat
menguasai cara untuk menjawab penulisan bahagian B secara gramatis. Mereka
mengarang dan menulis selapis dan kadangkala ayat yang dibina tiada kaitan
dengan gambar yang diberikan dan tidak memenuhi kehendakan soalan bahagian
B.

iii)  PBS 1 Penggal Satu


Selepas PBS bulan Mac, saya mendapati hasil daripada ujian tersebut, 5 orang
murid ini tidak menguasai bahagian B dengan baik dan gagal membina ayat secara
gramatis.

4.2 Tindakan yang dijalankan

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh


dua bulan melibatkan 5 orang murid. Pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan
setiap hari Isnin dan Rabu.
Kaedah 5W1H digunakan semasa menjalankan pengajaran penulisan ayat
dengan bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan ayat murid dari segi sintaksis
serta dapat mengembangkan isi penulisan.
Kaedah 5W1H adalah dengan menggunakan 6 jenis ayat tanya iaitu:

1. Bilakah (When)
2. Siapakah (Who)
3. Di manakah (Where)
4. Apakah (What)
5. Mengapakah (why)
6. Bagaimanakah (How)

3
Saya telah memperkenalkan kaedah “5W1H” kepada responden dan
meminta mereka mengingatinya. Perkataan yang mula-mula digunakan ialah “ siapa
” ( who ) iaitu siapa yang terlibat dalam situasi tersebut. Saya meminta pelajar
membayangkan siapa atau subjek dalam situasi tersebut kemudian pelajar di minta
menamakan subjek tersebut. Sekiranya subjek tersebut manusia, maka tuliskan
nama orang itu dan sekiranya haiwan atau benda tuliskan juga namanya.
Seterusnya “ bila ” ( when ), saya meminta pelajar membayangkan bilakah kejadian
tersebut berlaku iaitu dari aspek masa atau hari. Begitu juga dengan “ di mana ” (
where ), pelajar dikehendaki memberi contoh tempat kejadian atau sesuatu
peristiwa itu berlaku. Kemudian, melalui perkataan “ apa ” ( what ), pelajar perlu
menyoal diri mereka sendiri tentang apakah peristiwa yang berlaku. Bagi perkataan “
mengapa ” ( why ) pula, pelajar perlu menyatakan mengapa sesuatu peristiwa atau
keadaan itu terjadi. dan perkataan “ bagaimana ”( how ) pula memerlukan pelajar
memikirkan bagaimana keadaan atau situasi yang berlaku dan juga bagaimana
perasaan orang atau haiwan dalam gambar.

4
5.0 Rancangan Pengajaran Harian

Subject/ Subjek /科目: Theme/Tema/主题: Class/Kelas/班级: Date/Tarikh/日期:


华文 乙组作文 6B 22.07.2020 星期三
BAHASA CINA Topic/Topik/题目: 27 人 Time/Masa/时间:
解决问题 1200-1300
Minggu 27

Code/Kod/单元: Moral Value/Nilai Moral/ Cross Curricular Links/MerentasKurikulum/


3.7 道德价值:遵守纪律 跨课程元素:创意与革新、情境教学

Learning Objectives/Objektif Pembelajaran/教学目标: Success Criteria/KriteriaKejayaan/预期学习成果:


课堂结束时,学生可以: 学生将会成功如果他们可以:
1.书写说明文,做到内容具体,条理清楚,语句正确通顺。 1.根据情况,说明如何解决遇到的问题。
2.书写说明文。
Key Concepts Vocab/KonsepPenting/Kosa Kata/词汇: Resources/Sumber/资源:
顿时、道歉、赔偿 SmartOne

Lesson Outline Competencies Planning


Starter/ 1. 教师展示图片,学生观察图片。 No Competency Planned Description
Pemula/ 2. 教师解释今日课题。 for
导入 (√/X)

活动一:Promoting Thinking Skills 2 LOs & SCs √


1.学生进行审题,说出题目要求。
3 Resources √
2.学生分享讨论结果。
3.教师提问,并说明题目要求。 Subject
4 √
Display

Main 活动二:Cooperative /Collaborative Learning 6 Feedback √


Activities/ 1.教师与学生讨论在食堂遇到图片里的情况时可以怎
7 Assessment √
Aktiviti 么解决。
Utama/ 2.教师运用 5W1H 引导学生习写乙组作文。 Cooperative
活动 3.学生根据所讨论的内容完成乙组作文。 9 √
Learning
4.教师宣布优胜队伍,并给予学生鼓励。
Collaborative
10 √
Learning
活动三: Differentiation:Peer Assessment and
Self Assessment 11 Thinking Skills √
1.教师引导学生习写乙组作文。
2.学生书写乙组作文。 12 Differentiation √

Plenary/ 1.教师提问并灌输道德价值观。
Plenari/ 2.教师通过提问引导学生说出今日的预期学习成果。
结束 3.学生评估今日所学的技能。
(Thumbs up Thumbs down)

Impact
Progress Learning Objectives/ Follow-up/ Lesson Improvement/
Pencapaian Objektif Pembelajaran/ Tindakan Susulan Pembelajaran/ Penambahbaikan Pembelajaran/
学习成果: 跟进活动: 改进活动:

5
6.0 Analisis Data

Ujian Pra dan Ujian Pasca yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :

Bil. Nama Murid Pra Ujian Pasca Ujian Perbezaan

1. LEE MING XUAN 8/15 10/15 +2

2. LIU GUO WEI 5/15 4/15 -1

3. CHEW XIANG YI 4/15 7/15 +3

4. LAN RU YI 8/15 7/15 -1

5. WU WEN JIE 7/15 10/15 +3

PURATA 6.4 7.6 +6


Jadual 6.1 Analis markah Pra dan Pasca Ujian

Berdasarkan Jadual 6.1 di atas, terdapat perbezaan dalam markah pencapaian


pelajar yang telah menjalani proses tindakan yang dilaksanakan oleh saya. Jadual
tersebut menunjukkan perbezaan yang berlaku antara pencapaian ujian pra dan
ujian pasca. Purata bagi ujian pra ialah sebanyak 6.4 daripada 15 manakala min
bagi ujian pasca pula ialah sebanyak 7.6 daripada 15. Beza purata antara kedua-
dua ujian tersebut ialah sebanyak 6.
Oleh yang demikian, secara keseluruhannya purata pencapaian pelajar yang
menjalani tindakan tersebut telah melonjak dari 6.4 kepada 7.6. Dapatan
peningkatan purata dalam ujian pasca telah membuktikan bahawa terdapat
perubahan pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran penulisan ayat dalam
Bahagian B.

6
6.1 Graf Analisis

GRAF ANALISIS PERBEZAAN ANTARA UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

7
7.0 Refleksi Kajian

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid, kaedah yang telah  dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif.
Peningkatan skor markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang
dilaksanakan sangat bersesuaian dan berkesan.Murid semakin yakin untuk
membina ayat yang gramatis. Daripada tinjauan yang dibuat, murid telah mengikut
kaedah yang dipelajari. Murid tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk
mendapatkan maklumat dan membina ayat yang gramatis. Saya juga melihat murid
seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya akan membuat latihan
penulisan Bahagian B.
          Sebagai seorang guru, saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila
saya melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi
serta kaedah yang diberikan sangat bersesuaian dengan murid. Pada pandangan
saya, murid ini mampu melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka
mendapat panduan dan cara yang betul untuk membina ayat dengan baik. Saya
juga telah dapat membaiki kelemahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

7.1 Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya


Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yan disasarkan. Namun
begitu, usaha diteruskan agar murid mahir sehingga mereka boleh menguasai
penulisan dengan gramatis semasa UPSR pada tahun depan. Saya juga akan
menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam Kertas Penulisan
Bahasa Cina.  
Kesimpulannya, kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi
manfaat kepada murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi
kelebihan kepada guru untuk memperbaiki pengajaran.

You might also like