You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UTAMA DAMANSARA 4 47800, PETALING JAYA, SELANGOR

KERTAS CADANGAN

ENGLISH STATIONED GAMES

ANJURAN KELAB BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UTAMA DAMANSARA 4

PENDAHULUAN Program English Stationed Games adalah satu aktiviti berbentuk permainan berstesen yang akan dijalankan oleh Persatuan Bahasa Inggeris pada waktu kokurikulum di sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Bahasa Inggeris dengan memperkenalkan pelbagai permainan yang menarik dan merangsang minda. Permainan yang akan dijalankan melalui aktiviti ini diharap dapat membuka minda dan mengubah persepsi murid terhadap subjek Bahasa Inggeris yang dianggap sebagai satu subjek yang sukar bagi sesetengah murid. OBJEKTIF Menarik minat murid-murid untuk mendalami Bahasa Inggeris. Meransang minda murid-murid dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Meransang rasa bersaing murid dan juga mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu. Memenuhi waktu kelab dan persatuan dengan aktiviti yang menarik dan berguna. Memberi pendedahan kepada murid untuk membantu

mengendalikan aktiviti ini. JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM Rujuk Lampiran 1 TENTATIF PERLAKSANAAN Tarikh Masa : : 18 September 2013 2.00ptg 3.30ptg

Tempat

Perkarangan Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4

TENTATIF PROGRAM Tarikh : 18 September 2013 2.00ptg 2.15ptg Hari : Rabu

: Murid-murid berkumpul untuk aktiviti kokurikulum sekolah. : Murid-murid persatuan Bahasa Inggeris diberikan taklimat aktiviti hari ini.

2.30ptg

: Murid-murid dibawa ke stesen yang telah ditetapkan dan aktiviti dimulakan.

3.15ptg 3.30ptg

: Murid-murid berkumpul semula di kelas. : Guru mengumumkan pemenang aktiviti pada hari ini.

PELAN KEDUDUKAN STESEN Rujuk Lampiran 2 KUMPULAN SASAR Ahli-ahli Persatuan Bahasa Inggeris SKBUD4 PENUTUP Program English Stationed Games yang akan dijalankan ini amat memerlukan komitmen dari semua pihak. Aktiviti ini diharap dapat sedikit sebanyak menarik dan memupuk minat murid-murid untuk mendalami Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam. Permainan-permainan yang akan dijalankan melalui aktiviti ini diharap bukan sahaja dapat menarik minat murid bahkan dapat memberikan input secara kontekstual kepada semua peserta aktiviti ini.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

-------------------------------------------(SYAMER MUHAZZAB ABD MALEK) Guru Praktikal, SK Bandar Utama Damansara 4.

-------------------------------------------(PN NESARATNAM UMADEVI) Guru Penasihat, Kelab Bahasa Inggeris, SK Bandar Utama Damansara 4.

Disahkan oleh:

-------------------------------------------(EN AHMAD KAMAL MOHAMMED ARSHED) Penolong Kanan Ko-Kurikulum, SK Bandar Utama Damansara 4.

Lampiran 1 JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM PENGERUSI En. Yeo Sai Lim TIMBALAN PENGERUSI En. Ahmad Kamal b. Mohammed Arshed PENASIHAT Pn. Nesaratnam Umadevi PENYELARAS En. Syamer Muhazzab bin Abdul Malek Cik Nor Nabila bt. Zainudin AHLI JAWATANKUASA Pn. Fuzliyati bt. A. Rahman Pn. Kuan Choy Mei En. Muazzam Shah b. Samsudin Pn. Norbashida Nordin

You might also like