You are on page 1of 23

Perisian Kursus

(Course Software) Nadhrah Nurul Jannah

Penyediaan
Model pengajaran Gagne (1981) banyak di rujuk dalam pembangunan perisian kursus dan ia melibatkan sembilan tahap pengajaran.

Mendapatkan perhatian Pengajaran mestilah dimulakan dengan suatu yang dapat menarik minat atau perhatian pelajar. Sesetengah perisian kursus menggunakan video atau audio yang digabungkan dengan animasi atau grafik yang menarik.

Memaklumkan objektif kepada pelajar Tujuan pengajaran mestilah dijelaskan kepada pelajar agar mereka lebih bersedia menerima apa yang akan diajar.

Mengingat kembali pengetahuan sedia ada Pelajar hendaklah digalakkan mengingat kembali pengetahuan sedia ada. Antara cara-cara yang boleh dilakukan ialah dengan meminta pelajar menjawab beberapa soalan ringkas atau dengan menyatakan maklumat penting yang diperlukan.

Membantu pembelajaran Isi dan fakta hendaklah disokong dengan contoh-contoh yang sesuai bagi membantu pemahaman pelajar.

Menyampaikan maklumat Maklumat mestilah disampaikan dengan tepat dan ringkas. Ia hendaklah disampaikan dengan menarik dengan menggunakan grafik yang sesuai, animasi, audio dan video. Untuk membantu pelajar memahami pelajaran, bilangan isi atau fakta di dalam satu skrin yang disampaikan hendaklah dihadkan supaya pelajar dapat memahaminya dengan mudah.

Memberi latihan Latihan yang dijalankan hendaklah disesuaikan dengan kandungan pelajaran yang disampaikan. Latihan boleh dilakukan sama ada melalui soalan-soalan yang di bekalkan bersama dengan perisian kursus atau soalan-soalan yang disediakan oleh guru.

Pencapaian atau respons pelajar kepada soalan-soalan menentukan sama ada mereka telah memahami kandungan pelajaran yang di sampaikan.

Memberi maklum balas Satu kelebihan penggunaan perisian kursus ialah ia mampu memberi maklum balas semerta kepada pelajar. Bergantung kepada pencapaian pelajar dalam latihan, mereka diberikan pengukuhan atau pemulihan.

Bagi perisian kursus yang komprehensif, aktiviti pengukuhan dan pemilihan mungkin disediakan. Walau bagaimanapun, guru juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti ini di dalam kelas jika ia tidak disediakan atau jika guru berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti yang disediakan tidak mencukupi atau tidak sesuai.

Menilai pencapaian Di akhir suatu pengajaran, pelajar biasanya diberikan ujian untuk menilai pemahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari.

Mengingat kembali Adalah penting bagi pelajar untuk mengingati kembali apa yang telah dipelajari dan seterusnya menggunakan pengetahuan ini di dalam situasi yang berbeza. Perisian kursus perlu menyediakan aktivitiaktiviti tambahan bagi membolehkan ini berlaku.

Pemilihan

Penilaian untuk pengubahsuaian


Bagi memastikan perisian ini menepati spesifikasi yang ditetapkan, perisian yang dibina perlu diuji. Penilaian yang melibatkan pelbagai pihak bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan komen. Laporan penilaian akan dapatmembaiki kesilapan dan kelemahan dalam perisian. Dengan adanya maklumbalas dari proses penilaian, seorang pembangun perisian atau pengaturcaraan boleh mengesan pencapaian dan penerimaan pelajar dan membuat pengubahsuaian.

Terima kasih

You might also like