You are on page 1of 10

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR PERPULUHAN DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH KOTAK MAGIK BAGI


MURID TAHUN 4
Siti Zaleha Binti Mohd Isa
ctz_sam@yahoo.com
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran muridmurid dalam menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk penambahan
nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan. Responden dalam
kajian ini terdiri daripada 23 orang murid tahun 4 dari Sekolah
Kebangsaan Alma, Bukit Mertajam. Responden dipilih berdasarkan
keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu yang memperoleh
markah yang kurang memuaskan. Kaedah yang dipilih ialah Kaedah
Kotak Magik merupakan kaedah yang dirasakan amat sesuai untuk
membantu murid-murid dalam mempelajari dan seterusnya menguasai
kemahiran matematik. Fokus utama kaedah ini adalah bertujuan untuk
membantu murid-murid membuat penambahan nombor perpuluhan
dengan tepat dan betul. Instrumen yang digunakan dalam melaksanakan
kaedah ini ialah ujian pra dan pasca, pemerhatian di dalam kelas dan
temu bual. Oleh yang demikian, pengkaji percaya bahawa instrumeninstrumen ini amat membantu dalam menilai tahap prestasi dan
kemajuan murid-murid sebelum dan selepas kaedah ini dilaksanakan.
Pengkaji mendapati bahawa dapatan pada akhir kajian ini menerusi
pemerhatian menunjukkan murid-murid yang pasif sebelum ini berubah
sikap menjadi lebih aktif selepas tindakan dilaksanakan. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa kaedah kotak magik ini berkesan dalam
membantu murid yang lemah meningkatkan penguasaan mereka dalam
menambah nombor perpuluhan.

Pengenalan
Matematik merupakan suatu cabang ilmu yang berpusat kepada konsep-konsep seperti
kuantiti, struktur, ruang, dan pertukaran. Ia berkembang melalui penggunaan akal dan logik,
daripada pengiraan, penghitungan, pengukuran, dan kajian kedudukan sistematik, bentuk, dan usul
objek-objek fizikal. Selain daripada itu, pengetahuan Matematik boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis iaitu fakta, algoritma,konsep hubungan dan penyelesaian masalah. daripada
pengiraan, penghitungan, pengukuran, dan kajian kedudukan sistematik, bentuk, dan usul objekobjek fizikal.
Di Malaysia Matematik merupakan satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Sukatan pelajaran matematik telah diubahsuai mengikut
kehendak semasa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
Proses pembelaran dan pengajaran matematik KBSR amat memberi tumpuan kepada penerapan
nilai murni, di mana ianya menekankan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah,
menekankan keseimbangan di antara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran.

Pembelajaran dan pengajaran matematik KBSR sebenarnya begitu menekankan kepada


perkembangan sahsiah diri, penerapan nilai murni dan menitik beratkan keseimbangan di antara
kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Di sini topik nombor perpuluhan merupakan salah
satu topik yang tergolong dalam bidang nombor dalam sukatan pelajaran. Topik perpuluhan ini
dilanjutkan lagi dalam bidang nombor Tahun 4 selepas mempelajarinya di Tahun 3. Bagi topik
perpuluhan ini, pada permulaannya telah diperkenalkan dengan nombor pecahan persepuluh,
perseratus dan seterusnya perseribu. Malah dalam topik ini juga murid-murid telah didedahkan
dengan hubungan di antara pecahan dan perpuluhan di mana boleh ditukar antara satu sama lain,
iaitu pecahan boleh ditukar menjadi perpuluhan dan begitu juga sebaliknya perpuluhan boleh
ditukarkan menjdi pecahan. Seterusnya murid-murid didedahkan pula dengan operasi asas
melibatkan tempat perpuluhan persepuluh, perseratus dan perseribu.
Pemahaman konsep nombor perpuluhan sangat penting bagi murid untuk meneruskan
pembelajaran matematik yang berikutnya seperti perkaitan nombor perpuluhan dengan topik
pecahan dan topik wang. Menurut Skemp (1997) , pembelajaran suatu konsep matematik sangat
perlu dan penting untuk dilaksanakan dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Fokus Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian kes terhadap kefahaman pelajar tahun 4 terhadap topik
nombor perpuluhan . Dalam bab ini, pengkaji membincangkan kajian-kajian yang telah dijalankan
mengenai masalah kefahaman pelajar dan penerangan konsep disampaikan. Sepanjang sesi
pembelajaran dan pengajaran, pengkaji mendapati bahawa para pelajar tidak dapat menyelesaikan
masalah yang melibatkan penambahan nombor perpuluhan di mana ia melibatkan penambahan
nombor bulat dengan nombor perpuluhan dan nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan.
Berdasarkan tajuk yang dipilih oleh pengkaji, ada yang berpendapat perpuluhan adalah
antara tajuk yang didapati sukar difahami oleh kebanyakkan pelajar. Selain itu, salah satu faktor
yang menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran adalah kekurangan pengetahuan tentang konsep
nombor perpuluhan. Ini adalah disebabkan pelajar menggunakan pendekatan menghafal bukannya
cuba memahami perkara yang perlu dititik beratkan tentang konsep perpuluhan. Berikutan dengan
itu pelajar menghadapi kesukaran unuk menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor
perpuluhan.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, rata-rata pelajar tidak memahami
tentang konsep nombor perpuluhan terutama tentang titik perpuluhan dan nilai nombor perpuluhan
serta gagal menguasai tentang nilai tempat perpuluhan. Oleh yang demikian pelajar tidak dapat
menambah nombor perpuluhan dengan betul. Ramai di kalangan mereka yang gagal menjawab
soalan penambahan nombor perpuluhan. Pengkaji berpendapat, jika sesuatu konsep matematik
tidak difahami dan tidak dikuasai dengan sempurna maka murid akan menghadapi masalah untuk
menyelesaikan masalah matematik biarpun soalan tersebut merupakan suatu yang asas atau pun
mudah. Hal ini telah berlaku apabila pengkaji mendapati murid gagal membuat penambahan
nombor perpuluhan. Selain itu murid juga gagal menambah sekiranya soalan tersebut melibatkan
penukaran daripada pecahan kepada perpuluhan dan kemudiannya membuat operasi tambah.
Objektif kajian dan Persoalan Kajian
Secara umum dan khususnya objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Meningkat kemahiran menambah nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan.
2. Mengenalpasti tempat titik perpuluhan yang sepatutnya letakkan.
3. Boleh menambah bilangan nombor sifar yang betul di akhiran titik perpuluhan.

4. Boleh menambah nombor perpuluhan dengan menggunakan kotak magik.


5. Boleh menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor perpuluhan dalam bentuk lazim
dengan cara yang betul.
Persoalan Kajian
I. Adakah murid dapat mengenalpasti tempat titik perpuluhan yang sepatutnya diletakkan?
II. Adakah murid boleh menambah bilangan nombor sifar di akhiran titik perpuluhan?
III. Adakah murid boleh menambah nombor perpuluhan dengan menggunaka kotak magik?
IV. Adakah murid boleh menyelesaikan masalah tambah yang melibatkan nombor perpuluhan
dalam bentuk lazim dengan cara yang betul?
Kumpulan Sasaran
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kawasan luar bandar. Kajian ini melibatkan
murid-murid Tahun 4 Sukses Sekolah Kebangsaan Alma, Bukit Mertajam sesi 2014 sebagai
responden dan seorang guru sebagai pengkaji. Seramai 23 orang murid menjadi bahan kajian.
Kumpulan ini terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan, di mana
kesemua murid-murid tersebut terdiri daripada murid berbangsa melayu. Semua murid tersebut
tinggal di perkampungan Alma.
Prosedur Tindakan
Suatu model ringkas yang menunjukkan kitaran bagi kajian tindakan telah dirangka di
mana setiap kitaran mempunyai tiga langkah iaitu merancang, bertindak dan hasil dapatan. Model
ini dijadikan penunjuk arah dalam sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini untuk
menjaminkan keberkesanan pengajaran yang ingin disampaikan.
Bagi memulakan kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih murid-murid kelas 4 Sukses sebagai
responden kajian. Di sini saya akan melaksanakan suatu kaedah yang dapat membantu murid
dalam meningkatkan kemahiran dalam menambah nombor perpuluhan. Kajian ini secara tidak
langsung dapat mempertingkatkan amalan pengajaran guru di samping melihat sejauh mana
keberkesanan kaedah Kotak Magik yang digunakan.
Setelah memilih responden, saya memulakan tindakan dengan menjalankan satu ujian pra
terhadap mereka. Ujian pra bertujuan untuk mengumpulkan maklumat tentang prestasi awal
responden sebelum menjalankan tindakan. Setelah memperolehi data yang sewajarnya, saya
meneruskan langkah yang seterusnya. Penerangan lebih lanjut di dalam bahagian perancangan
pengumpulan data.
Langkah yang seterusnya pertama, saya telah menjalan proses pengajaran seperti yang
dirancangkan. Murid akan dibimbing untuk menambah nombor perpuluhan dengan menggunakan
kaedah Kotak Magik di mana pengkaji akan memperkenalkan terlebih dahulu nilai tempat
perpuluhan dalam Kotak Magik sebagai suatu ulangkaji dan malah ianya juga sebenarnya
sebagai pengukuhan tentang konsep perpuluhan. Aktiviti-aktiviti pengajaran tentang penambahan
nombor perpuluhan dilakukan dalam Kotak Magikdi mana proses bermula dari aras mudah
kepada yang lebih sukar. Dalam proses bertindak juga ini pengkaji juga telah menggunakan
elemen pemerhatian dan temu bual bagi mendapatkan hasil dapatan.

Setelah menjalankan proses bertindak maka pengkaji telah mengumpul segala maklumat
untuk dijadikan hasil dapatan dan seterusnya untuk dibuat analisa. Setelah mendapatkan segala
dapatan dan diteliti, saya akan menilai sejauh manakah kebekesanan kaedah Kotak Magik yang
diperkenalkan. Sekiranya kurang berjaya maka kitaran kedua akan dilaksanakan.
Cara Pengumpulan Data
Bagi melaksanakan kajian ini, tiga jenis instrumen telah digunakan antaranya ialah ujian
pra/pasca, temubual dan pemerhatian. Pengkaji telah menggunakan ketiga-tiga jenis instrumen ini
dengan tujuan untuk memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan. Menurut Mills(2007), pengkaji
tidak seharusnya hanya bergantung kepada satu sumber perolehan data sahaja seperti hanya temu
bual sahaja atau pemerhatian atau pun instrumen kajian yang lain. Di sini ketiga-tiga instrumen
yang digunakan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan lagi kemahiran
responden untuk menambah nombor perpuluhan.
Ujian Pra dan Pasca
Terdahulu, ujian pra akan dijalankan kepada responden-responden untuk mengukur
sejauh mana pencapaian dan pemahaman murid dalam menguasai kemahiran menambah nombor
perpuluhan. Pada peringkat awal, pengkaji telah menyediakan 10 soalan untuk menguji tahap
pencapaian responden di mana soalan meliputi penambahan nombor perpuluhan sehingga 3
tempat perpuluhan dan juga melibatkan soalan dalam pecahan yang mana memerlukan penukaran
kepada nombor perpuluhan terlebih dahulu. Hasil daripada keputusan Ujian Pra maka suatu proses
pengajaran akan dijalankan.
Ujian Pasca juga akan terdiri daripada sepuluh soalan yang mana guru menggunakan
soalan yang sama dengan Ujian Pra. Cuma kedudukan nombor soalan sahaja yang berubah. Ujian
ini dijalankan setelah kaedah pengajaran Kotak Magik diperkenalkan dalam menambah nombor
perpuluhan. Berbanding dengan Ujian Pra, murid-murid hanya menambah mengikut pengetahuan
mereka sebelum ini tapi dalam Ujian Pasca murid-murid telah menggunakan pendekatan kaedah
Kotak Magik bagi menjawab soalan penambahan nombor perpuluhan. S
Suatu skor Ujian Pasca telah direkod bagi membolehkan pengkaji menilai sejauh mana
keberkesanan kaedah Kotak Magik bagi meningkatkan kemahiran menambah nombor
perpuluhan.
Temu Bual
Temu bual merupakan perbincangan antara guru dan peserta di dalam suatu kajian di
mana guru bertanyakan soalan-soalan kepada peserta. Tujuannya adalah untuk mendapatkan
maklum balas tentang aktiviti yang telah dijalankan di dalam kelas. Jadi di sini, pengkaji telah
menjalankan temubual tidak berstruktur iaitu secara tidak formal dengan menggunakan soalan
terbuka. Hal ini bertujuan bagi merangsang idea atau pun perasaan responden.
Temu bual digunakan untuk mengumpul data, dan kaedah ini digunakan secara tidak
formal terhadap responden. Melalui temu bual, pengkaji dapat mengenalpasti punca sebenar
masalah murid dalam menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat
perpuluhan, serta penyertaan murid dalam aktiviti PdP tersebut kurang memuaskan.
Hasilan temu bual dapat membantu pengkaji mengutip maklumat atau data untuk
meninjau masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kumpulan sasaran, dan menentukan sama ada
kaedah pengajaran yang dijalankan sesuai dengan keupayaan murid atau tidak. Di samping itu,
guru dapat merancang PdP yang paling releven dalam meningkatkan pencapaian murid
berdasarkan data yang dikumpulkan.

Pemerhatian
Dalam pengumpulan data secara kualitatif, pengkaji telah menggunakan kaedah
pemerhatian untuk membandingkan respons murid-murid sebelum dan selepas pengajaran kaedah
Kotak Magik dalam penambahan nombor perpuluhan. Di sini pengkaji telah membuat
pemerhatian ke atas respondan
semasa proses pembelajaran dan pengajaran tindakan
dilaksanakan dan semasa mereka menjawab soalan ujian pra dan pasca. Pengkaji telah memberi
tumpuan yang lebih kepada respondan yang pasif dan yang tidak menumpukan perhatian semasa
proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Pengkaji telah menyediakan senarai semak yang
mengandungi kriteria-kriteria tertentu bagi memudahkan pengkaji melakukan pemerhatian.
Dapatan Kajian
Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca
Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca dianalisis bertujuan untuk melihat
sejauh mana perubahan yang berlaku terhadap pencapaian responden setelah kaedah Kotak
Magik diajar kepada murid.
Jadual 1: Peratus Perbezaan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Responden

Ujian Pra
Bil

Ujian Pasca

R1
R2
R3
R4

4
6
0
1

(%)
40
60
0
10

R5
R6
R7
R8
R9

6
1
6
1
2

R10
R11
R12
R13
R14
R15
R16

Bil

Pencapaian

6
7
8
5

(%)
60
70
80
50

Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat

20%
10%
80 %
40%

60
10
60
10
20

8
7
8
2
7

80
70
80
20
70

Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat

20%
60%
20%
10%
50%

1
5
0
1
1
3
4

10
50
0
10
10
30
40

1
9
0
3
4
8
5

10
90
0
30
40
80
50

Tiada Perubahan
Meningkat 40%
Tiada Perubahan
Meningkat 20%
Meningkat 30%
Meningkat 50%
Meningkat 10%

R17
R18
R19

1
4
5

10
40
50

2
6
7

20
60
70

Meningkat 10%
Meningkat 20%
Meningkat 20%

R20
R21
R22
R23

5
2
6
7

50
20
60
70

8
9
8
8

80
90
80
80

Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat

Jadual 2 : Perbandingan Nilai Min unian Pra dan Ujian Pasca

30%
70%
20%
10%

UJIAN

UJIAN PRA

UJIAN PASCA

NILAI MIN

3.65

5.61

PERBEZAAN

Bertambah 1.96

Keputusan ujian pra dan ujian pasca 1 menunjukkan peningkatan yang amat sedikit.
Purata bagi ujian pra ialah 3.65 manakala purata bagi ujian pasca pula ialah 5.61. Jika diteliti
perbezaan markah hanyalah 1.96 sahaja. Berdasarkan perbezaan markah yang terlalu sedikit ini,
pengkaji berpendapat bahawa pengajaran yang disampaikan kurang berkesan. Hal ini telah
menyebabkan ada di kalangan respondan yang tidak dapat memahami dan menguasai sepenuhnya
kaedah kotak magik untuk diaplikasikan dalam kemahiran menambah nombor perpuluhan. Justeru
itu, pengkaji akan melaksanakan kitaran yang kedua iaitu menjalankan sesi pengajaran yang
seterusnya dengan memperjelaskan dengan lebih terperinci mengenai kotak magik dan seterusnya
mengaplikasikannya dalam menambah nombor perpuluhan sejajar dengan matlamat pengkaji
untuk meningkatkan kemahiran respondan untuk menambah nombor perpuluhan.
Jadual 3 : Perbandingan Skor Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2
Responden Ujian Pra
Ujian Pasca 1
Ujian Pasca 2

R1
R2
R3
R4
R5
R6
R7
R8
R9
R10
R11
R12
R13
R14
R15
R16
R17
R18
R19
R20
R21
R22
R23

Bil
4
6
0
1
6
1
6
1
2
1
5
0
1
1
3
4
1
4
5
5
2
6
7

(%)
40
60
0
10
60
10
60
10
20
10
50
0
10
10
30
40
10
40
50
50
20
60
70

Bil
6
7
8
5
8
7
8
2
7
1
9
0
3
4
8
5
2
6
7
8
9
8
8

(%)
60
70
80
50
80
70
80
20
70
10
90
0
30
40
80
50
20
60
70
80
90
80
80

Bil
8
9
10
7
10
9
10
7
9
7
10
7
7
7
10
10
7
7
8
10
10
9
10

(%)
80
90
100
70
100
90
100
70
90
70
100
70
70
70
100
100
70
70
80
100
100
90
100

Jadual 4 : Perbandingan Nilai Min Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

Pencapaian

Meningkat 40%
Meningkat 30%
Meningkat 100 %
Meningkat 60%
Meningkat 40%
Meningkat 80%
Meningkat 40%
Meningkat 60%
Meningkat 70%
Meningkat 60 %
Meningkat 50%
Meningkat 70 %
Meningkat 60%
Meningkat 60%
Meningkat 70%
Meningkat 60%
Meningkat 60%
Meningkat 30%
Meningkat 30%
Meningkat 50%
Meningkat 80%
Meningkat 30%
Meningkat 30%

UJIAN

UJIAN PRA

UJIAN PASCA

UJIAN PASCA 2

NILAI MIN

3.65

5.61

8.61

PERBEZAAN

Bertambah 4.96

Keputusan ujian Pra, ujian Pasca 1 dan ujian Pasca 2 menunjukkan peningkatan yang
amat memberangsangkan. Purata bagi ujian Pasca 1 ialah 5.61 manakala purata bagi ujian Pasca
2 pula ialah 8.61. Perbezaan markah antara ujian Pasca 1 dengan ujian Pasca 2 ialah sebanyak
hanyalah 3.0 dan perbezaan nilai min antara ujian Pra dengan ujian Pasca 2 ialah 4.96.
Berdasarkan perbezaan markah yang agak mengujakan ini, pengkaji berpendapat bahawa
pengajaran yang disampaikan telah berjaya. Ini adalah kerana markah yang diperolehi oleh
responden melebihi 7 daripada 10. Justeru itu kaedah yang dipilih iaitu kaedah kotak Magik
dalam menambah nombor pepuluhan adalah amat bertepatan dan sesuai untuk diaplikasikan dalam
proses pengajaran kemahiran matematik serta boleh digunakan sebagai suatu bahan bantu dalam
menyelesaikan masalah tambah nombor perpuluhan. Berdasarkan perbandingan yang telah
dilakukan selepas kitaran yang pertama didapati ada sebilangan responden yang kurang
memahami ini berikutan daripada kurangnya penumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini terbukti apabila ada di kalangan responden yang mendapat markah 0, 1 dan 2
yang mana ini merupkakan markah yang terendah yang diperolehi oleh responden. Berdasarkan
keputusan yang tidak memberangsang itu, pengkaji telah melaksanakan kitaran yang kedua dan
hasil yang diperolehi amat menggembirakan pengkaji di mana seramai 9 orang responden telah
mendapat betul semua dan selebihnya mendapat sekurang-kurangnya markah 7.
Analisis Temu Bual
Selain itu, hasil temu bual telah menunjukkan bahawa kaedah Kotak Magik telah dapat
meningkatkan minat, kefahaman dan penguasaan murid dalam penambahan nombor perpuluhan.
Jadual 5 : Dapatan senarai semak Temu Bual
NO

ITEM

Adakah anda suka belajar matematik?

2
3
4

/
/
/

Adakah matematik itu menarik?


Adakah anda memahami pengajaran guru?
Adakah anda dapat menambah nombor perpuluhan dengan
betul?
Adakah anda menggunakan kaedah tertentu untuk menambah
nombor perpuluhan?
Adakah anda suka dengan kaedah yang diajar oleh guru?

Adakah dapat menjawab semua soalan yang diberikan?

SELEPAS
YA
/

/
/

Berdasarkan analisis temu bual telah menunjukkan bahawa kaedah Kotak Magik dalam
penambahan nombor perpuluhan telah menarik minat responden untuk mempelajari kemahiran
Matematik di samping mereka telah menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan.
Pengkaji juga dapat membuat kesimpulan bahawa kaedah Kotak Magik yang diperkenalkan
kepada murid cukup berkesan. Malah jika diteliti ia juga boleh diguna pakai untuk menjawab
soalan dalam kemahiran matematik yang lain. Di sini dilihat responden lebih yakin dalam
menjawab soalan dengan menggunakan kaedah ini.

Analisis Pemerhatian
Pengumpulan data senarai semak pemehatian telah dijalan sebelum dan selepas
pengajaran.
Jadual 6 : Dapatan Senarai Semak Pemerhatian
Pemerhatian

Sebelum intervensi

Selepas intervensi

1. Tingkah laku

Kurang minat untuk belajar

Bertambah minat untuk belajar

2. Penglibatan dalam
setiap aktiviti
3. Interaksi dengan rakan
4. Interaksi dengan
guru

Pasif

Aktif

Kurang
Kurang

Bertambah
Bertambah

5. Hasil kerja

Tidak mampu menyiapkan


latihan yang diberi dengan
baik
Merasa susah kurang
seronok

Mampu menyiapkan latihan yang


diberi dengan baik

6. Reaksi

Senang Teruja untuk selsesaikan


soalan

Secara keseluruhannya, pengkaji boleh membuat kesimpulan bahawa penggunaan kaedah


Kotak Magik telah berjaya menarik minat responden untuk mempelajari kemahiran Matematik
dan mereka juga telah didapati menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan di mana
mereka dapat menjawab soalan dengan betul. Malah kaedah ini juga dapat diaplikasi untuk
kemahiran matematik yang lain seperti tajuk ukuran panjang dan berat. Apa yang lebih
memberangsangkan ialah responden lebih berkeyakinan dalam menyelesaikan soalan yang
melibatkan penambahan nombor perpuluhan.

RUMUSAN
Setelah melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah mendapati objektif kajian telah
tercapai dan persoalan kajian ini telah terjawab dengan jayanya. Kajian yang dilaksanakan dimulai
dengan merefleks pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lalu dan melaluinya pengkaji
telah menracang suatu tindakan yang bersesuaian untuk membantu murid-murid tahun empat
dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menambah nombor perpuluhan.
Murid-murid didapati dapat mengaplikasikan kaedah kotak magik dalam melakukan
penambahan nombor perpuluhan dengan berkesan sewaktu menjawab soalan ujian pasca. Jika
sebelum ini,murid-murid sering melakukan kesilapan ketika menambah nombor perpuluhan
Namun setelah melaksanakan kajian ini didapati bahawa teknik pengajaran guru merupakan suatu
elemen yang amat penting dan ianya memainkan peranan penting dalam menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan ini, secara tidak langsung telah memberi
suatu anjakan inovasi dalam diri dalam memastikan murid sentiasa mendapat keutamaan. Atas
dasar itu juga secara peribadi bagi seorang guru, kepelbagaian kaedah pengajaran dan teknik
amatlah penting dalam proses pengajaran. Malah murid semakin berminat untuk mempelajari
Matematik dan tahap kefahaman mereka juga semakin meningkat dan ini terbukti daripada hasil

dapatan melalui ujian Pra dan Ujian Pasca. Peningkatan markah telah dilihat begitu ketara setelah
pengajaran dibuat iaitu hampir 80% peningkatan markah telah lihat hasil daripada analisis data
yang telah diperolehi. Malah didapati kepelbagaian kaedah dapat merangsang minat muid untuk
belajar dan dengan secara tidak langsung akan memastikan murid mengalami proses pembelajaran
yang menyeronokkan. Ini adalah kerana dengan menggunakan suatu kaedah yang dapat
memudahkan murid memahami sesuatu kemahiran matematik akan menyebabkan murid merasa
lebih terangsang untuk belajar matematik.
Selain itu dengan penggunaan kaedah yang dipilih ini iaitu kaedah kotak Magik dalam
menambah nombor perpuluhan ini telah merubah sikap murid-murid di dalam kelas, di mana
sebelum ini ada sebilangan murid-murid agak pasif dan kurang melibatkan diri dalam sesi soal
jawab khasnya. Namun setelah menggunakan kaedah ini, murid-murid telah berubah sikap.
Berdasarkan temu bual yang telah dilakukan telah mendapati mereka merasa lebih seronok belajar
matematik setelah diperkenalkan suatu kaedah yang mudah difhami dalam menyelesaikan masalah
matematik. Kata mereka lagi sebelum ini mereka merasakan matematik suatu mata pelajaran yang
susah..Juga didapati sebilangan murid yang lemah sudah boleh menguasai kemahiran menambah
nombor perpuluhan dengan mudah. Mereka sebenarnya memerlukan lebih perhatian daripada guru
dalam proses pembelajaran untuk membina sikap dan minat yang mendalam dalam menyelesaikan
masalah matematik khasnya tajuk yang dipilih iaitu menambah nombor perpuluhan.
Sebagi seorang guru, kita mesti berasa amat gembira apabila anak murid telah memahami
dan menguasai kemahiran yang diajar. Malah kita pasti amat teruja apabila mereka dapat
menyatakan kaedah yang digunakan dalam penambahan nombor perpuluhan apabila disoal.
Mereka juga dapat dapat mengaplikasikan kaedah yang diperkenalkan itu dengan jayanya. Oleh
yang demikian dalam kehidupan seharian, sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada pelbagai
masalah dan kita juga tahu setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jalan penyelesaian tersebut
mestilah yang paling berkesan. Atas sebab itu, dalam pemikiran kita sebagai seorang pendidik
seharusnya sentiasa memikirkan suatu cara ataupun teknik yang paling berkesan bagi memastikan
murid dapat menyelesaikan masalah matematik dengan mudah.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pengkaji berhasrat untuk mengekalkan kaedah melukis gambarajah kotak Magik ini sebagai suatu
kaedah dalam menambah nombor perpuluhan. Ini adalah kerana bagi pengkaji ia merupakan suatu
kaedah yang mudah diingati dan mudah difahami serta amat berkesan untuk mengajar kemahiran
menambah nombor perpuluhan.
Kaedah kotak Magik ini bukan hanya boleh digunakan dalam menambah nombor
perpuluhan, malahan ia juga boleh digunakan dalam membuat penolakan nombor perpuluhan juga.
Ada beberapa tajuk lagi yang mana kaedah kotak Magik ini boleh diguna pakai bagi memudahkan
murid meningkatkan kemahiran matematik mereka.
Atas dasar itu, sebagai seorang guru, kita perlu kreatif dan inovatif serta bersedia untuk
menggunakan pelbagai kaedah yang baru bagi memastikan murid-murid yang diajar dapat
memahami kemahiran matematik dengan lebih mudah.
Oleh yang demikian dalam aspek profesionalisme keguruan, kajian tindakan yang telah
dijalankan oleh pengkaji membantu pengkaji dalam meningkatkan tahap profesionalisme sebagai
seorang guru. Kajian tindakan yang dilakukan membimbing pengkaji supaya sentiasa menerokai
kaedah-kaedah baru yang berbentuk inovasi dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
terutamanya dalam usaha untuk membantu murid-murid yang berpencapaian rendah dalam
matapelajaran Matematik.
Kajian tindakan yang telah dijalankan juga akan menjadi perintis kepada pengkaji untuk
menilai amalan pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan pelbagai
masalah ketika melaksanakan amalan dalam bilik darjah dan memperbaiki proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan profesionalisme pengkaji di masa akan datang.

Rujukan
Lai, K. L. (2007). Penelesaian masalah matematik sekolah rendah menggunakan
strategi melukis gambarajah. Seminar Penyelidikan Institut Perguruan Batu
Lintang 2007.
Mills, G. E (2007). Actions research : A guide for the teacher researcher, 2nd
Edition, Merills/Prentice-Hall: Upper saddle River, NJ.
Mok, S. S. (1994). Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman.
Nik Azis Nik Pa. (1992). Agenda tindakan: Penghayatan matematik KBSR dan
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

KBSM. Kuala

Nik Azis Nik Pa. (1996). Penghayatan matematik, perkembangan professional, KBSR
dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan Pustaka.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.
Omar Hamat. (1994). Gaya dan amalan pengajaran matematik peserta kursus KSPK di MPKB.
Jurnal Pendidikan Matematik & Sains. Jilid 1 : 51 - 56.

You might also like