You are on page 1of 12

0

LAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah gred A di kawasan
pedalaman di sebuah daerah Kota Marudu,Sabah.Bilangan keseluruhan murid dalam sekolah
ini adalah seramai 188 orang murid sahaja.Guru pula terdiri daripada 24 orang termasuklah
guru besar sekolah.Sekolah ini tidak mempunyai guru pakar ataupun guru cemerlang dalam
bidang sains dan hanya mempunyai 2 orang sahaja guru yang mempunyai opsyen sains
termasuklah saya sendiri.Salah seorang,adalah guru dengan gred Dg 41,juga seorang yang
memegang jawatan sebagai panitia Sains dan sudah berpengalaman mengajar selama 9 tahun.

Murid-murid di sekolah ini 70% berlatarbelakangkan daripada keluarga yang


berpendapatan rendah di mana sumber pendapatan keluarga adalah daripada hasil laut dan
bercucuk tanam sahaja.Murid-murid sekolah ini saya dapati masih di berada pada paras
sederhana dalam menguasai kemahiran yang diberikan oleh guru.Hanya 10 % sahaja yang
boleh dianggap murid berfikiran KBAT manakala selebihnya hanya bergantung kepada guru
semata-mata.Ini ditambah lagi mereka tidak ada mengambil sebarang kelas tuisyen dalam
usaha untuk meningkatkan mutu pembelajaran mereka terutaamanya dalam mata pelajaran
Sains akibat daripada kekangan sumber kewangan.Justeru, murid dilihat 100% bergantung
kepada pengajaran dan pembelajaran sains di dalam kelas yang hanya berjumlah lima waktu
dalam seminggu.

Ini sangat membimbingkan kerana saya lihat keadaan murid yang sangat bermasalah
dalam kemahiran sains bersepadu iaitu mengenalpasti pembolehubah sangat merisaukan.Tiga
jenis pembolehubah ini iaitu pembolehubah dimanipulasikan (apa yang diubah),
pembolehubah bergerakbalas (apa yang diperhatikan / diukur) dan pembolehubah dimalarkan
(apa yang sama) yang menjadi asas utama untuk menjawab soalan-soalan di bahagian B
kertas peperiksaan Sains.Kegagalan murid dalam menjawab soalan bahagian B dengan baik
akan menjadikan keputusan keseluruhan peratusan kelulusan subjek Sains merosot.
2

Murid tidak dapat mengenalpasti dengan tepat pemboleh ubah dimalarkan,pemboleh


ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.Apabila masalah ini wujud,murid
sekaligus akan gagal dalam menulis hipotesis dengan baik.Hal ini terjadi kerana murid tidak
memberikan tumpuan dan tidak teliti semasa membaca keputusan penyiasatan dilakukan dan
tidak membaca pernyataan penyiasatan dengan baik..

Melihat pada isi kandungan sukatan pelajaran sains Tahun 5,saya dapati tajuk-tajuk
pada peringkat ini adalah lebih banyak berbanding semasa mereka di tahun 4 dan seterusnya
di tahun 6 kelak.Namun,saya tidak nampak ia menjadi isu untuk murid menguasai kesemua
tajuk-tajuk tersebut sehingga akhir persekolahan pada tahun ini.Apa yang merisaukan ialah
kemahiran murid dalam mengingat kaedah untuk menjawab soalan-soalan bagi tiga pemboleh
ubah dan seterusnya pandai menulis hipotesis dengan menggunakan kedua-dua pemboleh
ubah yang diperolehi.

Masalah utama yang saya dapati semasa mengajar mata pelajaran ini ialah murid
kurang memberikan tumpuan mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti keadaan kelas
yang kurang kondusif,bilangan murid yang agak ramai dan mungkin murid kurang minat
akan mata pelajaran ini.Apabila keadaan ini berlaku murid hilang penumpuan sehingga
menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan struktur bahagian B dengan betul
walaupun “guideline” atau kata kunci telah diberikan.Ini ditambah lagi dengan tingkah laku
murid yang 60% daripadanya adalah murid yang agak bermasalah dari segi tingkah laku dan
disiplin.Murid dilihat agak sukar menerima pengajaran guru semasa dipandu untuk
mendapatkan jawapan.Situasi berbeza sangat ketara berlaku apabila murid boleh menjawab
soalan guru secara lisan namun apabila mereka menerima soalan bertulis dan menjawab
sendiri tanpa panduan guru,80% daripadanya tidak dapat menjawab dengan betul.

Hal ini terjadi kerana murid tidak memberikan tumpuan dan tidak teliti semasa
membaca keputusan penyiasatan dilakukan dan tidak membaca pernyataan penyiasatan
dengan baik.Majoriti murid tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik berdasarkan
perbandingan keputusan murid pada peperiksaan semester 1 dan peperiksaan semester 2
tahun lepas.
3

2.OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah bagi membolehkan murid dapat menguasai kemahiran dan
teknik diberi guru terhadap soalan struktur bahagian B bagi soalan mengawal pemboleh ubah
dan membantu murid membina hipotesis.

Objektif khusus

1.Memastikan murid dapat menjawab soalan berkaitan mengawal pemboleh ubah dan
membina hipotesis.

2Memastikan murid dapat mengenal pemboleh ubah dengan lebih jelas daripada eksperimen
yang dijalankan.

Kepentingan kajian

Kajian ini diharapkan akan dapat meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran sains. Dapatan dari kajian ini akan memberikan maklumat yang terkini
berkenaan kedua-dua kemahiran dalam kemahiran proses sains bersepadu(mengawal
pemboleh ubah dan membina hipotesis)seterusnya dapat membantu dalam proses
penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran sains di peringkat guru khususnya
sekolah rendah.Guru akan didedahkan kepada kedudukan sebenar penguasaan kedua-dua
kemahiran proses sains mereka. Sekiranya terdapat kekurangan maka perlu diperbaiki
melalui peningkatan profesionalisme. Bagi murid pula mereka akan dapat membina
keyakinan mereka dalam mengolah hipotesis dan memilih pembolehubah dengan tepat
berdasarkan pernyataan dan keputusan penyiasatan yang diberikan.Ini sangat perlu diperbaiki
agar kesilapan tidak berterusan sehingga ke tahun 6 di mana murid bakal menduduki
peperiksaan UPSR.Kajian ini sangat berguna kepada murid itu sendiri,guru-guru mata
pelajaran sains,panitia Sains peringkat daerah dan sekolah itu sendiri.Kaedah yang akan
digunakan ini dapat dijadikan panduan dan kaedah baru di dalam memudahkan murid
mencari jawapan bagi soalan struktur bahagian B(mengawal pemboleh ubah dan membina
hipotesis)Dapatan daripada kajian ini nanti juga akan dapat memperbanyakkan kaedah
pengajaran dalam pembelajaran. Jika selama ini guru hanya menggunakan kaedah yang
lama, tetapi dengan adanya kaedah yang baru ini akan memberikan pilihan kepada guru yang
berkenaan. Guru sains mempunyai pilihan pengajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian
murid yang berlainan. Dengan ini masalah menulis atau membina hipotesis dan menyatakan
4

pemboleh ubah dimalarkan,pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerakbalas


tidak wujud lagi atau pun setidak-tidaknya dapat dikurangkan.

Dapatan kajian ini juga nanti penting kepada sekolah terutama pentadbir
sekolah.Dapatan ini boleh disasarkan kepada semua guru sains di sekolahnya. Jika ada guru
yang menghadapi masalah untuk memahamkan murid terhadap soalan struktur bahagian
B(mengawal pemboleh ubah dan membina hipotesis)kaedah ini adalah disarankan bagi
membantu mengatasi permasalahan guru itu tadi.Dapatan ini ini adalah sangat wajar
dipraktikkan dan diamalkan lebih awal agar masalah ini tidak timbul apabila berada di Tahun
5 dan 6. Oleh itu semua guru sains di sekolah berkenaan akan mendapat manfaatnya.Dapatan
daripada kajian ini juga dapat digunakan oleh panitia sains daerah untuk diperluaskan kepada
semua sekolah yang berada di dalam daerah berkenaan. Jika terdapat sekolah lain yang
menghadapi masalah yang sama, pengerusi panitia daerah boleh menyampaikannya kepada
sekolah berkenaan untuk dipraktikkan. Dengan penyebaran dapatan ini, semua sekolah di
dalam daerah tersebut akan mendapat kaedah dan maklumat tambahan di dalam
menyelesaikan masalah menjawab soalan pembolehubah dan membina hipotesis ini.

3.KUMPULAN SASARAN

Dalam kajian ini saya telah memilih sampel seramai 10 orang murid dari kelas tahun 5.Saya
telah menetapkan kriteria dalam menentukan sampel yang dipilih untuk kajian ini. Kriteria-
kriteria tersebut ialah :

1. Kelas tahun 5 dipilih kerana kebanyakan murid di dalam kelas berkenaan lemah
dalam memahami kemahiran sains asas bersepadu iaitu mengawal pemboleh ubah
yang seterusnya melibatkan masalah dalam membina hipotesis yang baik.
2. Hanya 10 orang pelajar sahaja yang terlibat dalam kajian ini bagi memastikan
keberkesanan kaedah yang digunakan.

10 orang murid yang dipilih ini adalah kerana saya melihat mereka sangat lemah dalam
menjawab soalan bahagian B(soalan struktur) pada soalan-soalan pemboleh ubah dan
seterusnya soalan membina hipotesis.Murid-murid ini adalah sangat lemah dalam menerima
5

“klu” yang diberikan oleh guru dan sememangnya mereka kurang menggunakan kemahiran
berfikir semasa menjawab soalan.Murid dari kalangan ini adalah juga mereka daripada
golongan yang berada jauh daripada kawasan sekolah dan tinggal di kawasan bukit yang
mengambil masa yang agak panjang untuk mereka sampai ke sekolah.Ini mungkin menjadi
antara faktor penyebab mengapa mereka kurang dapat menerima pembelajaran dengan baik
dan tidak berdaya untuk menggunakan kemahiran berfikir dengan lebih baik.

4.PELAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Ronger E.Miller(1971), inovasi merupakan idea,amalan atau objek yang


dianggap baharu oleh seseorang.Sesuatu inovasi dibuat oleh manusia kreaif bagi membina
trend baharu atau trendsetter untuk menjadi peneraju dan lantas meraih peluang maksimum
dalam ekosistem yang banyak persaingan.

Justeru,sebagai salah seorang guru sains saya juga mahukan suatu kaedah pengajaran
yang berinovasi agar dapat membantu para guru sains dalam usaha untuk menyelesaikan
masalah dengan istilah yang lebih tepat lagi dipanggil sebagai modifikasi

Bagi membantu murid mahir menguasai pemboleh ubah dan membina hipotesis dengan
tepat,saya telah memilih satu bentuk pengajaran dengan menggunakan kaedah
eksperimen.Bagi saya dalam mempelajari sains kaedah eksperimen adalah yang paling
berjaya membantu murid menerima dan berasa seronok untuk belajar kerana kemahiran
“hands-on” mereka lebih terserlah berbanding hanya tertumpu kepada kemahiran “minds-on”
sahaja.Ini kerana dalam melakukan eksperimen.murid bukan sahaja berasa teruja dalam
melakukan aktiviti,malah mereka lebih mudah mengingat setiap perlakuan yang mereka
lakukan di samping dapat membina kerjasama antara rakan,serta akan lebih berhati-hati
dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Dalam pengajaran inovasi yang telah saya jalankan bersama murid-murid untuk kajian
ini,saya telah melaksanakan satu aktiviti eksperimen di mana murid diberikan beberapa alat
6

dan bahan untuk mereka menginovasikannya untuk menjadi satu benda baharu.Murid
dibekalkan dengan botol mineral terbuang,penutup botol,selotape,pisau pemotong,kad
manila,paku dan tukul.Murid diminta untuk membina sebuah kereta yang kreatif dan boleh
meluncur laju dengan menggunakan segala bahan yang telah dibekalkan.Sepanjang aktiviti
dijalankan,saya lihat kesemua mereka nampak berusaha dan masing-masing menberikan idea
dan menyumbang tenaga dalam penghasilan kerja mereka.

Hasil kerja yang mereka hasilkan menampakkan sesuatu yang agak kreatif dan
sememangnya sangat menarik.Walaupun kaedah eksperimen ini Nampak bukan sesuatu yang
begitu berinovasi kerana kaedah eksperimen sememangnya sudah wujud sejak huraian
sekatan pelajaran diperkenalkan oleh pihak kementerian pelajaran,namun saya lihat tidak
ramai guru sains yang mengaplikasikannya.Saya sendiri mengakui sangat jarang menjalankan
eksperimen dalam pengajaran dan pembelajaran saya akibat kekangan alat dan bahan sains
yang ada di sekolah.Namun,setelah melihat akan masalah utama murid yang begitu lemah
dalam menjawab soalan dalam bahagian B(soalan struktur) terutamanya dalam mengenalpasti
ketiga-tiga pembolehubah menyebabkan saya memilih kaedah ini dalam menginovasikan
pengajaran sains di sekolah.

5.LAPORAN PELAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKAN

Selain menggunakan carta sebagai “tips”dalam membantu murid menjawab soalan bagi
kemahiran proses sains iaitu mengawal pemboleh ubah ia kelihatan masih tidak mencukupi
untuk murid berjaya mendapatkan jawapan dengan betul.Maka dengan menggunakan kaedah
eksperimen ia adalah satu cara yang sangat membantu murid mendapatkan jawapan dengan
tepat.Ini kerana dalam proses mengeksperimen, murid akan melalui tiga fasa iaitu sebelum,
semasa dan selepas melakukan eksperimen.Sebelum memulakan eksperimen, murid perlu
menyediakan alat dan bahan seterusnya semasa menjalankan eksperimen murid akan melalui
beberapa langkah dan proses-proses dalam sesuatu penyiasatan dan akhir sekali selepas
eksperimen dijalankan, murid akan mencatat keputusan hasil daripada kajian atau
penyiasatan yang dijalankan.
7

Oleh itu, pemilihan kaedah eksperimen bagi saya adalah paling berkesan sesuai dengan
tajuk kajian saya iaitu “MEMAHIRKAN MURID MENGUASAI PEMBOLEHUBAH DAN
MEMBINA HIPOTESIS DENGAN TEPAT MENGGUNAKAN KAEDAH
EKSPERIMEN”.Tiga pemboleh ubah itu adalah pemboleh ubah dimanipulasi(apa yang
diubah), pemboleh ubah bergerakbalas (apa yang diperhatikan / diukur) dan pemboleh ubah
dimalarkan (apa yang sama).Melalui aktiviti mengeksperimen murid akan dapat mengesan
pemboleh ubah dimanipulasi kerana mereka sendiri tahu dan nampak apakah bahan yang
diubah di dalam sesuatu penyiasatan itu.Bagi pemboleh ubah bergerakbalas pula murid akan
dapat mengenalpasti dengan tepat setelah selesai menjalankan eksperimen kerana pemboleh
ubah bergerakbalas merupakan hasil akhir selepas eksperimen dijalankan.

Dengan menggunakan kaedah eksperiemen dalam memahirkan murid mengenalpasti


ketiga-tiga pemboleh ubah ini, saya lihat ada keberkesanannya dalam membantu murid
mencari jawapan dengan lebih tepat.Ini kerana agak berbeza dengan hanya membuat tunjuk
cara atau demonstrasi kepada murid terhadap sesuatu aktiviti itu.Dengan murid sendiri
melakukan eksperimen, mereka akan berfikir selain menggunakan kemahiran psikomotor
dalam melaksanakan tugasan diberi.

Saya telah menjalankan dua kali pengajaran dan pembelajaran sepanjang praktikum ini
dengan murid melakukan eksperimen.Semasa pengajaran dan pembelajaran yang pertama
dahulu, saya telah meminta murid melaksanakan satu eksperimen dengan tiga litar yang
berlainan bagi melihat perbezaan kecerahan mentol pada setiap litar yang diuji.Dalam
kumpulan, murid akan membina litar bersiri dengan membezakan bilangan mentol pada
setiap litar.Kecerahan setiap litar diuji dan direkodkan dalam satu jadual.Setelah menjalankan
eksperimen, murid diminta menyatakan ketiga-tiga pemboleh ubah dan membina hipotesis
berdasarkan data yang mereka perolehi semasa menjalankan eksperimen tadi.Hasilnya, murid
dapat menjawab soalan-soalan diberikan dengan tepat sekali.Begitu juga semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran kedua di mana murid membina kereta menggunakan bahan
terbuang.Di sini, saya juga lihat kesungguhan dan keterujaan murid dalam melakukan aktiviti
sangat memerlukan kemahiran psikomotor mereka.
8

Daripada kedua-dua eksperimen ini,saya dapat lihat dengan jelas betapa berkesannya
kaedah ini dalam membantu murid mencari jawapan untuk ketiga-tiga pembolehubah dengan
lebih mudah dan tepat.Jika sebelum ini,pengajaran adalah lebih banyak menggunakan teori
berbanding amali.Saya mendapati penggunana gambar dan kaedah demonstrasi adalah
kurang berkesan.Kaedah ini hanya dapat diterima oleh murid pandai dan sederhana tetapi
bagi murid lemah, mereka masih tidak dapat menulis jawapan dengan betul.Namun saya lihat
setelah menggunakan kaedah eksperimen,murid lemah sudah boleh menulis jawapan bagi
ketiga-tiga pembolehubah yang perlu dicari dalam sesuatu penyiasatan yang
dijalankan.Walaubagaiamanapun,ada juga kelemahan kaedah ini dalam pengajaran dan
pembelajaran,di mana apabila mengggunakan kaedah eksperimen,sedikit masa terbuang bagi
menyusun atur murid dalam kumpulan dan pengagihan peralatan kepada setiap
kumpulan.Kekangan ini berlaku kerana sekolah saya tidak mempunyai makmal
sekolah.Justeru,penyediaan bahan dan susun atur sebelum pengajaran dan pembelajaran
bermula memakan sedikit masa sebelum boleh memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran.Selain itu,ada juga beberapa eksperimen yang perlu diubah suai kerana
ketiadaan bahan di sekolah dan saya perlu menukar sedikit beberapa eksperimen yang perlu
dijalankan oleh murid-murid.

Walaubagaimanapun,kaedah eksperimen dalam pengajaran dan pembelajaran mata


pelajaran sains adalah sangat tepat apa lagi dalam membantu murid mahir menjawab soalan-
soalan pembolehubah.Ini jelas,dalam setiap soalan pada bahagian B(soalan struktur)soalan
pembolehubah pasti akan dikeluarkan.Saya juga telah mengkaji setiap soalan-soalan pada
bahagian B ini,ianya adalah saling berkait di mana jika seorang murid itu berjaya menguasai
ketiga-tiga pembolehubah ini,maka dia juga akan berjaya untuk menjawab soalan bagi
kemahiran proses sains yang lain seperti tujuan penyiasatan,dan soalan membina
hipotesis.Soalan-soalan ini adalah soalan yang sering diajukan oleh pihak penggubal soalan
dan mereka hanya akan menukar aktiviti penyiasatan sahaja.

Setelah meneliti pencapaian murid kajian saya ini,saya mendapati prestasi mereka
menunjukkan peningkatan dimana jika dibandingkan dengan keputusan pada semester akhir
mereka dahulu,keputusan mereka dalam bahagian B amat teruk dengan purata markah
adalah di bawah 10 daripada 20 markah penuh.Setelah menjalankan pengajaran berinovasi
9

dengan menggunakan kaedah eksperimen,saya mendapati keputusan murid semasa ujian


bulan Mac pada tahun ini ada menunjukkan sedikit peningkatan.Penggunaan kaedah
eksperimen secara kerap dalam menjalankan sesuatu penyiasatan menampakkan satu impak
yang sangat positif kepada murid-murid kajian saya.Akhirnya pada peperiksaan semester
pertam baru-baru ini,saya mendapati keputusan sangat di luar dugaan di mana hamper
kesemua mereka mendapat purata markah 12 ke atas.Ini menunjukkan murid lebih
memahami kehendak soalan jika mereka melakukan sendiri eksperimen tersebut.

Pengajaran menggunakan kaedah eksperimen mungkin tampak kurang berinovasi


bagi kawasan sekolah-sekolah Bandar kerana ini adalah perkara biasa bagi
mereka.Namun,secara jujurnya saya lihat tidak semua juga sekolah-sekolah besar
menggunakan kaedah ini.Pertama daripada sikap guru itu sendiri yang agak malas untuk
merancang aktiviti dan tidak berusaha menyediakan bahan atau alat walaupun mereka
mempunyai kelengkapan di makmal.Justeru,saya memfokuskan kaedah ini kepada guru-guru
yang mengajar di kawasan pendalaman yang tidak mempunyai kelengkapan alat dan bahan
apatah lagi memiliki sebuah makmal sains.Di daerah tempat saya mengajar juga hanya 2
buah sekolah sahaja yang memiliki makmal sekolah.Oleh itu,dengan kaedah yang saya
cadangkan ini,maka diharapkan semua guru sains akan sentiasa mengamalkan kaedah
membuat eksperimen kerana ia sangat menyeronokkan dan sangat berkesan dalam membantu
murid menjawab soalan-soalan pembolehubah dengan lebih tepat.
10

Laporan penilaian sebelum dan selepas inovasi pengajaran dan pembelajaran

BIL NAMA MURID PAT (OKT) UJIAN MAC PPT (MEI)


2014
2013 2014
(selepas inovasi
(Sebelum (selepas inovasi p&p 2)
inovasi p&p) p&p 1)
Bahagian B Bahagian B Bahagian B
(20 markah)
(20 markah) (20 markah)
1 MOHD EDMIE IKHMAL OYONG 6 8 12
2 MOHD YUSFARHAN YUSLAN 5 7 13
3 MOHD AZIZI FAROQ ROSLEY 6 7 11
4 FRANCIS KARNO 5 7 11
5 BIXLER MIGHEL 6 8 12
6. HASIMASNIRA MOHAMAD 8 9 12
7. NOHORA JASPIRIN 4 6 13
8. SITI SYURAHNIRA ASMARA 5 7 13
9. WINAH JUSIF 6 8 11
10. NADHIRAH JAAFAR 8 10 13
Jadual 1.1 (keputusan penilaian murid sebelum dan selepas inovasi pengajaran dan
pembelajaran)
11

6.LAMPIRAN

Sepanjang sesi praktikum ini, saya telah menjalankan 2 pengajaran dan pembelajaran khusus
dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berinovasi.

Pengajaran dan pembelajaran 1

Murid menjalankan eksperimen kumpulan di mana mereka membina tiga litar bersiri
dengan membezakan bilangan mentol pada setiap litar.Kecerahan setiap litar diuji dan
direkodkan dalam satu jadual.Setelah menjalankan eksperimen, murid diminta menyatakan
ketiga-tiga pemboleh ubah dan membina hipotesis berdasarkan data yang mereka perolehi
semasa menjalankan eksperimen tadi.

Contoh soalan:

Pengajaran dan pembelajaran 2

Murid membina kereta menggunakan bahan terbuang iaitu dengan menggunakan botol
mineral terpakai.Murid seterusnya akan menguji jarak yang boleh dilalui oleh hasil masing-
masing di atas landasan yang disediakan.Setelah itu,murid dikehendaki menyatakan ketiga-
tiga pemboleh ubah berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan.

Contoh soalan.

You might also like