You are on page 1of 3

LAPORAN PEMBUDAYAAN DIGITAL (GURU) MICROSOFT TEAMS

Dalam PKP ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan panduan


pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa PKP bermula 1 April
2020 yang merangkumi pembelajaran secara atas talian menggunakan Google
Classroom supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pendidikan. Pembelajaran secara
atas talian telah bermula 1 April 2020 supaya pelajar tidak ketinggalan dalam
pembelajaran. Untuk mencapai hasrat KPM, guru-guru mula diperkenalkan dengan
Microsoft Teams (MT) buat kali pertama ketika Mesyuarat guru yang diadakan pada
19.11.2020.

Guru-guru diberi penerangan tentang asas MT seperti:

a. Cara muat turun MT di telefon pintar dan desktop


b. Cara guna MT versi web (tanpa muat turun)
c. Cara LOGIN dengan betul
d. Cara menulis Posting.
e. Cara JOIN Meeting menggunakan Meet Now melalui ikon Video dan LINK

Penerangan secara terperinci diberikan kepada semua guru SK Balik Pulau dan
guru-guru seluruh Pulau Pinang melalui Youtube Live Event Pembudayaan Digital
Pulau Pinang anjuran JPN Pulau Pinang. Enam orang jurulatih utama telah memberi
penerangan tentang penggunaan Microsoft Teams dan aplikasi lain sebanyak 6 sesi
bermula 25.11.2020 sehingga 2.12.2020. Dua daripada enam orang jurulatih utama
tersebut ialah guru daripada SK Balik Pulau iaitu Encik Muhammad bin Zakaria dan
Puan Parameswary a/p Perumal (Microsoft Innovative Educator Master Trainer).

Semua guru SK Balik Pulau seramai 48 orang telah mencapai tahap Microsoft
Innovative Educator (MIE) melalui penglibatan 6 sesi (12 jam) tersebut yang turut
menyediakan pautan pendaftaran SPLKPM, Redeem Achievement Code dan
menjawab 6 kuiz wajib sebelum sebelum dianugerahkan sijil tahap MIE ini.

Antara bengkel lain yang turut disertai semua guru SK Balik Pulau ialah
Microsoft Sway Untuk PDPR, Microsoft Form Untuk PDPR, Flipgrid Untuk PDPR,
Wakelet Untuk PDPR dan OneNote Notebook Class Untuk PDPR.
Enam kemahiran ini juga sebagai alternatif baru untuk guru dan tidak hanya
bergantung kepada Google Classroom semata-mata.

Pelbagai kemahiran diperolehi guru dalam program ini diharapkan akan


meingkatkan lagi kreativiti dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran terutamanya di musim PDPR ini.

You might also like