You are on page 1of 2

LAPORAN MEMBERSIHKAN BILIK SUMBER MATEMATIK

Bilik Sumber Matematik adalah sebuah bilik yang wajib ada di sesebuah
sekolah. Bilik ini menempatkan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang
digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Pada 6 Ogos 2016 yang lalu,
saya dengan rakan-rakan praktikum saya, telah membantu ketua panitia Matematik
untuk membersihkan stor Matematik.

Kami telah memulakan kerja kami pada pukul 7.30 pagi. Sebagai aktiviti
pertama, kami telah mengeluarkan semua bahan-bahan dan juga alatan dari stor
Matematik. Kemudian, dengan bantuan daripada guru-guru lelaki SK Sungai Ara,
kami telah mengecat dinding stor Matematik. Kemudian, saya dan rakan-rakan
praktikum saya, telah mengkategorikan bahan bantu belajar Matematik dan telah
melapkapkan dengan kain.

Selain itu, saya juga telah membersihkan almari yang terdapat dalam bili stor.
Kami telah meletakkan alatan yang berkaitan dengan Matematik di rak-rak tertentu.
Kemudian, telah melabelkan mengikut jenis bahan bantu mengajar. Kami telah
mengambil selama 8 jam untuk membersihkan dan juga menyusun bahan bantu
belajar di bilik stor. Guru Besar dan juga ketua panitia Matematik turut hadir untuk
memberi idea kepada kami.

Akhirnya, kami telah berjaya membersihkan bilik stor pada pukul 4 petang.
Sebagai lampiran, saya telah meletakkan gambar-gambar yang membersihkan stor
sukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... ...............................................

( parameswary a/p Perumal)

You might also like