You are on page 1of 9

PENGENALAN

Kumpulan kami telah memilih kaedah pengajaran eksperimen dan tajuk untuk aktiviti
pengajaran ialah Pergerakan Cahaya. Eksperimen merupakan kaedah pengujian dengan
matlamat menjelaskan realiti untuk

meningkatkan pemahaman sesuatu fenomena.

Eksperimen bertujuan untuk menguji hipotesis dan memberi peluang murid menentukan
aktiviti eksperimen mengikut kesesuaian aras pemikiran murid. Antara ciri-ciri eksperimen
ialah murid-murid akan menjalankan amali secara berkumpulan, melibatkan aktiviti bersoal
jawab, perbincangan, terdapat inferens, hipotesis dan kesimpulan terhadap hipotesis.
Dalam kaedah eksperimen, guru berperanan sebagai fasilitator dan strategi
pengajaran dan pembelajaran eksperimen pula berpusatkan murid. Murid akan bersoal
jawab dan membuat perbincangan dengan guru mengenai eksperimen. Aktiviti tersebut
akan merangsang pemikiran murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis seterusnya
menjalankan eksperimen dengan berhati-hati.

LAPORAN
1

AKMAL BIN IDRUS (941206-12-6755)


PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Kami telah diberikan tugasan bagi Kurikulum Sains Pendidikan Rendah pada 21
Ogos 2014. Kami juga telah diberikan taklimat mengenai tugasan pada hari tersebut. Kami
telah membentuk beberapa kumpulan dan saya telah berkumpulan dengan Muhammad Nuh
bin Kasmuri bagi tugasan ini. Saya telah berbincang dengan ahli kumpulan saya tentang
aktiviti berkenaan setelah taklimat diberikan kepada kami.
Pertama sekali, kami telah merangka kaedah pengajaran yang ingin kami jalankan.
Kaedah pengajaran yang terdapat dalam soalan tugasan tersebut ialah ujikaji, eksperimen,
demonstrasi, peristiwa percanggahan idea dan penyelesaian masalah. Oleh itu, kami telah
memilih kaedah pengajaran eksperimen. Seterusnya, kami telah mencadangkan beberapa
eksperimen berdasarkan kurikulum Sains dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu
eksperimen tenggelam timbul, eksperimen asid dan alkali, eksperimen pergerakan cahaya
dan eksperimen daya serapan. Kami telah memilih eksperimen pergerakan cahaya kerana
ketiga-tiga eksperimen yang lain telah dipilih oleh kumpuan lain. Oleh itu, berdasarkan draf
kurikulum Sains KSSR tahun 5 dalam standard kandungan 6.1, cahaya bergerak lurus, kami
menggunakan kaedah eksperimen bagi pengajaran dan pembelajaran mengenai tajuk
cahaya.
Kami telah mencari video demonstrasi bagi eksperimen pergerakan cahaya tersebut
di Youtube bagi mendapatkan idea dan maklumat yang lanjut mengenai eksperimen yang
akan kami jalankan. Seterusnya, kami menyenaraikan bahan-bahan diperlukan dalam
eksperimen tersebut. Berikut merupakan senarai bahan yang kami gunakan bagi
eksperimen tersebut.
1.
2.
3.
4.
5.

Lilin
Tanah liat
Kadbod
Kad Manila
Mancis

Jadual 1.0 Senarai bahan eksperimen


Seterusnya kami keluar untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan bagi
eksperimen tersebut. Setelah menyediakan bahan-bahan tersebut, kami cuba untuk
menjalankan eksperimen tersebut terlebih dahulu. Kami menjalankan eksperimen tersebut
2

sendiri dan berpuas hati terhadap eksperimen yang kami jalankan tersebut. Kami telah
menyediakan ringkasan mengenai kit pengajaran dan membuat soalan-soalan mengenai
eksperimen tersebut. Saya juga telah menyediakan slaid bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran yang akan kami jalankan. Saya mengambil gambar-gambar yang berkaitan
dengan tajuk yang akan kami ajarkan iaitu cahaya. Antara gambar yang saya masukkan ke
dalam slaid powerpoint tersebut ialah gambar Matahari, sumber-sumber cahaya selain
Matahari dan gambar lampu jalanan.
Akhirnya, pada 24 September 2014, kami menjadi kumpulan yang ketiga bagi
membentang kit pengajaran kami. Pergerakan sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dengan baik namun situasi yang kami bayangkan sebelum sesi tersebut agak
berbeza disebabkan respons murid-murid (rakan-rakan sekelas) yang agak kurang
memuaskan. Kami juga tidak sempat untuk membincangkan soalan yang telah kami
sediakan disebabkan kesuntukan masa.

REFLEKSI

Kami telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kaedah eksperimen
kami pada 24 September 2014. Kumpulan kami menjadi kumpulan pertama yang
membentang pada hari tersebut. Melalui perancangan dan pelaksanaan pengajaran Sains
melalui kit pengajaran yang kami laksanakan, saya dapat melihat beberapa kekuatan dan
kelemahan kit pengajaran yang telah kumpulan saya bina. Antara kekuatan kit pengajaran
tersebut ialah semasa penyampaian pengajaran menggunakan kit tersebut, murid-murid
dapat memahami pengajaran kami dan membuat sendiri kesimpulan melalui kaedah
eksperimen yang kami laksanakan.
Selain itu, penggunaan kit pengajaran tersebut memudahkan lagi sesi pengajaran
dan pembelajaran Sains. Fungsi kit pengajaran yang mengandungi alat bantu mengajar
dengan cara pelaksanaan aktiviti melalui kaedah yang kami pilih membolehkan kami
sebagai pengajar untuk mengendalikan dan menggunakan kit pengajaran tersebut dengan
mudah. Pelaksanaan aktiviti yang kami jalankan mengandungi alat bantu mengajar, kad
aktiviti serta lembaran kerja yang mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk
pengajaran kami pada hari tersebut. Penggunaan kit pengajaran tersebut juga sangat
berguna bagi tujuan pengajaran Sains kerana kit pengajaran tersebut sangat mudah untuk
dibawa ke mana-mana kerana kit pengajaran tersebut telah dipadatkan dengan bahanbahan yang diperlukan bagi tujuan pembelajaran. Oleh itu, bahan pengajaran yang
diperlukan telah dimuatkan ke dalam kit pengajaran tersebut dan mudah dibawa jika
dibandingkan dengan fail-fail dan buku teks yang mungkin sukar untuk dibawa.
Di samping kekuatan pengajaran melalui kit pengajaran tersebut, terdapat
kelemahan yang saya dapat lihat sepanjang membina kit tersebut dan melaksanakan
pengajaran dengan menggunakan kit pengajaran tersebut. Antara kelemahan yang dapat
saya lihat ialah respons murid semasa saya dan ahli kumpulan saya mengendalikan
pengajaran menggunakan kit tersebut. Hal yang demikian mungkin adalah disebabkan
faktor mereka tidak memahami arahan yang diberikan, soalan yang diajukan atau masalah
ketidakyakinan untuk menyumbang saran idea dan jawapan terhadap soalan yang kami
berikan.
Selain itu, semasa pelaksanaan pengajaran melalui kit pengajaran tersebut, saya
telah mendapati terdapat kami kesuntukan masa bagi melaksanakan pengajaran Sains kami
melalui kaedah eksperimen. Walaupun saya dan ahli kumpulan saya telah berlatih dan
melakukan latihan bagi tujuan pengajaran ini, namun kami tidak menghabiskan pengajaran
kami menggunakan kit tersebut dalam tempoh 30 minit yang telah ditetapkan. Hal yang
demikian mungkin berlaku disebabkan masalah semasa proses mengatur bahan-bahan bagi
4

eksperimen yang kami jalankan. Disebabkan kami tidak dapat menghabiskan pengajaran
Sains kami dengan menggunakan kit pengajaran, kami tidak sempat untuk berbincang
dengan murid-murid mengenai lembaran kerja dan tidak sempat untuk membuat kesimpulan
secara keseluruhan. Namun, semasa kami menjalankan eksperimen tersebut, iaitu semasa
merekod pemerhatian dan selesai melaksanakan eksperimen, kami telah meminta muridmurid untuk menyumbangkan idea dan pendapat mereka mengenai kesimpulan mengenai
pembelajaran pada hari tersebut dan hampir kesemua kumpulan memberikan kesimpulan
yang menepati kriteria skema jawapan bagi kesimpulan yang kami sediakan. Disebabkan
faktor pengurusan masa, kami tidak dapat menghabiskan pengajaran Sains tersebut.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan penambahbaikkan bagi kit pengajaran Sains
yang telah saya dan ahli kumpulan saya bina. Bagi pengurusan masa, kami perlu membuat
perancangan pengajaran yang lebih rapi agar kami dapat menyampaikan isi pengajaran dan
menjalankan kaedah pengajaran yang kami pilih dalam tempoh yang telah ditetapkan. Hal
ini sangat penting kerana pengurusan masa yang baik akan membuatkan pengajaran dapat
dijalankan mengikut perancangan yang telah kami rancang. Selain itu, bagi memastikan
kami dapat melaksanakan pengajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan, perkara yang
boleh dilakukan ialah menyediakan dan membahagikan bahan pengajaran yang sedia ada
terus kepada setiap kumpulan bagi mengelakkan masa terbiar begitu sahaja.
Melalui pelaksanaan pengajaran melalui kit pengajaran ini, saya dapat merasai
sendiri pengalaman untuk mengajar menggunakan kaedah yang kami pilih walaupun tanpa
kehadiran murid yang sebenar. Sepanjang pelaksanaan dan pembentangan mengenai kit
pengajaran sama ada kumpulan kami mahupun kumpulan kami, saya telah melihat sendiri
kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi pengajaran Sains dan contoh-contoh kit
pengajaran kumpulan lain dengan menggunakan kurikulum standard bagi Sains.
Kesemuanya tersebut sangat berguna bagi seseorang yang mungkin bakal mengajar mata
pelajaran tersebut pada masa akan datang.

MUHAMAD NUH BIN KASMURI (830628-01-6095)

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN


Kami telah diberikan tugasan bagi Kurikulum Sains Pendidikan Rendah pada 21
Ogos 2014. Kami juga telah diberikan taklimat mengenai tugasan pada hari tersebut. Kami
telah membentuk beberapa kumpulan dan saya telah berkumpulan dengan Akmal bin Idrus
bagi tugasan ini. Saya telah berbincang dengan ahli kumpulan tentang cadangan aktiviti
yang akan dipilih dan seterusnya di aplikasikan kepada kelas.
Pertamanya, kami telah merangka kaedah pengajaran yang ingin kami jalankan.
Kaedah pengajaran yang terdapat dalam soalan tugasan tersebut ialah uji kaji, eksperimen,
demonstrasi, peristiwa percanggahan idea dan penyelesaian masalah. Oleh yang demikian
kami telah memilih kaedah pengajaran eksperimen. Seterusnya kami telah mencadangkan
beberapa eksperimen berdasarkan kurikulum sains Dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah iaitu eksperimen tenggelam timbul, eksperimen asid dan alkali, eksperimen
pergerakan cahaya dan eksperimen daya serapan. Kami telah memilih eksperimen
pergerakan cahaya kerana ketiga-tiga eksperimen yang lain telah dipilih oleh kumpulan lain.
Oleh itu, berdasarkan draf kurikulum sains KSSR tahun 5 dalam standard kandungan 6.1,
cahaya bergerak lurus, kami menggunakan kaedah eksperimen bagi pengajaran mengenai
tajuk cahaya
Kami telah mencari video demonstrasi bagi eksperimen pergerakan cahaya tersebut di
Youtube bagi mendapatkan idea dan maklumat yang lanjut mengenai eksperimen yang
akan kami jalankan. Seterusnya, kami menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan dalam
eksperimen tersebut. Berikut merupakan senarai bahan yang kami gunakan bagi
eksperimen tersebut:
1.
2.
3.
4.
5.

Lilin
Tanah liat
Kadbod
Kad manila
Mancis

Seterusnya kami keluar untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan bagi eksperimen
tersebut. Setelah menyediakan bahan-bahan tersebut, kami cuba untuk menjalankan
eksperimen tersebut terlebih dahulu. Kami menjalankan eksperimen tersebut sendiri dan
berpuas hati terhadap eksperimen yang kami jalankan tersebut. Kami telah menyediakan
ringkasan mengenai kit pengajaran dan membuat soalan-soalan mengenai eksperimen
tersebut. Kami juga telah menyediakan slaid bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang
akan kami jalankan.
6

Akhirnya pada 24 September 2014 kami menjadi kumpulan ketiga bagi membentangkan
kit

pengajaran.

Semasa

sesi

pengajaran

menggunakan

kit

pengajaran

tersebut

dilaksanakan, keadaan kelas adalah terkawal dan jauh berbeza daipada sangkaan kami
berdasarkan kelas kami terdiri daripada kawan-kawan sendiri. Namun terdapat juga
kekurangan semasa aktiviti dijalankan kerana kebanyakan pelajar di dalam kelas telah dapat
mengagak apa yang akan kami persembahkan pada hari tersebut.

REFLEKSI

Puji dan syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
melaksanakan tugasan ini dengan jayanya bersama-sama dengan ahli kumpulan. Tidak
lupa juga kepada pensyarah bimbingan iaitu Cik Lim Poh Sim kerana tunjuk ajar dan
bimbingan yang beliau beri sepanjang proses melaksanakan tugasan ini. Terima kasih yang
tidak terhingga terhingga juga atas segala komen dan kritikan yang membina kerana
dengan komen dan kritikan tersebut dapat saya menyelesaikan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja
yang membantu dalam melaksanakan tugasan ini secara langsung mmahupun secara tidak
langsung lebih-lebih lagi kepada ahli kumpulan yang berusaha dengan gigih dan
bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan ini.
Semasa menerima tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi.
Antara masalah yang dialami ialah masalah masa. Ini kerana terdapat beberapa tugasan
yang perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, tugasan yang diterima
seolah-olah seperti bertimpa-timpa di atas meja. Namun masalah tersebut dapat saya atasi
dengan membuat jadual pengurusan masa. Walaupun kekangan masa yang agak terhad
tetapi dapat juga saya menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Selain itu, masalah untuk menyediakan peralatan yang akan di isi di dalam kit
pengajaran juga merupakan salah satu masalah yang saya hadapi kerana terdapat
beberapa kedai yang tidak dapat menyediakan keperluan yang kami kehendaki. Di samping
itu masalah untuk memotong kadbod yang keras juga merupakan salah satu masalah yang
dihadapi kerana ia memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. Namun akhirnya
segala keperluan yang diperlukan untuk di letakkan di dalam kit pengajaran dapat
disempurnakan dengan baik.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak perkara yang saya telah pelajari.
Antaranya, tugasan yang diberikan ini banyak memberi pengertian, pengetahuan dan
pengalaman buat saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dimasa hadapan. Ini
kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan. Namun
dengan usaha yang dilakukan akhirnya saya dapat merealisasikannya. Dengan adanya
tugasan sebegini, ia telah dapat menambahkan pengetahuan baharu dan berguna untuk
menduduki peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain itu juga, dengan
pengetahuan yang baharu saya perolehi ini menjadikan saya lebih mahir dalam
melaksanakan pembelajaran dan menyesuaikannya dengan kaedah-kaedah pengajaran
yang sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan

apabila menjadi seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa
menjadi seorang guru.
Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat
menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah saya Cik
Lim Poh Sim. Walaupun interaksi kami di dalam kelas adalah terhad kerana komitmen yang
menghambat diri dimana pensyarah dan guru pelatih masing- masing menggalas
tanggungjawab yang berbeza dan sibuk dengan tugas masing- masing namun isi pelajaran
yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada proses pelaksanaan
tugasan ini. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya yakin dan percaya ianya akan
memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan
cara yang menarik dan berkesan.

You might also like