You are on page 1of 5

PROPOSAL PROGRAM CERAMAH CEGAH KEBAKARAN ANJURAN PELAJAR DPLIGSST 2011/2012 DENGAN KERJASAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

MALAYSIA CAWANGAN TANJUNG MALIM, PERAK

1. PENGENALAN

1.1. LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Ceramah Cegah Kebakaran adalah program yang diadakan oleh pelajar-pelajar kursus DPLI-GSTT UPSI 2011/2012. Program ini diadakan untuk memenuhi syarat lulus subjek Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum (QSS 4013) yang perlu diambil oleh setiap pelajar kursus DPLI-GSTT 2011/2012. Selain itu, program ini juga mendapat kerjasama daripada pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia cawangan Tanjung Malim, Perak untuk berkongsi ilmu dan teknik-teknik menyelamat yang sesuai dengan tema program ini.

2. OBJEKTIF

2.1 OBJEKTIF KURSUS 2.1.1 Untuk memenuhi syarat wajib lulus bagi kursus Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum bagi program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI- GSTT). 2.1.2 Menigkatkan kemahiran mengelola aktiviti kokurikulum di dalam dan di luar sekolah.

2.2 OBJEKTIF PROGRAM 2.2.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran yang sesuai mengikut keadaan atau situasi. 2.2.2 Memberi pengetahuan kepada para peserta cara mengendalikan alat pencegahan kebakaran dengan betul dalam situasi yang sebenar. 2.2.3 Para peserta akan lebih berkeyakinan untuk bertindak semasa berlakunya kecemasan.

3. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

3.1. Kegiatan ini akan dilaksanakan pada: Tarikh Masa : 26 Mac 2012 : 3.30 pagi - 6.30 petang

Tempat

: Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia cawangan Tanjung Malim,Perak.

Anjuran

: Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI

Tetamu Kehormat : Ketua, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim. Penceramah : Pegawai Bahagian Latihan, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim.

4. JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi Setiausaha Bendahari

: Tengku Nadzlan Bin Tengku Ibrahim : Norina Binti Mohd. Sairi : Siti Balqis Nurilyani Binti Ibrahim

AHLI JAWATANKUASA KERJA/PELAKSANA AJK Pendaftaran : Yuli Salaswati Binti Jaffar

AJK Persiapan tempat : Abdul Mudzil Bin Mahamod AJK Jemputan : Zulina binti Timin Nur Amruni Binti Buang @ Bung AJK Buku Program : Norina Binti Mohd. Sairi

AJK Jamuan/Makanan : Raina Binti Othman Siti Balqis Nurilyani Binti Ibrahim AJK Hadiah AJK Dokumentasi : Noriziana Binti Yusof : Norlaila Binti Yacob Anizawati Binti Zainuddin Pengacara Majlis : Mohd Saiful Anan Bin Mohd Nawi

5. AKTIVITI YANG BAKAL DIJALANKAN

Program ini dibahagikan kepada 2 slot aktiviti yang telah dirangka dan disusun secara rapi. Slot-slot tersebut ialah taklimat pencegahan kebakaran, dan demonstrasi asas pemadaman api.

Taklimat Pencegahan Kebakaran dikategorikan di dalam Majlis Ilmu kerana ia merupakan satu program berbentuk ilmiah yang akan memberi pengetahuan dan

informasi

mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran disamping dapat

meningkatkan disiplin serta keyakinan diri para peserta semasa menghadapi kecemasan.

Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula

daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi. Taklimat pencegahan kebakaran juga amat penting untuk memberi kesedaran serta pengetahuan kepada panik andaikata berada dalam situasi

masyarakat kita pada hari ini supaya tidak

kebakaran yang sebenar kerana keadaan seperti ini boleh mengundang bahaya dan kemalangan jiwa.Secara tidak langsung pengetahuan pencegahan kebakaran sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat kita untuk bertindak dengan lebih bijak apabila berada dalam situasi cemas.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat merupakan jabatan yang ditauliahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memberi pengetahuan ,pendedahan serta latihan tentang pencegahan kebakaran kepada masyarakat kita pada hari ini. Oleh itu, kami telah mengundang pegawai-pegawai dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat untuk terlibat secara langsung dan bersama-sama kami dalam menjayakan majlis ilmu atau Taklimat Pencegahan Kebakaran ini.

Dalam taklimat pencegahan kebakaran ini,para peserta berpeluang mengetahui puncapunca berlakunya kebakaran, bahayanya kebakaran, strategi pencegahan kebakaran,

mengenal peralatan pencegahan kebakaran, dan dapat menyaksikan demonstrasi latihan memadam api yang bakal ditunjukkan oleh ahliahli Bomba.. Lebih menarik lagi, para peserta akan diberi peluang merasai sendiri pengalaman mengendalikan peralatan pemadam api dengan bantuan daripada ahli-ahli Bomba.

6. MAKLUMAT PESERTA

Program ini dijangkakan akan melibatkan: 41 orang peserta kursus 7 orang kakitangan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim.

7.

TENTATIF PROGRAM YANG DIRANCANG

3.30 - 4.00 ptg - Pendaftaran peserta 4.00 - 4.30 ptg -Taklimat ringkas - ucapan perasmian oleh Ketua Balai Bomba Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim. 4.30-5.30 ptg - Majlis ilmu ( Taklimat Pencegahan Kebakaran oleh Pegawai Bahagian Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim). 5.30 5.50 ptg - Solat Asar 5.50 6.30 ptg - Demonstrasi asas pemadaman api. 6.30 ptg - Penutup - Jamuan dan bersurai

8. BAJET DAN PERBELANJAAN BIL 1 2 3 PERKARA Cenderahati Jamuan Ringan Rencam (belanja tak terduga) JUMLAH RM 204.00 KUANTITI RM 30 48 x RM 3 JUMLAH RM 30.00 RM 144.00 RM 30.00

9. PENUTUP

Sekian sahaja proposal kami. Kami mengharapkan sokongan daripada semua pihak semoga program ini dapat terlaksana sebagaimana yang diharapkan. Atas perhatian dan kerjasama, kami ucapkan terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH

DISEMAK OLEH

.. NORINA BINTI MOHD SAIRI SETIAUSAHA, PROGRAM CERAMAH CEGAH KEBAKARAN.

TG. NADZLAN B. TG. IBRAHIM PENGARAH, PROGRAM CERAMAH CEGAH KEBAKARAN.

DISAHKAN OLEH

PN. ANIZAWATI BTE AHMAD MANSOR INSTRUKTOR, KUMPULAN I, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

You might also like