You are on page 1of 48

PASAR MALAM

TAMAN SRI TAMPOI


KEDAH DARULAMAN.
........................................................
SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif kajian
Kawasan kajian
Kaedah kajian
Dapatan kajian
Rumusan
Rujukan
Lampiran

HALAMAN
1
2
3
4
8
9
31
32
33

............................................................
1. PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah


kurniaNya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus ini pada
tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga
Peperiksaan Malaysia dengan jayanya tanpa menghadapi
sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan
ketika menyiapkan kerja kursus ini.
Saya Bang Bal pelajar Tingkatan 3 A mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak yang telah membantu saya semasa saya
mambuat Kajian Geografi Tempatan(KGT).
Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan ............................... iaitu ...................................
kerana memberi sokongan kepada saya menjalankan
kajian ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada kedua ibu bapa saya iaitu Pn. Ro dan En. Na
kerana telah membantu saya menyediakan bahan-bahan
yang diperlukan untuk menghasilkan laporan ini dan
mengizinkan saya menemu bual responden di kawasan
kajian.
Saya juga ingin merakamkan setingi-tinggi terima kasih
kepada guru Geografi saya Mr N kerana telah meluangkan
masanya untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
dengan begitu dedikasi.
Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya
iaitu Abdul Adzim Bin Mohd Fuad, Fatin Nabila Binti Aziz,
Muhd Hazim Bin Nasere, dan Muhd Muanawir Bin

Shukri. Mereka telah banyak memberi maklumat yang


berguna kepada saya.Di samping itu, mereka juga
menolong saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa
saya membuat kajian ini.
Akhir sekali, ucapkan jutaan terima kasih kepada semua
responden antarana Encik Saidi Idrus, Mohd Isa Haron,
Hj. Jamal, Nenek Som dan Tok Besah kerana sudi ditemu
bual. Bantuan yang diberi oleh mereka tidak ternilai
harganya dan saya akan menghargai selama-lamanya.
..........................................................................
2. PENDAHULUAN
Kajian Geografi Tempatan ini merupakan syarat wajib
bagi setiap calon PMR yang akan menduduki PMR pada
bulan Oktober nanti. Kajian ini memerlukan saya turun ke
lapangan untuk mendapat maklumat yang secukupnya
untuk menghasilkan laporan yang lengkap.
Saya memilih tajuk Perniagaan Runcit Pasar Malam
sebagai kawasan kajian sebagai tajuk kajian kerja kursus
geografi . Saya memilih untuk membuat kajian tentang
perniagaan runcit pasar malam yang diadakan pada hari
rabu di kawasan Taman Sri Tampoi mukim Gajah Mati, di
daerah Pokok Sena. Perniagaan Runcit Pasar Malam
menyumbang peranan yang penting kepada penduduk
sekitar.
Selain itu kawasan kajian terletak berhampiran tempat
tinggal saya iaitu berjarak 0.8 km dan di samping itu juga

ramai rakan saya juga tinggal di kawasan tersebut dan


memudahkan saya mendapatkan maklumat untuk
menjalankan kajian.
Saya menjalankan kajian ini selama 6 minggu iaitu
meliputi kerja-kerja pemerhatian, soal selidik, rujukan dan
menulis laporan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
..............................................................
3. OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian di Pasar Malam Taman Sri
Tampoi dengan tujuan untuk memenuhi beberapa
objektif.
Antaranya, ialah dapat mendefinisikan konsep dan jenis
perniagaan runcit Pasar Malam Taman Sri Tampoi . Selain
itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menjelaskan
kepentingan Pasar Malam Taman Sri Tampoi
Di samping itu, saya juga dapat menyenaraikan dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi Pasar Malam
Taman Sri Tampoi . Dalam konteks itu, kesan negatif
perniagaan runcit juga dapat dikenalpasti dan
menimbulkan cadangan untuk mengurangkan kesan
negatif perniagaan runcit.
Akhir sekali, saya berasa berbangga dengan wujudnya
pasar sehari ini. Hai ini terjadi kerana, pasar malam ini
dapat memudahkan penduduk berdekatan mendapatkan
barangan keperluan mereka. Tambahan pula, dengan

penjualan barangan berkualiti tinggi dengan harga murah


menambahkan lagi tarikan penduduk berdekatan agar
berkunjung ke Pasar Malam Taman Sri Tampoi ini.
Posted by BANG IQBAL at 00:03 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PASAR MALAM TAMAN SRI TAMPOI - KUALA NERANG

Monday, 25 June 2012

PASAR SEHARI
PEKAN POKOK SENA,
KEDAH DARULAMAN.
........................................................
SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif kajian
Kawasan kajian
Kaedah kajian
Dapatan kajian
Rumusan
Rujukan
Lampiran

HALAMAN
1
2
3
4
8
9
31
32
33

............................................................

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi atas kekuatan yang diberikan kepada saya, dapat
menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi PMR 2012.
Saya merakamkan ucapan terima kasih Tuan Pengetua, Encik GA kerana telah memberikan
keizinan kepada saya untuk menjalankan tugasan ini.

Tidak ketinggalan kepada guru Geografi Puan N yang telah memberi panduan dan tunjuk ajar
yang amat berguna hingga terealisasinya kerja kursus ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya iaitu Puan K dan Encik SYA atas
sokongan tanpa jemu dari segi moral dan kewangan kepada saya.
Begitu juga, ucapan terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan, Nur Zaiyatun
Aniza Zainudin kerana sudi membantu dalam menyiapkan tugasan ini.
Dan yang terakhir sekali, dilupakan juga ucapan terima kasih kepada 3 responden yang saya
temubual iaitu Encik Mohd Noor , Encik Atan dan Puan Munah dan 17 lagi peniaga yang telah
memberikan kerjasama kepada saya sepanjang kajian dijalankan.
Akhir kata saya titipkan sebuah pantun;
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budimu tuan dikenang jua.
Sekian , Terima kasih

1. PENDAHULUAN
Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang Perniagaan Runcit Pasar Sehari yang
diadakan pada setiap hari Sabtu di Pekan Pokok Sena, Kedah Darulaman.
Saya memilih tajuk ini kerana berdekatan dengan tempat tinggal saya iaitu kira-kira 3 kilometer
sahaja . Malah tempat ini saya sering kunjungi ketika hujung minggu untuk mendapatkan
barangan harian.
Masa yang diberikan untuk melaksanakan kerja kursus ini ialah selama dua bulan iaitu
sepanjang bulan Mac hingga April.
................................................................

2. OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian di Pasar Sehari Pekan Pokok Sena dengan tujuan untuk memenuhi
beberapa objektif. Antaranya, ialah dapat mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit
pasar sehari Pekan Pokok Sena. Selain itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menjelaskan
kepentingan pasar sehari di Pekan Pokok Sena.
Di samping itu, saya juga dapat menyenaraikan dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi
Pasar Sehari Pokok Sena. Dalam konteks itu, kesan negatif perniagaan runcit juga dapat
dikenalpasti dan menimbulkan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan
runcit.

Akhir sekali, saya berasa berbangga dengan wujudnya pasar sehari ini. Hai ini terjadi kerana,
pasar sehari ini dapat memudahkan penduduk berdekatan mendapatkan barangan keperluan
mereka. Tambahan pula, dengan penjualan barangan berkualiti tinggi dengan harga murah
menambahkan lagi tarikan penduduk berdekatan agar berkunjung ke Pasar Sehari Pekan Pokok
Sena ini.
.........................................................................

3. KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Pasar Sehari Pekan Pokok Sena . Ia berada dalam daerah Pokok Sena
terletak di negeri Kedah Darul Aman. Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan
oleh Sultan Kedah pada 2009.Dalam peta, Pokok Sena terletak di 6.2' Utara , 100.4' Timur.
Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke Naka, ke Kuala Nerang dan ke Langgar,
Kedah.
Pasar Sehari ini lebih dikenali dengan panggilan Pekan Nat oleh penduduk setempat.
Panggilan ini berasal dari perkataan dalam bahasa Siam yang bermaksud sehari. Oleh kerana
bahasa pertuturan penduduk sekitar Pokok Sena mempunyai sedikit sebanyak pengaruh bahasa
Siam maka pasar minggu ini lebih dikenali dengan Pekan Nat.
Manakala nama Pekan Pokok Sena pula berasal dari nama sepohon pokok iaitu Pokok Sena atau
nama saintifiknya PTEROCARBUS INDICUS. Sejarah awal Pekan Pokok Sena dikesan melalui
kisah kunjungan peneroka pertama iaitu Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad seorang ulama
berasal dari Pattani, Thailand, sekitar awal tahun 1920 .
Pekan Pokok Sena terus berkembang dan muncul sebagai pangkalan persinggahan perahu dan
tongkang yang mengangkut hasil dagangan dan barangan keperluan harian. Sebuah balai polis
dibina untuk mengawal ketenteraman awam dan sebagai tempat memasung orang salah. Lokasi
ini sekarang di kenali sebagai Kampung Pokok Sena Lama.
Pembinaan infrastruktur jalan Pokok Sena ke Kuala Nerang telah mendorong Pekan Pokok Sena
berpindah dari lokasi sekarang di Kampung Pokok Sena Lama ke kawasan sekitar balai polis
sedia ada
Pekan Pokok Sena berada jauhnya lebih kurang 20 km dari Bandar Alor Setar dan 12 km dan
jarak dari Pekan Kuala Nerang. Kedudukan Pekan Pokok Sena boleh dilihat dalam Peta 1, Peta 2
dan Pelan 1 :

PETA 1 : LOKASI PEKAN POKOK SENA DALAM NEGERI KEDAH

PETA 2 : KAWASAN DAERAH POKOK SENA DALAM NEGERI KEDAH

PLAN 1 : LOKASI PEKAN HARI POKOK SENA

4. KAEDAH KAJIAN
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan
maklumat.

4.1 PEMERHATIAN
Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian dan membuat catatan. Perkara
yang saya perhatikan ialah situasi kawasan pasar sehari dan masalah-masalah yang terdapat di
situ.

4.2 TEMUBUAL
Saya telah menemubual 3 orang responden yang menjalankan perniagaan di Pasar Sehari Pekan
Pokok Sena. Temu bual berkisar masalah yang dihadapi oleh peniaga di pasar sehari dan
beberapa cadangan mereka tentang bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sebagai
peniaga.

4.3 SOAL SELIDIK


Saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik untuk memudahkan maklumat mengenai
jenis perniagaan, modal peniaga dan sumber utama atau sampingan.

4.4 RUJUKAN

Saya juga membuat rujukan dari internet.

5. DAPATAN KAJIAN
5.1 KONSEP DAN JENIS PERNIAGAAN PASAR SEHARI
Pasar sehari merupakan konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada
waktu pagi sehingga kepada waktu tengahari. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang biasanya
berada di kawasan perumahan atau pekan kecil.
Terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil
tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain
seperti permainan, perkakasan, buku, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang
mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Tawar menawar merupakan amalan
biasa di pasar sedemikian.
Di Malaysia peniaga mendapat lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang
berkaitan. Pasar Sehari Pokok Sena diadakan pada setiap hari Sabtu. Sepanjang pemerhatian
saya gambaran situasi Pasar Sehari Pokok Sena dapat digambarkan melalui gambar di bawah.

Situasi Pasar Minggu Pokok Sena


Berdasarkan kaedah pemerhatian yang saya jalankan berikut digambarkan situasi Pasar
Minggu Pokok Sena.

kawasan penjual buah

Kawasan jualan barang basah. Lihat susunan ayam yang menarik.

Daging lembu turut di jual.

Di akhir masa, kesemua cili dan bendi ini akan habis di jual, termasuk yang dalam bakul tu.

Kawasan jualan ikan.

Kawasan jualan barangan dapur.

Kawasan jualan Kuih

Kawasan jualan pakaian dan terdapat juga pakaian terpakai.

5.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN PASAR SEHARI


Hasil kajian yang saya jalankan saya mendapati bahawa perniagaan runcit di Pasar Sehari
Pokok Sena mempunyai beberapa kepentingan terhadap penduduk sekitar.
5.2.1 MENINGKATKAN TARAF HIDUP / PENDAPATAN PENDUDUK TEMPATAN
Perniagaan di Pasar Sehari ini dapat meningkatkan taraf hidup atau pendapatan penduduk
tempatan. Hasil soal selidik terhadap 20 responden mendapati bahawa 80% peniaga
menjadikan pasar sehari ini sebagai sumber pendapatan sampingan mereka. Ini dapat
ditunjukkan dalam jadual dan graf di bawah.

KEPENTINGAN PASAR MINGGU KEPADA PENIAGA

KEPENTINGAN PASAR MINGGU KEPADA PENIAGA


Pekerjaan utama
Pekerjaan sampingan

BIL PENIAGA
4
16

Majoriti peniaga yang berniaga di Pasar Sehari ini adalah untuk menambah dan menyokong
hasil pendapatan yang mereka peroleh dari sumber utama pendapatan mereka iaitu pertanian.
Bercucuk tanam merupakan salah satu sumber utama pendapatan mereka.
Saya bersyukur kerana dengan adanya Pasar Sehari ini dapat meningkatkan taraf hidup peniaga
dengan memperoleh pendapatan sampingan dengan berniaga sekali seminggu di Pasar Sehari.
5.2.2 MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN
Pasar Sehari ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Melalui
temuramah dengan tiga orang responden, mereka memaklumkan kepada saya ada peniaga yang
mengaji orang untuk membantunya dalam menjalankan perniagaannya. Hal ini dapat
membuka peluang pekerjaan di samping mengurangkan kadar pengganguran di kalangan
remaja pada masa kini.
Saya berasa berbangga dengan adanya Pasar Sehari ini, secara tidak langsung dapat membuka
peluang pekerjaan kepada penggangur. Ini kerana kebanyakan pelajar lepasan SPM yang tidak
berpeluang melanjutkan pelajaran dan tidak berkelayakan memohon pekerjaan, menggangur.
Saya juga menghargai jasa pihak peniaga yang sanggup mengambil risiko mengaji pekerja yang
tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan ini.
5.2.3 MEMUDAHKAN PENDUDUK TEMPATAN MEMBELI BARANGAN
Pasar Sehari ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Alor Setar
di samping dapat menjimatkan masa serta kos. Ini dapat dilihat dari hasil temuramah yang saya
lakukan terhadap 3 peniaga di situ yang mengatakan bahawa dengan ada nya pasar sehari ini,
memudahkan pembeli membeli barang di bandar dan tidak membuang masa untuk ke kedai
runcit tambahan pula semua barangan boleh didapati di satu tempat sahaja.

Lebih lebih lagi, dengan kenaikan harga petrol, tidak berbaloi rasanya untuk membazirkan
minyak petrol dengan sekadar membeli satu dua barangan dapur. Tambahan pula, dengan
kesibukan penduduk dalam menjalani kehidupan harian mendesak agar masa beli belah
menjadi terhad.
Saya berasa bersyukur kerana Pasar Sehari dapat meringankan beban pembeli yang
berpendapatan rendah ini daripada membeli barangan di mana mana pasaraya di Alor Setar.
Ini dapat menjimatkan kos yang mereka keluarkan sama ada dari segi wang atau pun masa.
5.2.4 MENYEDIAKAN BARANGAN SEGAR
Pasar sehari ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Di
samping itu, pasar sehari juga menawarkan barangan yang berkualiti serta menjual dengan
harga yang berpatutan. Pembeli juga mempunyai pelbagai pilihan dalam satu tempat sahaja. Ini
dapat dilihat melalui soal selidik terhadap 20 orang peniaga di kawasan kajian.
Dapatan soal selidik itu boleh dilihat dalam jadual dan carta pai dibawah.
JENIS BARANGAN YANG DIJUAL

BARANGAN YANG DIJUAL


ikan
sayur-sayuran
barangan dapur
pakaian
makanan dan kuih muih
lain-lain

BIL PENIAGA
4
3
2
4
5
2

Saya bersyukur dengan adanya Pasar Sehari ini membolehkan pembeli yang berpendapatan
rendah membeli barangan segar yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

5.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERNIAGAAN

RUNCIT DI PASAR SEHARI POKOK SENA.


Hasil kajian yang saya jalankan saya mendapati bahawa perniagaan runcit di Pasar Sehari
Pokok Sena dipengaruhi oleh faktor-faktor di bawah.
5.3.1 MODAL
Pasar Sehari ini tidak memerlukan modal yang besar hanya mengeluarkan modal yang
minimum. Hal ini kerana mereka hanya perlu menyediakan payung dan khemah sahaja dan
tidak perlu melabur dengan banyak. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil
antara RM 200 RM 300 untuk berniaga di Pasar Sehari ini. Ini dapat ditunjukkan melalui
jadual 1 dan rajah 1 hasil dari soal selidik saya bersama 20 responden.
MODAL PENIAGAAN

MODAL PENIAGA
kurang dari RM100
RM100 RM200
RM 200 RM300
melebihi RM300

PENIAGA
2
5
7
6

Saya bersyukur kerana dengan adanya Pasar Sehari ini peniaga tidak perlu mengeluarkan modal
yang banyak hanya sekadar kadaran minimum sahaja. Ini memberi kelebihan dan kemudahan
kepada peniaga yang berpendapatan rendah untuk berniaga bersama sama peniaga lain di
Pasar Sehari.

5.3.2 INFRASTRUKTUR

Hasil pemerhatian saya juga saya mendapati , dengan adanya Pasar Sehari ini, kerajaan telah
menyediakan kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, bekalan elektrik dan air. Ini dapat
memudahkan peniaga berniaga dengan selesa.
Saya bersyukur dengan adanya infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan ini bukan sahaja
menyenangkan peniaga malahan saya sebagai pembeli merasai tempiasnya. Ini dibuktikan
apabila ingin meletak kenderaan, tempat untuk meletak kenderaan telah sedia ada dan kita
tidak perlu bertungkus lumus mencari tempat meletak kenderaan.
5.3.3 KESESUAIAN WAKTU BERNIAGA
Pasar Sehari ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu (hari cuti) iaitu bermula pada pukul
7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Ini dapat memudahkan pekerja kerajaan mahu pun
swasta yang bercuti pada hari tersebut untuk membeli barangan keperluan mereka.
Malah sepanjang pemerhatian saya , saya mendapati terdapat pengunjung pasar sehari yang
mengambil kesempatan mengunjungi Pasar sehari untuk bertemu dengan rakan-rakan dan
makan bersama-sama di tempat yang disediakan. Suasana seperti ini menjadikan Pasar Sehari
ini sebagai pusat pertemuan setempat penduduk.
5.3.3 GOVERNAN
Pihak kerajaan juga secara tidak langsung telah mempengaruhi perniagaan di Pasar Sehari.
Pihak kerajaan telah menyediakan tapak yang sesuai dengan jenis perniagaan dengan harga
yang berpatutan. Ini dapat menyemarakkan lagi semangat perniaga untuk berniaga di Pasar
Sehari.
Saya menghargai jasa pihak kerajaan yang terlibat dalam urusan Perniagaan di Pasar Sehari ini.
Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perniaga.
5.4 KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT DI PASAR SEHARI PEKAN POKOK
SENA
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, hasil pemerhatian saya terdapat beberapa kesan negatif
yang telah dikenalpasti.
5.4.1 PENCEMARAN
Kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi
dengan sampah sarap. Lebih menyedihkan lagi, sampah sarap itu akan berterbangan dan
berselerak ke tempat lain.

Sampah sarap yang bertarabur dan berterbangan

Ini dapat menimbulkan pencemaran di samping menyukarkan pembeli untuk menyusuri tapak
perniagaan itu sendiri kerana bau yang kurang menyenangkan.
Namun, ada segelintir peniaga yang bersikap rasional membersihkan kembali tapak perniagaan
mereka. Saya menghargai sikap peniaga tersebut kerana beliau amat menitik beratkan perihal
alam kerana percemaran ini merupakan isu yang hangat diperkatakan bukan sahaja di
Malaysia , tetapi di seluruh dunia.
5.4.2 KESESAKAN LALU LINTAS
Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan
mereka sesuka hati. Walaupun pihak kerajaan telah menyediakan infrastruktur yang baik,
termasuklqh tempat meletak kereta, ada juga segelintir pengunjung yang tidak menggunakan
infrastruktur tersebut dengan betul. Ini diburukkan lagi dengan sikap segelintir peniaga yang
tidak mematuhi peraturan lalu lintas dengan berniaga hingga ke gigi jalan. Ini menyukarkan
keadaan.

Terdapat peniaga yang berniaga hingga masuk ke jalan utama ke Naka,


ini menyebabkan kesesakan dan aliran trafik yang perlahan.

Kedudukan gerai tudung ini melarat hingga ke atas jalan ke Pokok Sena.
5.4.3 HARGA TANPA KAWALAN
Kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Terdapat
pembeli yang tertipu dengan sikap peniaga yang menaikkan harga dengan sengaja.
Antara alasan yang dilontarkan oleh peniaga apabila harga dengan tiba-tiba yang meningkat
ialah musim hujan nelayan tak turun laut , laut bergelora dan sebagainya.

Jualan ikan segar yang tidak diletakkan tanda harga.


5.4.4 BARANGAN TIDAK BERKUALITI
Terdapat juga barangan tidak berkualiti dari segi ketulenannya. Contohnya jam yang berjenama
di jual di Pasar Sehari dengan harga yang murah, itu tandanya barangan itu tidak berkualiti
atau dengan kata lain barangan palsu.

Menjual barangan palsu ini merupakan salah satu jenayah yang kian menular pada masa kini.
Saya bersyukur jikalau terdapat pihak pihak tertentu sama ada pihak kerajaan mahupun
pihak NGO sekali pun yang berusaha membanteras penjualan barangan palsu ini.
5.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGAN KESAN NEGATIF PERNIAGAAN
RUNCIT POKOK SENA.
Terdapat beberapa cadangan saya untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di
Pasar Sehari Pokok Sena. Terdapat juga cadangan yang diusulkan sendiri oleh responden
melalui sesi temu bual.
5.5.1 PENGAWALAN HARGA
Kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual. Pihak berkenaan
perlu sering turun padang untuk memastikan pelanggan tidak ditindas. Sepatutnya semua
peniaga perlu meletakkan tanda harga untuk memudahkan urusniaga mereka seperti diamalkan
oleh peniaga dalam gambar di bawah.

Meletakkan tanda harga pada jualan memudahkan pembeli dan peniaga


Saya bersyukur kerana ada juga segelintir peniaga yang berbuat demikian tetapi hanya segelitir.
Saya menghargai sikap peniaga tersebut yang mengamalkan sikap yang sepatutnya ada pada
seorang peniaga yang berjaya.
5.5.2. KEMPEN KESEDARAN
Kempen kesedaran ini mengunakan risalah , tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran
kepada pengunjung dan peniaga untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan.
Sebagai contoh, Cintailah Alam Sekitar dan Kurangkan Penggunaan Plastik.
Nilai cintakan kebersihan perlu disemai dalam jiwa setiap individu sama ada peniaga atau
pembeli.
5.5.3 MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS
Pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan, ini bagi
memudahkan pembersihan dilakukan sendiri oleh perniaga dapat dijalankan dengan lebih
mudah.

Contoh aspek kebersihan yang boleh digunakan, iaitu satu peniaga satu tempat sampah.
Saya menghargai jasa pihak kerajaan yang berusaha menyediakan kemudahan asas. Sumbangan
itu sedikit sebanyak menberikan kesedaran kepada peniaga untuk sentiasa menjaga kebersihan
persekitaran tapak berniaga.

6. RUMUSAN
Perniagaan runcit Pasar Sehari Pokok Sena ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan
pengunjung. Antaranya , menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup /
pendapatan , memudahkan penduduk tempatan membeli barangan dan menyediakan barangan
segar.
Kemudian, saya dapat mengenalpasti faktor faktor mempergaruhi Perniagaan Runcit Pasar
Sehari Pokok Sena. Antaranya, governan, modal, kesesuaian waktu berniaga dan infrastruktur.
Selain itu, saya mendapati pelbagai kesan negatif Perniagaan Runcit Pasar Sehari Pokok Sena.
Antaranya, pencemaran, kesesakan lalu lintas, harga tanpa kawalan dan barangan tidak
berkualiti.
Seterusnya, saya telah mencadangkan beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif
Perniagaan Runcit Pasar Sehari Pokok Sena. Antaranya, menyediakan kemudahan asas ,
kempen kesedaran dan pengawalan harga.
Diharap agar Pasar Sehari Pokok Sena ini dapat diteruskan dalam usaha mezahirkan
kemudahan dan kelebihan kepada pengguna dan peniaga. Namun begitu semua pihak perlu
sedar dan sama-sama menyembeleng tenaga untuk memastikan Pasar Sehari Pokok Sena ini
tidak tercemar dan mendapat tangapan yang buruk dalam kaca mata masyarakat.

7. RUJUKAN

ABD Rahim Md Nor, Buku Teks Tingkatan 3, Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Chong Mui Sen, Nexus Vista PMR 2009, Sasbadi Sdn. Bhd

Tiga responden yang ditemuramah :

Encik Mohd Noor , 58 tahun, Kampung Batu 14, Kuala Nerang. (peniaga ikan)
Encik Atan, 63 tahun, Padang Serai, Jalan Pokok Sena. (peniaga sayur)

Puan Munah, 54 tahun, Kampung Sungai Durian, Pokok Sena.(peniaga kuih)

8. LAMPIRAN
1. Surat pengenalan diri calon
2. Surat kebenaran membuat kajian
3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
5. Borang soal selidik
6. Jadual dapatan borang soal selidik

SOALAN TEMURAMAH
PENIAGA PASAR SEHARI
POKOK SENA
Nama : Puan Munah
Jenis perniagaan: Peniaga Kuih
Bilangan pekerja : seorang (ahli keluarga)
Kelebihan berniaga di Pasar Sehari Pokok Sena :
a) Tidak perlu mengeluarkan modal berniaga yang banyak.
b) Tapak telah tersedia.
Cadangan untuk penambahbaikan Pasar Sehari Pokok Sena:
a) Menempatkan polis trafik untuk mengawal kesesakan lalu lintas.
b) Memperbanyakkan tong sampah untuk kebersihan sekitar tapak pasar sehari.

SOALAN TEMURAMAH
PENIAGA PASAR SEHARI POKOK SENA
Nama : Encik Mohd Noor
Jenis perniagaan: Peniaga ikan
Bilangan pekerja : 3 orang (pelajar lepasan SPM)
Kelebihan berniaga di Pasar Sehari Pokok Sena :
a) Tidak perlu bersusah payah mencari pemborong untuk memasarkan ikan.
b) Tidak perlu mengeluarkan modal berniaga yang banyak.
Cadangan untuk penambahbaikan Pasar Sehari Pokok Sena:
a) Memperbanyakkan tempat meletakkan kenderaan untuk mengawal kesesakan lalu lintas.
b) Memperbanyakkan tong sampah untuk kebersihan sekitar tapak pasar sehari.
Posted by BANG IQBAL at 22:30 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PASAR SEHARI - PEKAN NAT POKOK SENA

KERJA KURSUS GEOGRAFI


PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2012
Perniagaan Runcit Pasar Minggu
di Pekan Kuala Nerang,
06300 Kuala Nerang,
Kedah.

NAMA : _________________________________
KELAS : _________________________________
SEKOLAH : _________________________________
NAMA GURU : _________________________________
TARIKH HANTAR : _________________________________
..........................................................................

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK

HALAMAN

1) Penghargaan
2) Pendahuluan
3) Objektif Kajian
4) Kawasan Kajian
5) Kaedah Kajian
6) Dapatan Kajian
7) Rumusan
8) Lampiran
9) Rujukan
10) Bukti ( borang soal selidik, tembu bual dan surat-surat yang berkaitan )
............................................................

1. PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Kerja
Kursus ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia
dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan
ketika menyiapkan kerja kursus ini.
Saya Bang Bal pelajar Tingkatan 3 A mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya semasa saya mambuat Kajian Geografi
Tempatan(KGT).
Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan ............................... iaitu ................................... kerana memberi
sokongan kepada saya menjalankan kajian ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada kedua ibu bapa saya iaitu Pn. Ro dan En. Na kerana telah membantu saya menyediakan
bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan laporan ini dan mengizinkan saya menemu
bual responden di kawasan kajian.
Saya juga ingin merakamkan setingi-tinggi terima kasih kepada guru Geografi saya Mr N kerana
telah meluangkan masanya untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dengan begitu
dedikasi.
Tidak lupa juga terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Abdul Adzim Bin Mohd Fuad, Fatin
Nabila Binti Aziz, Muhd Hazim Bin Nasere, dan Muhd Muanawir Bin Shukri. Mereka telah
banyak memberi maklumat yang berguna kepada saya.Di samping itu, mereka juga menolong
saya menyelesaikan pelbagai masalah semasa saya membuat kajian ini.
Akhir sekali, ucapkan jutaan terima kasih kepada semua responden antarana Encik Saidi Idrus,
Mohd Isa Haron, Hj. Jamal, Nenek Som dan Tok Besah kerana sudi ditemu bual. Bantuan yang
diberi oleh mereka tidak ternilai harganya dan saya akan menghargai selama-lamanya.
...........................................................................

2. PENDAHULUAN

Kajian Geografi Tempatan ini merupakan syarat wajib bagi setiap calon PMR yang akan
menduduki PMR pada bulan Oktober nanti. Kajian ini memerlukan saya turun ke lapangan

untuk mendapat maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan laporan yang lengkap.
Saya memilih tajuk Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala
Nerang, Kedah sebagai tajuk kajian kerja kursus geografi . Saya memilih tajuk ini ini kerana
Perniagaan Runcit Pasar Minggu yang dibuka setiap hari Selasa dan Sabtu di kawasan tersebut
menyumbang peranan yang penting kepada penduduk sekitar.
Selain itu kawasan kajian terletak berhampiran tempat tinggal saya iaitu Taman Desa Seri
Emas. Tambahan pula, ramai rakan saya juga tinggal di kawasan tersebut dan memudahkan
saya mendapatkan maklumat untuk menjalankan kajian.
Saya menjalankan kajian ini selama 6 minggu iaitu meliputi kerja-kerja pemerhatian, soal
selidik, rujukan dan menulis laporan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
...........................................................................

3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar minggu Pekan Kuala Nerang,
06300 Kuala Nerang, Kedah
2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang,
06300 Kuala Nerang, Kedah
3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Pekan
Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah
4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang,
Kedah
5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit di Pekan
Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah
6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk
mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala
Nerang, Kedah
7. Memupuk nilai bersyukur dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi kesan
perniagaan runcit di di Pekan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah.
........................................................................

4. KAWASAN KAJIAN
Daerah Padang Terap terletak di bahagian timur laut Negeri Kedah Darul Aman, iaitu 25 km
dari Bandaraya Alor Setar. Daerah ini disempadani oleh daerah Kubang Pasu di Barat Laut,
Daerah Kota Setar di barat, Daerah Pendang di barat daya dan daerah Sik di tenggara. Daerah
Padang Terap juga memiliki sempadan antarabangsa dengan negara Thailand di utara dan
timur laut. (Rujuk Peta). Daerah Padang Terap mel;iputi kawasan seluas 135 730 hektar yang

dibahagikan kepada 11 mukim. Tahun 2012 daerah ini mempunyai penduduk seramai 72 802
orang.

Peta : Kedudukan Daerah Padang Terap Dalam Konteks Negeri Kedah

Peta 2: Kawasan MDKT Padang Terap - Kuala Nerang

Peta Lakar 1 : Lokasi Pasar Minggu Kuala Nerang


Saya telah memilih Pekan Kuala Nerang sebagai kawasan kajian saya yang terletak di Mukim
Belimbing Kanan dalam daerah Padang Terap. Tahun 2012, penduduk mukim Belimbing Kanan
berjumlah 6 053 orang iaitu 8.31 peratus daripada 72 802 orang. Kawasan kajian saya meliputi
beberapa buah taman dan beberapa buah kampong.
......................................................................

5. KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang telah digunakan untuk menghasilkan kajian ialah:
1. Pemerhatian
Saya telah memperhatikan bentuk muka bumi kawasan kajian.Saya juga telah memerhatikan
jenis barangan yang dijual di Pasar Minggu. Barangan yang dijual seperti sayur-sayuran,
pakaian, alat-alat keperluan dapur, alatan pertanian, ubat-ubatan herba tradisional dan lain-lain.

2.

Temu bual

Saya telah menemubual 3 orang penduduk dikawasan kajian untuk mendapat maklumat
tentang kesan perniagaan. Sila rujuk lampiran contoh borang temu bual
3.

Rujukan

Saya telah menbuat rujukan melalui internet untuk mendapatkan maklumat tentang latar
belakang kawasan kajian.
http://www.smkpuchongutama1.com/geografi/contoh-jawapan-kerja-kursus-geografi-pmr-2012
http://eprints.ptar.uitm.edu.my/2793/1/AIRURIZAT_ANIP__97_24.pdf
http://srrifa.blogspot.com/2010/07/jenis-perniagaan-runcit-peruncit-tanpa.html
http://knerangkedah.blogspot.com/2012/03/pekan-nat-kuala-nerang.html
4.
Soal selidik
Saya telah membuat soal selidik terhadap 20 orang responden dengan menggunakan borang
soal selidik.
..........................................................................
DAPATAN KAJIAN

8.1

Konsep Perniagaan Runcit


Merujuk kepada kamus dewan, Perniagaan runcit
ialah perniagaan secara kecil-kecilan yang menjual
barangan keperluan harian kepada pengguna terakhir.
Manakala buku teks perdagangan tingkatan
empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang
menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna
terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri
sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada
individu lain seperti rakan dan jiran.
Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan
kajian ialah perniagaan runcit pasar minggu. Perniagaan
runcit pasar minggu biasanya dijalankan oleh individu dan
dibantu oleh ahli keluarga. Antara barangan yang dijual
ialah makanan, buah-buahan, sayur-sayuran, barangan
kraftangan, pakaian, ikan dan daging.

Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan


mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat
yang lain.
........................................................

8.2

Kepentingan Perniagaan Runcit Pekan Minggu di


Pekan Kuala Nerang, Kedah
1.
Menyediakan Barangan Yang Segar
Melalui pemerhatian saya dapati barangan yang dijual di
pasar minggu di kawasan tersebut seperti sayur dan ikan
serta buah-buahan dijual dalam keadaan segar begitu
juga daging ayam dan lembu. Melalui temu bual dengan
En. Md Isa bin Haron, beliau suka membeli barangan
basah di pasar minggu ini kerana barangannya segar dan
berkualiti di samping harga yang murah berbanding
dengan barangan yang dijual di pasaraya berdekatan.
Barangan yang dijual di pasaraya tidak segar dan daging
dijual dalam keadaan sejuk beku.
2.
Menyediakan peluang pekerjaan
- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan
peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil.
Sebagai contohnya, berniaga sayur dapat memberikan
pendapatan tambahan kepada peniaga.
3
Meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk
Perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang
pekerjaan kepada peniaga untuk meningkatkan taraf
hidup dan menambah punca pendapatan mereka. Oleh
itu, peluang pekerjaan tersebut telah memberi pendapatan
tetap untuk menyara keluarga. Ini dapat diperjelaskan

melalui temu bual dengan En. Saidi bin Idrus iaitu seorang
peniaga ayam dari Kg Semeliang.
4
Memudahkan penduduk tempatan membeli
barangan
Pasar minggu ini menyediakan pelbagai barangan dan
pembeli tidak perlu ke bandar Alor Setar. Sebagai
contohnya En. Halim seorang penjual ubat ubatan telah
datang menjual barangannya setiap minggu dari Alor
Setar. Keadaan ini dapat menjimatkan masa dan kos
penduduk untuk mendapatkan ubat-ubatan di bandaraya
Alor Setar.
5

Membolehkan penduduk tempatan memasarkan


barangan jualan
pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk
tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka
seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lainlain.
6.

Menjimat kos pengguna


Melalui kaedah temu bual, Tn. Hj. Jusoh bin Mehat
menyatakan barangan yang dijual seperti ikan, daging,
makanan dan pakaian dijual dengan harga yang lebih
murah berbanding pasaraya berdekatan. Oleh itu,
kemudahan pasar minggu ini telah menjimatkan kos
pengguna dan meringankan beban kerana kos sara hidup
di kawasan luar bandar semakin tinggi.
Saya selaku penduduk Pekan Kuala Nerang berasa
bersyukur kerana kewujudan pasar minggu di Pekan

Kuala Nerang dapat memudahkan urusan dan memberi


manafaat kepada penduduk di kawasan berhampiran.
...........................................................

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan


runcit di kawasan kajian
1) Goverman
Faktor goverman telah mengalakkan kewujudan pasar
minggu di Pekan Kuala Nerang. Hal yang demikian kerana
Majlis Daerah Kerajaan Tempatan (MDKT) Padang Terap
telah menyediakan tapak yang sesuai untuk pasar minggu
ini. (Rujuk peta). Tapak tersebut pada asalnya petempatan penduduk asal
Pekan Kuala Nerang telah dibangunkan untuk pembangunan pasar minggu. Kawasan
ini dibangunkan semula dengan lebih sempurna dan telah disewa kepada peniaga
pasar minggu. Pasar ini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Selasa sahaja. Kemudahan
tapak yang luas telah menggalakkan peniaga-peniaga menyewa tapak pasar tersebut.

2) Modal
Pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar.
Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil
antara RM 500.00 RM 3000.00 untuk berniaga di pasar
minggu ini. Kemudahan pinjaman kewangan dari institusi
kewangan seperti Bank Rakya, CIMB Bank, Bank
Pertanian telah mengalakan ramai peniga untuk
memimjam wang untuk dijadikan modal perniagaan
mereka.
3) Infrastruktur
Tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat
meletakkan kenderaan yang luas dan tempat
pembuangan sampah yang sistematik merupakan antara

faktor yang mempengaruhi perkembangan pasar minggu


ini. Tapak perniagaan pasar minggu di Pekan Kuala
Nerang telah dinaiktarafkan kepada bertar membolehkan
urusan perniagaan berlaku dalam keadaan bersih dan
selesa berbanding sebelum itu berkeadaan becak dan
kotor.
4) Pertambahan penduduk
- kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan
penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh
bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin
bertambah.
- penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar
minggu ini. Penduduk dari Padang Sanai, Pedu dan
Kurong Hitam terpaksa melalui Pekan Kuala Nerang untuk
ke Alor Setar. Oleh itu Pekan Kuala Nerang merupakan
persinggahan sementara mereka untuk berurusan.
5) Darjah ketersampaian
Lokasi pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di
tengah-tengah Pekan Kuala Nerang, Kedah dan
mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.
6) Kesesuaian waktu berniaga
Pasar minggu ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu
(hari cuti) dan hari selasa iaitu bermula pada pukul 7.30
pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Melalui temu bual
dengan En. Lie Wan Dola, beliau suka ke pasar tersebut
kerana masanya yang sesuai pada awal pagi setiap hari
sabtu. Hal ini kerana hari biasa mereka sibuk bekerja dan
keadaan jalan raya yang agak selesa. Saya juga
bersyukur kerana kewujudan pasar minggu pada masa

yang sesuai telah memudahkan penduduk untuk


mendapatkan barangan keperluan.
............................................................

8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian


Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa
kesan negatif yang telah dikenalpasti.
1.

Masalah sosial
Pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah
berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok
mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian
yang kurang sopan.

2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan


- Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati
kerana pengusaha kedai runcit tempatan akan kehilangan
pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami
kerugian.
3. Pencemaran
- kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran
kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah
sarap. Ini kerana kebanyakan peniaga meninggalkan
sampah sarap sesukan hati. Kelewatan mengangkut
sampah oleh pihak MDKT Padang terap menyebabkan
sekitar pasar minggu ini mengalami masalah busuk. Bau
busuk ini dapat dirasa sehingga Taman Jati dan sekolah
berhampiran.
Sikap sambil lewa peniaga menjaga kebesihan telah

mendapat teguran dari setiausaha Majlis dDerah Padang


Terap, En Abdul Gafar Yahya. Kenyataan ini dapat dilihat
dalam akhbar SINAR Harian terbitan 1 Februari 2012.
(Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/md
pt-tutup-pasar-sehari-kotor-1.21244

4. Kesesakan lalu lintas


- masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana
pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka
hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu
dan menyekat kenderaan lain. Hal ini berlaku kerana sikap
mereka yang mementingkan diri sendiri dan tidak
memperdulikan orang lain. Kesesaan ini berlaku kerana
pihak MDKT Padang Terap tidak dapat menyediakan
kawasan letak kereta yang sesuai. Keadaan ini
menyebaban aliran trafik di persimpangan jalan Jalan
Semeliang dan Jalan Kuala Nerang menjadi perlahan.
Saya sebagai penduduk berhampiran sedar dan perlu
lebih bertanggungjawab untuk mengurangkan kesesakan
lalu lintas.

5. Harga tanpa kawalan


- kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak
dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat
kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang
menjual barangan melebihi harga biasa.

6. Barangan tidak berkualiti


- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak
berkualiti dan mudah rosak.
- jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh
memudaratkan kesihatan.

7. Sikap Peniaga Runcit


Ramai peniaga meletak gerai niaga mereka terlalu dekat,
sehinggakan ada laluan hanya boleh dilalui oleh seorang
sahaja. Keadaan ini menyebabkan keadaan menjadi
semakin sesak dan merimaskan. Sikap mementing diri
peniaga ini menyebabkan nama baik pasar minggu ini
mendapat nama buruk.
......................................................

8.5
Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif
Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian
1. Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan
hukuman yang berat kepada peniaga terutamanya
peniaga yang menipu pengguna dengan menjual
barangan yang memudaratkan pengguna.

2. Pengawalan harga
- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga
barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi
mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.

3. Kempen kesedaran
- boleh gunakan risalah tampal poster dan banner bagi
memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.
Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar menjaga
kebersihan, MDPT bekerjasama dengan Pejabat Agama
Daerah Padang Terap mengedarkan khutbah Jumaat
kepada semua masjid dalam daerah berkenaan yang
akan dibacakan kepada jemaah masjid.
4. Menyediakan kemudahan asas
- pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong
sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan
peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong
tersebut.
Walaubagai manapun saya bersyukur kerana pasar
minggu di pekan Kuala Nerang ini masih wujud
semensejak sebelum merdeka lagi dan masih
mengekalkan tahap kebersihannya.
..........................................

1. Jenis Barangan Yang Diperniagakan


.................................
Jenis Barangan
................................
Makanan
Minuman
Buah-buahan

.........................
Bilangan Gerai
.........................
25
37
12

Kasut/Pakaian/Kain
30
Ayam/Daging/Ikan
46
Sayur-sayuran
47
Barangan Runcit
49
Lain-lain
32
............................................
..................
.
JUMLAH GERAI
278
............................................ .....................
.

JADUAL : Jenis Barangan Yang Dijual di Pasar


Minggu Pekan Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah.

Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan


Kuala Nerang
Kesan

Tandakan
(x)

Masalah sosial

Persaingan dengan kedai runcit


tempatan

Pencemaran

Kesesakan lalu lintas

Wabak penyakit

Harga tanpa kawalan

Barangan tidak berkualiti

Pembaziran (masa/wang)

Carta Aliran : Kesan Negatif Perniagaan Pasar Minggu


Pekan Kuala Nerang
..............................................

RUMUSAN
- perniagaan runcit pasar minggu ini banyak memberi
manfaat kepada peniaga dan pengunjung.
- dapat menambah pendapatan mereka manakala pembeli
dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah
dan dapat menjimatkan masa.

1. FOTO

Foto 1 : Suasana Pasar Minggu Pekan Kuala Nerang


2.

Bahan daripada pelbagai sumber


i. majalah,
ii. surat khabar
iii. internet

................................................................

L1.

Surat pengenalan diri calon

alamat sekolah ..

TEL
FAX.

.............................................................................................................................................................
......

Ruj. .
Tarikh :..
Kepada sesiapa yang berkenaan
Tuan/Puan
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT)
Pembawa surat ini
.. No
Kad Pengenalan adalah seorang
pelajar tingkatan . d Sekolah Menengah
Kebangsaan Pelajar ini
sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat
kehendak Kementerian Pelajran Malaysia bagi mata
pelajaran Geografi KBSM.
2.
Kerjasama dan bantuan tuan / puan didahului
ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
t.t..
Pengetua
..
..
..

L2. Surat kebenaran membuat kajian


alamat sekolah..

TEL
FAX.

.............................................................................................................................................................
....

Ruj. .
Tarikh :..
Kepada sesiapa yang berkenaan
Tuan/Puan
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT)
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar
Tingkatan 3 sekolah ini sedang menjalankan projek Kajian
Geografi Tempatan.
3.
Kajian ini adalah sebahagian daripada pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran
Geografi KBSM bagi memenuhi syarat yang ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini
melibatkan pelajar-pelajar sekolah mengumpul dan
mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi
tempatan.

4.
Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati jika
pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada pelajarpelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
5.
Kerjasama dan bantuan tuan /puan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
.
Saya yang menurut perintah,

t.t..............
Pengetua
..
......
......
L3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
alamat sekolah
.
..................
TEL
.
FAX
.
.......................................
Ruj. ..
Tarikh :

Kepada
Ibubapa / Waris / Penjaga
Pelajar Tingkatan 3
SMK ..................
Tuan/Puan
MAKLUMAN MENJALANKAN KAJIAN
GEOGRAFI TEMPATAN (KGT)
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar
Tingkatan 3 sekolah ini akan terlibat dalam projek KGT.
Kajian ini adalah sebahagian daripada pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM bagi
memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajran Malaysia.
3.
Hasil KGT ini akan dinilai oleh guru. Bagi
tujuan ini, semua pelajar akan menjalankan kerja
lapangan di luar waktu persekolahan untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan.
4.

Dimaklumkan juga bahawa projek ini akan


dijalankan pada penggal kedua persekolahan dari bulan
Mei hingga Julai 2012.
Sekian, terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
.
Saya yang menurut perintah,

---------tt------------------------------Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan ..
..
L4.

Borang soal selidik

BORANG TEMUBUAL KERJA KURSUS GEOGRAFI


2012
PERNIAGAAN RUNCIT BERFOKUSKAN PASAR
MINGGU
NAMA
PELAJAR ...........................................................................
NAMA
RESPONDEN :....................................................................
KAWASAN PASAR
MINGGU:..............................................................
TARIKH
TEMUBUAL :...................................................................
SOALAN TEMU BUAL:
1. Encik/Puan sering datang ke pasar minggu ini?
...........................................................
2. Apa barang yang biasa Encik/Puan beli?.
....................................................................

3. Apakah Encik/Puan rasa harga barang di pasar minggu


ini murah? ..............................
4. Adakah barang-barang yang dijual di pasar minggu ini
memenuhi cita rasa Encik/Puan?
..
5. Adakah tapak pasar minggu ini
bersesuian? ....................................................................
6. Jika tapak pasar minggu ini tidak sesuai, boleh
Encik/Puan beri cadangan di mana tapak yang sesuai
untuk perniagaan pasar minggu dijalankan?
............................................................................................
...........
7. Adakah tong-tong sampah disediakan oleh PBT di
sekitar pasar minggu ini untuk mengelakkan pencemaran
sampah-sarap daripada berlaku?

8. Sila beri cadangan untuk mengurangkan pencemaran


sampah-sarap di kawasan ini.
.....................................................

You might also like