You are on page 1of 4

LAPORAN KECERIAAN BILIK SUKAN

NAMA SEKOLAH : Sekolah Jenis Kebangasaan Tamil Ladang Chembong

NAMA PROJEK/ AKTIVITI : Kebersihan dan Keceriaan Bilik Sukan

TEMPOH PELAKSANAAN : 8 Ogos 2016 – 12 Ogos 2016

OBJEKTIF :

Projek kebersihan dan keceriaan bilik sukan ini dijalankan bagi mencapai objektif
berikut:

1. Memastikan bilik sukan sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih dan ceria.
2. Menjadikan bilik sukan sebagai bilik yang kondusif.
3. Menyediakan bilik sukan sebagai ruang yang dapat membina rasa tanggungjawab
dan kerjasama di kalangan murid.
4. Memastikan semua peralatan sukan disusun dengan teratur.
5. Memastikan semua peralatan sukan disusun dengan betul dan selamat digunakan.
6. Memupuk semangat kerjasama yang tinggi antara murid dan semua guru sekolah.
7. Membuka ruang kepada murid untuk berinteraksi,membincangkan serta berkongsi
idea untuk menceriakan bilik sukan.
8. Membuka peluang kepada guru pendidikan jasmani untuk menunjukkan sifat
kepimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN :

1) Menjalankan perbincangan dengan mentor tentang projek kebersihan dan


keceriaan bilik sukan.
2) Berjumpa dan berbincang dengan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan
Kokurikulum untuk mendapatkan cadangan dan idea. Beliau mengemukakan
cadangan membersihkan dan menceriakan bilik sukan.
3) Saya telah membersihkan dan menyusun semula segala peralatan sukan
mengikut susunan dan kategori yang betul.
4) Saya juga menyediakan label untuk melabel peralatan sukan.
5) Saya juga telah menyediakan peraturan bilik sukan, jadual waktu subjek
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di papan kenyataan di bilik sukan.
6) Saya juga menyediakan 3 buku rekod pinjam masuk peralatan, buku rekod
penyelengaraan alatan sukan dan buku daftar peralatan sukan.
7) Saya juga menceriakan papan kenyataan dan dinding di dalam bilik Sukan dan
meletakkan maklumat berkaitan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada papan
kenyataan.
8) Saya juga membersihkan alatan-alatan yang telah rosak dan tidak boleh
digunakan lagi.
9) Menyediakan laporan dan refleksi bagi projek kebersihan dan keceriaan bilik
sukan setelah selesai.

REFLEKSI :

1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI :

Bilik sukan sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan bagi
murid-murid menggunakan alatan sukan semasa aktiviti sukan. Oleh itu, bilik sukan ini
perlu diurus secara sistematik. Sehubungan dengan itu, pengurusan bilik sukan adalah
salah satu aspek penting dalam menarik minat murid untuk menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Aktiviti keceriaan ini merupakan satu
keperluan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih teratur, menarik dan
efektif.

Oleh itu, saya telah mula membuat projek kebersihan dan keceriaan bilik Sukan
dari 8 Ogos 2016 hingga 12 Ogos 2016 di Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang
Middleton. Projek ini dijalankan bagi melahirkan kesedaran dalam diri murid-murid
berkaitan kepentingan penjagaan bilik sukan yang selesa, kondusif, ceria dan rapi untuk
suasana pembelajaran mereka. Projek ini juga dapat memberikan pengalaman dan
peluang kepada saya untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari semasa di Institut
dalam subjek pengurusan bilik sukan.
Selain itu, projek ini bermatlamat dalam mewujudkan suasana yang lebih ceria
dan berinformasi dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam aktiviti sukan..
Saya telah membuat beberapa perubahan dalam bilik sukan bagi memudahkan kerja
guru PJ semasa menyediakan alatan sukan. Saya juga telah membuat perlabelan pada
setiap rak-rak yang mengandungi alatan sukan bagi meringankan kerja guru semasa
menyediakan alatan sukan sebelum sesuatu aktiviti sukan. Perlabelan ini juga penting
supaya murid-murid mengenal alatan sukan.

Saya juga melekat peraturan bilik sukan di papan kenyataan bagi memberitahu
murid-muridmenjaga keselamatan diri semasa berada dalam bilik sukan. Saya telah
mengenalpasti beberapa alatan yang rosak dan mengasingkan alat-alat itu untuk tujuan
pelupusan kerana saya tidak boleh melupuskan alatan sukan tanpa prosedur yang
betul. Saya dapat mencapai segala objektif dengan berjaya. Melalui projek saya juga
dapat menarik minat dan keinginan murid untuk belajar Sains melalui inkuiri.

2) KELEMAHAN PROJEK/ AKTIVITI :

Walaubagaimanapun, saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan semasa


melaksanakan projek ini. Antaranya adalah saya mengenalpasti beberapa alatan sukan
yang terdapat dalam bilik sukan ini agak lama dan kurang dalam bilangan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Saya perlu membuat permohonan kepada guru besar untuk menambah alatan
sukan bagi memudahkan murid untuk menjalankan aktiviti sukan mengikut sukatan
pelajaran pendidikan jasmani. Saya juga harus membuat perancangan masa membuat
projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan
disiapkan pada masa yang ditetapkan. Saya juga boleh menghabiskan kerja pada
waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat.

KESIMPULAN :

Projek membersihkan dan menceriakan bilik sukan akhirnya berjaya diselesaikan


dan mengambil masa selama 7 hari. Diharapkan dengan program kebersihan dan
keceriaan yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada guru-guru dan murid-murid
bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah ini. Di
samping itu, projek ini adalah sebagai usaha memupuk kesedaran murid dalam
memastikan bilik sukan dalam keadaan ceria dan selesa supaya proses P&P dapat
dijalankan dengan berkesan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(RUPINI A/P MANOHARAN) ( PN. V. MARIAMMAL)

You might also like