You are on page 1of 10

Pengenalan

Sumber Matematik merupakan satu koleksi bahan-bahan yang boleh digunakan


oleh para guru sebagai bahan bantuan sepanjang proses pengajaran matematik di
sekolah. Penggunaannya meliputi semua topik mengikut sukatan pelajaran dari
Kementerian Pelajaran Malaysia dan sesuai diaplikasikan dalam kesemua aras
pengajaran-pembelajaran Matematik. Sumber Matematik ini memainkan peranan yang
penting dalam bidang pendidikan kerana cara pengajaran yang berpusatkan bahan
boleh mewujudkan suasana pengajaran pembelajaran yang bermakna. Secara tidak
langsung pencapaian akademik murid dapat dipertingkatkan.
a) Kemudahan resos yang terdapat di sekolah dan kategorikan mengikut tajuk-
tajuk yang sesuai.

Sekolah Kebangsaan Tamil Ulu Tiram merupakan tempat saya bertugas. Ia
terletak di sebuah estet dari Bandar Ulu Tiram. Panitia Matematik merupakan
panitia yang paling aktif di sekolah tersebut. Pembelian sumber matematik yang
bersesuaian dengan pengajaran pembelajaran matematik adalah salah satu
agenda penting yang diperbincangkan dalam setiap kali mesyuarat panitia.
Kebanyakan sumber matematik ditempatkan di bilik bahan bantu mengajar
sekolah. Guru-guru yang ingin meminjam bahan perlu merekodkan pinjaman
tersebut dalam buku pinjaman bahan yang disediakan. Manakala CD pengajaran
matematik ,televisyen dan kemudahan astro ditempatkan di bilik audio sekolah.
Buku rujukan dan buku panduan matematik pula dimuatkan dalam Bilik
Matematik yang terletak berdekatan dengan bilik guru agar guru matematik
dapat membuat rujukan dengan mudah.





Bahan cetak
buku teks , buku aktiviti, buku panduan guru, buku
rujukan khas ( glosari, buku pengajaran Matematik dalam
Bahasa Inggeris )
Bahan bantu belajar
bahan manipulatif dan carta-carta,mengikut topik , kit
pembelajaran , permaianan matematik , abakus dan lain-
lain.
Teknologi dalam matematik
komputer , alat LCD, mesin pencetak dan pengimbas,
projektor , televisyen, astro dan koleksi CD pengajaran.
Kemudahan dalam matematik
bilik matematik , bilik audio, makmal komputer, pondok
matematik.
Secara amnya, sumber matematik di sekolah saya boleh diklasifikasikan kepada
4 kategori iaitu:






b) Sejauhmanakah kemudahan resos matematik digunakan oleh guru-guru
matematik di sekolah itu?
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa SJK(T)
Ulu Tiram tidak mempunyai makmal Matematik. Walaupun kekurangan dari segi fasiliti
makmal matematik namun guru-guru di sekolah tersebut mengambil beberapa inisiatif
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Antara inisiatif yang dapat dilihat
adalah penghasilan sudut matematik. Sudut matematik ini juga berfungsi sebagai pusat
pameran. Guru matematik di sekolah tersebut mempamerkan hasil kerja matematik
murid di sudut matematik. Ini akan membantu para pelajar mencungkil minat untuk
menghasil kerja yang kreativif dan inovatif. Selain itu, murid-murid lain juga akan
mendapat motivasi dari mempamerekan hasil kerja murid bagi menghasil kerja yang
berkualiti dan akan menarik murid memberi tumpuan dalam pengajaran metematik.
Sudut matematik juga berperanan sebagai pusat penerokaan. Pelajar boleh meluahkan
masa rehat dengan berfeadah melalui sudut matematik ini.












Rajah 1.1 menunjukkan sudut-sudut matematik yang terdapat di SJK(T) Ulu Tiram
Setelah membuat pemantauan terhadap kemudahan resos Matematik, dan penggunaan
resos tersebut terhadap pengajaran matematik didapati bahawa projektor LCD digunakan oleh
guru-guru matematik di SJK(T) Ulu Tiram untuk memaparkan slaid-slaid Powerpoint ke skrin
putih yang boleh mempermudahkan proses pengajaran matematik. Rak-rak pula digunakan
untuk menyimpan pelbagai resos matematik samada yang dibeli di pasaran atau dibina oleh
pelajar. Selain itu alat-alat tulis seperti pen marker, pembaris, gam dan alat tulis dengan
bilangan yang mecukupi pada awal semester serta mudah diperolehi bila diperlukan dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik. Tambahan pula, murid juga dilatih oleh guru di
sekolah tersebut untuk mengambil alat-alat secara cepat dan tanpa diarah apabila mereka
memerlukan alat-alat berkenaan. Walau bagaimanapun, Satu kekurangan yang barangkali
wujud ialah alat-alat ini mungkin tidak disimpan dalam tempat yang betul setelah digunakan.
Namun demikian, masalah dapat diatasi oleh guru matematik di sekolah SJK(T) Ulu Tiram
dengan melatih murid-murid untuk mengembalikan alat-alat ke rak-rak yang betul supaya
sentiasa dalam keadaan kemas.
Di samping itu, makmal mini matematik menyerupai makmal matematik. Oleh itu, guru-
guru matematik di sekolah tersebut memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan
makmal mini matematik disebabkan tiada makmal matematik di sekolah tersebut. Penyediaan
makmal mini matematik hanya memerlukan ruang yang sedia ada di luar bilik darjah. Secara
umum makmal mini matematik direka untuk menyokong program pembelajaran matematik
dalam bilik darjah. Secara spesifik, ia berfungsi sebagai pusat maklumat, pusat pameran serta
pusat penerokaan. Aktiviti yang dijalankan di sudut matematik ialah mengadakan pertandingan
bermain congkak, puzzle dan sebagainya. Menurut ketua panitia matematik Puan Rajeswary
makmal mini matematik memberi banyak input kepada murid SJK(T) Ulu Tiram semasa PdP di
bilik darjah
Rajah: 1.2 makmal mini matematik
di luar bilik dajah SJK(T) Ulu Tiram.

c) Bincangkan cara pengurusan resos yang berkesan.

Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini bagi memastikan segala bahan resos
yang digunakan oleh guru mahupun pelajar dapat membawa manfaat dan kelebihan
kepada kedua-dua pihak. Cara pengurusan resos yang menarik dan sesuai, murid akan
lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Untuk menarik perhatian
dan menimbulkan minat murid-murid, bahan resos yang digunakan harus disediakan
ciri fizikal yang sesuai seperti saiz yang tidak terlalu besar dan jelas. Faktor jarak antara
pelajar dengan bahan resos yang digunakan juga perlu diambil kira. Jika resos yang
digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat
melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu
fokus padangan mata mereka sudah berkurangan. Ini akan menyebabkan mereka
hilang tumpuan dan minat terhadap pengajaran guru di hadapan. Selain itu, bahan
resos yang digunakan harus disediakan dengan menggunakan gambar atau imej yang
berwarna- warni. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan bahan
resos juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s.
21). Hasil daripada kajian yang beliau jalankan, penggunaan gambar atau imej yang
berwarna dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menyenangkan proses
penyimpanan maklumat.

Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam
matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting bagi
mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran matematik. Seorang guru yang baik perlu sedar tentang peranan resos
dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid.
Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid- murid akan lebih berminat
dan seronok untuk belajar matematik.

d) Bagaimana anda memainkan peranan untuk memperluaskan lagi
penggunaan resos supaya murid mendapat manfaat dalam pembelajaran
matematik?

Bahan resos adalah sesuatu perkara yang amat penting dalam proses pembelajaran
dan pengajaran. Dengan adanya bahan resos ketika melaksanakan proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, pastinya akan menarik perhatian murid
agar mereka fokus akan sesuatu topik. Ini kerana, kajian mendapati bahawa seorang
murid di dalam kelas boleh menumpukan perhatian tanpa ada gangguan hanya selama
20-30 minit yang pertama. Selepas daripada itu, mereka akan mula tidak senang duduk
dan akan mengganggu rakan-rakannya yang lain. Disebabkan itu, saya percaya
penggunaan bahan resos amat penting agar perhatian mereka akan kembali berfokus
terhadap topik yang dipelajari. Sebagai seorang guru matematik saya akan
menggunakan bahan resos yang lebih diketahui bahan bantu mengajar ( BBM )
semasa mengajar di kelas. Seperti dikatakan diatas murid-murid akan berasa bosan
jika penyampaian pengajaran tidak menarik perhatian. Maka bahan resos yang
berkaitan dengan topik akan menarik minat murid terhadap sesi pengajaran. Keadaan
ini akan secara tidak langsung memberikan kesan yang baik dalam pembelajaran
murid.
Bahan resos merupakan salah satu kaedah yang membantu proses pembelajaran
dan pengajaran menjadi menarik dan berjalan dengan lancar. Ini kerana,
sememangnya murid cepat bosan dengan pengajaran yang berbentuk satu hala sahaja
(chalk and talk) dan memerlukan pembelajaran yang bervariasi daripada pelbagai sudut
untuk menguji aras kefahaman mereka yang pelbagai. Seperti yang kita sedia maklum,
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner juga menekankan bahawa setiap murid
mempunyai potensi diri dan kecenderungan yang berlainan antara satu sama lain. Oleh
itu, bahan resos ini merupakan medium yang mampu memberi kesegaran dalam proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas untuk mencungkil segala potensi diri yang
ada dalam diri murid-murid. Oleh itu saya akan menggunakan bahan resos yang
pelbagai semasa PdP. Saya juga akan memastikan kandungan yang disampaikan
dapat diterima oleh semua murid dalam kelas tersebut. Maka penggunaan bahan resos
akan merangsang minda murid dan kekal selamanya. Penggunaan bahan resos
semasa PdP akan membantu murid dalam mengaitkan dengan kehidupan sebenar iaitu
konkrit kepada abstrak. Terutamanya murid-murid sekolah rendah diajar dengan
menggunakan benda-benda maujud. Keadaan ini akan membantu mereka dalam
merasai dan mengimbas kembali tentang topik yang dibelajari.
Saya juga percaya bahawa subjek Matematik memerlukan pembinaan konsep asas
yang kukuh. Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep di dalam matematik
adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Para pendidik juga sedia maklum
bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang
kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri
melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh
dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan
pengalaman harian. Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik
amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri matematik
yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu konsep
adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Sebagai
contoh, pembinaan konsep mengenai pecahan wajar perlu diajarkan secara
menyeluruh agar murid benar-benar faham akan konsep tersebut kerana ianya akan
berkait rapat dengan pembelajaran pada peringkat seterusnya iaitu pecahan setara dan
pecahan tidak wajar.

Oleh sebab itu, saya akan bina konsep Matematik yang boleh diperjelaskan
melalui penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit. Ini kerana, bahan konkrit atau
manipulatif boleh dipegang dan disentuh oleh murid menggunakan pancaindera
sekaligus mereka akan merasai, berfikir, membentuk dan membina pemahaman
konsep Matematik tersebut. Selain itu saya akan mereka cipta bahan manipulatif sendiri
tanpa terikat dengan bahan manipulatif yang telah sedia ada. Ini akan memberikan
pengalaman yang sebenar kepada murid untuk memahami sesuatu konsep asas
Matematik itu dengan mudah dan merangsang pemikiran murid-murid terhadap
Matematik.
e) Apakah cadangan penambahbaikan anda untuk meningkatkan lagi kemudahan
resos yang sedia ada?

Keberkesanan resos dapat dilihat apabila resos tersebut boleh digunakan
berulang kali. Tidak hanya pada satu-satu masa sahaja. Oleh sebab itu, saya akan
mengambil insiatif dalam pengurusan resos agar tidak perlu membuat resos
berulang kali. Bagi memastikan perkara tersebut, bahan resos perlu disimpan
dengan baik. Selain itu, saya memastikan bahan yang digunakan untuk membuat
resos adalah tahan lama dan kukuh supaya penggunaannya kekal lama. Selain itu
saya juga memastikan terdapat bilik khas yang menempatkan bahan-bahan resos
ini supaya penggunaannya kepada seluruh murid di sekolah tersebut adalah
menyeluruh. Alat bantu mengajar harus sentiasa berada di dalam keadaan baik,
boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan
murid dan masa yang diperuntukkan.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami berhubung dengan
penggunaan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Resos dan bahan
bantu belajar hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Resos tidak mengubah peranan guru. Malah
sebaliknya,saya akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka. Keterampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi
tunjang dan ikutan utama. Penggunaan resos dapat mengurangkan beban tugas
guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan
sistematik. sebagai seorang guru saya perlu sentiasa berusaha untuk mempelajari
perkara baru terutama apabila berkaitan dengan resos baru terutama teknologi. Ini
kerana, sememangnya resos-resos seperti inilah yang menjadi pemudahcara ketika
mengajar kelak. Sebagai penambahbaikan di masa-masa akan datang, kursus-
kursus pendek perlu diadakan agar seorang guru boleh menambahkan ilmu
mengenai penggunaan resos. Sebagai contoh, bengkel penggunaan alat bantu
mengajar serta teknik penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran
khususnya bahan resos yang jarang digunakan di sekolah seperti rod cuisenaire
dapat diadakan secara berkala oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
Pusat sumber di sekolah juga harus dilengkapi dengan bahan-bahan bantu
mengajar yang mencukupi yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran
konsep matematik tertentu. Guru harus memupuk sikap ingin cuba dan inkuiri
khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai
dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang
berbeza. Selain itu, guru juga perlu mempertingkatkan dan mengolah aktiviti
pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah
kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme.


Kesimpulan
Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam
matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting bagi
mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran matematik. Seorang guru yang baik perlu sedar tentang peranan resos
dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid.
Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid- murid akan lebih berminat
dan seronok untuk belajar matematik. Resos boleh didapati dalam pelbagi bentuk
seperti bahan bercetak, bahan manipulatif, dan juga pengajaran dan pembelajaran
menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi.





BIBLIOGRAFI
BUKU:
Syed Ismail bin Syed Mustafa, Ahmmad Subki bin Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid.
(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar


LAMAN SESAWANG:
Pengajaran Mtematik Tajuk Operasi, Dicapai pada September 02, 2014, daripada
http://pengajaranmatematikmte3109.blogspot.com/2013/03/esei-pendek-penggunaan-
resos-dapat.html

MTE 3109 (Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, dan Peratus). Dicapai pada September
02, 2014, daripada http://pecahansetara.blogspot.com/2013/04/keberkesanan-
penggunaan-resos-dalam-pdp.html

Pencinta Maths, Dicapai pada September 06, 2014 daripada
http://akuzuhri.blogspot.com/2013/03/essei-kepentingan-penggunaan-resos.html

You might also like