You are on page 1of 7

(PKP3108

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

TAJUK 4 AKTIVITI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

4.0 SINOPSIS
Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan
mencabar pemikiran.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:

1. Mengenal pasti komponen-komponen pengajaran matematik


2. Menentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai berasaskan komponen-
komponen matematik untuk pengajaran dan pembelajaran
3. Mengaplikasi komponen-komponen pengajaran matematik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran matematik

4.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kandungan
Matematik
Penguasaan
Matematik

Pembelajara
Komponen Dalam n Masteri
Pengajaran Matematik

Penyelesaian
Masalah

Generalisasi

Sikap Positif
Terhadap
Matematik

30
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

KANDUNGAN ISI

4.3 PENGENALAN

Mata pelajaran Matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma apabila


unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi
kehendak dan cabaran masa hadapan setiap pelajar di sekolah rendah (Yahya
et.al 2003). Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk
membina kemahiran asas mengira. Justeru itu program Matematik sekolah
rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab,
bahagi dan penyelesaian masalah harian secara berkesan.

Menurut Noraini (2005) Matematik merupakan mata pelajaran yang penting dan
merupakan satu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar.
Matematik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Guru
dan ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang positif terhadap Matematik kerana ia
juga akan memberi kesan kepada sikap anak-anak mereka. Mempunyai guru
yang menunjukkan minat terhadap Matematik akan mendorong pelajar meminati
Matematik. Guru perlu meyakinkan pelajar bahawa semua orang boleh maju
dalam Matematik.

Komponen Pengajaran Matematik

4.4 Kandungan Matematik


Keupayaan mengajar Matematik adalah dipengaruhi pedagogi umum,
pengetahuan kandungan pedagogi dan pegathuan kandungan matematik.
Shulman (1987) menyatakan beberapa kategori pengetahuan guru, termasuklah
kandungan pengetahuan, pengetahuan pedagogi umum. Shulman menjelaskan
kandungan pengetahuan sebagai pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan
cara murid belajar.

Ball and Bass (2000) membincangkan kepentingan perkaitan antara kandungan


dan pedagogi, dan wujud jurang bagaimana untuk mengurus dengan efektif
kedua-dua bidang tersebut. Pengetahuan kandungan pedagogikal merupakan
kandungan dan pedagogi yang mewakili analogi, ilustrasi, contoh, penerangan
dan tunjuk cara supaya kandungan difahami murid. Ball and Bass (2000),
menjelaskan bahawa pengetahuan kandungan pedagogi adalah perwakilan
tentang sesuatu topik dan bagaimana murid berusaha untuk menggunakannya.

4.5 Penguasaan Matematik


 
Matematik ialah satu bahasa istimewa dan  penting yang harus dipelajari oleh
semua orang. Cara dan teknik matematik itu sendiri haruslah dikuasai jika kita
hendak mendalami bahasa bidang tersebut. Matematik ialah satu cara berfikir,
kajian pola, kajian perhubungan, satu seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat
dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.

31
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

Kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai seperti nombor, operasi tambah,


operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Kalau kita perhatikan dalam diri
murid-murid, proses kognitif dan pengetahuan telah berkembang sejak
permulaan persekolahan lagi. Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi pengetahuan
tentang matematik guru perlu memperkenalkannya dengan menggunakan
kaedah dan strategi yang dapat menarik minat murid tersebut meneroka bahasa
itu.
 
Dalam mata pelajaran matematik, masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitu
murid-murid salah dalam mempelajari dan memahami konsep dan kemahiran
matematik serta murid-murid memang lemah dari segi mental.  Oleh yang
demikian, adalah perlu bagi murid-murid yang sukar menguasai pembelajaran
matematik diberi bantuan dan sokongan :-
 
1. dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik seperti
mengenal nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab
dan operasi bahagi seterusnya dapat digunakan dalam kehidupan
seharian.
2. menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari seperti
menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian dan membantu murid-murid membina keyakinan dalam
diri mereka. Sebagai contohnya, apabila seorang murid berjaya
menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah
dipelajari, mereka akan berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri
dalam mempelajari matematik.
3. Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah
dikuasai oleh murid-murid.
4. Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajari
kemahiran matematik mengikut kadar kebolehan mereka sendiri. 
Ini dilakukan untuk mengelak mereka daripada terus tercicir  dan
seterusnya dapat memupuk minat mereka untuk mempelajari mata
pelajaran matematik

Dalam matematik terdapat “mathematics acquisition device” (MAD) yang


mempunyai kerangka konsep yang hampir sama dengan “language acquisition
device” (Sinclair, Kamii, & University of Alabama at Birmingham, 1994; Sinclair &
Kamii, 1995):

1. secara asas menguasai konsep matematik tanpa direct teaching.


2. mengikuti turutan standard perkembangan semasa
3. membina konsep matematik dari peringkat umur yang awal.

4.6 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar menguasai sesuatu unit


pembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit yang mengikut

32
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

pemeringkatan. Pelajar akan maju ke unit seterusnya, hanya setelah menguasai


sesuatu subunit yang sedang dipelajarinya.

Prosedur Pembelajaran Masteri

4.7 Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan


pembelajaran matematik. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran perlu
melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan
merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian
masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan
pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah
seperti berikut:

1. Memenuhi dan mentafsirkan masalah


2. Merancang strategi penyelesaian
3. Melaksanakan strategi, dan
4. Menyemak semula penyelesaian.

Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah,


termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi
penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan, aktiviti
pembelajaran untuk membina kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan
masalah yang berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini, murid dapat
menggunakan matematik apabila berdepan dengan situasi yang baru dan dapat
memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang
lebih mencabar. Antara strategi-strategi penyelesaian masalah yang
dipertimbangkan:

33
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

1. Mencuba kes lebih mudah


2. Cuba jaya
3. Melukis gambar rajah
4. Mengenal pasti pola
5. Membuat jadual/carta atau senarai secara bersistem
6. Membuat simulasi
7. Menggunakan analogi
8. Bekerja ke belakang

4.8 Generalisasi

Konsep generalisasi merupakan satu kaedah yang signifikan dalam kemahiran


penaakulan matematik. Untuk membuat generalisasi adalah dengan
melaksanakan pemerhatian tentang sesuatu yang berkemungkinan benar
(Haylock, 2010). Contoh semua ahli dalam set nombor, satu set bentuk atau satu
set orang. Generalisasi mungkin benar (contohnya “semua hasil darab 12 adalah
darab 3”) atau salah (contohnya “tiada wanita boleh membaca peta”). Terdapat
beberapa komponen dalam proses melaksanakan generalisasi:

1. conjecture (semakan)
Perkataan yang lazim digunakan dalam konteks penyelesaian
masalah matematik. ia merupakan proses semakan matematik.
Contohnya, murid mungkin membuat semakan bahawa 91 adalah
nombor perdana. Pada peringkat ini, murid belum tentu tahu
bahawa 91 adalah nombor perdana. Setelah dibuat penerokaan
membahagi 91 dengan 2, 3, 5 dan 7, murid mendapati 91 hanya
boleh dibahagi dengan 7 iaitu 13 kali dan ini bermakna 91 bukan
nombor perdana.
2. counter-example
Counter-example merupakan kes spesifik yang memamerkan
bahawa generalisasi adalah tidak sah. Contohnya “dalam setahun
ada empat bulan yang ada lima kali hari Ahad”.
3. Kes spesifik
Berdasarkan contoh dalam “2” di atas, ia memandu kita menghalusi
atau meneliti generalisasi yang hendak diaplikasi dan jika ianya
tidak sesuai boleh disisihkan.
4. hipotesis
Selalu digunakan untuk merujuk kepada generalisasi yang masih
memerlukan semakan (conjecture) sama ada benar atau salah.
Kaedah penaakulan induktif boleh digunakan bagi mencari bukti
tentang sesuatu kes. Contohnya murid ingin tahu apa jawapannya
jika dia menambah nombor ganjil dengan nombor ganjil
jawapannya nombor ganjil.

34
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

5. proof (bukti)
Bukti merupakan kaedah matematik bagi penaakulan. kaedah
penaakulan deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan bagi
sesuatu kes dalam matematik.

4.9 Menggalakkan Sikap Positif Terhadap Matematik

Matematik sangat penting untuk memperkembangkan kemampuan berfikir


secara logik serta sikap positif murid yang berguna dalam mempelajari ilmu
pengetahuan mahupun dalam penerapan matematik dalam kehidupan sehari-
hari. Namun, hingga kini masih banyak keluhan, baik dari ibu bapa murid
mahupun pakar pendidikan matematik, tentang rendahnya kemampuan murid
dalam aplikasi matematik, khususnya penerapan di dalam kehidupan sehari-hari
(Saragih, 2000). Sebagai contoh, masalah yang berkaitan dengan perbandingan
senilai, misalnya seorang petani membeli 12 kg baja seharga RM45.00. Berapa
harga yang diperlukan jika ia membeli sebanyak 72 kg? Ramai murid yang
mengalami kesukaran untuk menjawab soalan tersebut.

Untuk mengatasi permasalahan di atas perlu dicari suatu pendekatan yang dapat
menyokong proses pembelajaran matematik yang menyenangkan dan bukan
menyeramkan sehingga dapat meningkatkan motivasi sekaligus mempermudah
pemahaman murid dalam belajar matematik.

Berkaitan dengan sikap positif murid terhadap matematik, beberapa pendapat,


antara lain Ruseffendi (1988), mengatakan bahwa anak-anak menyenangi
matematik hanya pada permulaan mereka berkenalan dengan matematik yang
sederhana. Makin tinggi tingkatan sekolahnya dan makin sukar matematik yang
dipelajarinya akan semakin berkurang minatnya. Menurut Begle (1979), murid
yang hampir mendekati sekolah menengah mempunyai sikap positif terhadap
matematik yang secara perlahan menurun.

Murid yang memiliki sikap positif terhadap matematik memiliki ciri-ciri antara
lainnya bersungguh-sungguh dalam belajar matematik, menyelesaikan tugas
dengan baik dan tepat waktu, penglibatan secara aktif dalam perbincangan,
melaksanakan tugasan kerja rumah dengan tuntas, dan selesai pada waktunya.
Dengan demikian, untuk memupuk sikap positif terhadap matematik, perlu
diperhatikan agar penyampaian matematik dapat dipermudahkan, senang
difahami, tidak menakutkan, dan tunjukkan bahwa matematik banyak
kegunaannya. Oleh kerana itu, bahan/sumber harus dipilih dan disesuaikan
dengan persekitaran yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari (kontekstual)
dan tahap kognitif murid, dimulai dengan cara-cara informal melalui pemodelan
sebelum dengan cara formal.

35
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

LATIHAN 1
Huraikan komponen pengajaran matematik yang boleh
meningkatkan keupayaan murid (buat dalam bentuk pengurusan
grafik).

REHAT
Adakah kita selalu menunggu waktu yang sesuai dan sempurna
untuk memulakan usaha mencapai kejayaan?

LAYARI INTERNET
http://www.icme10.dk/proceedings/pages/
regular_pdf/RL_John_Mason.pdf
Buat rumusan setelah anda membaca artikel ini.( International
Journal of Mathematical Education in Science and. Technology
34 (1) p 135-143. Owens, K. & Clements, M. (1998)

LATIHAN 2
Minggu pertama, Jali membeli permainan berharga RM5.00.
Minggu berikutnya, Jali berbelanja membeli permainan berharga
RM10.00. Siti pula mempunyai jumlah wang yang sama dan
sepanjang tempoh dua minggu tersebut, dia membeli permainan
berharga RM7.50 setiap satu. Siapa mendapat permainan yang
lebih banyak? Gunakan kaedah Generalisasi untuk menjawab
soalan ini. (jawapan anda hendaklah dibuat dalam bentuk
persembahan powerpoint)

BIBLIOGRAFI

Haylock, D. (2010). Mathematics explained for primary teachers. 4th edition.


London: SAGE Publications Ltd.

Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Selangor: Utusan


Publications

Prof. Madya, Dr. Yahya Buntat Dr. Muhammad Sukri Saud Siti Fatimah Ahmad.
(2003). Masalah pembelajaran matematik Tahun Lima dalam Bahasa
Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.

TAMAT
SELAMAT MAJU JAYA

36

You might also like