You are on page 1of 1

PERNYATAAN PROFESSIONAL

a. Perancangan Semasa Praktikum

Pelajar perlu mencari bahan-bahan yang diperlukan bagi menyiapkan fail.


Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah maklumat sekolah, organisasi
sekolah dan sebagainya. Selain itu, pelajar perlu merancang tugasan-tugasan
yang perlu dilakukan semasa praktikum iaitu yang telah diarahkan oleh
pensyarah. Terdapat 2 tugasan yang perlu dilaksanakan di sekolah semasa
praktikum iaitu mengumpul kertas-kertas soalan dan membuat kaji selidik
tentang pandangan sosial murid-murid di sekolah tersebut.

Selain itu, pelajar turut perlu berbincang dengan pensyarah pembimbing


tentang perancangan dan pelaksanaan praktikum pertama di sekolah.
Pensyarah pembimbing saya ialah En.Selvaraj. Kami telah mengadakan
perbincangan pertama pada 11hb Mac 2011 bagi membincangkan hal-hal
yang akan dipersetujui bersama. Perbincangan ini diadakan bersama
mentee-mentee yang lain.

b. Perancangan dan Pelaksanaan Sepanjang Praktikum

Sila rujuk fail iaitu di bahagian Persediaan Mengajar, Amalan Refleksi dan
laporan-laporan yang terlibat.

c. Pencapaian Sepanjang Praktikum

Pencapaian bagi apa yang dikehendaki dalam perlaksanaan praktikum dapat


dilihat dalam refleksi yang telah disediakan. Segala perancangan tindakan
susulan telah dicatat dalam refleksi selepas Pengajaran dan Pembelajaran.

You might also like