You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM SUDUT

MATEMATIK 2023

1.0 Pendahuluan

Sudut Matematik merupakan satu sudut bilik darjah atau kawasan sekolah yang direka
khas untuk subjek Matematik. Secara umumnya, Sudut Matematik direka untuk menyokong
program pembelajaran Matematik dalam bilik darjah. Secara spesifik, Sudut Matematik
berfungsi sebagai pusat sumber, pusat pameran dan pusat penerokaan.
Sudut Matematik berperanan sebagai pusat maklumat kepada murid-murid di sekolah.
Pusat Maklumat merupakan satu tempat yang mempunyai pelbagai maklumat yang berkaitan
dengan kandungan Matematik. Dalam pusat matematik, maklumat yang dipamerkan boleh
berbentuk elektronik seperti CD-Rom atau bukan elektronik seperti buku-buku bacaan ataupun
buku rujukan dan poster.
Selain itu, maklumat-maklumat seperti poster sifir, dinding sifir, lukisan ataupun poster
berkaitan penggunaan wang dan lain-lain lagi boleh membantu murid untuk lebih memaham
tentang pengajaran guru.
Sudut Matematik sebagai Pusat Pameran, sudut matematik merupakan ruang yang
sangat sesuai untuk mempamerkan hasil kerja matemtik yang dilaksanakan ataupun
diusahakan oleh murid. Guru-guru boleh mempamerkan hasil kerja murid-murid yang baik di
sudut matematik untuk memberi motivasi kepada murid supaya terus berusaha dan belajar
dengan bersungguh-sungguh.
Seterusnya, sudut matematik boleh dijadikan sebagai pusat penerokaan. Sebagai pusat
penerokaan, pelbagai aktiviti yang melibatkan penerokaan boleh dilaksanakan seperti alat
timbang berat. Murid dapat melakukan penerokaan ke arah alat yang dipamerkan di sudut
matematik sama ada secara kumpulan ataupun individu pada masa lapang mereka.
Secara keseluruhanya, sudut matematik berfungsi untuk menyimpan dan
mempamerkan resos matematik, menggalakkan murid-murid melakukan aktivti penerokaan di
sudut matematik pada masa lapang dan murid-murid dapat menjalani aktivti pengayaan di
sudut matematik.

2.0 OBJEKTIF

Tujuan program ini diadakan ialah untuk :-

a) Meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran matematik


b) Melahirkan murid yang bijak dalam penggunaan matematik dalam kegunaan harian
dan menigkatkan keputusan pencapaian murid dalam matapelajaran matematik.
c) Meningkatkan kemahiran matematik di kalangan pelajar.
d) Memupuk semangat ingin belajar di kalangan pelajar lemah.

3.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh Perlaksanaan: Sepanjang tahun
Masa Perlaksanaan: Sebulan sekali untuk pengemaskinian sudut Matematik.
Cara Perlaksanan: 1. Guru meletakkan atau melekatkan laporan peningkatan
penguasaan murid dalam matapelajaran Matematik di sudut
Matematik.
ATAU
2. Guru meletakkan atau melekatkan bahan bacaan di
sudut Matematik dalam kelas dan dikemaskini dari semasa
ke semasa.
ATAU
3. Guru mempamerkan token terkumpul oleh murid sepanjang
tahun.

You might also like