You are on page 1of 12

1.

0 Pengenalan

Perkataan disiplin berasal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud
mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan
kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus
Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow ( 2009 ) pula
menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara
keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus
atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan
hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid. Dalam konteks
bilik darjah disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid
untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin merupakan salah
satu aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran. (Charles 2008) berpendapat
disiplin bilik darjah adalah sebahagian daripada pengajaran yang juga meliputi arahan,
komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu
bapa murid. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik
darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah bagi membentuk bilik
darjah yang kondusif.. Model-model tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.
Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model
Pengurusan Kelompok Kounin, Model Terapi Realiti Glasser.

2.0 Sinopsis dan watak perwatakan.

John amos merupakan anak tunggal dan ibunya bercerai ketika beliau berumur
satu tahun. John tinggal bersama ibu dan teman lelaki ibunya yang bernama Ray. Pada
awalnya John merupakan seorang murid yang cerdik. John menguasai perbendaharaan
kata dan merupakan seorang yang sangat aktif semsa awal persekolahan.
Semasa guru bertemu dengan ibu John, beliau membangkitkan dua perkara iaitu dari
segi perlakuan dan tingkah laku john. Beliau juga mengingatkan bahawa John
merupakan seorang yang cerdik dan menyelesaikan tugasanya dengan kemas dua
tahun lalu. Selepas kejadian ini John semakin kurang membuat tugasan yang diberikan
dan kadang kala John langsung tidak menyiapkan tugasan yang diberi kepadanya.
Apabila membincangkan isu ini kepada guru kelas tahun 2 beliau berpendapat bahawa
tugasan yang diberikan di dalam kelas dapat disempurnakan oleh John tetapi kerja
rumah tidak dapat disempurnakan. Apabila guru tersebut bertemu dengan John dan
bertanya tentang masalah yang dihadapi. John memberitahu bahawa guru tahun 3
memberikan banyak tugasan sehingga dia tidak boleh menyelesaikan dan kerja-kerja
yang diberikan tidak mencabar untuk dia. Oleh yang demikian guru tahun 3 mengambil
beberapa inisiatif untuk menangani masalah yang dihadapi oleh John, iaitu kuarangkan
latihan bertulis, dan memberi banyak latihan yang melibatkan secara lisan dan tidak
memberikan kerja rumah. Walaubagaimanapun, inisiatif yang diambil tiak memuaskan
John. Lama kelamaan John bertindak lebih kejam apabila menerima tugasan daripada
guru. Dia memukul dan menendang rakan sekelas apabila menerima tugasan.
Pengetua sekolah tersebut menolong John dan membuka ruang kepadanya untuk
menduduki ujian IQ. Keputusan menunjukkan bahawa John mempunyai IQ yang tinggi
dan layak untuk memasuki program berbakat. Apabila pengetua menelefon kepada
pihak yang bertanggungjawab pengenai penempatan John, mereka mengatakan
bahawa mereka tidak menerima John disebabkan oleh masalah tingkah laku beliau.
Pada tahun seterusnya John bermula dengan sikap iaitu enggan menyelesaikan
tugasan dan bertindak kejam terhadap pelajar lain dan mencederakan pelajar lain.
Akhirnya pengetua mencadangkan supaya John mengambil ujian psikologi dan layak
untuk ditempatkan di dalam kelas kanak-kanak emosi kurang upaya.

3.0 Masalah-masalah atau isu-isu kes dan faktor-faktor pencetus isu.
Dalam kes yang dilampirkan, masalah disiplin tersebut berpunca dari institusi
kekeluargaan pelajar yang tidak stabil sekaligus memberi impak yang negatif terhadap
perkembangan menyeluruh pelajar. Disiplin diri yang tidak berkembang secara positif
membuatkan kawalan diri menjadi rapuh dan tidak mementingkan peraturan. Ini sesuai
dengan konteks pendidikan bahawa disiplin seorang murid bukan sahaja dipengaruhi
alam sekitar dan masyarakat di luar sekolah. Disiplin juga dipengaruhi oleh sikap dan
tingkah laku rakan sebaya dan orang dewasa seperti ibu bapa, guru, dan pemimpin
masyarakat.
John ialah seorang pelajar tahun 3 yang bermasalah tingkah laku. Antara
masalah yang sering ditimbulkannya adalah seperti selalu tidak membuat kerja yang
diberi, (John was doing less and less written work in the classroom and little or none of
his homework.) Dia juga sering mengelakkan diri dengan rakan sekelas, tidak
menghiraukan sebarang pujian, kritikan, denda dan juga ganjaran. ( I cut back some on
written work for him had him dictate his answer orally to another student for timed fact
test,and offered reward for work completed. Nothing seemed to statisfy him.)
Punca utama John mengalami masalah tingkah laku di dalam kelas ialah
masalah yang dihadapinya di rumah, iaitu latar belakang keluarganya. Penceraian
yang berlaku antara ibu dan bapanya telah mengganggu emosi John. (His parents
was divorced when John was about a year old.) Tambahan pula perubahan ini tidak
diurus dengan baik oleh teman lelaki ibu. Perasaan kerisauan, perasaan marah atau
kecewa yang terpendam akan dibawa ke sekolah. Sesetengah murid mempunyai
kekuatan dalaman atau sokongan ibu bapa untuk menghadapi cabaran dan terus
berusaha menjadi yang terbaik. Tetapi bagi John, dia tidak mendapat sokongan
daripada keluarga, oleh itu dia memberikan respon dengan bersikap putus asa atau
cuba menutup kelemahan melalui helah bela diri, misalnya tidak menhiraukan
pelajaran.
Masalah emosi yang berlaku kepada John turut menyumbang kepada masalah
tingkah lakunya di dalam bilik darjah. (John then started being to fellow student kicking
and trapping them.) Masalah yang dialaminya bersifat dalaman dan tidak jelas kepada
guru. Dia tidak mempunyai kawan, sukar menyiapkan tugasan, menunjukkan sikap
afektif yang kurang sesuai seperti tidak cergas dan pendiam. Fikirannya sentiasa
diracuni dengan perkara-perkara yang negatif oleh Ray. John mengalami masalah
emosi dan konflik terhadap tingkah laku dan perasaannya.



4.0 Berikan tiga model pengurusan disiplin berkaitan dengan kes
MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER
B.F.Skinner ( 1935 ) merupakan bapa tingkah laku psikologi.Tingkah laku adalah
kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan positif manakala ia akan berubah kepada
kelemahan individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi hukuman. Menurut teori
ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu
selepas melakukan sesuatu.
Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap.
Akan tetapi, sesuatu tingkah laku itu akan menjadi semakin mahir apabila kanak-kanak
melakukannya dengan kerap dan selalu. Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik
jika dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini
kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi
semakin lemah apabila hukuman dikenakan. Hukuman adalah sesuatu yang berlainan
jika dibandingkan dengan pengukuhan negatif. Dalam kes ini, guru tersebut
menggunakan model modifikasi tingkah laku Skinner iaitu, prinsip peneguhan. Guru
dalam kes ini memberikan peneguhan positif sebagai tawarkan ganjaran kepada John
supaya dia membuat kerja yang diarahkan. Menurut B.F.Skinner ( 1935 ) peneguhan-
peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini.
Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian dan
ganjaran. Guru tersebut juga menggunakan prinsip peneguhan negatif terhadap tingkah
laku John. Pada suatu ketika John bertindak agresif iaitu menendang dan menjerit
rakan sekelasnya apabila menerima tugasan daripada guru. Untuk menangani tingkah
laku John, guru tersebut mengarahkannya keluar daripada kelas.

MODEL ASERTIF CANTER
Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan
penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini
dicipta oleh Lee Canter (2006). Model ini juga didapati jelas, tegas, teguh dan tidak
merumitkan murid-murid didalam bilik darjah. Pelan disiplin ini terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu peraturan, pengenalan positif dan akibat/kesan .
Seorang guru hendaklah menegaskan tingkah laku yang sopan santun dan
sentiasa bertanggungjawab dengan dengan tingkah laku murid-muridnya. Murid-murid
juga mempunyai hak-hak yang tertentu termasuk mendapat seorang guru yang boleh
membantu mereka sehingga tahap kerjasama mereka dan mendapat sokongan yang
positif daripada guru apabila mereka memberikan kerjasama yang positif. Oleh itu,
penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar.
Model ini mengatakan bahawa sesiapa yang ingkar akan menerima akibatnya seperti
ditunjukkan oleh guru dalam kes John. Guru telah mengambil beberapa tindakan
terhadap John untuk membetulkan tingkah laku. Antaranya ialah pada kali pertama
John tidak membuat kerja yang diberikan guru cuma memberi nasihat kepadanya, kali
kedua guru tersebut berjumpa dengan ibu John dan melaporkan tingkah laku beliau.
Seterusnya, apabila John terus mengulangi perkara yang sama guru terus menegur
John dan pada kali terakhir menyuruh keluar daripada kelas setelah tingkah laku John
yang melampau.
MODEL TERAPI REALITI GLASSER
Menurut Chong Lean Keow ( 2009 ), Model Terapi Realiti Glasser ini diutarakan
oleh Glasser. Asas utama kepada model ini ialah perilaku/tingkah laku yang baik hasil
daripada keputusan yang baik/bijak.
William Glasser ( 1984 ) menegaskan timbang rasa akan mendatangkan nilai
yang serius/penting. Rasa kasih sayang boleh dipupuk dalam persekitaran bilik darjah
yang demokratik dengan guru yang prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan
murid. Murid-murid adalah memiliki tingkah laku yang rasional. Mereka mempunyai
tingkah laku yang sendiri dan mereka boleh mengawal tingkah laku mereka.
Seterusnya, pemilihan yang baik akan mendatangkan hasil yang bagus, sebaliknya
pemilihan pemilihan keputusan yang buruk akan mendatangkan kesan yang buruk.
Guru hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua murid-muridnya.
Guru sepatutnya tidak boleh menerima segala keburukan yang dilakukan oleh
muridnya. Seterusnya, murid-murid juga perlu bertanggungjawab dan menerima segala
akibat yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka. Model Terapi Realiti
merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri.
Menurut Glasser perasaan kasih sayang dan dipunyai menjadi sebahagian daripada
keperluan asas individu. Dalam kes ini John menghadapi masalah tingkah laku
disebabkan masalah keluarga. Akibat daripada kurang kasih sayang menyebabkan
John bertindak ganas dan tidak menyelesaikan tugasan yang diberikan. Oleh itu
Glasser mencadangkan bahawa kasih sayang adalah antara faktor utama dalam
menangani masalah disiplin murid. Selain daripada itu kita juga boleh kaitkan masalah
John dengan model Glasser ialah latar belakang keluarga John menjadi punca kepada
masalah disiplin beliau. Kerana teman lelaki ibu yang bernama Ray selalu mengkritkan
John. Beliau asyik mengesan kesilapan dalam perbuatan John dan sentiasa
menghalang perbuatan John. Ray juga akan melaporkan kesilapan yang dibuat oleh
John kepada emak John. Situasi ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
John tiada kebebasan dalam keluarga. Masalah ini mengakibatkan John bertindak
mengikut emosinya lalu menendang dan menjerit dalam kelas.
5.0 Strategi penyelesaian masalah.
Sebagai seorang guru yang berdedikasi langkah-langkah yang bijak harus
diambil untuk mengembalikan pelajar ini ke pangkuan jalan yang betul. Maka guru
tersebut harus mengambil berberapa langkah yang bijak untuk mendekati John dan
membantu John untuk menyelesaikan masalahnya.
Untuk mengatasi masalah John, kita juga boleh mengaplikasikan Model Terapi
Realiti oleh William Glasser. Menurut Mok Soon Sang ( 2008 ), buku pertama William
Glasser pada tahun 1965 yang bertajuk, Reality Theraphy: A New Approach to
Psychiatry. Buku ini telah mengubah fokus tentang menangani masalah individu
dengan mengkaji masa silam individu dan mengaitkannya dengan masalah yang
dihadapi. Teori ini menekankan tingkah laku manusia didorong oleh keperluan untuk
memenuhi empat keperluan psikologi asas. Seperti mana yang telah dibincangkan,
Model Terapi Glasser adalah model yang sesuai untuk diaplikasikan oleh guru untuk
menyelesaikan masalah yang dialami oleh John. Menurut model ini, Glasser
menekankan tingkah laku manusia didorong oleh keperluan untuk memenuhi empat
keperluan psikologi asas. Rasa kasih sayang boleh dipupuk dalam persekitaran bilik
darjah yang demokratik dengan guru yang prihatin dan mengambil berat tentang
kebajikan murid. Dalam kes ini guru tersebut harus menunjukkan rasa kasih sayang
terhadap John bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh John. Guru juga
menunjukkan sikap prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan John. Dengan
cara ini, John akan berasa disayangi dan dipunyai di dalam persekitaran bilik darjah.
Seterusnya kebebasan merupakan salah satu keperluan yang dinyatakan oleh
Glasser. Murid memerlukan kuasa dan kawalan kendiri untuk membuat pilihan terhadap
aktiviti-aktiviti bilik darjah mengikut kecenderungan dan kebolehan mereka. Maka
kebebasan perlu diberikan kepada John bersepadan dengan keupayaan beliau.
Kebebasan membuat pilihan akan membangkitkan rasa tanggungjawab John terhadap
pilihan aktiviti bilik darjah. Guru harus memberikan peluang dan kebebasan yang
sepadan dengan keupayaan John untuk memilih aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu
sama ada secara individu atau kumpulan. Hal ini akan membangkitkan rasa
tanggungjawab kepada John terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh
diri sendiri.
Intervensi seterusnya yang boleh digunakan oleh guru dalam menguruskan
masalah John ialah, modifikasi tingkah laku yang dipelepori B.F Skinner ( 1935 ).
Teknik modifikasi tingkah laku menggunakan prinsip peneguhan. Di dalam teori
peneguhan, tingkah laku John ditentukan oleh akibat yang bakal diterima selepas
tingkah laku ditunjukkan. Guru perlu memberikan peneguhan positif kepada John jika
John dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan oleh
Guru. Hal ini kerana peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang dapat
mendorong John untuk mengulangi lagi tindakan yang dikehendaki oleh guru. Tingkah
laku berlaku kesan daripada rangsangan dalam diri atau peneguhan jenis ganjaran
yang dapat diberikan oleh guru ialah dalam bentuk bahan atau sosial seperti pujian dan
ganjaran. Namun, guru harus mengelakkan peneguhan berterusan kerana ia akan
mengurangkan kualiti keberkesanannya.
Tambahan pula menurut B.F. Skinner dendaan merupakan menghukum tingkah
laku yang salah atau tidak diingini. Dendaan ialah tindakan yang diambil untuk
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini atau menghalang terus daripada
diulangi. Dalam masalah John didapati bahawa, John mencederakan rakan sebaya dan
menjerit apabila, menerima tugasan daripada guru. Oleh itu, untuk membenteras
tindakan ini daripada berlaku guru tersebut harus mengambil insiatif yang wajar untuk
menghalang perbuatan yang tidak senonoh itu. Guru John seharusnya memberi
dendaan kepada John dari segi menyuruh John berdiri di belakang kelas sehingga
tamat sesi pengajaran. Hal ini demikian kerana, prinsip dalam model modifikasi tingkah
laku iaitu dendaan akan menghalang perbuatan yang tidak diingini.
Menurut Model Asertif Canter guru dan murid bersama-sama perlu memikul
tanggungjawab dalam menguruskan disiplin bilik darjah. Contohnya John mula bersikap
kejam terhadap pelajar-pelajar lain, menendang dan menyandung mereka. Apabila
saya meminta dia untuk melakukan sesuatu pada bila-bila masa, dia enggan
melakukannya. Dia sentiasa mahu melakukan sesuatu yang sebaliknya. Untuk
menyelesai masalah ini guru perlu melatih John untuk mendapatkan kawalan kendiri
terhadap pengurusan bilik darjah supaya amalan demokrasi dapat diaplikasikan dalam
bilik darjah. Hal ini kerana disiplin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yang
mengamalkan demokrasi, iaitu guru dan murid dapat berkerjasama membuat
keputusan sama pengurusan bilik darjah. Contohnya guru boleh berbincang dengan
John dan sama-sama membuat keputusan bahawa tidak akan menimbulkan masalah
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan membelajar dengan bersungguh-
sungguh.
Selain daripada itu guru perlu melakukan teguran kepada John secara langsung
. Contohnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran John akan menunjukkan
perbuatan yang pelik seperti menunjukkan sikap bosan,menjerit dan mencederakan
rakan sebaya. Semasa itu guru perlu mendekati John dan dengan tegas menyatakan
bahawa tingkah lakunya tidak sesuai. Guru juga perlu ingatkan John tentang akibat
yang akan diterima mengikut hierarki. Setiap tindakan pembetulan atau akibat dalam
hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya. Langkah pertama dalam
hierarki tindakan pembetulan ialah pertama, berikan amaran dan ingatkan kembali
peraturan bilik darjah. Kedua,diberikan time out 5 minit di belakang kelas dan ingatkan
kembali peraturan bilik darjah. Ketiga, menelefon ibunya dan menyuruh murid tersebut
memberitahu kepada ibunya tentang salah laku yang dibuat. Keempat, membawa dan
berjumpa dengan guru besar. Kelima, membawa berjumpa kepada guru besar dengan
segara. Antara cadangan Canter untuk menangani masalah disiplin John dapat diatasi.

6.0 Strategi umum yang lain.
Selain daripada itu teori pembelajaran yang berkaitan dengan kes ini ialah Teori
Humanisme iaitu Teori Keperluan Maslow. Maslow menganggap motivasi sebagai
sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia.
Menurut Abraham Maslow, keperluan manusia adalah mengikut hierarki dan boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Keperluan
fisiologi merangkumi keperluan untuk makanan, rehat, udara, pembuangan kotoran dan
kejantinaan. Keperluan psikologi pula terdiri daripada keperluan untuk keselamatan,
kasih sayang, penghargaan, kesempurnaan diri, keinginan untuk pengetahuan dan
estetik..
Menurut artikel, `Bright and Disruptive`, John seorang murid yang kekurangan
kasih sayang daripada keluarganya. Oleh kerana keperluan primernya iaitu kasih
sayang tidak dipenuhi, maka John tidak dapat memenuhi keperluan seterusnya seperti
keperluan pengetahuan. Oleh itu, John tidak berminat untuk menumpukan perhatian di
dalam kelas mahupun menyiapkan tugasan yang diberi. Berdasarkan kes yang dikaji,
keperluan kasih sayang adalah amat penting bagi John.
Contohnya, John mengalami gangguan emosi akibat masalah keluarga yang
melibatkan perpisahan ibu dan bapanya. Ketagihan kasih sayang serta perasaan sedih
yang dipendam menyebabkan John menjadi murung, suka bersendirian, tidak membuat
kerja yang diberi, tidak menghiraukan sebarang pujian, kritikan, denda dan juga
ganjaran. Dengan cara ini, John akan berasa disayangi dan dipunyai di dalam
persekitaran bilik darjah dan berupaya untuk menukarkan tingkah laku.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang berkesan seharusnya mempunyai
asas pengurusan disiplin yang kukuh.Oleh yang demikian, seorang guru perlu
mengambil langkah yang bijak dalam merancang satu bentuk pengurusan bilik darjah
yang sesuai dengan situasi dan keadaan bilik darjah tersebut. Apabila berhadapan
dengan sesuatu masalah, kita perlu mencari jalan penyelesaian, atau model-model
yang sesuai agar mudah untuk mencari jalan penyelesaian yang sempurna dan baik.
Selain itu, kita juga perlu memikirkan akibat dan kesan daripada keputusan yang dibuat.
Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus memahami dan menyelami perasaan pelajar
serta peka terhadap persekitaran kelas demi mewujudkan disiplin yang tinggi dan
suasana pembelajaran yang kondusif.











RUJUKAN
Buku
Canter, L. (2006). Lee Canter's classroom management for academic success.
Bloomington, IN: Solution Tree
Charles,C.M. & Senter,G.W.(2008).Building Classroom Discipline, Boston:

Allyn & Bacon

Chong Leon Keow. (2009).Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku, Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, Selangor.

Ee Ah Meng. (1994). Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Glasser, W (1984). Control Theory -- A New Explanation of How We Control Our Lives.
Harper and Row, New York
Goh Swee Chiew. (2005) . Classroom Management Creative Positive Learning
Environment. Singapore: Pearson Prentice Hill
Haliza, Hamzah & Joy, N. S. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd
Kamarudin Hj Husin (1993). Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.
Selangor Darul Ehsan : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Skinner, B. F. (1935).The Generic Nature of the Concepts of Stimulus and
Response. Journal of General Psychology. New York: Macmillan.

Laman sesawang

The William Glasser Institute. (2010). Reality Therapy. Dimuat turun pada 13 Ogos,
2014, dari http://wglasser.com/the-glasser-approach/reality-therapy
Abraham Maslow( 2006 ). Teori Keperluan Maslow . Dimuat turun pada 29 ogos 2014 ;
dari http://caunselor.14.forumer.com/a/tokoh-abraham-maslow_post2.html.

You might also like