You are on page 1of 8

MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

Pada prinsipnya, setiap Kajian Tindakan akan melibatkan 2


perkara pokok iaitu menyelidik dan bertindak. Kedua-dua
perkara pokok ini kemudiannya dilanjutkan dan diperincikan
kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan
penyelidik Kajian Tindakan. Untuk entri kali ini, akan
diperkenalkan empat (4) model Kajian Tindakan.

1. Model Lewin (1946)


Menurut Lewin (1946), Kajian Tindakan memperlihatkan
berupa satu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Satu
kitaran Kajian Tindakan mempunyai empat (4) langkah:
 merancang (planning)
 bertindak (act)
 memerhati (observing)
 mereflek (reflecting)
Kitaran ini akan berterusan kepada kitaran yang selanjutnya
yang melibatkan merancang semula, bertindak, memerhati dan
mereflek bagi menghasilkan kitaran baru.  Sila rujuk Rajah I.

Rajah I
2. Model Kemmis & Mc Taggart (1988)
Kemmis dan Mc Taggart (1988) menjelaskan bagi sesetengah
kumpulan yang telah merancang Kajian Tindakan, mereka
boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang
dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun mereka
berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan
peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial
reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk
merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah
II.

Rajah II
3. Model Somekh (1989)
Model Kajian Tindakan Somekh (1989) lebatkan lapan fasa
iaitu:
 mengenalpasti masalah / fokus kajian
 mengumpul data
 menganalisis data dan membentuk hipotesis
 merancang pelan tindakan
 melaksanakan pelan tindakan
 mengumpul data untuk mengesan perubahan
 menganalisis dan menilai
 mengenalpasti fokus penyelidikan yang baru
Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini di mana
setiap langkah diperjelaskan secara lebih terperinci bermula
daripada yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih
terprinci. Namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti
kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang
dinyatakan secara terperinci seperti pada Rajah III.
Rajah III
4. Model CRASP Zuber - Skerritt (1991)
Model Zuber - Skerritt (1991) menggariskan 5 ciri yang
menjadi paksi utama kepada Kajian Tindakan iaitu:

1.         Critical collaboration enquiry by


2.      Reflective practitioners who are
3.      Accountable in making the results of their
         enquiry public,
4.      Self-evaluative in their practice, and
         engage in
5.      Participative problem solving and
         continuing professional development 
Menurut model ini, terdapat lima komponen utama Kajian
Tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama kritikal yang
dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa
bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri
dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah
secara bersama demi pembangunan profesional yang
berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang
kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan,
namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam
proses Kajian Tindakan. Kekuatan model ini ialah kebebasan
yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan Kajian
Tindakan. Suatu penyelidikan dianggap sebagai Kajian
Tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara
kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama,
bertanggungjawab terhadap data yang dikemukakan kepada
orang lain yang mempunyai kepentingan, melakukan penilaian
terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan
masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan.
Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus
diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi
menjalankan penyelidikan, maka model ini boleh menyebabkan
penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan
penyelidikan.
Wednesday, 7 January 2015

MENYELIDIK, MERANCANG DAN BERTINDAK MELALUI


KAJIAN TINDAKAN
Salam.
Kajian Tindakan bertitik tolak daripada proses
refleksi (imbas kembali) yang dilakukan oleh
guru terhadap tugas seharian mereka. Sebagai
contoh, guru mengimbas kembali sesi 
pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang telah
dijalankan di dalam kelas terhadap murid-
muridnya. Kekuatan dan  kelemahan pdp diteliti
sama ada murid dapat memahami apa yang
ingin diajar serta masalah yang dihadapi oleh
murid dan guru dalam melaksanakan pdp. Proses
refleksi ini perlu dilakukan secara kritis agar guru
dapat melihat pelbagai isu dan masalah yang
wujud dalam melaksanakan tugas seharian. 

Proses refleksi
juga boleh
dilakukan sama
ada secara
individu atau pun
berkumpulan,
misalnya bersama rakan sejawat yang lain. Jika
ia dibuat dalam kumpulan, teknik sumbangsaran
boleh digunapakai bagi mengenalpasti masalah
yang dihadapi dan punca masalah berkenaan.

Setelah melakukan proses refleksi, seterusnya


guru harus merancang tindakan yang ingin
diambil bagi mengatasi masalah yang dikenal
pasti.  Guru dinasihatkan jangan terus
merancang dan mengambil tindakan
penambahbaikan berdasarkan refleksi secara
individu atau berkumpulan semata-mata. Ia
disebabkan perancangan tindakan sebegini akan
hanya dibuat berdasarkan persepsi atau andaian
guru sahaja, bukannya berdasarkan maklumat
sebenar. Hal ini boleh menyebabkan tindakan
yang diambil nanti tidak memberikan impak yang
besar dan kadangkala berkemungkinan memberi
kesan yang negatif kepada guru dan murid. Oleh
itu, tinjauan awal melalui pengumpulan data
atau maklumat secara tepat pada peringkat 
permulaan  adalah penting bagi membolehkan
guru mengenalpasti punca sebenar berlakunya
masalah tersebut. Pengumpulan data ini boleh
dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui
ujian, soal selidik, temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen.

Setelah mengenalpasti punca masalah yang


dihadapi murid melalui tinjauan awal, guru
perlu merancang tindakan intervensi bagi
mengatasinya. Perancangan tindakan ini
memerlukan kreativiti guru. Antara tindakan
intervensi yang boleh dilakukan adalah seperti
mencari kaedah dan strategi pdp yang lebih
berkesan, menyediakan bahan bantu mengajar
yang sesuai untuk digunapakai, menggunakan
kaedah visual atau maujud untuk menerangkan
sesuatu konsep  dan sebagainya ke arah
menangani masalah tersebut.
Seterusnya, guru harus
melakukan tindakan melalui perancangan yang
telah dibuat. Laksanakan segala tindakan yang
perlu bagi mengatasi masalah yang dihadapi
sama ada oleh murid mahupun guru. Kemudian
guru perlu pula memerhati dan memantau
sama ada tindakan itu berkesan atau tidak serta
sejauhmana ia dapat menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Untuk ini, guru perlu sekali lagi
mengumpul data sama ada melalui ujian atau
cara-cara yang telah dinyatakan di atas tadi.
Data yang diperolehi perlu dianalisis bagi
membolehkan guru melakukan semula refleksi
berkaitan kekuatan dan kelemahan tindakan
yang diambil, keberkesanan tindakan tersebut
serta tindakan susulan yang perlu dilakukan.
Proses ini akan berterusan dalam kitaran kajian.
Untuk pembacaan yang lebih lengkap, sila
krmbali kepada entri yang sebelum ini. Baca di
sini dan di sini. Dalam entri yang akan datang,
kenali model-model Kajian Tindakan yang
dipelopori oleh penyelidik Kajian Tindakan yang
tersohor.

Read more: http://kopibiarpekat.blogspot.com/2015/01/menyelidik-merancang-dan-
bertindak.html#ixzz5ooIDKyAN

You might also like