You are on page 1of 2

1.

Nyatakan ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif


dan mesra budaya.
Ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan mesra
budaya boleh dilihat dari segi susunan kerusi dan meja murid. Murid
diberi peluang untuk berada dalam kumpulan yang berbeza-beza pada
satu-satu ketika bagi memberikan peluang murid bercampur dengan
semua rakan sekelas. Murid-murid juga boleh duduk dalam bentuk
kumpulan, di mana murid-murid yang terdiri daripada pelbagai tahap
pencapaian ditempatkan dalam kumpulan yang sama supaya murid
yang berprestasi tinggi dan murid yang berprestasi rendah saling
membantu.
Ciri seterusnya adalah dari segi hiasan bilik darjah. Murid boleh
diberi peluang untuk mempamerkan apa=apa sahaja bahan budaya
etnik masing-masing supaya rakan kelas mereka memahami unsur
budaya rakan kelas yang lain. Dengan memberi peluang kepada murid
untuk memilih dan menentukan hiasan di dalam bilik darjah, murid akan
rasa diri mereka dipercayai dan dihargai. Contohnya, murid boleh
menghiaskan bilik darjah dengan artifak-artifak budaya dan sejarah etnik
seperti model-model pakaian tradisional.
Seterusnya, guru juga boleh bersama-sama murid untuk
mewujudkan perpustakaan mini di dalam bilik darjah. Mereka boleh
menamakan perpustakaan dengan nama kelas mereka dan murid juga
boleh membawa bahan bacaan seperti buku cerita rakyat etnik masing-
masing supaya murid-murid saling berkongsi pengetahuan tentang
budaya etnik mereka.

2. Apakah elemen pengurusan emosi yang perlu diberi tumpuan


oleh seseorang guru dalam membangunkan bilik darjah mesra
budaya?
Elemen pengurusan emosi yang perlu diberi tumpuan oleh
seseorang guru dalam membangunkan bilik darjah mesra budaya ialah
layanan yang adil kepada semua murid. Guru seharusnya melayan
semua murid secara adil tanpa mengira warna kulit, latar belakang
budaya mahupun tahap pembelajaran mereka. Dengan ini, murid akan
rasa diri mereka dihargai dan disayangi. Guru yang melayani murid
tanpa pilih kasih juga akan dikasihi oleh murid. Murid juga belajar
dengan lebih baik sekiranya dilayani secara adil oleh guru mereka.
Seterusnya, guru juga harus mewujudkan bilik darjah yang
selamat bagi membangunkan bilik darjah yang mesra budaya. Guru
tidak harus menimbulkan rasa takut murid melalui wajah dan
perwatakannya. Contohnya, guru harus menegur kesilapan murid
dengan cara yang bijaksana, tetapi bukan sesekali memarahi mereka.
Guru juga harus peka dengan teliti dengan perkembangan murid-murid
supaya boleh bertindak pantas terhadap perubahan dalam diri muridnya
dan memastikan muridnya sentiasa selamat.
Akhir sekali, guru juga harus sentiasa menunjukkan sikap periang,
peramah dan penyayang. Hal ini kerana guru yang penyayang sentiasa
disayangi dan dipercayai oleh muridnya. Dengan ini, apa-apa sahaja
yang diajar oleh guru mudah diikuti oleh murid. Sehubungan dengan itu,
guru harus sentiasa mengambil berat akan hal kebajikan murid, seperti
mendengar masalah yang dihadapi oleh murid serta membantu mereka
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3. Nyatakan jenis pentaksiran berasaskan mesra budaya yang


boleh anda pilih.
Jenis pentaksiran berasaskan mesra budaya yang dipilih ialah
melalui projek-projek. Projek-projek memberikan peluang kepada murid
untuk menyumbangkan idea mengikut kebolehan mereka. Projek
sebegini juga baik untuk murid daripada pelbagai budaya dan berbeza
secara individu kerana mereka melakukan tugasan mengikut masa dan
tahap kesediaan mereka. Mereka boleh meneroka topik yang diminati
berasaskan bacaan topik pelbagai budaya.
Selain itu, penilaian Portfolio Murid juga boleh dipilih, di mana guru
boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian
keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai. Dengan ini, guru, murid
dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap apa-apa yang
murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka dan bidang yang perlu
ditambah baik.

You might also like