You are on page 1of 10

PENDAHULUAN

Assalamualaikum,saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan rahmatnya saya berjaya menyiapkan tugasan mengenai enam peralatan dapur yang digunakan di dapur serta mengkaji fungsi peralatan yang digunakan dalam melengkapkan kerja kerja masakan dan penyediaan hidangan bagi subjek keselamatan makanan dan sanitasi (CFS 1063) pada tahun 2013 dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya serta Cik Nur Athirah binti Mohd Rifan kerana banyak membantu dan memberi pertolongan serba sedikit kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Sepanjang tempoh 3 minggu, saya telah mempelajari banyak perkara dan saya juga memperoleh banyak manfaat dan dapat mempelajari serba sedikit jenis - jenis peralatan dapur daripada tugasan ini. Ia juga turut mengajar saya erti kegigihan dan usaha tanpa jemu sehingga mampu membuahkan hasil yang baik. Sekian, terima kasih.

PENGENALAN
Kita sering kali mendengar berlakunya keracunan makanan. Malah kematian berpunca dari keracunan makanan juga dilaporkan. Walaupun secara sedar atau tidak, ramai di antara kita biasa mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Dari Januari hingga Ogos tahun ini tiga belas kes keracunan makanan melibatkan 801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri dari pelajar sekolah.Daripada segi perundangan kita mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai terhadap bahayanya penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan. Tetapi jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut. Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun, kekejangan abdomen,demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam. Jika makanan telah dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin. Toksin memberi kesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan. Ada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapi yang biasa didapati ialah salmonella, shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan di kalangan bayi, terutamanya bayi yang menyusu botol. Bagi keracunan makanan yang berpunca daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit juga timbul jika anak termakan bahan kimia, racun serangga atau beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.

FAKTOR FAKTOR BERLAKUNYA KERACUNAN MAKANAN


Kita sering kali mendengar berlakunya keracunan makanan. Malah kematian berpunca dari keracunan makanan juga dilaporkan.Walaupun secara sedar atau tidak, ramai di antara kita biasa mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Dari Januari hingga Ogos tahun ini tiga belas kes keracunan makanan melibatkan 801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri dari pelajar sekolah. Daripada segi perundangan kita mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai terhadap bahayanya penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan. Tetapi jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda-tandanya termasuklah rasa mual, muntah, cirit- birit, peningpening serta gangguan perut. Kebanyakan kes-kes keracunan makanan disebabkan oleh bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan-bahan kimia. Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kehilangan air dalam badan. Sekiranya tubuh kekurangan air dan terlalu serius, ia boleh membawa maut. Ada juga yang lebih serius, hingga melibatkan keracunan sistem saraf. Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius. Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria; Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya Roti dan kuih-muih Makanan laut seperti kerang Daging- lembu, ayam, ikan Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang kembung pada bahagaian atasnya atau

berkarat

Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan. Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah; Makanan mentah Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat dingin Makanan beku yang dibiarkan `cair' pada suasana yang panas untuk terlalu lama Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik selepas dibuka Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus Makanan tidak disimpan segera

Tanda-tanda khusus keracunan makanan bergantung kepada jenis bakteria atau organismanya seperti: 1. KERACUNAN OLEH BAKTERIA Campylobacterosis disebabkan oleh bakteria campylobacter jenis ini yang terdapat

dalam ayam mentah, daging dan susu tidak pasteur. Tanda-tanda keracunan bermula 2-5 hari selepas makan. Selain dari tanda-tanda

umum, pesakit akan mengalami demam dan najis mengandungi darah.

2.

TOKSIN Cirit-birit yang dialami oleh pengembara disebabkan oleh bakteria Escherichia coli atau

E. coli yang boleh menghasilkan toksin. Penyakit ini berlaku kerana penyediaan makanan dan air tidak bersih. Cereus disebabkan oleh bakteria bacillus cereus. Tanda-tanda umum dirasai di antara 1-18 jam selepas makan. Bagaimanapun,

keracunan jenis ini tidak melebihi 24 jam. Cholera disebabkan oleh bakteria vibro cholera yang terdapat dalam ikan, kerang,

kupang dan jenis-jenis siput yang ditangkap di kawasan air yang tercemar. Tanda-tanda bermula antara 1-3 hari selepas makan dan boleh bermula dengan cirit-

birit ringan dan seterusnya maut akibat badan kehilangan air hasil daripada cirit-birit yang teruk. Gastroenteritis disebabkan oleh Yersinia enterocolitica, sejenis bakteria yang terdapat

dalam daging, air, sayuran mentah dan susu tidak pasteur. Tanda-tanda bermula 2-5 hari selepas makan. Selain daripada tanda umum, demam

dan kelesuan mungkin berlaku sama seperti demam selsema. Jika tidak dirawat pesakit boleh menjadi lebih teruk lagi. Listeriosis kerana bakteria Listeria monocytogenes. Walaupun jarang berlaku ia boleh menyebabkan maut. Tanda penyakit termasuklah kesejukan, keracunan darah dan kelahiran tidak cukup

bulan bagi wanita mengandung. Dalam kes yang parah, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan saraf tunjang. Shigeliosis atau Disenteri disebabkan oleh bakteria Shigella sp., tanda- tanda bermula

dalam masa 1-7 jam selepas makan. Selain daripada tanda-tanda umum, darah, nanah atau lendir boleh terdapat dalam najis. Salmonelosis. Keracunannya disebabkan oleh bakteria Salmonella yang didapati dalam

ayam. Tanda-tanda umum dirasakan selepas 24-48 jam. Staphylococcus aureus sejenis bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu

tinggi. Keracunan jenis ini sering berlaku. Tandanya dirasai dalam jangkamasa 1-8 jam selepas makan, serta berlarutan sehingga

24-48 jam. Tanda-tandanya agak umum.

3.

KERACUNAN BERPUNCA DARI VIRUS Hepatitis A disebabkan oleh virus yang terdapat dalam kerang dan siput- siput yang

ditangkap di dalam air yang dicemari oleh air kumbahan dan sayuran mentah yang tidak dibersihkan dengan sempurna. Tanda-tanda bermula dari 2-6 minggu selepas makan dan pesakit akan mengalami

demam,lemah badan, tidak berselera dan jaundis. Bagi kes yang parah, kerosakan hati boleh berlaku dan membawa maut. Norwalkvirus disebabkan oleh virus Norwalk yang didapati dalam kerang dan siput-siput

yang ditangkap di kawasan yang dicemari najis manusia. Keracunan berpunca akibat memakan siput-siput mentah dan dimasak tidak sempurna. Keracunan berpunca dari protozoa Giardiasis disebabkan oleh protozoa Giardia lamblia terdapat dalam saluran usus dan

najis manusia. Air kumbahan yang digunakan sebagai baja pada sayur dan penyedia makanan tidak membersihkan tangan adalah punca berlaku keracunan ini. Amebiasis dikenali juga sebagai disenteri amebik dan disebabkan oleh Entamoeba

histolytica.

PUNCA LAIN KERACUNAN MAKANAN


Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya. Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah satu punca keracunan makanan. SIMPTOM DAN CARA MENGATASI MASALAH KERACUNAN MAKANAN Jenis makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur. Antara symptom-simptom yang berlaku sekiranya seseorang mengambil makanan yang tercemar ialah. Membuat seseorang itu menjadi loya dan muntah Mengalami sakit perut dan cirit-birit Demam Badann menjadi lemah Najis berdarah Selera makan berkurang Dehidrasi Kerosakan system saraf Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur. Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti

dinginbeku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus. Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi

mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain. Peralatan dapur seperti alatpemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum

penggunaan terutamanya alas pemotong daging.

Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak

meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup. Sebai-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur-

sayuran. Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat. Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi bakteria

Salmonella. Bagaimanapun telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella. Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna

merupakann cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.

Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak

atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak. Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan

seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya. Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih

mudah mencemarinya. Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai.

Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin. Panaskan semula makanan dengan teliti. Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin muncul

semasa dalam simpanan.

RUJUKAN
1. 2. 3. 4. http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/racun/1995/makanan.html http://www.sinarharian.com.my/famili/pakar-ketahui-punca-keracunan-makanan-1.71594 http://kartikel.com/news/23974/10-sebab-keracunan-makanan http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130817/dn_19/54-pelajar-

keracunan-makanan

KESIMPULAN
Pelaksanaan dasar keselamatan makanan kebangsaan akan membolehkan inisiatifinisiatif untuk mencapai keselamatan makanan dirancang dan diurus dengan cara yang lebih mampan, bersepadu, dan berkesan bagi menjamin kesihatan awam dan memudahkan perdagangan makanan. Kejayaan pelaksanaan dasar keselamatan makanan kebangsaan amat bergantung kepada penggembelingan tenaga, komitmen, kerjasama dan usahasama yang jitu di kalangan semua pihak yang berkepentingan (stakeholders). Perhubungan antara agensi perlu diwujudkan bagi mencapai manfaat bersama untuk mengelakkan jurang perbezaan penguatkuasaan,

perbatasan dan kelemahan-kelemahan. Pembentukkan perikatan strategik atau perkongsian pintar akan memastikan kejayaan semua pihak melalui pengoptimaan sumber serta penyelarasan program keselamatan makanan yang lebih berkesan.

You might also like