You are on page 1of 25

SYARAHAN UCAPAN CERAMAH

SYARAHAN/UCAPAN/CERAMAH
Karangan jenis SYARAHAN juga dikenali sebagai pidato, biasanya ditulis dalam bentuk pertandingan UCAPAN biasanya disampaikan dalam majlis-majlis formal seperti perhimpunan sekolah, hari penyampaian hadiah, majlis perasmian, majlis perpisahan dan sebagainya. CERAMAH biasanya diadakan untuk sesuatu majlis yang dihadiri oleh orang ramai serta tetamutetamu khas.

SYARAHAN/UCAPAN/CERAMAH
Syarahan, Ucapan & Ceramah merupakan karangan BERFORMAT. Format yang perlu dipatuhi;
A.

Kata-kata aluan kepada para hadirin, dan mesti mengikut pangkat . Contohnya; Yang Mulia, Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Yang Dihormati.dan lain-lain. Kata penghadapan diselang-selikan antara satu atau dua peranggan. Contohnya; Hadirin dan hadirat sekalian, Tuan-tuan dan puanpuan, Saudara-saudari, Rakan-rakan sekaliandan lain-lain.

B.

SYARAHAN
Oleh kerana Syarahan biasanya ditulis dalam bentuk pertandingan, maka pangkat hakim perlu disertakan dalam pendahuluan. Contohnya; panelpanel hakim yang adil lagi bijaksana Walaubagaimanapun, dalam peperiksaan, pelajar perlu membaca dan memahami kehendak soalan. Contoh soalan; Anda telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang diberikan ialah Kesan Internet Terhadap Pengguna. Tulis syarahan anda itu dalam bentuk karangan. Sempena Minggu Patriotisme di sekolah anda, sebagai pengerusi Persatuan Sejarah, anda dikehendaki menyampaikan syarahan yang bertajuk Ke Arah Melahirkan Patriotisme di Kalangan Pelajar. Tulis karangan anda selengkapnya.

Kandungan Syarahan, Ucapan dan Ceramah tidak banyak perbezaan iaitu untuk memberikan sesuatu penerangan, penjelasan dan fakta tentang sesuatu. Ucapan = ditulis untuk majlis formal cth: perasmian, perhimpunan dan keraian. Ceramah = ditulis semasa mengadakan ceramah tentang sesuatu cth: kem motivasi

Ucapan/Syarahan/Ceramah
Isi-isi yang diberikan haruslah tepat, munasabah dan meyakinkan.

Bahasa haruslah mudah, padat, tegas dan berkesan. Boleh menggunakan bahasa kiasan dan peribahasa

Syarahan/Ucapan/Ceramah
Syarahan, Ucapan dan Ceramah mempunyai 3 aspek kandungan yang sama iaitu;

1) PENDAHULUAN
2) ISI 3) PENUTUP

Syarahan
1) PENDAHULUAN = Mengandungi kata alu-aluan sebagai pembuka kata yang berupa ucap selamat kepada tetamu. Contohnya;
Syarahan

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif Panel Hakim, Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pendidikan, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, ibu bapa, dan pelajar sekalian.

Syarahan & Ceramah


Dalam menulis pendahuluan syarahan &

ceramah, pelajar perlu memberitahu jenis karangan yang ditulis & tajuk karangan. Contohnya; Pada hari yang berbahagia ini, saya berasa sungguh bangga kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan/ceramah yang bertajuk Kesan Internet Terhadap Pengguna.

Pendahuluan Syarahan yang Lengkap


Syarahan

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif Panel Hakim, Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pendidikan, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, ibu bapa, dan pelajar sekalian. Pada hari yang berbahagia ini, saya berasa sungguh bangga kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk Kesan Internet Terhadap Pengguna.

Pendahuluan Ceramah yang Lengkap


Ceramah

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pendidikan, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guruguru, ibu bapa, dan pelajar sekalian. Pada hari yang berbahagia ini, saya berasa sungguh bangga kerana diberi peluang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Kesan Internet Terhadap Pengguna.

Pendahuluan Ucapan
Dalam menulis pendahuluan Ucapan, pelajar

tidak perlu menyatakan jenis karangan & tajuk kerana tajuk tidak akan diberikan dalam soalan. Contoh soalan karangan jenis ucapan;
o Guru kelas anda akan melanjutkan pelajaran ke

universiti. Anda diminta memberi ucapan dalam majlis perpisahan yang diadakan. Tuliskan teks ucapan anda selengkapnya.

Contoh Soalan Jenis Ucapan


o Sebagai ketua murid, anda diminta menyampaikan

sebuah ucapan sempena Hari Penyampaian Hadiah sekolah. Tulis ucapan itu dengan lengkap.
o Sekolah anda akan menyambut Hari Guru

peringkat sekolah. Anda telah diminta menyampaikan ucapan semasa sambutan Hari Guru tersebut. Tulis ucapan anda selengkapnya.

Pendahuluan Ucapan yang Lengkap


Ucapan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah, Timbalan Pengetua, barisan guru-guru, serta rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan dalam majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Kandungan Syarahan/Ucapan/Ceramah
2) ISI = Kandungan yang bersesuaian majlis atau tajuk. Kata penghadapan perlu ada sebelum memulakan isi.

3) PENUTUP = Mengandungi kesimpulan/seruan/cadangan/harapan/nasihat dan ucapan terima kasih.

Format

Format
Ceramah dan Ucapan = tiada pengadil/hakim Syarahan = ada pengadil

*Oleh itu pendahuluan bagi Ceramah dan Ucapan TIDAK MEMPUNYAI SALAM UNTUK PENGADIL

Ucapan/Syarahan/Ceramah
Tiada salam untuk pengadil bagi ucapan dan ceramah
Mengucapkan terima kasih kerana dijemput hanya bagi ucapan dan ceramah

Mesti tulis jenis karangan

*hanya syarahan sahaja yang mempunyai salam untuk pengadil

Ceramah

Menjelaskan topik yang ingin dibincangkan

Ceramah

Cara untuk mengatasi

Ceramah

Jangan lupa!!

Kerja Rumah
Latihan Pertandingan syarahan akan diadakan di sekolah anda. Anda akan menyertai pertandingan itu. tajuk syarahan yang anda pilih ialah Kebaikan Program Kitar Semula. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Pendahuluan
Kata alu-aluan memberi salam menyatakan tajuk syarahan

Isi
1. (menjelaskan topik yg ingin dibincangkan) sampah dibuang

merata-rata berjuta-juta tan sampah dibuang dalam setahun tiada tempat untuk pelupusan sampah kerajaan memperkenalkan program 3R reuse, recycle, reduce 2. Boleh menjimatkan kos pelupusan sampah tidak memerlukan tanah yang luas untuk melupuskan sampah menjimatkan tanah 3. Mengurangkan pencemaran tanah tidak akan dipenuhi sampah sarap kebersihan terjamin dapat mengekalkan kelestarian alam.

4. Sumber alam dapat dikekalkan sampah yg dikitar semula dapat dijadikan bahan yang lain dapat mengurangkan penebangan pokok Penutup Semua lapisan masyarakat harus bersinergi untuk menjayakan kempen mengitar semula harus dijadikan amalan sekian tterima kasih

Karangan anda mesti mengandungi perkataan seperti berikut: 1. Meruncing semakin serius 2.Sejagat sedunia 3.Acap kali selalu 4.Pelupusan penghapusan 5.Cakna ambil peduli

You might also like