You are on page 1of 6

Tarikh/Hari: 2 Oktober 2012 Selasa Kelas: 1Z Masa: 1050-1150 Bilangan Murid: 30 orang

Mata Pelajaran: Dunia Sains dan Teknologi Tahun Satu Tajuk: Bahagian tubuh haiwan Objektif: Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:

1. Menyatakan bahagian tubuh haiwan seperti mata mulut, telinga, paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, tanduk, sesungut dan cengkerang. 2. Menulis nama bahagian tubuh haiwan. Penggabungjalinan kemahiran: Standard Kandungan 3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan Standard Pembelajaran 3.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh haiwan iaitu mata, mulut, telinga, paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, tanduk, sesungut dan cengkerang

Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid telah mengenali haiwan-haiwan di sekeliling kita. 2. Murid pernah melihat pelbagai jenis haiwan di sekeliling mereka. Konsep: Teori Pembelajaran Konstruktivisme Bahan: Slaid gambar, kad nama haiwan, lembaran kerja. Nilai: Bekerjasama, baik hati dan penyayang. Kemahiran Saintifik: Memerhati, berkomunikasi.

Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan masalah, mencirikan, perbincangan.

Langkah/ Masa Set Induksi 5 minit

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid 1. Murid memerhati gambar haiwan yang tidak lengkap. 2. Murid meneka haiwan tersebut. (Lampiran 1-gambar arnab tanpa ekor dan telinga) 3. Murid meneka haiwan tersebut. (Lampiran 2- gambar ikan tanpa ekor, mata dan sirip) 4. Murid mendengar.

Catatan

Meneka tubuh haiwan.

1. Guru menunjukkan sekeping gambar haiwan yang tidak lengkap. 2. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut. (Lampiran 1-gambar arnab tanpa ekor dan telinga) 3. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut. (Lampiran 2-gambar ikan tanpa ekor, mata dan sirip) 4. Guru mempekenalkan tajuk pengajaran hari ini: Bahagian tubuh haiwan.

ABM:gambar haiwan KS:memerhati

Perkembangan Mengenali ciri dan sifat Langkah 1 15 minit haiwan.

1. Guru menayangkan pelbagai jenis gambar haiwan seperti ikan, lembu dan burung. 2. Guru menanya soalan. Apakah nama haiwan ini ? Nyatakan ciri-ciri bahagian tubuh haiwan. 3. Guru memperkenalkan bahagian tubuh haiwan. 4. Guru meminta murid membaca nama bahagian tubuh haiwan.

1. Murid memerhatikan gambar haiwan. 2. Murid menyatakan nama haiwan yang telah dilihat daripada paparan slide. Contohnya, ikan, lembu dan burung. 3. Murid menjawap soalan yang dikemukakan oleh guru.

ABM:power point KB: mencirikan KS: memerhati

4. Murid mengenali bahagian


tubuh haiwan yang diperkenalkan oleh guru, iaitu mata, mulut, telinga, paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, tanduk, sesungut dan cengkerang. 5. Murid membaca nama bahagian tubuh haiwan tersebut.

Langkah 2 15 minit

Duduk dalam kumpulan dan melukiskan bahagian tubuh badan haiwan daripada gambar yang tidak lengkap.

1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan. 2. Guru memberi setiap kumpulan sepucuk

1. Lima orang murid masuk satu kumpulan masing-masing. 2. Ketua setiap kumpulan keluar berbaris mendapatkan sepucuk sampul surat

ABM:gambar haiwan,sampul surat KB:perbincangan KS:memerhati, berkomunikasi

sampul surat. 3. Guru meminta murid mengeluarkan bahan dalam sampul surat masing-masing. 4. Guru meminta murid melukis bahagian tubuh haiwan yang tidak lengkap. 5. Guru memeriksa jawapan murid. 6. Guru mengadakan sesi perbincangan tentang kepentingan haiwan mempunyai bahagianbahagian tubuh yang lengkap. Langkah 3 15 minit Aktiviti permainan puzzle. 1. Guru memberikan keratan gambar puzzle kepada murid. 2. Guru meminta murid menyusun keratan keratan gambar supaya menjadikan gambar yang

daripada guru. 3. Murid mengeluarkan bahanbahan dalam sampul surat. 4. Setiap murid melukis bahagian tubuh haiwan yang tidak lengkap. 5. Murid menyatakan kepentingan haiwan mempunyai bahagianbahagian tubuh yang lengkap. Misalnya, arnab menggunakan kaki untuk melarikan diri daripada musuh. Tanpanya, arnab akan kehilangan nyawa.

Nilai-nilai murni: Bekerjasama, baik hati dan penyayang.

1. Murid memerhati keratan gambar puzzle. 2. Murid menyusun tubuh haiwan yang hilang dan gamkannya supaya menjadikan gambar yang belum dikerat. 3. Semua murid membaca nama

ABM:Puzzle KB:menyelesaikan masalah KS:memerhati Nilai murni:bekerjasama

belum dikerat. 3. Guru menyuruh murid membaca nama bahagian tubuh haiwan secara sekelas, sekumpulan dan individu. Langkah 4 7 minit Guru mengedarkan lembaran kerja. 1. Guru menyuruh ketua kumpulan tampil ke depan dan menerima kertas lembaran kerja. 2. Guru menyuruh ketua kumpulan mengedarkan lembaran kerja kepada ahli-ahli kumpulannya. 2. Guru meminta murid menyiapkan lembaran kerja. 3. Guru membantu sesetengah murid yang lemah menyiapkan lembaran kerja. 4. Guru membincangkan jawapan.

bahagian tubuh haiwan. 4. Sekumpulan murid membaca nama bahagian tubuh haiwan. 5. Murid yang disebut nama berdiri dan membaca nama bahagian tubuh haiwan. 1. Ketua kumpulan tampil ke depan dan menerima kertas lembaran kerja. 2. Ketua kumpulan mengedarkan lembaran kerja kepada ahliahli kumpulannya. 3. Murid menyiapkan lembaran kerja. 4. Sesetengah murid yang lemah menyiapkan lembaran kerja dengan bantuan guru. 5. Murid membaca jawapan. ABM:lembaran kerja KB:menyelesaikan masalah KS:berkomunikasi

Penutup 3 minit

Rumusan

1. Guru menyebut nama murid dan tampil ke depan mengajar semua murid membaca nama bahagian tubuh haiwan dengan menggunakan kad nama bahagian tubuh haiwan. 2. Guru meminta murid membuat rumusan pembelajaran hari ini. 3. Guru meminta murid menyatakan perasaan terhadap pembelajaran hari ini.

1. Murid yang disebut nama, tampil ke depan. 2. Murid tersebut mengajar semua murid membaca nama bahagian tubuh haiwan dengan menggunakan kad nama bahagian tubuh haiwan. 3. Murid yang disebut nama membuat rumusan pembelajaran hari ini. 4. Murid menyatakan perasaan terhadap pembelajaran hari ini.

KS:berkomunikasi

You might also like