You are on page 1of 5

Proses Pembentukan Kata Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga

dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Ada perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat. Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunam dan disarankan. Ada juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan, misalnya buku tulis, gambar rajah, kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan bantu membantu.

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif, iaitu jenis bahasa dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan. Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan banyak perkataan, iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, perkataan serap apabila

mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu menyerap, menyerapkan, penyerapan, terserap, menyerapi, serapan, terserapkan, daya serap, dan sebagainya.

Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Cara membentuk dan mewujudkan perkataan dalam bahasa tersebut adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya. Secara umumnya , perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu itu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan yang dibentuk kemudian daripada itu melalui proses-proses tertentu, antaranya seperti yang berikut:-

i. Akronim Pembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya

mudah ditulis tau dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Proses ini banyak berlaku dalam bahasa Melayu pada hari ini. Contohnya:JAIS Jabatan Agama Islam Selangor IPBA Institut Perguruan Bahasa bahasa Antarabangsa IPG Institu Pendidikan Guru UPSI Universiti Sultan Idris

ii. Analogi Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah seia ada yang telah digunakan sejak dahulu. Misalnya, perkataan tatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara, dan tatahias. Contoh perkataan lain yang dibentuk melalui proses ini adalah seperti berikut:_ Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversiti Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebah Lelabah gegel;ang, jejari, rerambut

iii. Peleburan Fonem Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi suku kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonemfonem tertentu. Misalnya perkataan benda + alir menjadi bendalir terbentuk setelah satu fonem vokal / a / digugurkan.

iv. Peluasan Makna Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Misalnya, perkataan , family dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga tetapi perkataan i i telah diperluaskan maknanya menjadi famili yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.

v. Pemberian Makna khusus Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Misalnya, perkataan surih pada asalnya bermaksud bekas atau nkesan yang

dilalui oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian itu makna khusus, surih juga membawa maksud meniru atau m elukis peta.

vi. Peminjaman Kata Peminjaman kata melalui proses ini sangat lusa digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa yang lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Ingggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku salam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contoh peminjaman kata daripada bahasa lain: element elemen mengisteate majistret diplomat diplomat

g. Penambahan Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar satu suku kata bu merujuk kepada benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda0benda tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang berikut: bu + kit bukit bu + lan bulan bu + luh buluh

h. Penciptaan Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini, perkataan dicipta berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya , perkataan kiwi merujuk kepada nama sejenis burung di New Zealand. Daripada makna tersebut,

dicipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan men ggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas

i. Penggemblengan Bernama Berita Nasional Malaysia

j. Penyempitan Makna Pembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Misalnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita keturunan raja. Sebaliknya , pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.

k. Penyingkatan Melalui proses penyingkatan ini, perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut: tv televisyen Dr. Doktor Prof. Profesor Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara

pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh

disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza. Perkataan gelung merujuk kepada benda-benda yang

berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut. Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu. Gulung pula membawa maksud benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat atau bulat panjang. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan ini tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap perkataan berbeza dari segi makna.

PROSES PEMBENTUKAN KATA Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata. Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:

Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil

yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.

You might also like