You are on page 1of 2

Tugasan 4: Laporan Reflektif

Satu kit pembelajaran telah disediakan sebagai tugasan untuk subjek BMMB3052 iaitu
Seni dalam Pendidikan yang mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan
berdasarkan subjek Pemulihan di sekolah rendah. Kit ini bertajuk Jom Baca Suku Kata telah
dihasilkan khas untuk murid-murid pemulihan berumur enam hingga lapan tahun yang
bertujuan untuk memastikan semua murid berkeupayaan membaca suku kata terbuka yang
terkandung dalam kemahiran asas literasi. Pensyarah bagi subjek ini iaitu En Aminuddin Bin
Mohamed telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan
ini dengan sempurna.

Kit pembelajaran ini telah dihasilkan menggunakan pelbagai proses. Pada mulanya,
saya telah mencari buku-buku dan jurnal yang berkaitan dengan seni dalam pendidikan untuk
memahami konsep asas seni dan elemen yang terkandung dalam seni seperti seni irama,
warna, ruang, muzik, pergerakan serta seni visual. Setakat ini saya tidak mengambil tahu
tentang perkara-perkara seperti ini dan ini mengambil tiga hari untuk saya memahami konsep
dan elemen yang terkandung dalam istilah seni dalam pendidikan bagi menghasilkan kit
pembelajaran tersebut. Saya telah merujuk pada buku teks dan bahan daripada internet untuk
menghasilkan suku kata terbuka iaitu suku kata yang akhiri dengan huruf vokal. Bagi
memastikan juga murid-murid mengenali huruf vokal, saya telah mencari sebuah lagu yang
mengandungi sebutan dan intonasi suku kata terbuka. Saya juga berfikir tentang kemahiran
yang saya ingin sertakan dan mengambil keputusan untuk menggunakan keempat-empat
kemahiran asas seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis bagi membolehkan murid-murid berkeupayaan untuk mahir dalam semua
kemahiran dengan bantuan kit yang telah hasilkan.

Selain itu, bagi memurnikan kit pembelajaran, saya telah menyertakan manual
pengguna dalam kit tersebut supaya murid-murid dapat menggunakan bahan tersebut untuk
berlatih menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka walaupun tidak ada guru
dalam kelas. Kit ini boleh dibawa ke mana-mana sahaja yang mengandungi barang-barang
yang ringan sahaja dan saya telah menggunakan bahan-bahan buangan seperti kotak, surat
khabar, kad manila yang telah digunakan, dan papan putih ajaib yang telah dibaiki untuk
menjimatkan kos penyediaan kit ini tetapi boleh menghasilkan yang berkualiti. Kit
pembelajaran tersebut mempunyai cakera padat, sepuluh sampul surat yang mengandungi
sekeping gambar dan suku kata pertama bagi perkataan yang merujuk gambar tersebut,
sepuluh suku kata kedua bagi perkataan tersebut dan sebuah papan putih ajaib.

Bagi pelaksanaan kit pembelajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di


kelas Pemulihan pula, pelbagai prosedur telah dilaksanakan. Sebagai prosedur petama, saya
telah memasang cakera padat yang mengandungi video klip tentang lagu suku kata terbuka
dalam komputer riba. Tayangan tersebut telah menarik perhatian murid-murid yang
mendengar sebutan suku kata terbuka dengan muzik dan membuat gerakan yang kreatif
daripada tayangan tersebut yang dibimbing oleh guru. Prosedur seterusnya, murid-murid
diberi pilihan untuk memilih sekeping sampul surat yang mengandungi sekeping gambar dan
suku kata pertama bagi perkataan yang merujuk gambar tersebut. Murid-murid telah meneliti
gambar tersebut dan mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kata kedua bagi
perkataan tersebut serta membaca perkataan yang dihasilkan.

Sebagai prosedur terakhir, murid-murid tersebut akan menulis perkataan yang telah
pelajari dalam papan putih ajaib yang terkandung dalam kit pembelajaran tersebut.
Pengajaran yang digunakan dan kit pembelajaran yang telah saya hasilkan adalah berpusat
kepada murid-murid. Murid-murid cergas mengambil bahagian dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang mengandungi pelbagai unsur seni seperti seni visual, muzik dan
pergerakan yang dapat mengelakkan rasa bosan murid dalam bilik darjah.

Saya telah mendapat pelbagai ilmu dan kemahiran melalui persembahan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan penghasilan kit pembelajaran. Kemahiran
menggunakan komputer telah berkembang disebabkan oleh pencarian maklumat dan video
klip melalui internet. Seorang guru harus bersedia untuk menjadi pendidik yang sesuai dengan
pembelajaran abad ke-21. Jadi, saya telah melatihkan diri untuk menggunakan unsur TMK
iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam perancangan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, saya juga telah memahami cara menggunakan elemen seni dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang minat murid-murid untuk mempelajari
sesuatu subjek dalam bilik darjah. Isi pelajaran dapat disampaikan dengan mudah dan
seronok dengan mudah melalui penghasilan kit pembelajaran seperti ini. kekuatan dan
kelemahan bagi pelaksanaan kit ini telah disertakan dalam grafik laporan reflektif.

Tambahan pula, saya juga telah belajar menggunakan bahan-bahan buangan untuk
menghasilkan bahan bantu mengajar atau kit sebagai seorang pencinta alam. Seorang guru
harus mengambil perhatian terhadap unsur-unsur lain secara tidak langsung bagi
meningkatkan kreativiti dan inovasi seseorang. Pengagihan masa adalah penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Jadi, saya telah belajar mengurus dan mengawal masa
mengajar supaya isi pelajaran dapat disampaikan kepada murid-murid dengan sempurna.

Kesimpulannya, kit pembelajaran amat membantu dalam proses pengajaran dan


pembelajaran dan melalui penghasilan kit ini, saya telah mempunyai semangat untuk
melatihkan diri saya untuk berhadapan di sekolah nanti sebagai pendidik abad ke-21.

You might also like