You are on page 1of 4

1.

0 LAPORAN REFLEKTIF

Setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah SWT kerana pada akhirnya kami berjaya
menyiapkan kit ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Nazri dan juga rakan-rakan seperjuangan yang
banyak memberi dorongan dan pertolongan dalam membantu untuk menghasilkan kit ini. Kawan-
kawan kami terutamanya kawan-kawan sekelas sangat membantu kami dalam menjayakan kit
ini. Tanpa mereka semua, belum tentu kit ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Melalui tugasan ini, dapat saya simpulkan bahawa Seni dalam Pendidikan menekankan
konsep hubung kait sebagai asas pengetahuan dalam PNP sesuatu mata pelajaran. Bagi sesuatu
pengajaran mata pelajaran yang berkesan, ketiga tiga elemen pendidikan iaitu Seni Visual, Muzik
dan Seni Pergerakan menjadi satu komponen yang saling membantu untuk menjadikan
pengajaran yang lebih bersifat dinamik dan berstrategik. Mata pelajaran yang diajar itu akan
menjadi idea pusat manakala ketiga-tiga mata pelajaran tadi menjadi set yang bersilang iaitu
memperteguhkan penguasaan pengetahuan murid untuk menguasai mata pelajaran tersebut.
Pernyataan ini jelas mengatakan bahawa mengaplikasi Seni dalam Pendidikan adalah penting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Seni dalam Pendidikan adalah satu pendekatan
interdiscipline untuk membolehkan pelajar pelbagai profil kecerdasan menguasai sesuatu ilmu
dan kemahiran dalam bidang yang diceburi (Gardner, New Horizons, 2006). Untuk menjayakan
lagi PNP sesuatu mata pelajaran, kami ditugaskan untuk membuat sebuah kit pembelajaran yang
memasukkan elemen seni dalam pendidikan iaitu visual, muzik dan peregerakan.

Kami telah menghasilkan sebuah kit dalam PNP mata pelajaran Bahasa Arab iaitu tajuk
kata bilangan dalam Bahasa Arab. Kit yang telah dihasilkan oleh kami bertiga merupakan satu
inovasi atau bahan bantu mengajar untuk menjadikan sesuatu PNP itu lebih menarik dan
menyeronokkan. Oleh sebab itu, kami mengintegrasikan ketiga-tiga elemen dalam kit tersebut
iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Kami sangat yakin bahawa kit kami akan
menjadi satu bahan yang sangat membantu murid terutamanya kepada murid yang lemah untuk
mengingat nombor dalam Bahasa Arab. Kami sertakan gaya pengajaran yang sesuai dengan
gaya pembelajaran murid. Kami tidak hanya memfokuskan kepada murid yang cemerlang sahaja.
Namun, kit ini boleh digunakan oleh semua jenis murid. Di dalam kit kami, terdapat 3 aktiviti yang
telah dijalankan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut adalah berkaitan dengan tajuk subjek yang hendak
diajar iaitu kata bilangan 1 hingga 10 dalam Arab. Aktiviti yang pertama kami, kami memulakan
pengajaran yang berpusatkan guru, murid dan bahan. Komunikasi 2 hala antara guru dan murid

1
digunakan dengan berkesan semasa proses PNP. Aktiviti kedua pula ialah berpusatkan guru di
mana guru akan memberi gambaran awal kepada murid untuk menyanyi dan menari mengikut
rentak muzik kata bilangan Bahasa Arab. Murid akan memerhati tingkah laku guru dan mereka
akan mengikutinya pada aktiviti yang ketiga. Aktiviti ketiga merupakan kemuncak kepada kit
pengajaran kami di mana murid boleh menguasai pembelajaran mereka dengan jayanya. Muzik
sangat membantu dalam proses PNP kami kerana murid-murid akan menjadi lebih teruja dan
aktif semasa belajar. Perkara ini disebabkan muzik penting dalam pendidikan kerana kerana
sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaannya
(Eisner, 2003).

Sepanjang perjuangan kami dalam menyiapkan kit bagi mata pelajaran Seni Dalam
Pendidikan ini saya mendapati bahawa terdapat beberapa kekangan yang mungkin sedikit
sebanyak menganggu kami dalam proses menyiapkan kit ini. Kekangan paling utama bagi kami
ialah kekangan masa. Sebenarnya, tempoh masa yang diberikan untuk kami menyiapkan kit ini
adalah cukup. Namun, kami diberi tugasan-tugasan lain untuk mata pelajaran lain yang
memerlukan komitmen untuk disiapkan dan perlu dihantar secara serentak. Kami terpaksa
bertungkus-lumus supaya kami sempat untuk mengejar masa memandangkan masa kami adalah
sangat padat. Bukan sahaja tugasan yang diberi secara sekali gus tetapi kami juga wajib
melibatkan diri dengan segala program yang dianjurkan oleh IPG. Pada setiap hari juga kami
mesti mengahdiri kuliyah dari pukul 8 pagi hingga 4 petang menyebabkan masa kami amat terhad
untuk memikirkan tentang kit ini. Oleh sebab itu kami terpaksa berjaga malam sehinngga waktu
subuh dan mencuri masa yang ada demi menyiapkan tugasan ini. Walaupun kami sangat penat,
kami bersyukur kerana pada akhirnya kami berjaya meyiapkan kit dengan cemerlang sekali.

Selain itu, antara kekangan dalam proses menyiapkan kit ini ialah kami tidak mempunyai
idea yang bernas pada permulaan dalam penghasilan kit. Kami agak bingung apakah kit yang
sesuai digunakan dalam PNP yang mengandungi elemen ketiga-tiga seni dalam pendidikan.
Tambahan pula, ini adalah kami pertama kami mendapat tugasan kit pengajaran dan
pembelajaran. Kami tidak mempunyai pengalaman yang mendalam dalam proses penyediaan kit
ini. Setelah mencari jalan penyelesaian demi membantu masalah kami, kami menanyakan hal ini
kepada kakak-kakak senior. Alhamdulillah, mereka memberi tunjuk ajar yang sangat membantu
kami. Setelah itu, kami menjadi lebih kreatif dan minda kami lebih terbuka untuk menyediakan kit
ini.

2
Setelah kit kami siap sepenuhnya, kami sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami
walaupun terdapat sedikit kekurangan dari segi persembahan kit. Seperti yang diarahkan dalam
tugasan, persembahan kit kami mesti dirakam dan dimuatkan dalam bentuk video untuk diberikan
kepada pensayarah kami. Secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati dengan aktiviti, PNP,
dan semua isi dalam video tersebut. Namun, kami mengahadapi masalah untuk menyunting
video tersebut supaya kesinambungan antara aktiviti kepada aktiviti yang seterusnya lebih jelas.
Pada awalnya, kami hanya menggabungkan sahaja video-video yang diambil menjadi satu video.
Namun, kami mendapati bahawa orang lain akan menghadapi kesukaran untuk memahaminya
kerana kami tidak meletakkan maklumat dan penjelasan terhadap aktiviti-aktiviti yang kami
lakukan. Kami juga tidak meletakkan pembuka dan penutup untuk video kami. Syukur ke hadrat
ilahi kerana kami berjaya mengatasi masalah ini pada saat akhir tugasan ini mesti dihantar. Kami
meminta kebenaran daripada Encik Nazri untuk menyunting sekejap video kami dalam masa 10
minit. Alhamdulillah kami berjaya, tetapi kami tidak menyunting dengan lengkap. Hanya sekadar
video tersebut boleh difahami sahaja. Kami amat kecewa dengan hal itu. kami bertekad agar
perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Walaupun terdapat banyak kelemahan pada kit, kami mengambil pengalaman dan
pengajaran dari teguran yang diberikan supaya dapat menghasilkan kit yang lebih baik pada
masa akan datang. Tambahan pula , kami mendapati bahawa terdapat juga beberapa kelebihan
pada kit dan persembahan kami iaitu kelancaran semasa perbentangan dan laras bahasa yang
digunakan ketika melakukan persembahan. Hal ini kerana kami benar-benar memahami kit yang
dihasilkan dan bersedia dengan soalan yang bakal diberikan. Kami juga berjaya memberikan
kefahaman kepada rakan-rakan di hadapan tentang kit yang dihasilkan.

Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan gerak kerja kami dalam mengahsilkan
kit pengajaran ini walaupun terdapat beberapa rintangan dan halangan yang terpaksa kami
tempuhi dalam menjayakan proses kit ini. Ingin saya simpulkan bahawa dalam proses PNP, Seni
dalam Pendidikan merupakan perkara yang penting untuk diserap masuk dalam sesuatu
pengajaran tidak mengira subjek termasuklah Bahasa Arab sendiri. Seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan adalah elemen-elemen yang sangat membantu dalam proses PNP kami supaya
PNP kami lebih berkesan dan menyeronokkan. Dengan ini, guru juga dapat memperkukuh lagi
gaya pengajaran dan pembelajaran manakala murid dapat mempertingkatkan lagi gaya
pembelajarannya seterusnya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan tercapai (Zin, 2001)

3
2.0 RUJUKAN

Eisner, E. (2016, August 29). Retrieved from The Function of Music In Education:
http://www.isme.org/article/view/89/1/26
Gardner, H. (1983). Frames of Mind. New York: Harper & Row.
Gardner, H. (2006). New Horizons. New York: Basic Books.
Michael Miller. (2005). Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Zin, S. M. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai. Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like