You are on page 1of 6

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

DURIAN DAUN,
75400 MELAKA
KERJA KURSUS
SEMESTER 3 TAHUN 1
NAMA PELAJAR: BATRISYIA NASUHA BINTI MOHAMAD NORSAL

ANGKA GILIRAN: 2021142340078

NOMBOR KAD PENGENALAN: 021030-10-1594

KUMPULAN/UNIT: PENDIDIKAN JASMANI

KOD DAN NAMA KURSUS: PJMS 3052 (SENI DALAM PENDIDIKAN)

NAMA PENSYARAH: EN KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL

TARIKH HANTAR: 12 APRIL 2022

Pengakuan Pelajar Menerima Medium:-


Maklum Balas Daripada
Pensyarah Individu

Kumpulan

Kuliah
TandaTangan Tarikh: 12/4/2022

UntukKegunaanPemeriksaSahaja
NO. MARKAH MarkahSelepasModerasi
TUGASA Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3
N
1 Markahdalam 100 %

JUMLAH
LAPORAN REFLEKTIF

1.0 PENGENALAN

Bagi memenuhi kehendak tugasan kursus PJMS 3052 Seni dalam Pendidikan,saya
telah berjaya menghasilkan sebuah kit persembahan yang mengaplikasikan elemen-elemen
seni visual, muzik dan pergerakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bidang
Pendidikan Jasmani di sekolah rendah. Sepanjang proses penghasilan kit tersebut, saya telah
mendapat banyak idea untuk membantu meningkatkan keberkesanan kit saya dengan merujuk
kepada mentor saya semasa menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS) iaitu Puan
Azizah Abd Aziz.

Kit yang telah saya hasilkan ialah sebuah permainan kecil untuk kemahiran menghantar
permainan bola baling. Kit ini memfokuskan tentang cara kemahiran menghantar yang betul
untuk dilakukan oleh pelajar dengan penambahan elemen-elemen seni dalam pendidikan bagi
meningkatkan minat murid untuk mempelajari kemahiran ini. Dalam kit saya ini, saya telah
menggunakan alatan seperti kon, bola, pundi kacang dan kertas warna. Tema kit pembelajaran
saya adalah ‘Rainbow Puzzle’ dimana ia memerlukan pelajar untuk membentuk beberapa
kumpulan kecil dan melakukan hantaran bola menggunakan kemahiran menghantar yang
dipelajari mengikut alunan muzik dan apabila muzik diberhentikan, pelajar yang terakhir
memegang bola perlu berlari kehadapan dan selesaikan ‘Rainbow Puzzle’ iaitu menyusun pundi
kacang mengikut kumpulan warna yang betul. Rajah 1 menunjukkan contoh Rainbow Puzzle
yang menggunakan kertas warna dan pundi kacang.

Rajah 1

Pada akhir pembelajaran, murid dapat mempelajari kemahiran menghantar bola dengan betul
dan dalam pada masa yang sama, murid juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan
sosial mereka selain daripada berasa seronok dalam melaksanakan aktiviti.
2.0 KEBERKESANAN KIT PERSEMBAHAN

2.1 ELEMEN SENI MUZIK

Penggunaan kit ini dilihat dapat menilai kepekaan pelajar sekolah rendah dengan
menggunakan bantuan deria pendengaran semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani secara berkesan. Hal ini demikian kerana kit ini memerlukan murid untuk peka dengan
alunan muzik semasa melakukan hantaran dan bertindak pantas menyelesaikan Rainbow
Puzzle setelah alunan muzik diberhentikan. Isbell & Raines (2013) menyatakan dalam bukunya
bahawa terdapat penyelidikan baru-baru ini mengatakan elemen seni muzik menguatkan sistem
minda seterusnya meningkatkan kognitif. Dengan itu, pelajar sekolah rendah akan mengingati
isi pembelajaran pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani terutamanya fokus utama
iaitu kemahiran menghantar dengan lebih baik jika menggunakan kit ini.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang telah dikenalpasti iaitu terdapat pelajar
yang tidak peka dengan muzik yang telah dialunkan. Hal ini demikian kerana, pelajar tersebut
tidak peka, tidak fokus dan mengatakan bunyi muzik tersebut tidak jelas semasa aktiviti
dilaksanakan. Oleh itu, ia telah menyebabkan pelajar tersebut dimarahi oleh rakan sepasukan
kerana tindakannya yang lambat.

Walaubagaimanapun sebagai seorang guru, penambahbaikan yang boleh saya lakukan


adalah saya boleh menguatkan muzik dengan kadar bunyi yang bersesuaian. Selain itu, oleh
kerana pelajar tersebut tidak peka, saya boleh mengenakan denda dengan menambahkan jarak
hantaran. Bukan itu sahaja, saya juga perlu menasihati rakan sepasukan pelajar tersebut untuk
tidak memarahi rakan sepasukan mereka dan perlu saling memberi semangat untuk mara
kehadapan. Dengan ini, pelajar dapat mempelajari bahawa kepekaan dan fokus adalah penting
apabila melaksanakan aktiviti kemahiran menghantar. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat
mempelajari bahawa kerjasama dan semangat berpasukan juga penting untuk memperoleh
kemenangan.
2.2 ELEMEN SENI VISUAL

Dalam kit persembahan ini juga saya telah masukkan elemen seni visual. Penggunaan
pundi kacang yang berwarna-warni serta kertas warna merupakan elemen yang berjaya
menarik minat para pelajar. Hal ini demikian kerana, penggunaan warna yang terang, ceria dan
menarik seperti biru, kuning, merah dan hijau telah membantu kemahiran kognitif mereka.
Sebagai contoh, pelajar dapat mengenalpasti jika mereka melakukan kemahiran hantaran yang
betul, maka mereka dapat menyelesaikan Rainbow Puzzle dengan cepat dan mudah. Aspek
seni visual dalam kit tersebut dapat memberi kesan langsung terhadap pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani disekolah rendah terutamanya pelajar tahap 1. Dengan
adanya ciri-ciri seni visual sedemikian, kit ini mampu membuatkan para pelajar mahu untuk
menumpukan perhatian kerana pelajar tahap 1 akan kurang memahami dan cepat bosan
dengan aktiviti permainan yang tidak menarik.

Akan tetapi, tedapat juga kelemahan yang telah dikesan iaitu semasa pelajar
menyelesaikan Rainbow Puzzle, kertas warna yang disusun bergerak dan terkoyak. Hal ini
telah menyebabkan gangguan kepada kelancaran aktiviti. Selain itu, terdapat juga pelajar yang
tidak dapat menyelesaikan Rainbow Puzzle dengan pantas kerana mempunyai masalah untuk
berfikir secara pantas. Mereka menjadi keliru dan meletakkan pundi kacang pada kumpulan
warna yang salah.

Oleh itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah menyediakan puzzle yang lebih
kukuh iaitu kertas warna ditukarkan kepada kadboard yang keras dan mempunyai
pembahagian warna. Maka ia dapat menghasilkan sekeping puzzle yang kukuh. Rajah 2
merupakan contoh sekeping kadboard yang mempunyai pembahagian warna.

Rajah 2

Selain itu, bagi pelajar yang keliru tersebut, saya boleh memberi kelonggaran untuk rakan
sepasukan membantunya dalam menyelasaikan Rainbow Puzzle. Hal ini dapat memastikan
kelancaran aktiviti secara berkesan.
2.3 ELEMEN SENI PERGERAKAN

Semasa pelaksanaan kit persembahan ini, saya dapati penglibatan yang sangat aktif
telah ditunjukkan oleh para pelajar semasa melaksanakan permainan Rainbow Puzzle ini. Seni
pergerakan yang terlibat adalah pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang mana para
pelajar gunakan semasa melaksanakan aktiviti. Oleh itu, jika kit ini digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sebenar di sekolah rendah, ia dapat
membantu pelajar untuk bergiat secara aktif dan berupaya menzahirkan apa yang telah
dipelajarinya mengenai kemahiran menghantar dengan menggunakan pergerakan yang betul.
Bukan itu sahaja, elemen seni pergerakan yang terdapat dalm kit juga mampu meningkatkan
kemahiran psikomotor pelajar semasa melaksanakan aktiviti.

Namun, terdapat kelemahan yang dikesan iaitu terdapat murid yang jatuh semasa
melakukan aktiviti. Hal ini demikian kerana, pelajar tersebut yang berlari terlalu laju dan jatuh
tersadung. Pelajar tersebut tidak dapat mengawal kelajuan pergerakan sendiri dan telah
menyebabkan kecederaan berlaku.

Penambahbaikkan yang boleh dilakukan adalah mengajar murid tersebut untuk


mengawal kelajuan pergerakan dengan memberikan masa yang lebih lama untuk selesaikan
Rainbow Puzzle. Selain itu, saya juga boleh melaksanakan aktiviti baharu untuk membantu
meningkatkan kemahiran berlari para pelajar.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelaksanaan persembahan kit secara berkumpulan ini telah memberi


saya peluang untuk menguji keberkesanan kit ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Di samping itu juga, saya berupaya mengenalpasti penambahbaikan yang
dapat dilakukan terhadap kit yang dilaksanakan. Secara keseluruhannya, saya bersyukur
kerana diberi peluang menjalankan kerja kursus Seni dalam Pendidikan ini kerana dapat
menimba ilmu serta pengalaman baharu tentang bagaimana menghasilkan kit-kit untuk
kegunaan semasa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
BIBLIOGRAFI

Isbell, R.T. & Raines, S.C. (2013). Creativity and the Arts with Young Children.USA:Cengage

Learning.

Rooney, R. (2004). Arts-Based Teaching and Learning Review of the Literature. Dicapai pada
10

April 2022 daripada https://www.kennedy-center.org/e


ducation/vsa/resources/VSAarts_Lit _Rev5-28.pdf

Diya Nasir. (2020). Laporan Reflektif Kit Pembelajaran. Dicapai pada 10 April 2022 daripada

https://diyanasir.wordpress.com/2020/10/28/laporan-reflektif-kit-pembelajaran/

Hazron. (2020). Reflektif. Dicapai pada 10 April 2022 daripada

https://pdfcoffee.com/reflektifdocx-pdf-free.html

Hasma Rosli. (2019). Reflektif Seni Dalam Pendidikan. Dicapai pada 10 April 2022 daripada

https://www.academia.edu/8069907/REFLEKSI_SENI_DALAM_PENDIDIKAN

You might also like