You are on page 1of 10

REFLEKSI :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran (PDP). Saya dapati kebanyakkan murid berjaya menyiapkan
tugasan masing-masing. Pada awal permulaan pembelajaran, saya hanya menggunakan kaedah
penyoalan mengenai pembelajaran yang telah mereka pelajari sebelum ini. Tajuk PDP pada hari ini
ialah menghasilkan topeng. Saya telah menyambung PDP yang telah diajar guru seblum ini iaitu Pn
Juriana binti Abdullah. Pada permulaan aktiviti, saya mendapati murid-murid tidak membawa
peralatan yang dipesan oleh Pn Juriana, hal ini menyebabkan kekurangan bahan untuk menghasilkan
topeng. Jadi untuk meneruskan juga aktiviti, saya telah kitar semula kotak yang dibuang sebagai ganti
untuk menghasilkan topeng. Aktiviti dalam dijalankan dengan baik. Murid-muird berjaya untuk
menghasilkan topeng. Pada akhir PDP murid-murid telah melakukan aktiviti apresiasi karya dengan
menggunakan unsur-unsur seni. Saya dapati ketika melakukan apresiasi karya murid tidak berani
untuuk bercakap dan memerlukan latihan untuk latih mereka bercakap.

REFLEKTIF

Kekuatan

Pengajaran yang baik, murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.

Kelemahan

Arahan yang tidak jelas dan tepat ketika melakukan aktiviti tersebut. Perkara ini disebabkan saya
lambat menerima maklumat bahawa perlu menyambung aktiviti yang diajar oleh guru seni sebelum
ini. Jadi kekurangan pada saya ialah tidak sempat melakukan persediaan untuk mengajar tajuk topeng
pada hari ini. Kekurangan ini telah menyebabkan saya tidak dapat membimbing mereka dengan baik.
Selain itu, saya juga tidak menggunakan TMK dalam PDP untuk mennarikkan lagi PDP yang
dijalankan.

PENAMBAHBAIKAN

Memastikan setiap murid mempunyai catatan mengenai alatan yang perlu dibawa sehari sebelum
kelas bermula dan saya perlu mempelbagaikan lagi teknik pengajaran agar lebih menarik.
REFLEKSI
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, Saya dapati semua murid 5 Kreatif iaitu
seramai 33 orang berjaya menyiapkan kolaj yang bertemakan alam semulajadi iaitu ikan.
Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Pada permulaan pengajaran, saya dapati murid-
murid tertarik dengan set induksi sosial dengan menyanyikan lagu “ Baby Shark”. Objektif
pembelajaran tercapai. Pada akhir sesi apresiasi karya, murid tahun 5 Kreatif dapat
membezakan antara teknik kolaj dan mozek. Hasil pelajar disimpan dalam bilik seni sebagai
naham rujukan kepada kelas – kelas yangn lain.

REFLEKTIF

KEKUATAN

Pada set induksi, saya menggunakan kaedah didik hibur untuk mengaitkan dengan
isi pelajaran. Selain itu, saya menunjukkan hasil lukisan saya yang telah siap dan
menyanyikan lagu “ Baby Shark” sebelum melakukan aktiviti yang lain.

KELEMAHAN

Terdapat murid yang tidak dapat memberi kerjasama dalam kumpulan walaupon
telah ditegur beberapa kali. Hal ini menyebabkan aktiviti dalam kumpulan kekurangan ahli
untuk menyiapkann kolaj ikan yang bersaiz A4.

PENAMBAHBAIKAN

Guru perlu memberi penerangan asas seni reka kepada murid dari semasa ke
semasa dan memberi teguran yang lebih tegas agar semua murid dapat bekerjasama dalam
menyiapkan tugasan.
REFLEKSI

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran menghasilkan permainan tradisional (wau),


murid-murid berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan objektif pengajaran tercapai.
Pada peringkat set induksi, saya memasang lagu “wau bulan” sebagai tarikan kepada murid.
Manakala peringkat aplikasi saya menunjukkan murid hasil karya yang telah siap dan
langkah-lanhkah penghasilan. Pada peringkat ekpresi seni, saya dapati terdapat 6 orang
murid tidak mempunyai idea untuk menghasilkan corak bebas pada permukaan wau
walaupon saya telah menyediakan contoh corak sebagai panduan kepada mereka. Pada
akhir pengajaran murid berjaya mempamerkan karya masing-masing dengan mengaitkan
beberapa warna asas seni visual.

REFLEKTIF

Kelemahan saya ialah tidak menyediakan contoh hasil karya yang pelbagai lagi agar
dapat menjadi panduan kepada murid untuk menghasilkan wau yang pelbagai corak.
Kesilapan ini menyebabkan murid hanya melakukan corak yang sama sahaja. Secara
keseluruhanya, saya amat berpuas hati walaupun terdapat segelintir murid tidak berjaya
menghasilkan corak yang merarik

PENAMBAHBAIKAN

Saya perlu menyediakan lebih banyak contoh wau yang telah dihasilkan melalui
bahan maujud dan tayangan media kepada murid agar dapat menjana lebih banyak idea
untuk murid menghasilkan corak pada wau mereka.
REFLEKSI

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran menggunakan catan cat air, saya dapati
pada peringkat ekspresi hanya 4 orang yang tidak dapat menggunakan cat air dengan baik.
Hal ini menyebabkan hasil ton warna yang diinginkan tidak dapat dihasilkan dengan baik.

REFLEKTIF

Kelemahan saya ialah tidak menyediakan contoh hasil karya yang pelbagai lagi agar
dapat menjadi panduan kepada murid untuk menghasilkan wau yang pelbagai corak.
Kesilapan ini menyebabkan murid hanya melakukan corak yang sama sahaja. Secara
keseluruhanya, saya amat berpuas hati walaupun terdapat segelintir murid tidak berjaya
menghasilkan corak yang merarik

PENAMBAHBAIKAN

Saya perlu menyediakan lebih banyak contoh wau yang telah dihasilkan melalui
bahan maujud dan tayangan media kepada murid agar dapat menjana lebih banyak idea
untuk murid menghasilkan corak pada wau mereka.
REFLEKSI
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran anyaman, saya dapati 6 orang murid tidak
berjaya menyiapkan anyaman, manakala 28 orang murid lagi berjaya menyiapkan anyaman
tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan. Objektif PdP tercapai.

REFLEKTIF

Kelemahan saya ialah tidak menyediakan contoh motif anyaman yang pelbagai lagi
agar dapat menjadi panduan kepada murid untuk menghasilkan corak anyaman yang
pelbagai motif. Kesilapan ini menyebabkan murid hanya melakukan corak yang sama
sahaja. Secara keseluruhanya, saya amat berpuas hati walaupun terdapat segelintir murid
tidak berjaya menghasilkan corak yang menarik

PENAMBAHBAIKAN

Saya perlu menyediakan lebih banyak contoh motif anyaman yang telah dihasilkan
melalui bahan maujud dan tayangan media kepada murid agar dapat menjana lebih banyak
idea untuk murid menghasilkan corak pada wau mereka.
REFLEKSI

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran teknik garisan selari. Saya dapati 20 murid
dapat melakukan garisan dengan sempurna. 18 orang murid gagal melakukan garisan
dengan baik. Objerktif PdP tercapai. Pengetahuan sedia ada murid telah membantu mereka
untuk menjalakan aktiviti ini.

REFLEKTIF

Kekuatan

- Arahan yang diberikan jelas.


- PdP menarik
- Kawalan kelas dapat dijaga

Kelemahan

- Kurang menekankan nilai kepada pelajar seperti ucapan terima kasih apabila
menolong mereka.
- Aktiviti kurang kreatif dari segi penggunaan BBM

PENAMBAHBAIKAN

- Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan murid.


- Penguasaan PdP abad ke-21 perlu ditingkatkan.
REFLEKSI
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran teknik lukisan. Semua murid tahun 3
Sukses berjaya melakukan lukisan buah epal dengan menggunakan pensil. Pada peringkat
ekspresi, 4 orang murid dapat melakukan lukisan buah epal dengan baik seperti
pencahayaan yang dihasilkan betul mengikut proses yang telah diberi. Manakala terdapat
segelintir yang tidak dapat mengenalpasti pencahayaan dengan betul. Walaupon ada sedikit
kekurangan, objektif PdP tercapai untuk melatih murid untuk melukis.

REFLEKTIF

Kekuatan

- Arahan yang diberikan jelas.


- PdP menarik penggunaan bahan BBM maujud
- Kawalan kelas dapat dikawal
- Peringkat apresiasi murid dapat menceritakan perkara yang dipelajari pada akhir
kelas.

Kelemahan

- Murid tidak dapat mengenalpasti arah cahaya


- Pembelajaran sehala.
- Interaksi dengan murid kurang.

PENAMBAHBAIKAN

- Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan murid.


- Penguasaan PdP abad ke-21 perlu ditingkatkan.
- Interaksi dua hala perlu dipertingkatkan.
REFLEKSI

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kolaj. Semua murid tahun 3 dibentuk
kepada 6 kumpulan. Pada peringkat ekspresi, saya dapati 3 kumpulan tidak dapat
menyiapkan kelaj ikan tersebut. Objek tif tidak tercapai. Rancangan Pengajaran Harian ini
dibawa pada minggu hadapan.

REFLEKTIF

Kekuatan

- Arahan yang diberikan jelas.


- PdP menarik penggunaan bahan BBM maujud
- Kawalan kelas dapat dikawal

Kelemahan

- Murid tidak dapat menyiapkan tugasan mengikut masa yang diperuntukan.


- Masa tidak mencukupi
- Pembelajaran sehala.

PENAMBAHBAIKAN

- Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan murid.


- Penguasaan PdP abad ke-21 perlu ditingkatkan.
- Interaksi dua hala perlu dipertingkatkan.
- Masa perlu ikut seperti yang ditetapkan.
Hari: Selasa Perisai Tarikh : 7 Ogos 2018

REFLEKSI
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini tidak dapat dilaksanakan kerana terlibat dengan
Sambutan Kemerdekaan Peringkat sekolah. Jadi pengajaran tidak dapat dilaksanankan.
Objektif tidaktercapai dan dibawa pada minggu hadapan.

REFLEKTIF

Kekuatan

Kelemahan

PENAMBAHBAIKAN

You might also like