You are on page 1of 8

Penulisan Laporan Projek Internship IPG Semester 8

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROJEK MURAL I-THINK

NAMA PELAJAR

: Usananthini a/p Narayanasamy

PROGRAM

: PISMP ambilan Jan 2011

NAMA SEKOLAH

: SJK (T) BATU PEKAKA

TEMPOH PELAKSANAAN

: 10-JULAI-2014 hingga 23 JULAI 2014 (2 minggu)

1.0 MATLAMAT

1.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik


secara tidak langsung di sekolah.
1.2 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan

pentadbiran di

sekolah.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Untuk menjadikan laluan ke bilik darjah sebagai satu tempat tumpuan
yang menarik bagi guru guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung
ke sekolah.
2.2 Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui
oleh pihak sekolah.
2.3 Mempamerkan pembaharuan yang efektif yang telah diaplikasikan dalam
sistem pendidikan.
2.4 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti
dan integriti dalam melaksanakan tugas.
2.5 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
2.6 Menunjukkan inisiatif
ke arah meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.
3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

PERMULAAN

Pada mulannya, saya telah berbincang dengan Penolong Kanan


Pentadbiran Pn. Mariammah dan Guru Besar Pn. B. Marimuttu tentang
pelaksanaan projek melukis mural I-Think. Guru Besar telah memberi
persetujuan dan mencadangkan supaya kami membuat mural pada dinding di
luar kawasan bilik darjah. Hal ini kerana, dinding tersebut berkelihatan kosong
dan tidak menarik untuk pandangan. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah
mencadangkan agar membina mural I Think secara bergambar.
Terlebih dahulu saya telah menyediakan kertas kerja dan mendapatkan
persetujuan

dan

pengesahan

daripada

Pn.

Marimuttu.

Saya

telah

mencadangkan kesemua peta minda dan memilih 4 peta minda untuk dilukis.
Saya telah membuat keputusan untuk memilih peta I- Think bagi subjek
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk dibuat mural.
Saya telah mencari dan merujuk tajuk tajuk yang menarik dari buku-buku
dan juga internet untuk mural.
Akhirnya saya memilih peta minda berikut untuk dibina :
Mata pelajaran
Bahasa Melayu

Peta minda

Matematik

Sains

Pelaksanaan
Saya memulakan langkah pertama dengan melakar gambar- gambar yang
sesuai untuk meral mural yang dipilih. Pada mulanya, saya telah mencuba untuk
melukis menggunakan komputer riba dan LCD projektor. Tetapi, idea tersebut tidak
berjaya kerana suasana yang cerah menggagalkan usaha kami untuk menggunakan
alat- alat elektrik. Oleh itu, saya telah melakar dengan sendiri gambar- gambar
tersebut.
Mural tersebut mengambil masa yang agak lama kerana kami terpaksa
melibatkan diri dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Tambahan
pula, sekolah mengambil cuti selama tiga untuk hari raya Aidilfitri. Namun, saya telah
balik lambat selepas waktu persekolahan dengan tujuan untuk melukis mural dan
mewarnakannya. Semoga mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya dalam
membantu murid memahami konsep Peta I Think serta input di sebalik mural
tersebut.

Pencapaian :

Refleksi
Kekuatan projek
Sepanjang proses saya menyiapkan projek ini, terdapat beberapa kekuatan yang
menyumbang kepada kejayaan projek ini. Antaranya ialah sokongan guru-guru di
SJK (T) Batu Pekaka yang mejadi rujukan utama saya dalam penyediaan,
perancangan, dan lakaran peta I-Think sebelum dipilih sebagai lukisan mural. Selain
itu, sokongan pihak pentadbir daripada segi penyediaan bahan dan alatan mural
rakan guru pelatih juga telah menjadi faktor utama dalam menjayakan projek ini.

Kelemahan projek
Terdapat

berberapa

perkara

yang

menjadi

kekangan

sepankang

melaksanakan projek mural I-Think ini, antaranya ialah kekangan daripada segi jarak
kolej kediaman ke sekolah yang agak jauh menyebabkan saya terpaksa
menggunakan waktu persekolahan sepenuhnya untuk menyiapakan projek ini.
Selain itu, kesuntukkan masa kerana minggu internship dalam bulan Ramadhan juga
menyebabkan saya tergesa-gesa untuk menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula,
stok warna Pelaka yang tidak mencukupi menjadi kekangan semasa mewarna mural
ini.
Cadangan Penambahbaikkan

Antara cadangan yang dapat diberi adalah lebih baik sekiranya tempoh intership ini
dijalankan bukan dalam waktu Ramadhan supaya projek ini dapat dijalankan dengan
terperinci lagi. selain itu, pada pandangan saya, pihak panitia seni perlu mempunyai
maklumat yang terkini tentang stok warna dan alatan seni yang yang boleh diguna
pakai.
Kesimpulan
Secara keseluruhan projek ini dapat dilaksanakan dengan baik. Rujuk hasik
dokumentasi Projek mural I-Think. Semoga mural ini dapat mencapa objektif yang
telah ditetapkan.

Disediakan oleh.

(USANANTHINI A/P NARAYANASAMY)


GURU PELATIH IPG K. SULTAN ABDUL HALIM

DISAHKAN OLEH,

(PN.B. MARIMUTTU)
GURU BESAR
SJK (T) BATU PEKAKA, KUALA KETIL.

You might also like