You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KAMPUS TAWAU, KM 36, JALAN BALUNG,
BEG BERKUNCI NO 27,
91009, TAWAU, SABAH.

KERJA KURSUS
(BMMB3052)
SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

NAMA SISWA GURU : SUZANEY BINTI ABDUL LAKIM

ANGKA GILIRAN : 2021052340041

NOMBOR KAD PENGENALAN : 020404-12-0462

KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU (SJKC)

KOD KURSUS DAN NAMA KURSUS : BMMB3052 SENI DALAM PENDIDIKAN


BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH KURSUS : ENCIK MOHD MALIM ESANUDDIN

TAJUK : TUGASAN 4 - LAPORAN REFLEKTIF

TARIKH HANTAR : 10 MAC 2022


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU

BORANG MAKLUM BALAS KERJA

KURSUS

Nama : SUZANEY BINTI ABDUL LAKIM Angka Giliran: 2021052340041

Kod: BMMB3052 Nama Kursus: Seni dalam Pendidikan Bahasa


Melayu

Pensyarah : ENCIK MOHD MALIM ESANUDDIN


Tarikh Hantar : 10 MAC 2022 Tarikh Terima: 01 MAC 2022

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:


Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan pelajar: Tarikh:


Penghargaan

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurnia dan izinnya saya diberikan peluang dan kesempatan bagi
menyiapkan tugasan esei pertama saya ini bagi memenuhi keperluan dan kehendak
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau di Sabah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada


Encik Mohd Malim Esanuddin selaku pensyarah dan tenaga pendidik bagi subjek
BMMB3052 Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu bagi kelas saya. Beliau yang
telah banyak memberikan didikan dan bimbingan kepada saya dan rakan
seperjuangan saya yang lain sehingga tugasan kami dapat dapat disiapkan. Tidak
lupa juga kepada rakan seperjuangan yang lain yang turut membantu dan memberi
sokongan kepada saya sepanjang saya melalui proses menyiapkan tugasan ini.
Tugasan 2

Secara individu , anda dikehendaki menghasilkan kit persembahan yang dapat


membantu anda menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan, sesuai dengan konteks pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah.
ISI KANDUNGAN

Pengenalan…………………………………………………………………………….….1

Teori Pembelajaran Konstruktivisme…………………………………………….……1-2

Kelebihan Teori Konstruktivisme………………………………………………………3-4

Kelemahan Teori Konstruktivisme…...………………………………………………..…4

Cadangan untuk Mengatasi Kelemahan Teori Konstruktivisme……………………5-6

Kesimpulan……………….…………………………………………………………………6

Rujukan………………………………………………………………………………………7
Laporan Reflektif (Seni dalam Pendidikan): Pembinaan Kit sebagai Bahan
Bantu Mengajar

Nama: Suzaney binti Abdul Lakim

Nama Pensyarah: Encik Mohd Malim Esanuddin

Subjek: BMMB3053 Seni dalam Pendidikan

Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

Pengenalan

Bagi memenuhi kehendak tugasan kursus BMMB3052 Seni dalam


Pendidikan, saya telah memilih satu cerpen untuk membuat kit persembahan
sebagai bahan bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di sekolah. Cerpen merupakan cerita pendek dan merupakan sejenis karya
sastera yang memaparkan cerita tentang kehidupan seseorang atau kehidupan yang
diceritakan secara ringkas dan hanya berfokus kepada satu watak atau suatu situasi
sahaja. Ciri-ciri cerpen biasanya hanya memiliki satu plot iaitu plot utama dan tidak
akan mempunyai plot lain. Penampilan watak dalam cerpen juga terhad bilangannya
iaitu memadai hanya satu hingga tiga watak dominan sahaja yang menghidupkan
sebuah cerpen. Justeru, cerpen yang saya pilih untuk menghasilkan kit adalah
“Anjing dan Bayang-Bayangnya” yang mengisahkan tentang seekor anjing yang
tamak dan akhirnya menyesal kerana tidak bersyukur dengan apa yang sudah
dimiliki olehnya.

Kit Persembahan

Dalam teori pembelajaran Jean Piaget, dinyatakan bahawa murid-murid


sekolah rendah terutamanya tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3 perlu didedahkan dengan
kaedah pembelajaran yang menggunakan bahan-bahan bantu belajar iaitu bahan-
bahan maujud yang mudah digunakan dan mudah dilihat oleh mereka terutamanya
apabila murid-murid itu berada di tahun 1 hingga tahun 3. Hal ini adalah bertujuan
untuk menarik perhatian mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Justeru, terdapat pelbagai jenis bahan-bahan maujud yang boleh
dibuat dan digunakan oleh guru untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar
murid-murid tahap 1 seiring dengan perkembangan mereka di sekolah.

Kit yang saya pilih dan berjaya dihasilkan adalah sebuah kit yang dipanggil
“kamishibai” yang terinspirasi daripada salah satu kaedah pengajaran dan penglipur
lara di Jepun. Kamishibai merupakan sebuah bahan yang biasanya diperbuat
daripada kadbod, kotak atau papan dan mengandungi lukisan-lukisan berkaitan
dengan cerita yang ingin disampaikan kepada orang lain ataupun kepada murid-
murid di sekolah nanti. Kadbod atau kotak merupakan antara bahan utama untuk
membuat kamishibai dan bahan lainnya seperti kertas lukisan, gam, gunting dan
warna. Cara menggunakan kamishibai ini mudah sahaja iaitu individu hanya perlu
membuka bahagian hadapan kamishibai seolah-olah membuka pentas teater lalu
menceritakan tentang cerita yang dimasukkan ke dalam kamishibai tersebut.
Semasa bercerita, lukisan-lukisan di dalam kamishibai akan ditukar mengikut situasi
cerita. Misalnya, cerita yang disampaikan pada masa itu adalah berkaitan dengan
Sang Kancil dan Sang Buaya maka gambar lukisan yang ditunjukkan mestilah
lukisan seekor kancil dan seekor buaya. Kemudian, gambar lukisan akan ditukar
secara bergilir-gilir sehingga cerita tersebut tamat.

Penceritaan menggunakan kamishibai ini juga boleh dibuat sama ada secara
individu, berpasangan ataupun berkumpulan. Ceritanya pula adalah mudah dan
biasanya berbentuk wacana. Bagi menarik minat pendengar pula, pencerita perlu
bijak dalam menggunakan pelbagai teknik vokal dan intonasi bercerita bagi
mencetuskan daya imaginasi pendengarnya.

Keberkesanan Kit Persembahan

Bagi kit persembahan saya, saya telah bekerjasama dengan seorang rakan
sekelas saya iaitu Lois Lynn Ingrid Jofri bagi menghasilkan sebuah persembahan
teratur yang turut melibatkan elemen-elemen kurikulum dalam kami
mempersembahkan kit ini. Setelah selesai mempersembahkan kit ini, saya
mendapati bahawa ia berjaya dan mampu untuk menarik perhatian murid-murid
secara visual sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini
kerana disebabkan penggunaan bahan-bahan yang tidak bosan dan berwarna-warni.
Aspek seni visual yang terkandung dalam kit dapat memberi kesan secara langsung
terhadap murid semasa pengajaran dan pembelajaran terutamanya murid-murid
tahun 1, 2 dan 3. Dalam konteks ini, murid-murid tahap 1 akan lebih cenderung
berasa bosan dan tidak tertarik serta kurang memahami topik pembelajaran
sekiranya bahan bantu mengajar tidak menarik.

Seterusnya, kami mendapati bahawa murid-murid di dalam kelas itu juga


mempunyai rasa ingin tahu apabila kami menunjukkan kit kami. Sebelum kami
membukanya, mereka teruja dan sering menanyakan tentang apakah isi kandungan
kotak yang kami bawa itu. Justeru, hal ini menunjukkan bahawa akan timbulnya rasa
inkuiri murid-murid sekiranya kaedah penggunaan bahan maujud sebagai bahan
bantu mengajar ini diaplikasikan di sekolah rendah nanti sekaligus menyebabkan
murid-murid tersebut memberikan lebih penumpuan semasa guru mengajar kelak.

Akhir sekali, kit persembahan ini juga sangat mudah untuk dibina dan murid-
murid juga boleh turut sama membina kit ini. Guru hanya perlu menunjukkan cara-
cara untuk membina kamishibai ini dan membantu mereka dalam penggunaan
gunting bagi memastikan keselamatan mereka semasa membuat kamishibai ini. Ia
akan menjadi lebih seronok kerana akan ada pelbagai jenis lukisan yang boleh
dihasilkan oleh murid-murid semasa membina kit ini kerana sekiranya mereka
menginginkan kamishibai mereka menarik, mereka perlu melukis beberapa lukisan
yang menunjukkan watak-watak dan situasi dalam sesebuah cerita yang dipilih oleh
mereka untuk dimasukkan ke dalam kamishibai tersebut.

Kesimpulan

Secara rumusannya, pelaksanaan persembahan kit secara berkumpulan ini


telah memberi peluang terhadap saya dan juga rakan-rakan saya yang lain untuk
membuat bahan-bahan maujud untuk tujuan mengajar secara kreatif dan inovatif
seterusnya menguji keberkesanan kit tersebut untuk digunakan semasa pengajaran
dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah rendah. Ia juga memberikan
raasa seronok dan puas hati apabila kit tersebut berkesan dan mampu menarik
minat dan perhatian murid-murid semasa pengajaran disampaikan di dalam kelas
apatah lagi mereka merupakan murid-murid di tahun 1, 2 dan 3. Secara
keseluruhannya, saya rasa bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk menjalan
kerja kursus bagi subjek Seni dalam Pendidikan ini kerana tugasan ini telah
membantu saya untuk menimba dan menambahkan ilmu serta pengalaman baharu
dalam penghasilan kit ataupun bahan-bahan maujud untuk digunakan semasa
mengajar di sekolah dengan berkesan.
Sumber Rujukan

Jon Miller. (3 September 2020). What is Kamishibai?.


https://blog.gembaacademy.com/2006/11/21/what_is_a_kamishibai/

Noraini Abdul Aziz. (n.d). Definisi Cerpen. Sastera Penjana Ilmu.


https://noorainiabdulaziz.weebly.com/cerpen.html

Nyda Musz. (n.d). Instruksi Pengajaran dan Pembelajaran Teori Kognitif Piaget.
https://www.academia.edu/1473663/instruksi_P_and_P_bdsrkn_teori_kognitif
_Piaget

Thaenmoli Subramaniam. (n.d). Anjing dengan Bayang-bayangnya.


https://anyflip.com/kalld/gatx/basic
Bibliografi

Dym, Jeferry A. (n.d.). Kamishibai, What is it? Some preliminary


findings. http://www.kamishibai.com/resources/Docs/jeff'skpaper.pdf.

Japanese Creative Centre. (2012). It's Story Time! Lecture and demonstration of


traditional Japanese Paper Drama, Kamishibai by Mr. Nomarin.
http://www.sg.emb- japan.go.jp/JCC/invite_kamishibai_2012_closed.html

You might also like