You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Ambilan Jun 2015

BMMB 3182
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
ABAD 21

Nama Pensyarah:
EN. MOHD NOR BIN HAMZAH

TUGASAN 1
INDIVIDU
NUR INTAN NAZIFAH BINTI SHAMSURI 960203-08-5752

TARIKH SERAHAN : 24 MAC 2017


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PERLIS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : NUR INTAN NAZIFAH BINTI SHAMSURI Angka Giliran: 2015232340090


Kod: BMMB 3182 Nama Kursus: PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU ABAD 21
Pensyarah : EN MOHD NOR BIN HAMZAH
Tarikh Hantar: TarikhTerima:

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: _____________________________ Tarikh: __________________

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan:Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh:


Pengenalan
Pada 13 mac yang lalu saya telah melaksanakan program pengalaman berasaskan
sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 di Tanjung Malim selama lima hari
disana. Saya diberikan seorang mentor yang merupakan guru Seni visual yang sangat komited
dengan kerja. Saya bersyukur diberikan seorang guru pembimbing yang sangat memahami dan
atas sebab itu, banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat hasil pemerhatian di
sekolah tersebut.

Pembelajaran Abad 21

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, struktur pendidikan telahberubah


dimana rancangan pembangunan negara dihubungkaitkan denganmemperkukuhkan sistem
pendidikan negara dan membina perpaduan sosial , ekonomi dan politik. Pendidikan merupakan
aset penting dalam pembangunan negara . Dasar pendidikan ,kurikulum yang ditawarkan,
pedagogi yang dipakai dan metodologi yang digunakan bersifat dinamik. Malaysia sentiasa
menyemak aspek-aspek yang disebut itusupaya sistem pendidikan negara
up-to-date dan mampu meningkat ke tahap dunia.

Menurut kajian yang dijalankan oleh D’ Andrea dan Daniels (2002), mendapati bahawa
standard pelajar di abad- 21memerlukan kemahiran baru yang lebih berdaya saing dan dberjaya
dalam dunia pendidikan dan juga kehidupan seharian. Proses pembelajaran dalam bilik darjah
merangkumi literasi teknologi, penggunaan pendekatan berasaskan projek serta pengaplikasikan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan banyak lagi.

Terdapat 4c dalam konsep pembelajaran abad-21 iaitu creativity, critical thinking,


collaboration dan communication. CREATIVITY merujuk kepada aktiviti, bahan atau pun soalan
kreatif yang dapat menggalakan murid berfikir lebih kreatif. Hal ini sangat merujuk rapat dengan
tanggungjawab seorang cikgu dalam mencipta murid yang kreatif ini, Selain itu, Critical Thingking
pula ialah Pdp yang membawa murid berfikir secara kritis sebagai contoh dengan menggunakan
teknik penyoalan. Manakala collaboration pula merujuk kepada aktiviti yang melibatkan kolabrasi
dengan murid lain. Yang terakhir ialah communication yang merujuk kepada untuk berkomunikasi
pelajar, iaitu menggunakan apa2 bahan dan juga pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang
mereka faham daripada pembelajaran. Pembentangan, penggunaan kertas mahjong,
powerpoint, gambarajah dll membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dgn
rakan2 yg lain.
Analisis strategi pembelajaran Abad 21

Semasa saya di SK Bandar Behrang. saya telah diberi peluang masuk beberapa kelas
untuk pemerhatian teknik pengajaran dan pembelajaran yang guru jalankan di kelas tahun 4
Intelek. Walaupun minggu yang saya pergi merupakan minggu peperiksaan tapi saya jdiberi
beberapa kali kelas ganti dan tugas menghias bilik seni visual di sana. Oleh kerana sekolah yang
saya pergi kali ini merupakan sekolah yang baru dtubuhkan, kemudahan infrastuktur di di SK
Bandar Behrang hampir 90% lengkap . Keadaan fizikal di SK Bandar Behrang ini sangat kondusif
dari segi susun atur dalam kedudukan bilik darjah, kedudukan kelas, bilik-bilik khas, bilik guru
dan persekitaran yang sangat bersih. Malah walaupun baru 4 tahun sekolah ini dibuka, sekolah
ini telah dapat mengaut banyak anugerah kecemerlangan contohnya seperti Anugerah
kecemerlangan GPS Bestari dibawah program International Eco Schools Conference yang
merupakan satu program dalam menghasilkan sekolah mesra alam . Selaras dengan
pembelajaran Abad-21 yang menerapkan pembelajaran berasaskan projek, Program eco-school
ini masih dijalankan dan setiap murid terlibat dalam projek ini. Menurut Puan Aishah, guru besar
SK Bandar Behrang, tugas-tugas dapat menjaga kebersihan dan persekitaran telah dijadualkan
mengikut giliran kelas dan adil. Setiap murid mempunyai tugas khas masing-masing dalam
memastikan eco-school ini terpelihara. Secara tidak langsung dapat memupuk nilai
tanggungjawab dalam diri murid.

Menurut Abell & Ledermen (2017) , Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya
teori yang berbentuk abstrak boleh dipelajari oleh murid secara praktikal dan kontekstual. Hasil
pemerhatian saya dalam kelas, pengaplikasian pembelajaran abad 21 banyak diterapkan.
Antaranya susun atur bilik darjah. Semua kelas yang pernah saya masuk selama 5 hari di sana
menggunakan susun atur bilik darjah abad 21. Keadaan yang sangat kondusif dan sangat
praktikal untuk murid dan guru. Penggunaan bahan bantu mengajar juga sangat terbaru seperti
sistem trafik light dan juga lot parking terdapat dalam setiap kelas. Malah bahan bacaan dan
rekod murid disusun rapi oleh guru . Setiap hasil kerja mereka mempunyai ruang tersendiri untuk
memudahkan guru menyemak. Oleh kerana kebanyakan guru di sekolah ini ialah guru keluaran
IPG, maka suasana dan keadaan sekolah sangat mengagumkan saya. Bukan itu sahaja, cara
pengurusan sekolah ini juga sangat effisien dan semua kerja dijalankan dengan lancar. Oleh itu,
tidak hairanlah SK Bandar Behrang menduduki di tangga kedua tetinggi dalam pencapaian
akademik dalam daerah Tanjung Malim tahun lepas.

Selain itu, bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah ini sangat cantik dan lengkap. Contohnya
seperti bilik muzik, bilik seni visual, bilik tayangan, bilik kaunseling dan bilik pengajaran dan
pembelajaran abad 21. Di setiap biik khas ini juga mengaplikasikan konsep abad 21 susun atur
dan cara pengajaran guru juga lebih berpusatkan murid dan penggunaan TMK secara meluas.
Terdapat beberapa kelas yang mempunyai LCD sendiri. Boleh dikatakan hampir semua cikgu di
sekolah ini mempunyai lcd sendiri. Malah bukan itu sahaja, sekolah ini juga berjaya menerapkan
nilai nilai murni dalam kalangan murid. Setiap kali saya memasuki kelas mereka, mereka akan
beri salam, baca doa dan kutip sampah di sekitar mereka dan hanya akan duduk apabila ketua
kelas telah memastikan keadaan kelas bersih dan arahan duduk dikeluarkan. Selain itu, apabila
saya menyuruh mereka pergi ke bilik khas seperti bilik psv, mereka akan beratur diluar dahulu.
Bukan itu sahaja, aspek keselamatan juga guru sangat tekankan kepada mereka. Pemakaian
apron sudah sebati dengan mereka.
Pemakaian apron bilik pendidikan seni visual susun atur biik muzik

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa aspek yang terlepas pandang oleh guru
, Melalui pemerhatian saya, memang terdapat banyak bilik khas di sekolah ini, tetapi tidak
digunakan sepenuhnya. Terdapat beberapa bilik khas yang saya tidak berkesempatan untuk
melawat seperti bilik pembelajaran abad 21, pusat sumber,bilik tayangan dan makmal komputer.
Oleh kerana guru yang diamanahkan pegang bilik tersebut hanya seorang, maka kadang-kadang
bilik bilik khas tidak dapat digunakan kerana ketiadaan guru seperti menghadiri kursus dan
sebagainya. Cara untuk selesaikannya ialah kunci bilik-bilik khas ini dibuat banyak Salinan agar
guru lain dapat menggunakan kemudahan yang ada. Selain itu, bilangan guru di sekolah ini boleh
dikatakan tidak mencukupi kerana bilangan murid yang makin bertambah menyebabkan
pembelajaran murid sedikit terjejas. Hal ini akan terjadi apabila ramai guru yang pergi kursus dan
guru tidak cukup tangan untuk gantikan kelas yang ketiadaan guru. Walaubagaimanapun,
menurut guru besar di sekolah ini menyatakan terdapat beberapa orang guru yang akan masuk
bulan jun nanti.

Kesimpulannya, strategi pengajaran dan pembelajaran abad 21 di aplikasikan di sekolah


SK Bandar Baru Behrang sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah ini. Malah kemudahan dan
infrastuktur yang lengkap dan mesra alam di sekolah ini telah berjaya menaikkan nama dan kualiti
pelajar yang cemerlang . Kesan daripada aplikasi pdp abad 21 jelas terbukti apabila pencapaian
sekolah ini meningkat dengan jayanya malah dapat menewaskan rekod pencapaian sekolah-
sekolah lama yang ternama sedangkan sekolah ini baru beroperasi tahu 2013 .
LAMPIRAN

Bangunan- bangunan SK Bandar baru Behrang

Bilik Kaunseling kaedah parking


RUJUKAN

Daniel, A. (2010). Central Concepts. Perception Gaps between Headquarters and Subsidiary

Managers, 5-53. doi:10.1007/978-3-531-92003-0_2

Ibrahim, Nor Hasniza, Surif, Johari, Arshad, & Muhammad Yusof. (2006). Kepentingan

pemikiran dan amalan refleksi dalam pengajaran sains di kawasan luar bandar.

(Ibrahim, Nor Hasniza and Surif: Annual Conference on Teacher Education, 6-8 Sept

2006, Kota Kinabalu, Sabah. (Unpublished).

Konsep 4C Dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21) ~ CiKGUHAiLMi. (n.d.). Diperoleh dari

http://www.cikguhailmi.com/2016/03/konsep-4c-dalam-pembelajaran-abad-21.html

Mohd, J. A. (2004). Pendidikan seni visual dan muzik. Tanjong Malim: Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Utusan, & Malaysia. (2015). SoTL ketengahkan teknik pengajaran, pembelajaran efektif.

Utusan Malaysia.

You might also like