You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


Nama
Pelajar : NOOR YUNIZZA BINTI BAHAR

Angka
Giliran : 2020172420023

No Kad Pengenalan :

Kumpulan / Unit : PDPP KDC D1.2 / PSV

Kod EDU 2122


Kursus :

Nama PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH


Kursus :

Nama ENCIK AMIRUDDIN BIN ZAINUDDIN


Pensyarah :

Tarikh
Hantar : 14 MAC 2021

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Noor Yunizza Binti Bahar Tarikh: 14 MAC 2021

Komen Pensyarah

Markah
Penulisan Akademik
Dalam era perkembangan global pendidikan yang semakin membangun dengan
pesat di negara kita, justeru kita tidak terlepas daripada membuat pelbagai
perubahan tranformasi pendidikan bagi penambahbaikan sistem pendidikan di
negara kita ke arah kemenjadian murid yang berkualiti, cemerlang serta setaraf
antarabangsa. Antara pelaksanaan yang dijalankan di sekolah saya adalah
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mengukur tahap penguasaan, permahaman,
pengetahuan dan kemahiran murid pada sesuatu subjek pelajaran. Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), kewujudan PBD untuk budaya
pembelajaran yang menyeronokkan, mengukur tahap murid serta peluang
pembelajaran yang samarata pada semua murid. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
adalah proses yang berterusan di dalam bilik darjah bagi mendapatkan maklumat
tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap
matlamat kurikulum. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan 1 proses mengumpul
dan menganalisis maklumat tahap prestasi murid serta disamping memberi maklum
balas tentang pengajaran guru. Menurut Grant dan Greis (2015) PBD adalah cara
guru mentaksir pembelajaran murid.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini merujuk kepada tahap penguasaan yang
dinyatakan dalam Standard Prestasi yang terkandung dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi semua mata pelajaran. Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) ini berlaku secara formatif dan sumatif sebagai pembelajaran dan untuk
belajar Menurut Siti Hayati Haji Mohd Yussuf dan Lee (2018) PBD adalah 1 kaedah
menganalisis tahap murid sepanjang proses pembelajaran dan pemudahcara
dijalankan di dalam kelas. Melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah
saya, Pentaksiran Bilik Darjah dijalankan secara berterusan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran, yang berasaskan projek, berasakan inkuiri dan penghasilan port
folio. Di mana setiap tugasan port folio ini mempunyai nilai dan tahap penguasaan
yang berbeza-beza. Tugasan port folio ini juga bersifat autentik dan holistik dalam
menguji kebolehan dan keupayaan murid. Dalam menjalankan pentaksiran terhadap
hasil kerja murid melalui tugasan port folio strategi ini memberi penekanan kepada
aktiviti kolaboratif murid serta meningkatkan penglibatan murid secara optimum
dalam tugasan yang diberikan, pada masa yang sama tugasan port folio merupakan
rangkaian kegiatan pembelajaran memupuk proses berfikir secara kreatif dan analitik.
Instrumen yang digunakan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tugasan
port folio seni visual adalah senarai semak skala tahap iaitu melibatkan pentaksiran
kendiri. Di dalam senarai semak skala tahap ini, murid dinilai dari tahap 1 hingga
tahap 6. Pada tahap 1 item mengenal pasti bahasa seni visual, media, proses &
teknik dalam penghasilan karya dan produk. Guru merancang sesi PdP yang
berkaitan dengan penggunaan bahasa dengan bantuan slide show, gambar rajah dan
bahan sumber kepada murid supaya murid dapat memahami bahasa seni dengan
jelas. Contoh guru menujukan beberapa hasil karya tempatan dan antarabangsa
pada murid bagi murid mengenalpasti bahasa seni yang terdapat pada karya-karya
tersebut. Pada tahap 1 ini penekanan item Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menjurus
kepada penerangan tentang bahasa seni visual, media, teknik dan proses dalam
penghasilan karya dan produk serta mengaitkan kandungan seni dalam kehidupan
sebenar. Menurut Tong (2016) aktiviti dalam penilaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
seperti pembentangan, perbincangan kumpulan, berasaskan projek dan
pembelajaran bersifat penerokaan dapat menentukan tahap percapaian kemenjadian
murid. Seterusnya selepas murid melalui tahap 1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),
murid akan ke tahap 2 untuk mencapai item dan kateria yang terdapat pada tahap 2.
Pada tahap 2 ini, murid di nilai melalui penghasilan port folio pada peringkat ini murid
membuat kajian motif, olahan idea, kajian sumber, rekaletak, lukisan realistik dan
kajian warna untuk penghasilan karya dan produk. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
pada tahap 2 ini item berfokus kepada perkembangan idea, kreativiti, kreatif murid
secara tidak langsung melibatkan rangsangan kognitif, psikomotor dan afektif murid
bagi memperkembangkan jasmani, emosi, rohani dan intelek secara menyeluruh
semasa murid menghasilkan karya dan produk mereka. Menurut Sidhu, Kaur & Chi
(2018) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) memberi peluang samarata kepada semua
murid ruang pembelajaran bagi memperkembangkan potensi mereka melalui tugasan
berasaskan projek mahupun port folio. Justeru pada tahap 2 ini penilaian Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) melalui kaedah pemerhatian pada perkembangan idea kreativiti
murid yang dapat dilihat melalui proses port folio murid.
Seterusnya murid dinilai pada tahap 3, ini melibatkan murid perlu
mengaplikasikan kefahaman, kemahiran pada seni visual, media, proses dan teknik
dalam penghasilan karya dan produk serta mengaitkan kandungan seni visual
dengan nilai murni dalam kehidupan melalui olahan rekaletak dengan
mengaplikasikan bahasa seni visual dengan betul. Pada tahap 3 ini item penilaian
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tertumpu pada penggunaan pengetahuan, kemahiran
dan nilai murni dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu proses olahan
rekaletak dengan penerangan bahasa seni visual yang betul dari aspek sebutan ayat,
struktur pembinaan ayat, tatabahasa, istilah, serta laras bahasa diberi penekanan.
Pendapat Keddie (2018) penilaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini bukan untuk
membezakan tahap pencapaian murid sebalik untuk melihat tahap keupayaan yang
dimiliki oleh murid.
Seterusnya pada tahap 4, di dalam proses penghasilan port folio murid
dikehendaki menganalisis aplikasi bahasa seni visual, media, proses dan teknik
melalui explorasi dan menjana idea dalam penghasilan karya dan produk serta
melaksanakan perancangan seni dalam kehidupan dengan amal nilai-nilai murni.
Pada tahap 4 ini penekanan penilaian lebih kepada murid dikehendaki mencerakin
maklumat pada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta
hubungkaitkan dengan pada dunia sebenar. Contoh dimana proses penghasilan
rekaletak kerusi mudahalih untuk murid MBK yang boleh memberi menamfaat pada
pergerakan seharian murid MBK. Di sini tahap 4 saya dapat melihat hasil kreativiti
dan inovasi murid dalam idea penciptaan. Menurut Halimah Jamil dan Rozita Radhiah
said (2019) guru memberi peluang kepada murid menujukkan kebolehan dan potensi
semasa penilaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dinilai. Seterusnya, tahap 5 dalam
penilaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi port folio fokus dan penekanan pada
mengjustifikasikan aplikasi bahasa seni visual, media, proses dan teknik dalam
penghasilan karya dan produk melalui olahan idea, mengaitkan bahasa seni visual
dalam kehidupan sebenar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Contohnya, murid perlu
membuat pertimbangan rasional menggunakan pengetahuan dan pengalaman
kemahiran dalam karya dan produk melalui pelbagai gabungjalin seperti sains dan
seni serta membuat justifikasi. Pada tahap 5 ini, saya dapat melihat, menilai
kemampuan murid menggunakan pelbagai gabungjalin sains dan teknologi dalam
penghasilan karya dan produk mereka.Menurut Halimah Jamil dan Rozita Radhiah
said (2019) guru banyak menilai tahap kemampuan dan kebolehan murid
berdasarkan ketetapan penilaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Pada tahap yang terakhir adalah tahap 6 iaitu mencipta, murid dikehendaki
mencipta karya dan produk secara kreatif, inovatif dengan mengaplikasikan bahasa
seni visual, media, proses dan teknik serta mampu membuat apresiasi seni dalam
kehidupan sebenar. Menerusi penilaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pada masa ini
saya sebagai guru dapat melihat karya dan produk akhir siap murid dan saya
memberi menilai secara keseluruhan hasil kerja murid menerusi port folio dan produk
akhir. Sebagai guru saya akan membuat pertimbangan analisis dan menilai
murid-murid dengan menggunakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi input
kemenjadian murid dengan melibatkan tugasan port folio, sahsiah, prestasi, kekuatan,
kelemahan serta keterlibatan aktif murid dalam sesi PdP.
Seterusnya, dengan kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan
dapat memberi implikasi kepada kemenjadian murid iaitu kecerdasan pelbagai
merangkumi aspek verbal linguistik, logik, kinestetik, visual ruang, interpersonal,
intrapersonal dan naturalis serta murid boleh mengesan kebolehan mengambarkan
bahasa seni visual termasuk persembahkan visual dalam bentuk grafik. Implikasi
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada kemenjadian murid yang dihasratkan oleh
KPM antaranya pembelajaran kontekstual iaitu murid mengaplikasikan serta
mengaitkan pengalaman harian murid pada dunia sebenar sebagai contoh cara hidup
masyarakat nelayan di pulau disampaikan dalam bentuk karya catan. Selain itu
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini juga memberi implikasi kemenjadian murid melalui
pendekatan kajian masa hadapan iaitu satu pendekatan pengajaran untuk mendidik
murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu, perkara yang berlaku pada masa
lampau, masa hadapan contoh murid diberi tugasan menghasilkan produk dan karya,
jadi murid akan berfikir jauh ke hadapan dan luar dari kotak permikiran dalam
bagaimanakah proses dan teknik yang akan digunakan dalam penghasilan produk
dan karya tersebut. Implikasi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada kemenjadian
murid dapat melahirkan murid yang berprinsip, murid yang berintegriti, jujur serta
bertanggugjawab keatas segala tindakan dan keputusan mereka.
Pada masa yang sama dapat melahirkan murid yang bermaklumat, murid-murid
dapat membentuk pemahaman yang luas merentasi pelbagai displin pengetahuan.
Seterusnya dapat membentuk murid yang patriotik iaitu murid yang mempamerkan
kasih sayang, sokongan, rasa hormat pada negara. Namun bergitu, dalam sesuatu
sistem atau kaedah tidak semuanya sempurna dan baik-baik belaka sedikit sebanyak
mesti ada kelemahan dan keburukan. Melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada
kemenjadian murid implikasi negatif yang dapat saya kesan adalah, dimana ianya
tidak boleh digunapakai dalam sesi kelas PdPR secara maya dan online kerana,
penilaian melalui pemerhatian, penulisan, lisan tidak dapat memberi nilai keputusan
yang jelas dan asli. Contoh saya sendiri tidak dapat menganalisis tahap kefahaman
dan penerimaan ilmu pengetahuan yang saya kongsikan serta sampaikan pada murid
semasa sesi PdPR. Di dalam kelas PdPR juga murid lebih pasif dan tidak aktiviti serta
tidak melibatkan diri dalam aktiviti PdP. Saya juga tidak terlepas dari menghadap isu
dan masalah ramai murid tidak hadir ke kelas PdPR kerana masalah ini berpunca dari
ekonomi keluarga murid iaitu murid dari latar belakang keluarga yang susah tiada
telefon pintar, komputer dan pelantar internet di rumah, kekangan ini menjadi satu isu
besar bagi murid-murid yang susah untuk meneruskan sesi pembelajaran di rumah
pada zaman pandemik ini.
Kesimpulannya tugas seorang guru termasuklah memastikan murid-murid
bermotivasi untuk melakukan yang terbaik dalam mana-mana pentaksiran,
menjalankan pentaksiran dengan adil dan saksama serta memastikan hasil
pentaksiran tepat. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2018) guru memainkan
peranan penting sebagai pentaksir bagi menjamin pembangunan dan penguasaan
pembelajaran murid.
Rujukan :

Arumugham dan Kalai Selvan (2020) Kurikulum, Pengajaran & Pentaksiran dari
Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Curriculum, Teaching and
Assessment in The Perspective of Classroom. Jurnal Unisza.
Halimah Jamil dan Rozita Radhiah Said (2019) Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran
Lisan Bahasa Melayu dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu.
Keddie. A (2018) Adult Education : An Ideology of Individualism. In Adult
Siti Hayati Haji Mohd Yusoff dan Lee H.Y (2018) Pengetahuan dan Kesediaan Guru
PSV Hilir Perak dan Bagan Datok Dalam Melaksanakan PBS dalam PdP.
Jurnal Dedikasi.
Tan Jia Yuh, Husaina Banu Kenayathullah (2020) Pentaksiran Bilik Darjah dan
Prestasi Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Hulu Langat, Selangor. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan.

You might also like