You are on page 1of 11

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Nama Pelajar MUHAMMAD FIKRI BIN ABU OSMAN

Angka Giliran 2018162340105

No Kad Pengenalan 991023-06-5393

Kumpulan/Unit RBT4

Kod & Nama Kursus BMMB3182

Nama Pensyarah PN FARIDAH BT MOHAMAD SAAD

Tarikh Hantar 26/3 /2020

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

0
ISI KANDUNGAN
Halaman

1.0 Pengenalan 2
2.0 Analisis Strategi PdP BM Abad Ke-21 di Sek Ren 2
2.1 Guru 1 3-4
2.2 Guru 2 5-6
3.0 Rumusan 6

Rujukan
Lampiran

1
1.0. PENGENALAN KEPADA PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Keberkesanan pembelajaran Abad ke-21 ini bukan sekadar tertumpu pada


prasaranan dan susun atur bilik darjah, tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan bukan hanya tertumpu
kepada pembelajaran berpusatkan guru. Guru perlu menjadi pemudah cara kepada
murid dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas. Terdapat beberapa elemen yang
diterapkan di dalam pembelajaran Abad ke-21, iaitu komunikasi, kolaboratif,
pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni. Murid-murid dapat membina
keyakinan diri semasa berinteraksi bersama rakan-rakan lain kerana mereka mampu
mendengar dan memberi maklum balas, mampu untuk memberi penerangan yang
jelas dan ringkas, memahami kaedah-kaedah untuk menyampaikan maklumat dan
juga mereka akan berasa lebih terbuka jika diminta untuk mengulas sebarang topik.
Untuk memastikan pembelajaran Abad ke-21 dapat dijalankan,

Guru seharusnya merancang strategi pembelajaran harian dengan sebaik


mungkin. Strategi ialah satu kemahiran merancang dan mengurus kaedah dan teknik
pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.Manakala pengajaran pula
membawa maksud aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran tertentu Menurut Kamus Dewan 1998, Strategi
pengajaran bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapa matlamat atu pun
kejayaan di dalam sistem pendidikan yang berteraskan Abad ke-21. Di dalam
konteks pendidikan pula, strategi pengajaran bermaksud kebijaksanaan memilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan kata lain,
strategi pengajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah atau teknik
mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran
dengan berkesan.

2.0. Penulisan Reflektif

Pada 2 Mac 2020 saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di
SK LB Johnson. Semasa menjalani PBS di sekolah tersebut, saya telah diberi tugasan untuk
memerhati serta menilai sejauh mana keberkesanan strategi yang digunakan oleh guru
untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur pada subjek Bahasa Melayu. Saya telah

2
memerhatikan konsep pengajaran dan pembelajaran serta menganalisis strategi pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu Abad ke-21.Selain itu, saya juga telah berberkolaborasi
dengan berberapa orang guru Bahasa Melayu di sekolah tersebut iaitu Puan maznah,
Maslina dan juga Puan Azizah. Semasa memerhati PdP mereka . Terdapat banyak input
telah saya pelajari daripada ketiga-tiga guru tersebut yang boleh menjadi panduan pada
masa akan datang.

Konsep pengajaran boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti yang berkaitan dengan
penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian[ CITATION Abd00 \l 2052 ]. Secara ringkas,
pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta
memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti,
membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian
potensi optimum[ CITATION Abd97 \l 2052 ]. 

2.1 Cikgu 1

Pada hari pertama PBS, saya telah bertemu dengan puan Maznah di kantin
hasil bantuan daripada guru besar yang menyatakan bahawa cikgu Maznah
merupakan cikgu senior dan cikgu yang berpengalaman dalam mengajar subjek
Bahasa Melayu. Setelah selesai berbincang dengan Cikgu Maznah akhirnya beliau
bersetuju untuk membantu saya menjalankan tugasan yang perlu saya laksanakan.
Selepas masa rehat selesai, saya bersama-sama rakan PBS saya memasuki kelas
tahun 4 Mawar untuk melihat apakah strategi yang digunakan oleh cikgu Maznah
untuk mengajar murid untuk menguasai kemahiran mendengar bertutur pada kelas
tersebut.

Bagi permulaan pembelajaran di dalam kelas, saya dapati bahawa cikgu


Maznah memulakan pembelajaran dengan mengemukakan berberapa jenis soalan
untuk merangsang murid untuk bertutur di dalam kelas. Beliau juga membawa
minyak wangi untuk menjadikannya sebagi bahan bantu mengajar. Semua murid
diberi peluang untuk menghidu bau minyak wangi tesebut, sesuai dengan tajuk
pembelajaran harini iaitu aroma terapi. Murid diminta untuk menyatakan jenis bau
yang diberikan kepada mereka. Setelah selesai sesi soal jawab bersama murid, saya
melihat wujudnya interaksi dua-hala antara guru dengan murid. Setelah selesai set
induksi, dilihat bahawa cikgu maznah menyatakan objektif pembelajaran pada hari
tersebut kepada semua murid. Bagi meneruskan ativiti pengajaran, Beliau meminta
murid untuk membaca teks yang diberikan secara bergilir-gilir di hadapan kelas.

3
Setelah selesai membaca, cikgu maznah meminta wakil daripada murid untuk
kehadapan kelas untuk membacakan berberapa soalan kepada rakan yang lain

Kekuatan yang dapat dilihat melalui strategi yang digunakan oleh cikgu
Maznah ini ialah. Beliau dilihat tidak cepat untuk menyatakan jawapan yang
sebenarnya kepada murid lain. Akan tetapi, cikgu maznah hanya membantu dengan
memberi sedikit petunjuk kepada murid. Disini saya dapat lihat, murid berpeluang
untuk menjana idea mereka sendiri serta dapat meningatkan kemahiran berfikir
mereka. Ini sangat bertepatan dengan apa yang ada dalam pendidikan Abad ke-21
yang ingin digunakan. Selain itu juga, beliau meminta murid untuk membentuk
berberapa kumpulan untuk berbincang jawapan yang tepat mengenai soalan yang
dibacakan oleh wakil di dalam kelas mereka. Disini kita dapat lihat cikgu Maznah
dapat menerapkan nilai kerjasama dan dapat mewujudkan sifat kolaboratif. Murid
yang dipilih untuk mewakili kumpulan mereka juga dapat membin sifat keberanian di
dalam kelas untuk menyampaikan jawapan tersebut. Ini membuktikan pembelajaran
yang dilakukan oleh cikgu maznah dapat membantu murid untuk mencapai
kemahiran mendengar dan bertutur murid.

Seterusnya, selepas dinilai dan diperhatikan strategi yang digunakan oleh


cikgu Maznah, keadaan murid di dalam kelas agak kurang terkawal dimana terdapat
murid yang seakan-akan menjerit semasa pdp dijalankan. Suara guru yang agak
perlahan menyebabkan murid berani untuk melakukan aktiviti lain seperti berbual
dengan rakan. Selain itu juga, pada pertengahan kelas minat murid di dalam kelas
seakan-akan semakin berkurang, tumpuan murid di dalam kelas juga seperti sudah
hilang. Ini berkemungkinan berlaku akibat daripada nada intonasi suara guru yang
mendatar.

Penambahbaikan yang dapat dilakukan untuk memastikan perjalanan PdP


yang dijalankan oleh cikgu Maznah adalah dengan memastikan intonasi yang
digunakan oleh guru bervariasi dimana terdapat nada yang turun naik bagi
memastikan murid dapat belajar dalam keadaan yang berkesan. Gary (1992) turut
menyokong kepentingan komunikasi bukan lisan bagi mewujudkan pengajaran
berkesan. Beliau mencadangkan beberapa bentuk komunikasi bukan lisan yang
mudah tetapi berkesan diamalkan seperti kerap menukar intonasi suara, sentiasa
bergerak ke depan dan belakang kelas, berkomunikasi melalui kontak mata dengan
para pelajar serta mempelbagaikan gerak badan untuk disesuaikan dengan suasana
pengajaran. Selain itu, guru juga perlulah memastikan aktiviti set induksi tidak
menggunakan masa yang terlalu lama. Masa yang terbaik untuk menjalanan set

4
induksi adalah dalam lingkungan tiga hingga ke lima minit sahaja. Ini kerana masa
yang terlalu lama di dalam set induksi akan mengakibatkan isi pebelajaran tidak
dapat disampaikan dengan sempurna.

2.2. Cikgu 2

Pada hari ketiga menjalakan PBS di sekolah LB Johnson, saya telah


berbincang bersama guru kelas murid tahun 5 mawar iaitu cikgu Jamilah untuk
melihat bagaimana cara guru tersebut menggunakan strategi dalam PdP bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Sama seperti cikgu Maznah, saya meminta cikgu Jamilah
untuk mengajar murid tahun 5 tersebut mengenai kemahiran mendengar bertutur.
Permintaan saya disambut baik oleh cikgu Jamilah. Tidak lama selepas berbincang
bersama cikgu Jamilah, saya terus bergegas bersama cikgu Jamilah ke kelas 5
Mawar. Sebelum memulakan PdP pada hari tersebut cikgu Jamilah memberikan
RPH yang dibuat olehnya sebagai rujukan saya. Seperti biasa, cikgu Jamilah
bertanyakan khabar kepada murid-murid. Murid juga diminta untuk membersihkan
kawasan meja mereka sebelum memulakan pelajaran pada hari tersebut.

Maka menerusi pemerhatian strategi yang diaplikasikan oleh Cikgu Jamilah


semasa sesi PdP adalah kemahiran berfikir dan pembelajaran berasaskan masalah.
Hal ini demikian kerana, kemahiran berfikir terdiri daripada beberapa kompenen iaitu
pemikiran kreatif, membuat keputusan dan penyelesaian masalah. Pada sesi PdP
hari tersebut, murid dikehendaki membina lima ayat berdasarkan gambar yang
ditanyangkan oleh guru dengan ayat yang gramatis. Oleh itu, murid dihendaki
menyelesaikan masalah dengan berfikir apa perkataan atau kosa kata yang sesuai
untuk membina ayat. Walau bagaimanapun, murid semua terlibat secara aktif dalam
PdP. Dengan ini, penulis boleh nampak bahawa guru telah berjaya membina
persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif. Hal ini demikian kerana, guru
telah menggalak pembelajaran aktif murid secara koperatif dan kolaboratif dengan
bantuan TMK yang berunsurkan abad ke-21.

Kelebihan yang dapat dilihat daripada strategi yang digunaan oleh cikgu
Jamilah adalah beliau mampu mengurus bilik darjah dengan tersusun dan berkesan.
Contohnya, apabila beliau mendapati murid-murid kurang memberikan fokus, beliau
akan bertanyakan soalan kepada mereka untuk mendapatkan perhatian mereka.

5
Menurut Haliza dan Joy (2009), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah
merujuk kepada tindakan guru semasa kendalian bilik darjah yang dapat
mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan
pembelajaran. Selain itu, cikgu Jamilah juga mampu mewujudkan komunikasi yang
berkesan dan interaksi dua hala dengan murid dengan baik. Ini merupakan salah
satu pembelajaran abad ke-21 yang harus dipuji epada cikgu Jamilah. Daripada
pemahaman yang lepas, saya sedar bahawa komunikasi yang berkesan dapat
menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif dan murid-murid akan lebih aktif
dalam proses PdP (Mok, 2008). Oleh itu, semasa mengajar saya melihat cikgu
Jamilah sering mengutarakan soalan-soalan yang sesuai untuk membina kefahaman
dan membina idea kepada murid terhadap pembelajaran pada hari tersebut.

Antara kelemahan yang dapat dilihat daripada proses Pdp yang dijalankan
oleh guru tersebut adalah kurangnya penggunaan teknologi di dalam proses
pembelajaran. guru juga tidak memasukan nilai kerjasama dengan memberi peluang
kepada murid untuk melakukan tugasan secara berkumpulan. Walaupun beliau
melaksanakan PdP dengan lancar, namun saya dapati murid agak tertekan dan
kurang riang semasa sesi PdP berlangsung saya dapati beliau kurang menggunakan
unsur kecindan semasa mengajar murid-murid di dalam kelas. Hal ini mungkin
kerana intonasi suara beliau yang agak tegas semasa bertutur dan mimik muka yang
serius yang ditunjukkan.

Manakala, antara cadangan penambahbaikan Pdp bagi cikgu Jamilah


adalah, proses PdP harian haruslah dikaitakan dengan penggunaan teknologi seiring
dengan pembangunan teknologi yang agak pesat membangun. Contohnya, guru
boleh menunjukkan nota-nota pembelajaran hari tersebut menggunakan power point.
Dengan ini, minat murid dan fokus murid dapat ditingkatkan. Kemahiran Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa kompetensi teras, iaitu
kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah[ CITATION Hal16
\l 2052 ]. Oleh itu cikgu Jamilah seharusnya memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang
mampu mewujudkan suasana koloboratif antara murid dengan meminta mereka
menyelesaikan tugasan secara berkumpulan.

3.0. Penutup

Secara rumusnya, pelaksanaan PdP di dalam kelas memerlukan perancangan yang


teratur dan berunsur abad ke-21 bagi memastikan kelancaran dan objektif pembelajaran
tercapai[ CITATION Kem17 \l 2052 ]. Dengan mengaplikasikan semua element dalam
pembelajaran abad ke-21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

6
2013-2025 maka sudah tentu negara kita akan maju dalam bidang pendidikan. Namun,
penulis boleh nampak bahawa PdP yang dilaksanakan oleh Puan Ting adalah amat mantap
dan mempunyai banyak kekuatan yang boleh dipelajari.

Rujukan

Bibliography
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Adenan Ayob, & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor Darul
Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Adenan Ayob, & Khairuddin Mohamad. (2016). Kaedah Pengajian Bahasa Melayu. Selangor Darul
Ehsan: Oxrord Fajar Sdn. Bhd.

ali. (1212). nasi. temerloh: akm.

Amat Juhari Moain . (1989). Sistem Pengadilan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

arina. (2020). majuk. somban: ipg.

Azlina Abu Bakar. (1994). Sekolah Dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Shn. Bhd.

Emmer E.T, Everston C.M, & Worsham M.E. (1994). Classroom Management for sedcondary
teachers.

Haliza Hamzah, & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Idris Mohd Radzi, & Dahlia Janan. (2006). Mengajar dan belajar Bahasa Melayu. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jah Tuan Yosof. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor, Darul Ehsan:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1 September, 2017). Laman Web Rasmi KPM. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/index.php/my/

Raminah Haji Sabran, & Rahim Syam. (1986). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

7
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan Teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Adenan Ayob, & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Adenan Ayob, & Khairuddin Mohamad. (2016). Kaedah Pengajian Bahasa Melayu. Selangor
Darul Ehsan: Oxrord Fajar Sdn. Bhd.

Amat Juhari Moain . (1989). Sistem Pengadilan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azlina Abu Bakar. (1994). Sekolah Dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Shn. Bhd.

Emmer E.T, Everston C.M, & Worsham M.E. (1994). Classroom Management for
sedcondary teachers.

Haliza Hamzah, & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Selangor Darul E hsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Idris Mohd Radzi, & Dahlia Janan. (2006). Mengajar dan belajar Bahasa Melayu. Tanjung
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

8
Lampiran

Gambar di atas menunjukan cikgu Maznah di dalam kelas

Gambar di atas menunjukan cikgu Jamilah di dalam kelas

9
Gambar di atas menunujukan murid sedang menyiapkan tugasan yang diberikan

Gamabr di atas menunjukkan cikgu Maznah pada hari kedua PBS

10

You might also like