You are on page 1of 3

Main Sosial

Parten (1932) membahagikan mainan sosial kepada enam peringkat iaitu perlakuan tak
menentu, main sendirian, main pemerhatian, main selari, main assosiatif dan main koperatif.

- Perlakuan Tak Menentu (Unoccupied Play )

Kanak-kanak berada dalam kawasan permainan tetapi belum terlibat dalam aktiviti bermain

- Main Sendirian (Solitary Play )

Kanak-kanak bermain secara berasingan dalam kawasan yang sama tanpa menghiraukan
kanak-kanak lain di keliling mereka.

- Main Pemerhatian (Onlooker Play)

Kanak-kanak berada dalam kawasan bersama kanak- kanak lain yang sedang bermain sambil
memerhati aktiviti mereka. Pemerhati ini seringkali duduk secara pasif sambil membuat
pemerhatian. Selepas itu, ia mungkin meniru corak permainan mengikut apa yang
diperhatikan atau mungkin berbual dengan sebayanya.

- Main Selari (Parallel Play )

Terdapat beberapa kanak-kanak menggunakan cara atau alat permainan yang sama tetapi
mereka tidak berkongsi alat. Kanak-kanak berbual tetapi tindakan seorang individu tidak
bergantung kepada tingkah laku individu yang lain.

- Main Asosiatif (Associative Play )

Beberapa kanak-kanak bermain dalam kalangan mereka tetapi bukan dengan cara yang
teratur. Mereka mungkin main kejar-kejar tanpa peraturan atau peranan yang dikenalpasti.

- Main Koperatif (Cooperative Play)

Setiap kanak-kanak dalam kumpulan mempunyai peranan dan perlu saling bergantungan
untuk mencapai matlamat permainan. Main koperatif merupakan satu bentuk kerja
berpasukan.
Main dengan Objek/ Main Kognitif

Piaget (1962) membahagikan main kognitif kepada empat peringkat iaitu main latihan atau
main fungsional, main simbolik, main konstruktif dan main dengan peraturan.

1. Main Latihan/ Main Fungsional

Main latihan atau main fungsional merupakan aktiviti di mana kanak-kanak meneroka
kepelbagaian bahan-bahan mainan. Orang dewasa juga mungkin terlibat dengan mainan
latihan apabila berdepan dengan bahan baru, contohnya melatih untuk membiasakan diri
dengan fungsi telefon bimbit barunya.

Main fungsional ini mempunyai ciri pengulangan, manipulasi dan peniruan. Sebagai contoh,
kanak-kanak bermain memancing ikan olok-olok, dia akan melakukan aktiviti mencangkuk
berulang kali, meneroka teknik yang terbaik sehingga ia memperolehi cara terbaik untuk
menguasai kemahiran tersebut.

2. Main Simbolik

Main simbolik melibatkan imaginasi dan kreativiti yang melibatkan perkaitan fungsi mental
yang kompleks. Dalam contoh aktiviti bermain memancing, kanak-kanak menggunakan joran
sebagai senapang atau penunjuk konduktor okestra atau penunjuk papan tulis guru. Main
simbolik memberikan peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan
fizikal dan kesedaran sosial.

Main simbolik termasuk sosiodrama di mana dalam permainan ini kanak-kanak memegang
sesauatu peranan kemudian melakonkannya. Sosiodrama boleh melibatkan pengalaman
sebenar kanak-kanak atau berimaginasi,contohnya menidurkan adik atau menaiki roket.
Mainan simbolik menyediakan peluang untuk kanak-kanak memikirkan peranan masa depan,
menggunakan bahan untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan penggunaan bahasa,
menghayati nilai moral dan budaya yang terkandung dalam mainan tersebut.

3. Main Konstruktif

Piaget dan Inhelder (1969) menjelaskan mainan konstruktif sebagai peningkatan daripada
mainan simbolik di mana kanak-kanak perlu membuat penyesuaian atau ciptaan untuk
menyelesaikan masalah/menghasilkan sesuatu. Sebagai contoh, kanak-kanak menggunakan
kotak, bongkah, kertas, pasir, doh dan sebagainya secara bergabung atau berasingan untuk
membina menara, kereta kotak, istana pasir, figurine dan hasilan kreatif yang lain.

Main konstruktif melibatkan bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia.
Bahan-bahan di persekitaran diguna pakai secara kreatif dan fungsional untuk menghasilkan
ciptaan mengikut daya kreativiti.

Main konstruktif memberi kepuasan dan kebanggaan kepada kanak-kanak terhadap hasilan
mereka. Kanak-kanak mempunyai kebebasan untuk memilih dan membuat keputusan serta
bertanggunjawab terhadap benda yang ingin dihasilkan.
Guru perlu mengaturkan peluang untuk main konstruktif di kalangan pelajar kerana ia
merupakan aktiviti yang melibatkan aras pemikiran tinggi, mencerakin persekitaran untuk
menghasilkan sesuatu yang bermakna.

4. Main Berperaturan

Dalam main berperaturan, kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang dipersetujui


bersama ataupun mengikut batasan dan peraturan permainan tersebut. Namun, peraturan
mungkin berbeza mengikut daerah atau lokasi yang berbeza. Sebagai contoh, permainan
ketingting mempunyai cara dan peraturan yang berbeza mengikut lokasi kawasan. Kanak-
kanak juga mungkin mereka cipta permainan berperaturan sendiri.

Permainan berperaturan ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif
seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, mencari alternatif, membuat andaian dan
merancang strategi. Perkembangan sosial dan emosi pula diperhatikan apabila kanak-kanak
belajar mematuhi peraturan, mengambil giliran, saling menghormati termasuk pasukan
lawan, berkomunikasi secara bersopan, berkompromi dalam rundingan serta menghormati
kemenangan dan menerima kekalahan dengan semangat setiakawan.

You might also like