You are on page 1of 4

CONTOH PERMAINAN YANG MEMPUNYAI SEMUA ASPEK PERKEMBANGAN

CONTOH PERMAINAN: BALING TIN CARA BERMAIN SEBELUM   BERMAIN:

1)      Pastikan semua bahan lengkap.

2)      Mengumpulkan kanak-kanak di padang permainan/di tempat yang


ingin bermain.

3)      Guru membahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan.

4)      Tin di susun secara menegak.

5)      Tetapkan jarak mengikut kesesuaian umur    kanak -kanak.


SEMASA   BERMAIN:

1)      Pemain  terdiri  daripada  kumpulan  A  dan kumpulan  B.


kumpulan  A- pihak  bermain                 kumpulan  B- pihak  lawan

2)      Pihak  yang  bermain  yang  berada  di hadapan (pertama)


memulakan  permainan  dengan  cuba melontarkan  bola  ke  arah 
susunan  tin sebanyak  3 kali.

3)      Jika  susunan  tin  tidak  jatuh , kanak-kanak yang  berada  di 
barisan  atau  yang  seterusnya akan  meneruskan balingan.

4)      Jika berjaya,kumpulan pihak lawan(kumpulan B) akan berusaha


membaling pundi kacang ke arah pihak bermain(kumpulan A) – semasa
pihak bermain cuba menyusun tin yang telah diruntuhkan.

5)      Jika pihak bermain terkena pundi kacang, ahli pemain tersebut
dikira ‘mati’ dan akan dikeluarkan daripada permainan.

6)      Jika pihak bermain berjaya menyusun kembali ke semua tin


sebelum ke semua ahli ‘mati’,mereka akan mendapat satu mata.

FAEDAH PERKEMBANGAN EMOSI, FIZIKAL, KOGNITIF DANSOSIAL


DALAM PERMAINAN

 FIZIKAL
 Dapat memperkembangkan motor kasar kanak-kanak dalam
permainan ini Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran
mereka dengan menggunakan bahagian-bahagian anggota badan
mereka untuk bersenam sebelum permainan dimulakan.
 Dapat menyihatkan badan dengan aktiviti yang dapat
mengeluarkan peluh seperti permainan baling tin. SOSIAL ü 
kanak-kanak dapat bersosial dengan rakan dari pelbagai peringkat
umur.
 Memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut untuk
menyesuaikan perlakuan dan tingkah laku mereka dengan orang
lain.
 Bersosial juga membolehkan kanak-kanak memberikan pendapat
mereka sendiri dengan rakan yang lain. Permainan ini dapat
memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan
kemahiran bersosial.
 Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.
 Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.
 Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah dalam
kumpulan masing-masing apabila berlaku sesuatu perkara.

 EMOSI
 Kanak-kanak dapat mengawal emosi mereka ketika bermain. ü 
Permainan ini juga membolehkan kanak-kanak belajar berkongsi
kuasa.

 KOGNITIF
 Membantu kanak-kanak dalam perkembangan intelek
 Kanak-kanak juga belajar memerhati situasi yang berlaku di
sekelilingnya.
 Kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan bahasa.

PERMAINAN PUZZLE FIZIKAL:

 Meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak.

 SOSIAL:
 Meningkatkan interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya.
 Memupuk sikap kerjasama dalam kalangan kanak-kanak
 Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah dalam
kumpulan masing-masing apabila berlaku sesuatu perkara. EMOSI
ü  Kanak-kanak belajar mengawal emosi ketika bermain. ü  Kanak-
kanak yang berjaya menyelesaikan permainan akan merasa
gembira manakala kanak-kanak yang tidak berjaya menyelesaikan
permainan akan berasa kecewa.

 KOGNITIF
 Kanak-kanak perlu berfikir untuk menyelesaikan masalah.
   Dapat meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak.

PERMAINAN TANAH LIAT FIZIKAL

 Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.


 SOSIAL
 Kanak-kanak dapat bersosial bersama rakan sebaya.
 Kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah apabila berlaku
sesuatu perkara.
 Dapat membina perhubungan yang positif bersama rakan
sebaya.
 Kanak-kanak dapat mempelajari cara meneroka sesuatu
pengalaman pembelajaran dengan meniru kanak-kanak yang
lain.

 EMOSI
 Kanak-kanak dapat meluahkan emosi melalui permainan ini.
 Kanak-kanak akan belajar cara meregulasi emosi semasa
bermain.

 KOGNITIF
 Kanak-kanak dapat mengenal pelbagai warna.
 Meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak-kanak.
 Meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak.

KESIMPULAN
 Kanak-kanak belajar melalui aktiviti permainan.
 Aktiviti permainan dapat meningkatkan perkembangan kanak-
kanak dari aspek emosi,fizikal, sosial dan kognitif.
 Oleh itu, aktiviti pembelajaran melalui permainan perlu
disesuaikan mengikut peringkat umur kanak-kanak.

Source @ https://aleeyarealitikehidupan.blogspot.com/2012/09/ciri-
ciri-perkembangan-kanak-kanak-3-4.html
© http://xsweetnothings.blogspot.com/

You might also like