You are on page 1of 3

Tajuk Buku

: Belajar Melalui Bermain : Konsep Utama Kurikulum Pendidikan


Awal Kanak Kanak

Penulis Buku : Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali


Penerbit

: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Belajar melalui bermain adalah prinsip utama dalam pendidikan awal kanakkanak. Ramai tokoh pendidikan awal kanak-kanak mengatakan belajar melalui
bermain merupakan pendekatan yang berkesan untuk meningkatkan
perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek secara menyeluruh. Buku
bertajuk Belajar Melalui Bermain mengemukakan pengetahuan yang mendalam
tentang pendekatan tersebut.

Buku ini mengandungi sebelas bab yang menyentuh tentang aspek-aspek


penting seperti berikut:
Pemahaman tentang bermain dan kepentingannya.
Amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Jenis-jenis permainan.
Hubungan bermain dengan perkembangan kanak-kanak.
Konsep bermain daripada aspek teori perkembangan kanak-kanak.
Bermain dalam konteks pembelajaran.
Penyediaan ruang dan bahan permainan. Cara melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran melalui aktiviti bermain.
Panduan dan aktiviti cadangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
melalui bermain.
Kanak-kanak berkembang secara semula jadi melalui pengalaman pembelajaran
yang bersesuaian dengan fitrah mereka. Bermain tidak boleh dipisahkan
daripada kanak-kanak kerana kegiatan bermain ialah dunia pekerjaan kanakkanak. Menyekat kanak-kanak bermain seolah-olah menyekat perkembangan
semula jadi kanak-kanak itu, kerana melalui bermain, kanak-kanak belajar
tentang kehidupan.
Pengalaman pembelajaran yang bermakna semasa bermain dapat membantu
kanak-kanak memahami isu di sekeliling tanpa rasa tertekan. Tetapi pernyataan
tentang main yang kurang jelas menyebabkan ramai ibu bapa dan guru kurang
faham dengan faedah bermain. Akibatnya ramai antara mereka tidak
menggalakkan kanak-kanak bermain, terutama sekali dalam persekitaran yang
menghendaki murid fokus dengan kemahiran akademik.
Terdapat pelbagai pandangan tentang konsep bermain telah diterangkan. Froebel
(1782-1852) dan Johnson J. E. Et al., (2005) mengatakan bermain adalah
menyeronokkan dan memberikan pelbagai faedah kepada kanak-kanak
manakala menurut Sheridan (2011) dan Moyles (2005) mendefinisikan bermain
sebagai perbuatan, pendekatan terhadap sesuatu kerja, proses yang melibatkan
kelakuan spontan, motivasi, latihan, kemahiran yang mengarah kepada
keseronokan, penemuan baharu, pemahaman, ekspresi, penguasaan fizikal, idea
dan perasaan.
Daripada aspek psikologi pula, ramai tokoh pendidikan awal kanak-kanak
mengatakan bermain adalah penting, kerana kegiatan bermain banyak

memberikan faedah kepada kanak-kanak. Dengan bermain memberi peluang


kepada kanak-kanak untuk menimba pengalaman serta pengetahuan untuk
digunakan pada masa hadapan. Apabila bermain kanak-kanak terbabit dengan
aktiviti yang sihat dan dengan bermain mereka akan menghasilkan nilai yang
baik serta dijadikan sebagai panduan untuk kehidupan masa hadapan. Belajar
melalui permainan juga boleh membentuk perkembangan mental kanak-kanak
yang lebih sihat. Sebaliknya, kanak-kanak yang kurang bermain berpotensi untuk
mempunyai masalah tekanan perasaan seperti murung, sedih, marah dan
sebagainya.
Buku ini memberi penekanan bahawa kanak-kanak memerlukan pengalaman
sebenar untuk memahami sesuatu dengan baik. Sebelum mereka belajar
menggunakan idea dalam pemikiran, mereka memerlukan latihan yang banyak
dengan objek dan persekitaran semasa bermain. Ini kerana kanak-kanak akan
berfikir dan menyelesaikan masalah menggunakan daya kreativiti semasa
mereka bermain dengan alat permainan bersama rakan sepermainan.
Buku ini ditulis berdasarkan hasil kajian serta pengalaman oleh penulis dan di
sampaikan dengan bahasa jelas serta mudah difahami. Menurut penulis,
memahami perkembangan kanak-kanak itu bermaksud memahami bagaimana
kanak-kanak berubah dari segi fizikal, tingkah laku dan cara mereka berfikir.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan bahan bacaan program latihan perguruan,
pelajar kursus pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan prasekolah, ibu bapa
serta guru-guru.
Banyak perkara tentang bermain dan jenis permainan yang sesuai telah
diterangkan dalam buku ini. Sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri
Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088 214828 / 231623 / 256192
untuk mengetahui ketersediaan buku ini.
Oleh kerana buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke
perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan
terdekat untuk tempahan.

You might also like