You are on page 1of 2

SINOPSIS BUKU

BIL PERKARA PERINCIAN

1. Nama Guru NORFAEZAH BINTI OSMAN

2. Judul BELAJAR MELALUI BERMAIN: PRINSIP UTAMA KURIKULUM


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3. Bidang

4. Pengarang DR. SHARIFAH NOR PUTEH, ALIZA ALI

5. Muka Surat 113ms.

6. Terbitan UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS, 2013

7. Sinopsis Buku ini mempunyai sebelas bab dan dikupas dengan terperinci.
Kandungan bab-bab tersebut ialah bermain adalah fitrah kanak-
kanak, kepentingan bermain, hubungan bermain dengan
perkembangan domain, jenis-jenis permainan, bermain daripada
perspektif teori, kurikulum berasaskan pendekatan bermain, bermain
dalam konteks pendidikan, guru sebagai pelaksana pengajaran dan
pembelajaran melalui bermain, ruang pembelajaran, bahan dan alat
permainan dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan.

Pendidikan tadika adalah peringkat pendidikan yang paling awal bagi


kanak-kanak, selepas pendidikan yang diperolehi daripada keluarga.
Oleh sebab itu, guru tadika haruslah memikirkan strategi-strategi
yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha mengajar
kanak-kanak itu, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik
semata-mata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain.
Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas
yang terlalu berat kerana ia boleh menghilangkan minat mereka untuk
belajar. Salah satu strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi
peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain.

Perkembangan fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam


bilik darjah dan diluar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat
permainan yang disediakan dan aktiviti pergerakan lokomotor kreatif.
Pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai dilakukan dalam
aktiviti fizikal. Hal ini kerana ia dapat merangsang minat kanak-kanak
dalam melakukan aktiviti fizikal.

Buku ini memuatkan 27 cadangan aktiviti yang boleh dicuba oleh


para guru dan ibu bapa. Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berusia
di antara 4-6 tahun sama ada secara individu atau pun berkumpulan.
Di antara aktiviti menarik yang dicadangkan bermain secara individu
ialah Bilang dan Padan, Konsep Sifar dan Bilang dan Tambah.
SINOPSIS BUKU

Manakala permainan secara kumpulan adalah seperti Menepuk Tikar,


Istana Impian dan Mari ke Pasar.

You might also like