You are on page 1of 36

Ahli kumpulan: RBT (B) Farah Atika bt Zulkifli Nor Amirah bt Jusoh Noor Hayati bt ismail Rohaslinda bt Sarah

Waheeda bt Zainal Abidin Zatil Aqmar bt Mat Dain

Konsep Main Dan CiriCiri


Main merupakan aktiviti utama dalam perkembangan kanak- kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi. Main menjadi bermakna jika mempunyai ciri- ciri seperti berikut:

Main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan semata- mata untuk kepuasan. Main hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta. Main hendaklah membawa keseronokan dan bukan tekanan. Main hendaklah mempunyai unsur khayalan agar dapat memenuhi kepuasan pemain. Main merupakan aktiviti fizikal, psikologikal atau kedua- duanya dan disertai oleh peserta secara aktif.

Jenis- Jenis Main Sosial


Main Main Main Main

Diri- Sendiri Selari Asosiatif Koperatif

Mengikut kajian Mildread Patern(1932), main sosial kanakkanak dalam lingkungan umur 2 5 tahun dan boleh diklasifikasikan kepada 4 kategori.

Main Diri- Sendiri( Solitary Play)


Merupakan sesuatu aktiviti fizikal atau psikologikal atau kedua- duanya. Dilaksanakan oleh seorang kanakkanak tanpa peserta yang lain. Mildread Patern(1932) mengatakan main diri- sendiri mula diperhatikan dalam kalangan kanak- kanak pada umur 2 tahun.

Masing- masing menyertai diri dalam yang serupa hilang diri dalam dunia imaginasi. Kadangkala ada unsur main pemerhati( onlooker play) apabila die memerhati seorang kanak- kanak bermain sendirian tetapi tak turut serta.

Main Selari( Parallel Play)

Merupakan aktiviti bermain apabila 2 atau lebih orang kanak- kanak bermain sendirian secara berasingan. Mereka bermain dalam aktiviti yang sama, di tempat yang sama, pada masa yang sama. Kadangkala boleh menarik minat kanakkanak tertentu untuk turut serta. Membawa peluang dalam meningkatkan interaksi dan komunikasi dalam main selari. Dalam situasi ini, ciri main asosiatif atau main koperatif pula mengganti tempat.

Main Asosiatif( Associative Play)


Sejenis pola main yang mana dua atau sekumpulan kanak- kanak melibatkan diri dalam aktiviti main secara berasingan. Tetapi ia berbeza dengan main selari yang mana main asosiatif melibatkan kerjasama dam komunikasi antara satu sama lain. Masa tertumpu kepada perkongsian dan pinjam meminjam alatan main, bergilir menjalankan aktiviti, berkomunikasi serta saling membantu. Mengikut kajian Parten(1932), pola main asosiatif ini dikalangan kanak-kanak berumur 3-4 tahun.

Main Koperatif( Cooperative Play)


Dapat dilihat 2 atau lebih orang kanak- kanak dalam lingkungan umur 4-5 tahun. Melibatkan diri dalam aktiviti permainan yang mempunyai matlamat tertentu. Pola main koperatif ini merupakan tahap tertinggi dalam aktiviti main sosial ini. Ini kerana banyak ciri sosial dalam hidup dapat dipupuk dan diperhatikan. Main koperatif memainkan peranan penting dalam perkembangan potensi kanak-kanak dari aspek JERIS untuk menyediakan kemahiran asas ketika mereka mula belajar di sekolah.

Main Simbolik
Main simbolik melibatkan imaginasi dan kreativiti yang melibatkan perkaitan fungsi mental yang kompleks. Dalam contoh aktiviti bermain memancing, kanak-kanak menggunakan joran sebagai senapang atau penunjuk konduktor okestra atau penunjuk papan tulis guru. Main simbolik memberikan peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial.

Main simbolik ini menjadi lebih jelas kelihatan semasa peringkat perkembangan pra-operasi di mana kanak-kanak pada peringkat ini mula mengganti sesuatu objek dengan seuatu yang lain.

Main simbolik termasuk sosiodrama di mana dalam permainan ini kanakkanak memegang sesauatu peranan kemudian melakonkannya. Sosiodrama boleh melibatkan pengalaman sebenar kanak-kanak atau berimaginasi,contohnya menidurkan adik atau menaiki roket.

Mainan simbolik menyediakan peluang untuk kanak-kanak memikirkan peranan masa depan, menggunakan bahan untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan penggunaan bahasa, menghayati nilai moral dan budaya yang terkandung dalam mainan tersebut.

Main Sosiodramatik

Permainan yang melibatkan kanakkanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak menjadi sesuatu yang lain dari dirinya seperti berlagak menjadi seekor binatang ataupun kanak-kanak menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain seperti bermainan menggunakan blok sebagai kereta.

Main Sosiodramatik

Permainan ini biasanya melibatkan aktiviti harian atau peristiwa yang sebenar dalam kehidupan seharian di mana dalam permainan ini kanakkanak memegang sesuatu peranan kemudiannya melakonkannya. Contohnya seperti kanak-kanak mengisytiharkan dirinya sebagai bomba, pegawai polis, superhero dan sebagainnya.

MAIN DENGAN PERATURAN

Main berperaturan (games and rules)


Permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain berdasarkan peraturan yang telah mereka gariskan ataupun berdasarkan peraturan yang diterima umum untuk bermain permainan tersebut. Contoh :
Permainan board game seperti dam ular, sahibba dan monopoli ialah permainan berperaturan samada peraturan sedia ada ataupun peraturan yang dibina sendiri oleh pasukan yang bermain.

Dari segi kognitif, permainan berperaturan ini membantu perkembangan kanak-kanak seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, mencari alternatif, membuat andaian dan merancang strategi. Dari segi sosial dan emosi, main jenis ini membuatkan kanak-kanak mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan sepasukan dan pasukan lawan, berkomunikasi, berkompromi, bertolak ansur serta menghormati kemenangan dan menerima kekalahan.

Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana : Memberikan peluang kepada kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan emosi. Mewujudkan perasaan tenang dan menghiburkan hati . Menyediakan saluran untuk kanak-kanak menggunakan tenaga yang berlebihan. Membolehkan kanak-kanak menyediakan diri ke arah kedewasaan atau kematangan.

Memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaikan pelbagai bentuk masalah (kognitif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek Dapat membudayakan proses pembelajaran termasuk mengulang, latihan, latih tubi, peniruan, penerokaan, penemuan,perkaitan, membuat huraian, rumusan dan menguji. Membantu dalam pembentukan jati diri, keterampilan diri, pemupukan nilai murni seperti motivasi, penglibatan, ketahanan, kemahiran interpersonal, keyakinan diri dan berani bertindak.

Perkembangan motor kasar dan motor halus. Meningkatkan kemahiran fizikal berlari, melompat, memanjat. Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria bau, sentuh. Meningkatkan kemahiran manipulatif mencantum, melukis, menampal. Meningkatkan kemahiran mengimbang renang, kawal pernafasan.

Belajar berinteraksi secara positif. Belajar menghormati hak orang lain. Menghargai alam sekitar. Menghormati nilai budaya. Mengurangkan tekanan. Memenuhi keperluan naluri ingin tahu.

Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi. Dapat meneroka sesuatu yang baru. Meningkatkan penguasaan bahasa dengan melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita yang didengar.

Kepentingan main secara ringkas : Meningkatkan keupayaan kognitif. Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif. Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan. Membantu dalam menyelesaikan masalah. Membina kemahiran sosial. Memahami dunia sekeliling. Mempelajari bahasa. Membantu murid mengatasi perasaan tertekan. Membina kemahiran kendiri yang positif . Memupuk sikap tanggungjawab. Mempelajari peranan orang dewasa.

Kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik, perpisahan atau perceraian ibu bapa Kanak-kanak yang telah mengalami trauma (seksual, penderaan fizikal atau emosi) Kanak-kanak yang berhadapan dengan isuisu seperti sakit atau kematian orang yang dikasihi Kanak-kanak yang telah menyaksikan keganasan rumah tangga. Kanak-kanak yang didiagnos dengan Masalah Kurang Tumpuan (ADD / ADHD) Kanak-kanak yang telah mengalami kemalangan atau bencana yang serius.

Main merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek,sosial dan emosi.

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan

sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan


kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.

Dari aspek psikologi pula, terapi main:

Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

memperolehi perasaan dan mengawal keadaan


yang dapat membantu kanak-kanak untuk

berurusan dengan realiti sebenar.

Membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus

yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan

Terapis menggunakan terapi bermain untuk menolong kanak-kanak menggambarkan apa masalah yang dihadapi oleh mereka dan bukan melalui bahasa verbal untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka. Dalam terapi ini, objek mainan (toys) dan main merupakan perkataan kanak-kanak dan bahasa mereka.

Melalui aktiviti bermain, terapis dapat membantu kanakkanak belajar tingkah laku positif apabila mereka mengalamu defisit kemahiran emosi-sosial.

Yang pentingnya ialah hubungan positif dijalinkan antara terapis dengan kanak-kanak semasa sesi terapi bermain

membawa pengalaman emosi positif yang perlu untuk


pemulihan.

Terapi ini juga boleh digunakan untuk memperkembang

kognitif dan memberikan persepsi untuk menyelesaikan


konflik dalaman pemikiran negatif kanak-kanak.

Pendekatan Terapi Bermain

Satu pendekatan rawatan melalui terapi bermain ialah penggunaan proses desensitizasi secara sistematik atau pembelajaran semula untuk mengubahgangguan tingkah laku kanak kanak.

Sering kali , selepas kanak kanak habis menggunakan alat penyelesaian sendiri,mereka menimbulkan tingkah laku bermasalah baik di dalam rumah mahupun disekolah. Maka, terapi menggunakan bermain untuk menilai atau memahami aktiviti bermain kanak kanak di amana mengaplikasikan pendekatan terapi bermain untuk menolong mereka mengadaptasikan ganguan mental dan mengenal pasti penyeleaian masalah mereka.

Melalui kawalan masalah dalam klinik terapi bermain, kanak kanak mendapat penyelesaian yang berkesan dan seterusnya mengubah dengan cara mereka berfikir sesuai.

Manfaat Terapi Bermain Untuk Kanak Kanak


Menjadi lebih bertanggungjawab dan membentuk lebih strategi berkesan Membangun penyelesaian baru dan kreati untuk masalah Memupuk hormat dan penerimaan kendiri dan orang lain Belajar mengalami dan emosi yang dinyatakan

Memupuk empati dan menghormati fikiran dan perasaan orang lain Belajar kemahiran sosial baru dan kemahiran relasional dengan keluarganya Membentuk keberkesanan kendiri dan meningkatkan keyakinan terhadap kebolehannya.

You might also like