You are on page 1of 7

Topik 1 Pengajian Sosial dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

 Perkembangan pengajian sosial di kalangan kanak-kanak

Definisi Perkembangan sosial


 Satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan
orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya.
 Melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari t/l sosial /
melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.
 Dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan
identifikasi, akt bermain, persahabatan, perhubungan dengan rakan sebaya.

Umur Perkembangan Sosial


0-6 bulan - Senyuman sosial dan ketawa wujud
- Boleh membezakan ibu daripada orang lain

7-12 bulan - Kewujudan kebimbangan perpisahan dan di hadapan


orang baru.
- Melibatkan diri dalam referensi sosial
- Menunjukkan kasih sayang (attachment) yg kuat.
- Boleh memberi respons apabila mendengar namanya.
13- 18 bulan - Menyertai main dengan dewasa dalam keluarga,
termasuk abang dan kakak-kakak.
- Menurut arahan yang mudah
19-24 bulan - Mula boleh bertoleran dengan ketidakhadiran ibu
bapa/pengasuhnya.
2-3 tahun - Bekerjasama dan agresi instrumental( adalah satu
bentuk agresi di mana individu tersebut dengan sengaja
bertindak secara agresif untuk mencapai suatu tujuan
tertentu) wujud.
- Boleh bermain permainan sosial dengan kanak-kanak-
lain.
- Imitation, parallel and symbolic play.
3-4 tahun - Mula berusaha menjalin persahabatan
- Aktiviti bukan sosial semakin berkurang dan aktiviti
sosial bertambah.
- Bermain secara bekerjasama.
- Agresif instrumental berkurang.
- Pilihan rakan bermain sama jantina bertambah.
5-6 tahun - Kemahiran menyelesaikan masalah sosial menjadi
lebih baik.
- Mengetahui idea yang asas tentang tingkah laku yang
baik dan tidak baik.
6-8 tahun - Kefahaman keadilan berubah dari prinsip kesamaan
kepada kemurahan hati.
- Interaksi rakan sebaya menjadi lebih pro-sosial dengan
agresif fizikal berkurang.
 National Council for the Social Studies (2010)
 Ditubuhkan pada tahun 1921, National Council for the Social Studies (NCSS) adalah
persatuan profesional terbesar di negara yang hanya tertumpu kepada pendidikan
pengajian sosial.
 Telah memperkenalkan standard kurikulum pengajian sosial iaitu 10 tema.

 Definisi
“The integrated study of the social sciences and humanities to promote civic competence.”

Pengajian Sosial adalah satu pengajian bersepadu tentang sains sosial dan kemanusiaan
untuk meningkatkan kecekapan sivik.

Membekalkan kajian sistematik yang merangkumi beberapa disiplin (antrapologi, ekonomi,


geografi, sejarah dsb di samping kandungan yg berkaitan dengan kemanusiaan matematik
dan sains semula jadi).

“Social studies learning begins as children make friends and participate in decision-
making in the classroom — then it moves beyond the school into the neighborhood and
around the world.”

 Kepentingan/Keperluan Pengajian Sosial Dlm PAKK


 Perkembangan kendiri: Membina konsep kendiri dan keyakinan diri (self esteem and self-
concept)
 Kompetensi sivik dan sosial (social and civic competence)
 Konsep keupayaan sosial sebenar (knowledge-based social reality)
 Menghormati dan menghargai perbezaan etnik (appreciation and respect for human
diversity)
 Warga dunia sejagat (global citizenship)

Bidang-bidang dalam pengajian sosial awal kanak-kanak


Ekonomi

Demokrasi
Sejarah

Bidang-bidang
dalam Pengajian
Sosial Dalam
PAKK

Komunikasi Geografi

Kesamarataan
Teori Berkait Dengan Perkembangan Kompetensi Sosial

Urie Bronfenbrenner (Teori Ekologi)

Mikrosistem

 Melibatkan persekitaran yang terdekat/hampir dengan kanak-kanak di


mana mereka mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan
paling banyak masa.
 Ia meliputi keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan
persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak.
 Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan
seseorang kanak-kanak dan sebagai individu terdekat atau berhampiran
dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas
tingkah laku kanak-kanak.
Mesosistem

 perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.


 Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem akan mempengaruhi
interaksi dengan mikrosistem yang lain. Antaranya hubungan ibubapa – guru,
ibubapa-rakan, guru-rakan, antara rakan, hubungan antara pengalaman
sekolah dengan pengalaman keluarga, pengalaman sekolah dengan
pengalaman rakan sebaya.
 Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga mungkin akan
menghadapi masalah menjalinkan hubungan yang positif dengan gurunya.

Eksosistem

 Melibatkan persekitaran luar yang mana kanak-kanak memainkan peranan


secara pasif (tidak melibatkan murid secara langsung) tetapi
perkembangan mereka dipengaruhi dengan tindakan-tindakan yang diambil oleh
ahli-ahli dalam eksosistem ini.
 Contoh: Implementasi sesuatu program untuk meningkatkan pencapaian murid-
murid oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru dengan pihak sekolah.

Makrosistem

 Merujuk kepada sesuatu sistem mengenai pengaruh elemen-elemen


sosiobudaya dan kedudukan sosioekonomi terhadap perkembangan
kanak-kanak.
 Merangkumi faktor-faktor seperti jantina, etnik, adat resam, nilai-nilai
serta kedudukan sosioekonomi yang mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak.
 Contoh:
(i) Kemiskinan, salah satu aspek penting dalam makrosistem yang menghalang
perkembangan kanak-kanak juga mengurangkan keupayaan belajar
mereka.

Kronosistem

 Persekitaran yang tidak kekal dan berubah mengikut peredaran masa.


Contoh: Kehadiran ahli baru dalam sebuah keluarga membawa perubahan dan
memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.
 Perubahan keadaan dalam sesuatu tempoh masa.
Contoh
(i) Kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika
dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar
bermain di persekitaran rumah.
(ii) Prestasi kanak-kanak yang lahir dalam zaman ICT adalah berbeza dengan yang
lahir sebelum alat komputer dierkenalkan.

Jerome Brunner (Teori Penemuan)

Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan


berpandu, atau latihan penyiasatan.

Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran beliau :

 Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya.


 Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran.
 Pemikiran secara logikal.
 Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan.
 Pemikiran analisis dan intuitif.
 Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/ kategori.

Kanak-kanak didorong untuk belajar sendiri –


 Penglibatan aktif dalam penemuan konsep dan prinsip melalui penyelesaian masalah
 Membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak
Melibatkan 3 proses:
 Memperoleh informasi baharu
 Transformasi informasi
 Pengujian
Memperoleh informasi baharu
 Informasi tambahan dari informasi sebelumnya yang dimiliki seseorang
 Atau yang berlawanan dengan informasi sebelumnya
 Contoh : berkaki empat, berekor, berbulu – kucing
Transformasi informasi
 Berkaitan cara kanak-kanak menterjemahkan informasi
 Informasi yang diperoleh, kemudian dianalisis, diubah atau ditransformasikan kepada
sesuatu yang lebih abstrak agar dapat digunakan untuk hal-hal yang lebih meluas
o Contoh: berkaki empat, berekor, berbulu -
Pengujian (evaluation)
 Proses menguji kerelevanan
 Dilakukan dengan menilai cara kita memperlakukan pengetahuan tersebut sesuai dengan
prosedur yang ada
 Juga untuk melihat sejauh mana pengetahuan tersebut dapat digunakan untuk
memahami unsur lain
Peringkat Pembelajaran Dalam Teori Bruner
Tiga tahap perkembangan Kognitif

(i) Enaktif (Berasaskan perlakuan)


o berlaku pada usia 0-2 tahun
o Tahap mempamerkan pengetahuan dalam melakukan tindakan.
o pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan bahasa.
o menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah
o Bahan maujud perlu dipergunakan untuk memperolehi pengertian.
o Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api untuk mengetahuinya boleh panas dan
melecur ; melontarkan bola untuk mengetahuinya boleh melambung dan berguling.
(ii) Ikonik (berasaskan imej)
o Berlaku pada usia 2-4 tahun
o Tahap perangkuman bayangan secara visual
o Kanak-kanak melihat dunia melalui gambar atau visualisasi
o Pembelajaran mencapai peringkat sanggup membentukkan penanggapan
(persepsi) dan membina gambaran dalam mental.
o Kanak-kanak tidak memanipulasi objek secara langsung, tetapi sudah dapat
memanipulasi dengan menggunakan gambaran.
o Contoh: kanak-kanak boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia
melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya
(iii) Simbolik (Berasaskan bahasa)
o Berlaku pada usia 5-7 tahun
o Tahap memanipulasi simbol-simbol secara langsung
o Boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa, perkataan dan
formula
o Dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik
o Tidak lagi menggunakan objek/gambaran objek

Oleh itu, pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motor-sensori (enaktif) ke


peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea abstrak (simbolik).

You might also like