You are on page 1of 4

1. Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(a) Nur Izzah Athira telah menerima sijil perkhidmatan cemerlang daripada majikannya.
(b) Kita akan melaksanakan tugas menceriakan kawasan taman perumahan bersama-sama.
(c) Semenjak pihak polis melancarkan Ops Cantas Khas, kadar jenayah di negara ini semakin berkurang.
(d) Mereka menyediakan pelbagai hidangan untuk tetamu yang hadir di majlis kesyukuran atas kelahiran
anak pertama mereka.
(e) Syarikat penerbitan itu telah berjaya menggondol dua anugerah dalam pertandingan reka cipta produk
baru-baru ini.

2. Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(a) Meja kayu jati buatan Indonesia itu saya beli semasa berkunjung ke sana kerana tertarik dengan keunikan
dan kehalusan seni ukirannya.
(b) Masalah jerebu yang melanda negara sekarang disebabkan oleh pembakaran hutan di Kalimantan,
Indonesia.
(c) Penyakit kencing manis saya hidap sejak setahun yang lalu.
(d) Kebersihan di kawasan sekitar rumah perlu kita pentingkan supaya hidup lebih selesan dan bebas
daripada penyakit.
(e) Pelbagai barang berjenama dilelong oleh syarikat yang diisytiharkan muflis itu.
(f) Perbuatan merosakkan kemudahan awam telah dilakukan oleh remaja yang tidak bertanggungjawab dan
berlatar belakangkan keluarga bermasalah.

3. Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.
(a) Kehidupan dalam masyarakat majmuk memerlukan kita menghormati antara satu sama lain.
(b) Hadiah berbentuk wang tunai berjumlah ribuan ringgit ditawarkan kepada pemenang pertandingan itu.
(c) Peragawati yang tinggi lampai itu memakai pakaian rekaan fesyen terkenal.
(d) Penglibatan golongan belia dalam usaha memajukan negara seiring dengan negara-negara maju lain
dialu-alukan oleh kerajaan.
(e) Tempat menarik di kawasan pedalaman itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan dalam usaha
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menarik lebih ramai pelancong.

4. Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud
asalnya.
(a) Sesat di dalam hutan pendaki bukit itu selama seminggu sebelum dijumpai oleh pasukan penyelamat.
(b) Menjadi penyanyi popular gadis yang digilap bakatnya melalui program realiti itu.
(c) Amat membosankan jalan cerita filem yang saya tonton pada malam minggu yang lepas di pawagam.
(d) Dihukum penjara selama 10 tahun berserta lima sebatan pelaku janayah berat itu atas kesalahan merogol
kanak-kanak bawah umur.
(e) Mengadakan promosi untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam syarikat
pengangkutan awam itu.

5. Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul.
(a) Tanah runtuh di lereng bukit itu terjadi semasa hujan lebat selama tija jam pada petang tadi.
(b) Seramai tiga orang mangsa masih belum ditemui dalam kejadian bot karam di perairan Filipina.
(c) Mereka perlu berkumpul di tapak perhimpunan sebelum diarahkan masuk ke dalam Dewan Serbaguna.
(d) Syarikat tempatan itu bekerjasama dengan syarikat asing untuk memajukan kawasan peranginan.
(e) Program dokumentari yang dikendalikan oleh pengacara terkenal itu diterbitkan oleh syarikat swasta.
(f) Pelajar itu mendapat pujian kerana kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

6. Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada pola Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama +
Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN +
FSN).
(a) Pegawai baru bekerja di syarikat kewangan tersebut bekas peragawan sambilan.
(b) Doktor pakar sakit puan yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur itu dari negara jiran, iaitu Singapura.
(c) Susunan perabot di rumahnya kemas dan menarik kerana dia mengupah seorang juruhias dalaman untuk
melakukannya.
(d) Kejadian rompakan yang sering berlaku di bandar melibatkan warga asing yang mempunyai rekod
jenayah lampau dan tidak mempunyai pekerjaan.
(e) Keadaan jalan raya yang bengkang-bengkok itu menyebabkan kemalangan berlaku saban hari.
(f) Hadiah yang dibalut dengan kertas warna itu untuk abang sempena kejayaannya dalam peperiksaan SPM
baru-baru ini.

7. Pisahkan ayat di bawah kepada subjek dan predikat.


(a) Sayur -sayuran yang dijual oleh Pak Mail di pasar tani segar-bugar.
(b) Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu mengambil masa selama lapan jam.
(c) Kereta berwarna merah yang dibeli oleh ayah itu untuk abang saya yang telah berjaya mengharumkan
nama negara di persada antarabangsa.
(d) Amran berlari sekuat hatinya apabila mengetahui ayah dan ibunya terlibat dalam kemalangan di simpang
masuk kawasan perumahan mereka.

8. Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang
sesuai tanpa mengubah maksud asalnya.

Sepak takraw sejenis permainan tradisional kaum Melayu. Sepak takraw menggunakan bola rotan.
Sepak takraw wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Permainan ini menguji kecekapan
pemain untuk menyepak. Permainan ini menguji kecekapan pemainan untuk menanduk. Permainan
ini menguji kecekapan pemainan untuk melibas. Permainan ini memupuk semangat kerjasama. Setiap
pemain perlu fokus pada satu bola.
9. Cerakinkan ayat majmuk di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Pada musim cuti sekolah, Salmah membantu ibunya berniaga nasi lemak dan mengambil tempahan
membuat kuih. Salmah sedar bahawa dia bukan orang senang. Salmah harus membantu ibunya
mencari wang di samping mahu menabung untuk keperluan masa hadapan.

10. Tukarkan ayat cakap pindah dalam petikan di bawah kepada ayat cakap ajuk tanpa mengubah maksud
asalnya.

Shafika memberitahu Zaiha bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus jahitan yang dianjurkan
oleh pihak Felda pada bulan itu. Zaiha menyokong rancangan Shafika itu. Seterusnya, Zaiha
menyatakan bahawa Shafika akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Shafika
melahirkan hasratnya untuk menjadi tukang jahit terkenal pada suatu hari nanti. Zaiha menyatakan
keyakinannya bahawa Shafika mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaan
sahabatnya itu. Shafika mengucapkan terima kasih kepada Zaiha.

11. Tukarkan ayat cakap ajuk dalam petikan di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud
asalnya.

Sazali, mengapakah kau kelihatan muram sahaja? tanya Nazmi.


Pagi tadi, Cikgu Saluma tanya aku pasal yuran peperiksaan yang masih belum aku bayar, kata
Sazali dengan perasaan sayu.
Eh, bukankah kau mendapat biasiswa? Kau gunakan duit tersebut untuk membayar yuran, kata
Nazmi dengan perasaan terkejut dan hairan.
Duit biasiswa itu telah aku gunakan untuk perbelanjaan rawatan ibu aku yang dimasukkan ke
hospital baru-baru ini, jelas Sazali.
Oh, begitu! Sazali, aku cadangkan kau berjumpa dengan Cikgu Saluma dan jelaskan perkara yang
sebenarnya, kata Nazmi.
Tapi, aku takutlah Nazmi. Cikgu Saluma itu garang sangat, kata Sazali.
12. Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua perkataan yang tertinggal. Tulis ayat itu semula dengan
memasukkan dua perkataan tersebut supaya lebih gramatis.
(a) Kebijaksanaan menguruskan masa membolehkan kita tugasan dalam masa yang ditetapkan menyusahkan
orang lain.
(b) Pengorbanan yang dilakukan oleh Inta Marliana sehingga sanggup mengorbankan sendiri dibalas oleh
Jefri dengan perempuan lain.
(c) Buku-buku rujukan yang terdapat bilik belajar kelihatan tersusun rapi di atas rak abang sering
menyusunnya.

13. Nyatakan jenis ayat-ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.
(a) Wah, berseri-seri wajah engkau hari ini! kata Siti Nazirah kepada sahabat karibnya.
(b) Tolong diam kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sedang dijalankan, kata guru disiplin itu
kepada pelajar-pelajarnya.
(c) Apakah tindakan yang dikenakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran
terbuka?
(d) Banglo mewah kepunyaannya akan dijual tidak lama lagi untuk melangsaikan hutang-hutangnya.
(e) Minta bertenang semua, keputusan pertandingan pidato itu akan diumumkan sebentar sahaja lagi, kata
pengerusi majlis.

14. Nyatakan ayat-ayat di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan, atau ayat permintaan.
(a) Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada pihak urus setia.
(b) Jangan tampal sebarang poster atau iklan di sepanjang lorong ini.
(c) Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang tamu, kata Along kepada jirannya.
(d) Sila penuhkan tempat kosong di hadapan, kata pengerusi majlis kepada para hadirin yang datang.
(e) Pengguna jalan raya diminta agar tidak melalui kawasan runtuhan itu kerana berbahaya.
(f) Usah dikenang peristiwa yang pahit itu kerana perbuatan tersebut hanyalah sia-sia.

15. Nyatakan golongan kata bagi perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah sama ada kata nama,
kata kerja tak transitif, kata kerja transitif atau kata adjektif.
(a) Lori yang sarat dengan muatan itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.
(b) Pak Mat dan Mak Minah gembira menyambut kepulangan anak kesayangan mereka.
(c) Kanak-kanak yang menghidap leukemia itu kurus kering kerana hilang selera makan.
(d) Hakim mahkamah menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati mandatori.
(e) Pelajar-pelajar dari seluruh Malaysia akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara.

You might also like