You are on page 1of 25

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di negeri Perak telah mula dikenali sejak zaman-berzaman. Perusahaan seni tembikar tradisional ini masih hidup di beberapa tempat di daerah Kuala Kangsar dan di daerah Perak Tengah. Melalui kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia, maka terbentuklah tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang sebahagian besarnya disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil seni kraf tangan yang diperbuat daripada tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang sungguh berseni dan unik. Mak Yang Ani telah mengusahakan perusahaan seni tembikar tradisional ini sejak turun-temurun. Tembikar yang dihasilkan oleh keluarga Mak Yang Ani lebih dikenali sebagai Labu Sayong. Labu Sayong yang dipamerkan di gerai kraf tangan Mak Yang Ani pula terdiri daripada pelbagai saiz, corak dan warna yang cantik dan menarik. Perusahaan keluarga ini terletak di Kampung Sayong, di daerah Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Labu Sayong, maka tergambarlah akan keindahan bentuk seni labu yang berwarna kehitaman serta berkilauan. Mengikut sejarahnya, wujudnya labu hitam ini adalah daripada buah labu tua yang telah dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air minuman oleh masyarakat Melayu ketika itu. Suatu masa dahulu, labu hitam merupakan alat penting sebagai bekas menyimpan air minuman dalam majlis kenduri. Keistimewaan air yang disimpan di dalam labu hitam ini, airnya sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas. Labu Sayong juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Pembuatan Labu Sayong menekankan sifat semula jadi dengan menggunakan tanah liat yang terbaik. Mak Long Ani juga menampilkan hiasan permukaan Labu Sayong dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga corak geometri yang harmoni. Labu Sayong Mak Long Ani tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahan seninya yang unik dan menarik berasaskan nilai estetika atau keindahan barangan tembikar tersebut. 1 Apakah proses terakhir bagi menghasilkan barangan kraf tangan daripada tembikar? Diuli Diterap A C Diasap Dibakar B D Gerai Kraf Tangan Tembikar Tradisional Mak Yang Ani terletak di Negeri Perak A Perak Tengah B Kuala Kangsar C Kampung Sayong D Air minuman yang disimpan di dalam labu hitam boleh mengubati penyakit batuk jantung A C sawan selesema B D Apakah bahan utama yang digunakan untuk membuat Labu Sayong? Tanah liat Tanah merah A C Tanah hitam Tanah gambut B D Rekaan corak yang biasa terdapat pada permukaan Labu Sayong, kecuali bunga padi A pucuk rebung B pokok cengkih C corak geometri D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Datuk berkunjung ke rumah anaknya di Kuala Lumpur kerana ada janji temu dengan pihak Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan susulan penyakit batu karang yang dialaminya. Kesempatan ini digunakan oleh anak sulungnya untuk membawa datuk bersiar-siar meninjau ibu kota dengan menaiki monorel. Abang long dan datuk menggunakan perkhidmatan KL Monorel yang menghubungkan bahagian utara ibu kota dan pusat bandar Kuala Lumpur. Perkhidmatan monorel ini merentasi pusat perdagangan dan perniagaan utama, jajaran pusat beli-belah dan rangkaian hotel di Kuala Lumpur sebelum menamatkan perkhidmatannya di Kuala Lumpur Sental. Monorel itu digerakkan oleh motor elektrik yang mendapat bekalan kuasanya daripada landasan ketiga berkembar, wayar sesentuh ataupun alur berelektrik yang terpasang atau disertakan pada alang pemandu. Seorang pemandu atau juruteknik pengendali jentera yang menjadi pemandu kepada monorel tersebut. Semasa menaiki monorel, datuk tampak gembira melalui pengalaman pertamanya itu. Dalam kesempatan itu, abang long menjelaskan beberapa kebaikan apabila menggunakan monorel sebagai satu daripada perkhidmatan awan, antaranya ialah; Landasan monorel lebih murah kos pembinaannya berbanding kos pembinaan landasan konvensional dengan kapasiti yang sama. Daripada segi reka bentuk, monorel adalah sistem pengasingan aras, maka monorel tidak mengganggu bentuk pengangkutan lain di atas jalan raya. Monorel bergerak lebih senyap kerana kebanyakan monorel menggunakan roda getah di atas landasan konkrit. Tidak seperti sistem rel konvensional, monorel jenis merentang menyaluti landasannya, melindungi sistem monorel daripada tergelincir kecualilah jika landasan monorel tersebut mengalami kegagalan teruk atau roboh. Monorel bertayar getah mampu mendaki cerun yang lebih curam berbanding kereta api beroda keluli biasa. Monorel Hitachi dapat menangani kecerunan 6% pada laluannya. 1 Semasa bersiar-siar dan meninjau sekitar ibu kota, datuk menaiki bas kereta A C teksi monorel B D Di manakah datuk tinggal semasa berada di Kuala Lumpur? di rumah anak tirinya A di rumah anak sulungnya B di rumah anak angkatnya C di rumah anak bongsunya D Stesen monorel yang paling akhir di ibu kota Kuala Lumpur terletak di Bangsa Titiwangsa A C KL Sentral Bukit Nanas B D Tujuan utama datuk pergi ke rumah anaknya di Kuala Lumpur adalah untuk menaiki monorel menziarai anaknya A C melawat ibu kota mendapatkan rawatan B D Pernyataan berikut adalah benar tentang monorel, kecuali pergerakkannya lebih senyap A bergerak di atas landasan konkrit B rodanya diperbuat daripada getah C digerakkan oleh janakuasa elektrik D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Karina menemu ramah Guru Besar sekolahnya, dia ingin bertanyakan tentang program menceriakan sekolah. Yang berikut adalah perbualan Karina dengan Guru Besarnya itu. Karina : Selamat pagi, Puan Nora. Puan Nora : Selamat pagi. Boleh saya bantu awak? Karina : Saya Karina, ketua pengarang majalah Mekar sekolah. Saya ingin menemu bual puan tentang rancangan puan untuk menceriakan kawasan sekolah. Puan Nora : Boleh. Silakan, saya sedia membantu. Karina : Puan, apakah tujuan utama program menceriakan kawasan sekolah ini? Puan Nora : Sebenarnya, saya merancang dan menyusun beberapa aktiviti kumpulan untuk menceriakan kawasan sekolah. Mewujudkan persekitaran sekolah yang cantik, bersih dan ceria berkonsepkan Sekolah Dalam Taman. Karina : Siapakah yang terlibat menjayakan program Sekolah Dalam Taman ini? Puan Nora : Semua guru dan murid terlibat dalam menjayakan program ini. Seluruh warga sekolah diminta menyumbang tenaga, idea, dan wang ringgit. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga berusaha untuk mendapatkan penaja kepada program ini. Karina : Bagaimanakah program ini dilaksanakan? Puan Nora : Saya mengagihkan tugasan dan kawasan Projek Sekolah Dalam Taman kepada kelas yang telah ditetapkan. Mereka akan diketuai oleh guru kelas masing-masing. Pihak Majlis Perbandaran Besut turut menyumbangkan beraneka jenis anak pokok bunga dan pokok hiasan. Karina : Apakah harapan cikgu selaku penyelaras program ini? Puan Nora : Saya berharap murid-murid dapat menanamkan sikap bertanggungjawab menjaga keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Bagi merealisasikan program ini, pihak sekolah juga ada menyediakan pelbagai hadiah galakan bagi Projek Sekolah Dalam Taman yang dihias dengan ceria dan kreatif. Karina : Saya ucapkan terima kasih atas kesudian cikgu untuk ditemu ramah. 1 Temu ramah antara Karina dengan Puan Nora akan dimuatkan di dalam majalah kelas remaja A C murid sekolah B D Siapakah yang diberi tanggungjawab untuk mencari penaja bagi program tersebut? Guru Besar A Murid-murid dan guru-guru B Penolong Kanan Pentadbiran C Persatuan Ibu Bapa dan Guru D Sekolah yang akan menjayakan program Sekolah Dalam Taman ini terletak di Perak Kelantan A C Pahang Terengganu B D Berapa buahkah taman bunga mini akan diwujudkan di sekolah tersebut? dua buah empat buah A C tiga buah sepuluh buah B D Semua yang berikut terlibat menjayakan program Sekolah Dalam Taman, kecuali Warga sekolah tersebut A Pejabat Pelajaran Besut B Majlis Perbandaran Besut C Persatuan Ibu Bapa dan Guru D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bersempena bulan keselamatan jalan raya pada tahun 2010 ini, berbagai-bagai acara akan dijalankan seperti ceramah dan pameran tentang keselamatan jalan raya, peraduan melukis poster dan pertandingan memandu cermat. Acara-acara ini khas untuk murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Hilir Perak. Bagi pelajar-pelajar sekolah menengah, ceramah dan pameran yang telah diadakan diharapkan dapat mendisiplinkan diri dan mengamalkan nilai murni ketika berada di jalan raya. Sikap menghormati orang lain, sabar dan patuh akan undang-undang jalan raya amat penting dipraktikkan oleh semua pengguna jalan raya. Amalan baik ini juga dapat membentuk insan harmoni yang sentiasa rasional dan mengutamakan keselamatan bagi mengelakkan tragedi. Murid-murid tahap dua sekolah rendah pula dipelawa memasuki peraduan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Murid-murid yang berminat, bolehlah mendaftarkan nama kepada guru kelas masing-masing melalui borang yang telah diedarkan ke semua sekolah di daerah Hilir Perak. Segala peralatan peraduan boleh didapati daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah masing-masing. Maklumat pertandingan adalah seperti di bawah ini. Peraduan Melukis Poster (a) Tajuk : Keselamatan Di Jalan Raya (b) Kertas lukisan berukuran 35 cm x 25 cm (c) Nama, kelas dan nama sekolah ditulis di sudut atas sebelah kanan kertas lukisan (d) Semua lukisan hendaklah diserahkan kepada PPD Hilir Perak sebelum 5 Mac 2010 Peraduan Memandu Cermat (a) Diadakan pada hari Sabtu, 13 Mac 2010, pendaftaran pada pukul 8:15 pagi (b) Tempatnya di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Perak (c) Penyertaan terhad kepada 200 orang peserta yang mendaftar awal sahaja Hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan akan diberi kepada johan, naib johan dan tempat ketiga. Dua belas hadiah sagu hati serta sijil penyertaan bagi tiap-tiap peraduan. 1 Berapa jenis pertandingan yang dijalankan Sempena Bulan Keselamatan Jalan Raya? satu tiga A C dua empat B D Johan pertandingan bagi tiap-tiap kategori akan membawa pulang hamper dan sijil penyertaan A hamper dan sijil penghargaan B wang tunai dan sijil penyertaan C wang tunai dan sijil penghargaan D Berapakah jumlah penyertaan maksimum bagi peraduan Memandu Cermat? 100 orang 200 orang A C 150 orang 300 orang B D Berapa banyakkah hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur pertandingan? 12 hadiah kepada para pemenang A 15 hadiah kepada para pemenang B 24 hadiah kepada para pemenang C 30 hadiah kepada para pemenang D Berikut merupakan nilai murni yang perlu diamalkan oleh pengguna jalan raya, kecuali bersikap sabar mematuhi undang-undang A C bertimbang rasa mengabaikan lampu isyarat B D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Aktiviti Tahunan Pengakap - SK Seri Kajang Tahun 2010


BULAN Januari TARIKH 23 hingga 24 Januari 20 hingga 21 Februari 15 hingga 18 Mac 17 hingga 18 April 15 hingga 16 Mei 26 hingga 27 Jun 17 hingga 18 Julai 23 Ogos 28 September 17 hingga 19 Oktober TEMPAT Kem KARAK Kem KARAK Kem KARAK Kem KARAK Kem KARAK Kem KARAK Kem KARAK Kem Kota Raya Kem Kota Raya Kem Rimba Templer AKTIVITI TAHUNAN PENGAKAP SK SERI KAJANG Mesyuarat anggota jawatankuasa pengakap pertama di Kem KARAK, Sungai Tekala. Perkhemahan bagi menyusun/merangka program tahunan. Pendaftaran rasmi keahlian pengakap dalam Persekutuan Pengakap Malaysia. Latihan amali menyelia tadbir peralatan kem. Perkhemahan untuk persediaan Rambu Pengakap Kelana peringkat daerah dan peringkat negeri. Gotong-royong membersihkan persekitaran kem. Latihan Abselling (latihan turun dari kawasan atau tempat tinggi dengan menggunakan tali). Mengenal alam flora dan fauna di kawasan perkhemahan. Latihan dan bengkel membuat gajet dan Latihan Kepung. Tunjuk cara Latihan Kepung mengikut kumpulan kecil. Pertandingan membuat gajet terbaik dan kreatif. Mesyuarat dan bengkel kepimpinan pengakap. Kerja amal membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan persekitaran kem. Latihan Ulangan Pertolongan Cemas. Kembara Mengharungi Sungai River Tracking. Membersihkan laluan program kembara (Sungai Tekala). Menghantar wakil ke perhimpunan pengakap di Kem Kota Raya dalam Program Pengakap Kelana Negeri Selangor. Mesyuarat Pemimpin Kelana, Pesuruhjaya Perhimpunan Krew Kelana Selangor dan Pertandingan Kecekapan. Perhimpunan Krew Pengakap Kelana Selangor. Setiap unit pasukan menyiapkan peralatan, kemudahan dan gajet. Anugerah Lencana Perak Pasukan Gerak Khas Cergas.

Februari

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos September Oktober

Pada tahun 2010, kegiatan Pengakap SK Seri Kajang berjalan selama 9 bulan 11 bulan A C 10 bulan 12 bulan B D Bilakah dijalankan kerja membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes? 25 Jun 2010 27 Jun 2010 A C 26 Jun 2010 28 Jun 2010 B D SK Seri Kajang telah menjalankan aktiviti tahunan pengakap selama 20 hari 22 hari A C 21 hari 24 hari B D Ahli Pengakap SK Seri Kajang menjalankan aktiviti cinta akan alam sekitar pada bulan April dan Jun Jun dan Ogos A C Mei dan Julai Julai dan Oktober B D Pilih kenyataan yang benar tentang aktiviti yang dijalankan oleh Pengakap SK Seri Kajang Januari - program kembara tahunan A April - latihan menuruni kawasan bukit B Julai - kembara menyeberangi sungai C Ogos - mesyuarat pewakilan pengakap D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

6
No. 125, Jalan Delima 6, Taman Batu Berendam, 68100 Alor Gajah, Melaka. 12 Mei 2010.

Menemui sahabatku Rashidah yang diingati selalu, semoga saudari sekeluarga di Shah Alam berada dalam keadaan sihat hendaknya. Saya dan keluarga saya di sini sihat sejahtera. Saudari, Saya ingin berkongsi pengalaman dengan saudari. Pada minggu lalu, saya berpeluang mengunjungi ekspo kebudayaan yang diadakan di Bandar Hilir, Melaka. Saya berkesempatan menonton persembahan kuda kepang. Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi serapah untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda kepang tersebut. Beliau menggunakan telur ayam mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda mengikut rentak dan irama lagu ketika itu. Apabila irama muzik menjadi lebih rancak, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Mereka melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti pesilat yang sedang bertarung di gelanggang. Penari-penari mampu menari selama dua jam. Mereka seolah-olah menunggang kuda betul sehingga mengalami keadaan bersawai atau "naik syeh". Jika pergerakan penari-penari tidak dapat dikawal, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawalnya yang berada pada setiap penjuru gelanggang untuk menangkap mereka. Pengawal akan merebahkan mereka ke tanah, seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka. Sebenarnya banyak lagi yang hendak saya ceritakan tentang ekspo kebudayaan negeri Melaka kepada saudari. Saya akan bercerita lagi pada warkah yang akan datang. Akhir kalam, sambutlah salam mesra daripada saya buat saudari sekeluarga. Sekian, terima kasih. Sahabatmu yang ikhlas,

Nur Nazirah Rosli


1 Pertunjukan tarian kuda kepang biasanya dijalankan di kawasan yang sunyi lawas A C padat sempit B D Di manakah sahabat pena Nur Nazirah binti Rosli tinggal? Alor Gajah Bandar Hilir A C Shah Alam Batu Berendam B D Pernyataan berikut ada kaitannya dengan persembahan kuda kepang, kecuali jampi danyang A C ekspo menurun B D Apakah benda yang dibakar oleh Tok Bomoh sebelum memulakan tarian kuda kepang? telur rumput A C bunga kemenyan B D Apakah harapan dan janji penulis kepada sahabatnya melalui surat yang bertarikhnya itu? bersua muka bertegur sapa A C berutus surat berkirim salam B D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti sekolah yang lalu, Husna sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi. Berikut merupakan maklumat yang telah tercatat di dalam diarinya. Marilah kita berkongsi pengalaman dengannya. 13 Mac 2010 (Sabtu) Bertolak dari Teluk Intan ke Pulau Langkawi pada pukul 7:30 pagi. Setelah tiga jam perjalanan, melalui Lebuhraya Utara Selatan tiba di Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol, Perak. Bersarapan roti telur kuah banjir dan sirap limau ais. Setibanya di Hentian Rehat dan Rawat Gurun, Kedah, segera menunaikan solat. Meninjau-ninjau gerai untuk mencari makanan yang berkenan di hati. Setelah hajat tertunai, perjalanan diteruskan. Pukul 4:00 petang, tiba di Jeti Kuala Perlis. Setengah jam kemudian, menaiki feri untuk ke Pulau Langkawi. Kira-kira sejam perjalanan, tiba di Jeti Kuah, Langkawi. Daftar masuk hotel dan menginap di Hotel Legenda. 14 Mac 2010 (Ahad) Selepas bersarapan, dibawa ke Taman Legenda. Di sini terdapat pelbagai replika tentang peristiwa bersejarah yang berlaku di pulau ini. Percutian tambah menarik, dibawa menjelajahi tiga buah pulau terkemuka di sini dengan menaiki bot. Penjelajahan hampir empat jam di Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, dan Pulau Beras Basah. Destinasi yang turut dilawati ialah Laman Padi, Taman Buaya dan kemuncaknya berada di Underwater World. 15 Mac 2010 (Isnin) Selepas sarapan, melawat Telaga Tujuh, Makam Purba, Beras Terbakar dan Makam Mahsuri. Di Makam Mahsuri, dijual pelbagai jenis cenderamata dan pakaian dengan harga yang berpatutan. Beredar pula ke tanah tinggi menaiki Kereta Kabel Langkawi. Gayat, kagum dan terpegun namun, amat menyeronokkan. Menyusur destinasi tumpuan pelancong, gerbang belibelah, gedung coklat terkemuka. Ratusan ringgit dibelanjakan untuk membeli coklat yang beraneka jenis sebagai buah tangan untuk saudara mara, rakan dan taulan. 16 Mac 2010 (Selasa) Bersarapan hari terakhir di hotel. Menaiki teksi, mengunjungi semula pekan Kuah. Rasanya belum puas berbelanja, membeli-belah sakan pagi ini. Membeli pinggan mangkuk, beg bagasi beroda, cadar, kain batik sarung, minyak wangi, segala-galanya mahu diborong. Ribuan ringgit dilaburkan sempena Cuti-cuti Malaysia kali ini. Selepas makan tengah hari, berangkat ke Jeti Kuah untuk mengakhiri percutian. Beg telah beranak, daripada empat menjadi lapan. Selamat tinggal Langkawi, ada rezeki pasti datang lagi. 1 Berpandukan diari penulis, bilakah dia dan keluarganya makan tengah hari? pukul 1:00 petang pukul 3:00 petang A C pukul 2:00 petang pukul 4:00 petang B D Berapa lamakah penulis dan keluarganya bercuti di Pulau Langkawi? 2 hari 4 hari A C 3 hari 5 hari B D Semasa perjalanan ke Langkawi, penulis melalui negeri-negeri berikut, kecuali Perlis Selangor A C Kedah Pulau Pinang B D Masa yang telah diambil oleh penulis untuk sampai di Jeti Kuah, dari rumahnya selama 1 jam 10 jam A C 9 jam 12 jam B D Apakah cenderahati penulis kepada rakan-rakannya sekembalinya dari Pulau Langkawi? beg coklat A C cadar biskut B D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Di hujung sebuah negeri, tinggal seorang lelaki yang digelarkan oleh orang kampung dengan nama Pak Belalang. Dia digelarkan dengan nama sedemikian kerana sifatnya yang gemar makan tetapi malas amat bekerja. Sehari-harian dia duduk diam di rumahnya sahaja dan selalu menghabiskan masa dengan tidur bangun sepanjang waktu. Kadang-kadang kalau dia tidur jauh malam, petang baru bangun. Kekadang awal petang dia sudah tidur dan bangun tengah hari keesokan harinya. Begitulah rutin harian Pak Belalang. Pak Belalang selalu menjadi buah mulut orang kampung kerana sifat malasnya itu. Namun begitu, atas perasaan belas kasihan kepada Pak Belalang, orang kampung selalu juga menghantar makanan ke rumahnya. Kalau dihantar sepinggan nasi berserta nasi tambahnya, sekejap saja licin dimakannya, sampai ikan pun tidak tinggal kepala. Kalau dihantar tiga biji durian, ketiga-tiga habis dibelah dan dimakannya. Itu pun mujur butir durian tidak boleh ditelan. Kalau dihantar beberapa biji kelapa muda, nescaya tinggal sabut dan tempurunglah akhirnya. Sesetengah orang kampung geram akan perangai Pak Belalang itu. Bekerja malas sangat, makan rajin, kata mereka. Sesetengahnya pula merungut, Bekerja tidak, makan kuat. Namun, Datuk Penghulu menasihati orang kampung supaya bersabar dan mendoakan agar Pak Belalang berubah suatu hari nanti. Kasihanilah anak Pak Belalang itu. Kalau Pak Belalang malas bekerja, kita harus membantu supaya anaknya tidak mati kebuluran, kata Datuk Penghulu. Lagi pun, kita tidak tahu nasib baik atau buruk seseorang. Jangan mudah menghina seseorang. Siapa tahu besokbesok mungkin dia menjadi orang mulia, ujar Datuk Penghulu itu lagi. Pak Belalang tinggal berdua dengan anak lelakinya itu sahaja. Isterinya sudah lama meninggal dunia. Belalang seorang budak yang rajin. Mujurlah dia tidak menuruti perangai malas bapanya itu. Tiap-tiap hari, pagi-pagi lagi Belalang sudah turun dari rumahnya. Dia pergi menolong orang kampung untuk melakukan apa-apa saja pekerjaan. Dia pandai memanjat pokok kelapa. Pandai melakukan kerja di sawah dan di kebun. Pandai menyirat jala dan pukat yang koyak. Orang kampung simpati dengan nasib Belalang. Oleh sebab Belalang adalah seorang budak yang ringan tulang, orang kampung selalu memberikan upah kepadanya. Dia mendapat upah makanan dan kadang-kadang mendapat upah berupa wang ringgit. Apabila pulang ke rumahnya, jikalau tiada makanan, Belalang akan memasak apa-apa makanan untuk bapanya. 1 Apakah yang dilakukan oleh Pak Belalang setiap hari? Tidur dan baring Tidur dan bangun A C Makan dan tidur Makan dan minum B D Apakah sikap yang kurang disenangi oleh orang kampung terhadap Pak Belalang? Culas Biadab A C Boros Sombong B D Siapakah yang menjadi ketua di kampung Pak Belalang itu? Raja Sultan A C Lanun Penghulu B D Belalang rajin menolong orang kampung melakukan kerja-kerja seperti di bawah, kecuali menuai padi membasuh kain A C menyirat pukat menebas rumput B D Perumpamaan yang amat sesuai dikaitkan dengan sikap Pak Belalang dan anaknya ialah Bagai kuku dengan isi A Bagai aur dengan tebing B Bagai langit dengan bumi C Bagai dihiris dengan sembilu D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
73, Masjid Baharu, Sungai Tungku, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Ketua Pengarah, Pejabat Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN), 36000 Teluk Intan, Perak. Tuan, KEGIATAN MEMBURU BINATANG SECARA HARAM

10 Jun 2010.

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, (JKKK) Kampung Sungai Tungku, memohon agar pihak PERHILITAN dapat mengambil tindakan drastik terhadap pemburu yang memburu binatang secara haram di hutan yang berhampiran kampung kami. 2. Sejak akhir-akhir ini, kegiatan memburu binatang yang dilindungi di hutan itu semakin menjadijadi. Kami mengesyaki pemburu-pemburu tersebut terdiri daripada orang luar dan memburu binatang secara haram. Mereka berburu tidak kira waktu, kekadang dari pagi hingga ke malam. Beberapa orang penduduk kampung terserempak dengan mereka ketika mencari rotan, damar, dan hasil-hasil hutan. 3. Pemburu itu kelihatan takut-takut apabila terserempak dengan penduduk kampung. Di samping itu, tingkah laku pemburu-pemburu itu amat mencurigakan kerana mereka hanya memburu pelanduk dan rusa. Tiga hari yang lalu, kami telah terserempak dengan pemburu yang sedang mengandar rusa dan pelanduk untuk dibawa keluar dari hutan semasa kami memikat ayam hutan. 4. Saya amat bimbang jika kegiatan ini tidak dikawal, banyak haiwan akan dibunuh. Tambahan pula, haiwan-haiwan yang diburu itu merupakan haiwan yang dilindungi. Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan dapat menyiasat perkara tersebut supaya haiwan-haiwan berkenaan tidak diancam kepupusan akibat kerakusan manusia. Kami juga sedia memberi kerjasama jika pihak tuan memerlukan bantuan. 5. Saya berharap semoga pihak tuan dapat mengatasi kegiatan pemburuan haram ini dengan segera. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan sangat kami hargai. Sekian. Terima kasih. Saya yang benar,

Md. Ramli
(MD. RAMLI BINSABRAN) Setiausaha, JKKK, Kampung Sungai Tungku.

Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penulis dalam suratnya itu? Perasaan marah Perasaan gembira A C Perasaan kecewa Perasaan bimbang B D Selain binatang buruan, apakah khazanah hutan yang dapat dijadikan sumber rezeki? Rotan Kemeyan A C Bakau Cendawan B D Pelanduk ialah binatang yang dilindungi, apakah nama lain bagi pelanduk? Kijang Seladang A C Landak Sang Kancil B D Bilakah penulis dan kawan-kawannya terserempak dengan pemburu di dalam hutan tersebut? 5 Jun 2010 11 Jun 2010 A C 7 Jun 2010 13 Jun 2010 B D Pemburu yang berburu di hutan berhampiran kampungnya digelar Pemburu Haram kerana berburu tanpa lesen berburu tanpa permit A C berburu tanpa waran berburu tanpa pasport B D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

10

Anak Malaysia
Berkayuh kolek ke Tasik Cini, Kolek dikayuh Si Dara sunti; Teguh berdiri kami di sini, Gagasan murni semat di hati. Pucuk meranti jual di Maran, Dagangan orang dari kuala; Zaman kini penuh cabaran, Maruah bangsa tetap dibela. Duduk bersembang di ruang tamu, Sambil makan buah berangan; Anak watan anak berilmu, Kedaulatan negara jadi sanjungan. Terbentang luas sawah petani, Padi menguning cantik di mata; Mengalir keringat kami di sini, Di bumi Malaysia bumi tercinta. Bakul diletak di dalam talam, Talam berisi buah delima; Anak Malaysia di serata alam, Membawa misi mencipta nama.

Melalui hasil pena penulis dalam puisinya, beliau berhasrat hendak membela maruah diri maruah bangsa A C maruah negara maruah keluarga B D Pada rangkap keempat puisi, penulis telah menunjukkan semangat toleransi muafakat A C muhibah patriotisme B D Namakan alat yang digunakan oleh penulis ketika dia berada di Tasik Cini? Bot Rakit A C Feri Perahu B D Baca dan hayati kelima-lima rangkap puisi di atas. Nyatakan apakah tema yang paling sesuai bagi puisi tersebut? Cabaran Hidup Anak Bumi Bertuah A C Semangat Perwira Tanah Tumpah Darahku B D Puisi yang diilhamkan oleh anak Malaysia ini telah mengaitkan tentang benda-benda yang ada di persekitarannya, kecuali tentang buah tentang haiwan A C tentang sayur tentang kenderaan B D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

11

TANJUNG MALIM, Ahad, 14 Mac 2010 Pasukan Seri Besout telah menjuarai pertandingan futsal yang diadakan di Gelanggang Rumah Rehat Sungkai. Dalam perlawanan akhir itu, pasukan Seri Besout bertemu dengan pasukan Trolak Selatan. Kedua-dua pasukan telah mempamerkan kehebatan masing-masing dan saling berbalas serangan. Namun demikian, pasukan Seri Besout berjaya mencuri ruang untuk membenamkan pasukan lawan dengan jaringan gol pada minit kesebelas separuh masa pertama perlawanan. Jaringan tunggal itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. Kejuaraan kali ketiga berturut-turut ini menjadikan pasukan Seri Besout terbukti gah di kawasan Sungkai dan Tanjung Malim. Dengan kemenangan itu, pasukan Seri Besout merangkul sebuah piala pusingan, wang tunai berjumlah RM1,000.00, piala iringan, serta satu set jersi untuk setiap pemain manakala, pasukan Trolak Selatan yang terpaksa berpuas hati sebagai naib juara menerima hadiah wang tunai berjumlah RM750.00, piala iringan, serta satu set jersi untuk setiap pemain. Bagi tempat ketiga dan keempat, setiap pasukan membawa pulang piala iringan dan wang tunai berjumlah RM500.00 dan RM300.00 sebagai ganjaran. Semua hadiah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tanjung Malim. Terdahulu, pertandingan futsal ini telah dianjurkan oleh Persatuan Belia 4B (Malaysia) Cawangan Felda Besout. Menurut Encik Mat Som Abdul Rani, iaitu Pengerusi Persatuan Belia 4B (Malaysia) Cawangan Felda Besout, pertandingan pada tahun ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian berbanding hanya 15 pasukan pada tahun lalu. Namun demikian, dua pasukan yang bertanding pada tahun lepas tidak menyertai pertandingan pada tahun ini. Pertandingan futsal ini berlangsung sejak awal pagi lagi dan berakhir pada pukul 6:30 petang. Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tanjung Malim, Yang Berhormat Datuk Malek Redzuan turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang. Dalam ucapan ringkas beliau, beliau amat mengalu-alukan sebarang kegiatan yang berfaedah untuk belia di kawasan tersebut. Beliau berjanji akan menghulurkan penajaan berbentuk piala dan wang tunai bagi tujuan penganjuran sukan seumpama ini pada masa-masa akan datang. Beliau juga berharap agar lebih banyak persatuan belia aktif menganjurkan kegiatan sukan dan aktiviti riadah yang lain seperti sepak takraw dan boling dan memancing.

Pihak manakah yang telah mengelolakan pertandingan futsal ini? Persatuan Belia Seri Besout. A Persatuan Belia Felda Besout. B Persatuan Belia Trolak Selatan. C Persatuan Belia Tanjung Malim. D Kejohanan futsal kali ini telah menawarkan wang tunai berjumlah RM1,750.00 RM2,250.00 A C RM2,050.00 RM2,550.00 B D Frasa terbukti gah dalam petikan di atas membawa maksud nyata kuat nyata bangga A C nyata handal nyata mashyur B D Aktiviti riadah yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Datuk Malek Redzuan, kecuali boling memancing A C bola sepak sepak takraw B D Pertandingan futsal yang dikelolakan oleh pihak penganjur telah menyaksikan penyertaan 9 pasukan baharu 15 pasukan baharu A C 11 pasukan baharu 24 pasukan baharu B D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

12

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun, ini disebabkan negara kita terletak dalam kawasan Khatulistiwa. Iklim negara Malaysia yang stabil sepanjang tahun membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan tropika. Buah-buahan tropika ini pula boleh dikelaskan kepada dua kategori, iaitu buah-buahan bermusim dan buah-buahan tidak bermusim. Sebahagian daripada buah-buahan tropika ini ditanam secara komersial bagi menambahkan hasil pendapatan negara. Sebahagiannya pula ditanam untuk keperluan penduduk tempatan yang dikenali sebagai buah-buahan tempatan. Berikut adalah buah-buahan tempatan yang biasa dan banyak ditanam di Malaysia. Buah durian yang juga dikenali sebagai raja buah-buahan sangat popular kerana buah ini dapat dimakan segar sebaik sahaja jatuh dari pokoknya. Isinya yang lemak-lemak manis sangat digemari oleh masyarakat Malaysia. Buah durian dapat dijadikan tempoyak, lempok dan perasa dalam makanan seperti aiskrim. Bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, pengambilan buah durian secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan. Jambu batu atau nama saintifiknya psidium guajava ditanam secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980. Jambu batu ditanam secara komersil di Perak, Johor, Selangor dan Pahang. Jambu batu dapat dimakan segar atau sebagai pencuci mulut. Jambu batu juga boleh diproses untuk dijadikan jus, puri, dan jem. Kawasan utama tanaman mangga atau mempelam ialah di Perak, Perlis dan Kedah. Walaubagaimana pun, mangga juga ditanam secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain. Mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerana rasanya yang enak, manis serta harum. Mangga sangat popular sebagai hidangan pencuci mulut dalam kalangan rakyat Malaysia. Rambutan pula ditanam dengan meluas di negeri Perak, Pahang, Kedah, dan Kelantan. Buah rambutan dapat dimakan segar, dijadikan jeruk dan jem. Kini, buah rambutan dapat dijadikan makanan ringan untuk dinikmati pada bila-bila masa. Perkara ini terbukti melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang telah dijalankan oleh pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sik, Kedah Darul Aman, dalam menghasilkan snek rambutan melalui kaedah goreng secara vakum menggunakan isi buah rambutan tersebut. Manggis pula banyak ditanam di negeri Johor, Kelantan, Perak, dan Selangor. Buah manggis terkenal kerana rasanya yang manis, sedap dan enak dimakan segar. Buah manggis mempunyai kulit yang tebal, isinya berwarna putih. Kulit manggis mempunyai pewarna dan getah pada kulit manggis sukar hilang sekiranya terkena pada pakaian.

Berikut merupakan buah-buahan tempatan yang bermusim, kecuali betik manggis A C pulasan cempedak B D Bahan apakah yang sesuai dimasukkan ke dalam gulai ikan patin? jus lempok A C jem tempoyak B D Buah apakah jika diambil berlebihan boleh memudaratkan pesakit darah tinggi? jambu mangga A C durian manggis B D Negeri manakah yang menjadi pengeluar utama buah-buahan tropika? Johor Kedah A C Perak Kelantan B D Buah-buahan tempatan sesuai dijadikan perasa aiskrim, antara perasanya ialah perasa jambu perasa manggis A C perasa durian perasa rambutan B D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

13

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang penting dalam era global terutamanya kepada golongan remaja. Telefon bimbit sudah menjadi satu bentuk perhiasan diri yang harus dimiliki oleh semua remaja. Kecanggihan telefon bimbit sering menarik minat remaja sehingga ada yang sanggup menahan lapar atau bekerja sambilan ketika cuti sekolah semata-mata untuk mendapatkan telefon bimbit yang lebih baik. Kebaikannya, kita dapat berkomunikasi dengan mudah jika memiliki telefon bimbit. Hubungan antara ibu bapa, kaum keluarga, kawan-kawan dan sebagainya menjadi lebih akrab kerana telefon bimbit mempunyai kelebihan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh perbualan cara tradisi yang kita amalkan. Konsep sistem pesanan ringkas (SMS) yang unik bersamasama dengan ikon dan lagu atau irama muzik menjadikan penggunaan teknologi ini ketika berinteraksi begitu romantik. Impak yang sering dikaitkan dengan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja adalah kos sara hidup akan bertambah. Sikap suka menggunakan telefon dengan berbual-bual dalam jangka masa yang lama menyebabkan mereka terpaksa membayar bil telefon yang tinggi. Keadaan ini mungkin memaksa mereka mencari wang yang lebih. Ada antara remaja yang terpaksa beralih ke arah cara yang negatif seperti sanggup menipu ibu bapa dan mencuri. Tambahan pula, penggunaan telefon bimbit menyebabkan para remaja tidak dapat memberikan tumpuan dalam pelajaran mereka. Segelintir remaja terutamanya yang masih belajar telah menggunakan telefon bimbit untuk berbalas-balas pesanan ringkas (SMS) dalam jangka masa yang lama sehingga melalaikan mereka. Akibatnya, banyak pelajar yang terjejas prestasi pelajaran mereka kerana terlalu leka menggunakan telefon bimbit pada perkaraperkara yang tidak sepatutnya. Konklusinya, telefon bimbit haruslah dikawal penggunaannya terutama kepada remaja. Ibu bapa harus menegur dan memarahi anak mereka yang keterlaluan menggunakan teknologi ini. Namun, dalam masa yang sama penggunaan telefon bimbit ini turut memberi satu dimensi baharu kepada hubungan keluarga. Mungkin remaja harus lebih bijak dalam kemelut ini supaya mereka tampak lebih berkarisma.

Apakah nilai murni yang cuba disampaikan oleh penulis kepada para remaja? Amanah Pemutah A C Berdikari Bijaksana B D Apakah masalah yang sering dihadapi oleh remaja yang menggunakan telefon bimbit? Talian Teknologi A C Liputan Kewangan B D Frasa mungkin remaja harus lebih bijak dalam kemelut ini bermaksud berfikir bukan bertindak A bertindak sebelum berfikir B berfikir sebelum bertindak C bertindak berfikir serentak D Apakah keistimewaan telefon bimbit kepada golongan remaja pada zaman moden ini? Memupuk perpaduan A Melahirkan kemesraan B Mengeratkan silaturahim C Memudahkan komunikasi D Maklumat berikut dapat diterima atau dihantar menggunakan telefon bimbit, kecuali duit berita A C lagu gambar B D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

14

Salam sejahtera, salam pembuka tirai perbahasan. Yang saya hormati, Tuan Pengacara Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pencadang. Saya selaku pembangkang kedua tetap menentang tajuk perbahasan kita pada hari ini, iaitu Nuklear Membawa Banyak Keburukan kepada Manusia Sejagat. Apabila kita bercakap tentang nuklear, maka terbayanglah kita akan negara-negara maju yang begitu hebat menguasai bidang ilmu nuklear ini seperti Amerika Syarikat, Rusia, Perancis dan Jerman. Sebenarnya banyak perkara yang dapat kita kupas tentang kebaikan nuklear dalam kehidupan manusia. Tunggu gegaran hujah-hujah saya seketika nanti. Meniti hujah saya yang pertama, penggunaan teknologi nuklear di Malaysia merangkumi kegiatan dalam pelbagai sektor sosio ekonomi seperti pertanian, perindustrian, pembuatan, kejuruteraan bermotor dan pengurusan alam sekitar. Dalam sektor pertanian pula penggunaan pancaran nuklear dapat menghasilkan baka tanaman yang lebih baik. Produk yang dihasilkan melalui baka yang terbaik mampu meraih pendapatan yang berganda di samping hasil yang tinggi dan bermutu. Justeru, masalah kekurangan bahan makanan dunia juga dapat diatasi. Hujah saya yang seterusnya, jika negara kita terus bergantung kepada minyak bagi menjana elektrik sedangkan harga komoditi itu terus meningkat, kerajaan pasti tidak ada pilihan melainkan terpaksa menaikkan kadar tarif elektrik. Penggunaan minyak menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan kadar tarif elektrik yang tinggi selain meningkatkan kos operasi sektor perkilangan dan pembuatan. Bagi menggantikan minyak, tenaga nuklear dilihat pilihan terbaik kerana sumber ini lebih murah dan mesra alam. Dalam bidang perubatan pula, sinar gama daripada bahan radioaktif digunakan untuk mengesan ketumbuhan dalam badan dan bagi merawat penyakit barah. Di samping itu, sinaran gama juga digunakan untuk mensterilkan alat-alat perubatan dan ubat-ubatan. Sinar-X telah banyak membantu doktor mengesan berbagai-bagai jenis penyakit dan seterusnya melakukan rawatan susulan dengan lebih mudah dan memberi kesan yang lebih baik. Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, jelaslah bahawa kemajuan nuklear lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan kepada manusia sejagat, adalah benar. Perkara ini bukan khayalan tetapi kenyataan. Sekian, terima kasih. 1 Penggunaan teknologi nuklear di Malaysia lebih bertumpu kepada bidang pertanian perubatan A C perikanan perhutanan B D Dalam pertandingan bahas yang diadakan, penulis merupakan peserta yang kedua keempat A C ketiga kelima B D Dalam sektor pertanian, pancaran nuklear digunakan untuk menghasilkan baja tanaman terbaik A baka tanaman terbaik B racun tanaman terbaik C spesies tanaman terbaik D Frasa mensterilkan alat-alat perubatan dan ubat-ubatan membawa maksud bersih dan bebas daripada sakit A bersih dan bebas daripada kuman B bersih dan bebas daripada penyakit C bersih dan bebas daripada jangkitan D Berdasarkan petikan, bidang-bidang berikut menggunapakai teknologi nuklear, kecuali bidang pertanian bidang perfileman A C bidang perubatan bidang permotoran B D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

15

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan para hakim yang adil lagi bijaksana serta rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini saya akan meneruskan perjuangan rakan-rakan saya dan tetap mendokong tajuk syarahan yang berbunyi Belajar Bersendirian Lebih Baik daripada Belajar Berkumpulan. Sebagai pihak pencadang, saya tetap mengatakan bahawa Belajar Bersendirian Lebih Baik daripada Belajar Berkumpulan. Berfokuskan hujah saya yang pertama, sekiranya kita belajar berseorangan, kita akan dapat menumpukan lebih banyak masa pada pembelajaran kerana tiada sebarang gangguan. Sebaliknya, jika belajar berkumpulan tentulah kita asyik berbual-bual kosong dan bergembira. Aktiviti sebegini hanya membuang masa sahaja. Meniti hujah saya yang kedua, dengan belajar secara bersendirian juga, kita akan dapat menguruskan masa dengan tepat dan sempurna melalui jadual yang kita sediakan sendiri. Kita bebas membuat ulang kaji dan menelaah pelajaran. Tetapi berlaku sebaliknya, kita terpaksa menunggu rakan-rakan yang lambat datang jika belajar berkumpulan. Jelas di sini, masa kita bazirkan begitu sahaja, sedarkah pihak pembangkang bahawa Masa Itu Emas? Hujah mantap saya yang ketiga, jika kita belajar bersendirian, kita bebas ke mana-mana sahaja untuk belajar atau mengulang kaji, tanpa sebarang gangguan atau halangan daripada orang lain yang mempunyai cita rasa dan kemahuan sendiri. Perkara ini dapat menimbulkan masalah untuk menentukan tempat belajar. Jika tempat tidak sesuai, pembelajaran juga kurang memberi kesan. Impaknya yang diperoleh juga minimum. Hujah saya seterusnya, belajar secara bersendirian dapat melatih kita berdikari. Kita boleh membuat rujukan sendiri sekiranya ada pelajaran yang kita kurang faham. Sebaliknya, jika belajar berkumpulan, kita sering inginkan pandangan daripada orang lain. Lebih buruk lagi terdapatnya rakan yang hanya menerima pandangan orang lain tetapi dia sendiri tiada menyumbang apa-apa maklumat kepada kumpulannya. Hujah kami tidak terhenti di sini, rakan terakhir saya nanti akan terus menghangatkan suasana dan menggegarkan pentas perbahasan ini. Andaikata terselit bicara yang mencuit rasa, maaf jua yang dipinta. Sekian, terima kasih. 1 Apakah peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan kejayaan seseorang murid? Bulat hati Ringan tulang A C Anak emas Ayam tambatan B D Mengapakah masa akan terbuang begitu sahaja apabila belajar secara berkumpulan? Kerana masa belajar kita menulis A Kerana masa belajar kita melamun B Kerana masa belajar kita membaca C Kerana masa belajar kita asyik bersembang D Mengapakah belajar sendiri dikatakan dapat mengurus masa kita dengan tepat? Kerana tiada orang yang mengarahkan kita A Kerana jadual waktu telah tercatat aktivitinya B Kerana masa belajar kita yang tentukan sendiri C Kerana jadual belajar kita telah mereka tentukan D Perkataan halangan dalam petikan di atas dapat dipadankan dengan usikan hebahan A C sekatan pedoman B D Siapakah yang menyediakan teks dan menyampaikan hujah perbahasan di atas? Pencadang pertama Pencadang ketiga A C Pencadang kedua Pencadang keempat B D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

16

Sebulan yang lalu, aku mencuba nasib menghantar borang penyertaan teka silang kata kepada sebuah syarikat akhbar tempatan. Tidak kusangka-sangka, aku memenangi pertandingan teka silang kata anjuran syarikat akhbar tersebut. Aku akan menerima hadiah sebuah komputer riba. Aku perlu ke ibu kota untuk menerima hadiah tersebut. Bapa menghantar aku ke Stesen Bas Gerik. Bas Ekspres Sanny dua tingkat berwarna merah mula dipandu meninggalkan Stesen Bas Gerik membelah kesunyian malam. Aku terus bersandar pada kusyen bas yang empuk itu sambil membayangkan saat dan detik gembira apabila aku menerima hadiah nanti. Tiba-tiba bas yang aku naiki berhenti secara mengejut di tengah-tengah hutan tebal. Ruparupanya tayar bas yang aku naiki pancit. Aku bersama-sama penumpang lain turun dari perut bas. Aku pergi jauh sedikit daripada penumpang lain kerana hendak membuang air kecil. Ketika itu, pemandu bas dan pembantunya sedang sibuk menggantikan tayar bas yang pancit itu. Dalam kepekatan malam, aku ternampak satu cahaya merah. Aku menghampiri cahaya tersebut. Perlahan-lahan aku berjalan ke arah cahaya tersebut tetapi cahaya merah itu ghaib dengan serta-merta. Berbekalkan lampu picit mini yang ada padaku, aku dapat melihat sekitar tempat tersebut. Aku berdiri di hadapan pintu sebuah gua. Meremang bulu romaku. Dalam pada itu, aku dapat melihat beberapa tengkorak dan rangka manusia yang bergelimpangan. Aku membilang satu, dua, tiga, empat, lima. Lima topi besi dan sebilah pedang samurai turun berada di sisi tengkorak manusia itu. Beberapa biji pinggan dan gelas lama bertaburan di sana sini. Ada yang masih elok dan ada yang sudah pecah. Aku cuba memasuki gua tersebut, aku turut menemui beberapa laras senapang lama. Wah, seronoknya hatiku!, Aku telah menjumpai artifak yang sangat berharga. Tiba-tiba seekor ular tedung sela sebesar lengan Malek Noor, jaguh bina badan Asia itu jatuh betul-betul di atas bahu kiriku. Aku terpaksa bergelut dengan ular berbisa itu untuk menyelamatkan diri. Pergelutan itu berhenti secara tiba-tiba apabila ibuku menyentuh kakiku. Sudin! Sudin! Sudin ... mengapa menjerit malammalam buta ni, ujar ibuku. Tiga kali namaku diterjahnya, membuatkan aku terjaga daripada lamunan mimpi ngeri itu. Aku terus masuk ke bilikku. Ibu menutup televisyen yang masih terpasang. Aku perlu rehat yang secukupnya kerana besok aku akan ke ibu kota dengan menaiki Bas Ekspres Sanny dua tingkat yang baharu dan berpendingin hawa laa ... pulak. Kegirangan di hatiku terserlah kembali. Aku merebahkan badanku di atas tilam bujang yang nipis sambil tersenyum simpul mengimbas kembali mimpi ngeri bersulamkan kelucuan yang singgah seketika mencuri waktu tidurku sebentar tadi. Oh, seronok juga sesekali dilamun mimpi! 1 Mengapakah aku mesti pergi ke ibu kota pada tarikh yang telah ditetapkan? Hendak makan angin sempena cuti sekolah A Hendak menuntut hadiah sebuah komputer riba B Hendak menaiki bas ekspres baharu dua tingkat C Hendak menyertai pertandingan teka silang kata D Adakah peristiwa yang dialami oleh penulis itu benar-benar berlaku? Penulis bermimpi ketika tertidur di ruang tamu rumahnya. A Penulis sedang menonton drama di dalam bas ekspres itu. B Penulis hanya bermimpi ketika tertidur di dalam bilik tidurnya. C Peristiwa itu merupakan khayalan penulis semasa dalam bas. D Lima rangka manusia yang bergelimpangan di dalam gua tersebut merujuk kepada Rangka lima orang tentera Jepun yang terbunuh A Rangka lima orang tentera British yang terbunuh B Rangka lima orang yang mati tersesat dalam hutan C Rangka lima orang askar yang dibunuh dengan pedang D Perkataan artifak dalam petikan membawa maksud Senjata lama kepunyaan tentera seperti senapang. A Barangan buatan manusia peninggalan sesuatu zaman. B Pedang samurai yang sangat berharga dan bernilai sejarah. C Tengkorak manusia yang mempunyai nilai sejarah tersendiri. D Semua yang berikut berkaitan dengan penulis, kecuali Penulis disedarkan daripada mimpi oleh ibunya. A Penulis bermimpi memenangi sebuah komputer riba. B Penulis telah memenangi pertandingan teka silang kata. C Penulis akan bertolak ke ibu kota dengan Bas Ekspres Sunny. D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. LAPORAN MESYUARAT AGUNG KELAB SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI, 14200 NIBONG TEBAL BILANGAN PERTAMA TAHUN 2010

17

Kelab Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Jawi, Nibong Tebal telah mengadakan mesyuarat agung bilangan pertama pada 13 Januari 2010 yang lalu. Objektif utama mesyuarat agung ini adalah untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010. Aktiviti pertama kelab difokuskan kepada pengambilan anggota baharu bagi tahun 2010. Beberapa kriteria telah ditetapkan bagi pengambilan anggota baharu kelab kali ini. Mulai tahun 2010, yuran keahlian tahunan kelab telah ditambah sebanyak RM2.00. Yuran tersebut telah menjadi RM10.00 bagi setiap orang murid yang menganggotai kelab Sains dan Matematik. Pada tahun 2010 ini, empat aktiviti utama telah disenaraikan. Beberapa orang murid akan terlibat dalam menjayakan aktiviti kokurikulum akademik. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah pertandingan Kuiz Sains dan pertandingan Kuiz Matematik. Kedua-dua kuiz ini akan dijalankan secara berkumpulan. Setiap kategori yang dipertandingkan, tiga orang peserta akan terlibat. Bagi kategori individu pula, seorang peserta akan mewakili kelab dalam pertandingan Kuiz Sains Angkasa. Seorang lagi peserta akan mewakili kelab dalam pertandingan Kira Cepat. Semua pertandingan bermula pada peringkat kelompok, daerah, negeri, dan kebangsaan. Pada tahun lepas, peserta yang mewakili Kuiz Sains hanya mampu memperoleh tempat ketiga peringkat daerah. Peserta yang mewakili Kuiz Matematik dan Kuiz Sains Angkasa pula hanya mendapat hadiah saguhati peringkat kelompok. Kedua-dua pencapaian tersebut tidak memberangsangkan. Pencapaian yang sungguh membanggakan sekolah ialah pencapaian peserta pertandingan Kira Cepat yang menjadi johan peringkat negeri. Kelab juga merancang untuk mengadakan siri lawatan sambil belajar untuk menambah pengetahuan dan pengalaman para anggota Kelab Sains dan Matematik. Antara tempat yang telah dicadangkan dan dipersetujui secara majoriti oleh anggota Kelab Sains dan Matematik ialah Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara. Mesyuarat telah ditangguhkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak. Laporan disediakan oleh, 15 JANUARI 2010.

Nabila Huda
(NABILA HUDA BINTI REDZUAN) Setiausaha, Persatuan Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Jawi, 14200 Nibong Tebal, Pulau Pinang. 1 Aktiviti manakah yang telah menaikkan nama Kelab Sains dan Matematik SK Jawi? Kuiz Sains Angkasa Kuiz Sains dan Matematik A C Pertandingan Kira Cepat Lawatan ke Planetarium Negara B D Berapakah orang murid yang akan terlibat bagi menjayakan aktiviti kokurikulum akademik Kelab Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Jawi sepanjang tahun 2010? Enam orang murid Lapan orang murid A C Tujuh orang murid Sembilan orang murid B D Perkataan kriteria dalam petikan di atas membawa maksud alat pengukur bentuk persediaan A C cara penilaian asas pertimbangan B D Berapakah yuran keahlian tahunan Kelab Sains dan Matematik pada tahun 2009? RM2.00 sahaja RM10.00 sahaja A C RM8.00 sahaja RM12.00 sahaja B D Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. Peserta Kuiz Sains Angkasa memperoleh hadiah saguhati sahaja. A Tiga orang murid telah dipilih bagi menyertai Kuiz Sains dan Kuiz Matematik. B Prestasi peserta Kuiz Sains lebih baik daripada prestasi peserta Kuiz Matematik. C Peserta pertandingan Kira Cepat akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

18

Pernahkah kamu diserang pening kepala? Rasa pening kepala dapat dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia ataupun waktu. Kadangkala, kita sendiri tak pasti apakah punca sebenarnya pening kepala yang kita alami. Tiba-tiba sahaja kepala kita terasa pening. Nak kata lapar, tak jugak. Baru sahaja selesai menjamu selera. Pening kepala memang menyiksakan tetapi pening kepala bukanlah sejenis penyakit. Ahli perubatan mendapati bahawa kepala yang pening sebenarnya diakibatkan oleh kesakitan pada stuktur-stuktur tertentu di dalam tempurung kapala. Urat-urat yang mengalirkan darah di permukaan otak sangat peka kepada kesakitan. Jika terjadi apa-apa kesakitan, maka bahagian yang mula-mula merasainya ialah lapisan yang menutupi otak beserta urat-urat dan pembuluh nadi pada otak seseorang. Apabila terdapat luka atau kecedaraan pada bahagian tubuh, kita juga akan merasai kesakitannya pada bahagian kepala terlebih dahulu. Sesetengah orang berasa pening kepala apabila lapar dan ada juga yang pening jika makan terlalu banyak. Sebenarnya pembuluh darah di dalam tempurung otak mengembang akibat kekurangan zat atau berlebihan zat. Kekurangan zat atau berlebihan zat inilah yang mengakibatkan sakit yang dikenali sebagai pening vaskular. Kita juga berasa pening apabila terhentak dari belakang atau jika kita terpusing dengan tiba-tiba. Ini disebabkan oleh struktur-struktur urat saraf yang sungguh peka di dalam otak telah terganggu. Apabila kita menghadapi ketegangan emosi atau stress, kita akan berasa pening kepala. Perkara ini terjadi apabila otot-otot di bahagian belakang badan atau di bawah leher mengecut dan menyebabkan kesakitan atau pening di bahagian kepala. Sehubungan itu, bagi mengelakkan pening kepala berlaku, kita perlulah menghindari tujuh punca utama seperti yang dinyatakan di bawah ini. 1 Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan. 2 Fikiran yang bercelaru atau fikiran yang tidak menentu. 3 Duduk bertentangan dengan cahaya yang terlalu terang atau silau. 4 Memakai pakaian yang kurang sesuai, ketat pada bahagian pinggang. 5 Menghidap penyakit migrain, kencing manis, barah, dan demam denggi. 6 Merenung atau melihat sesuatu objek dalam keadaan mata yang kabur atau kelabu. 7 Memakai cermin mata yang tidak sesuai daripada segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau di sebelah mata kiri atau di kedua-dua belah mata. Justeru, dapatlah kita simpulkan bahawa jika kita berasa pening kepala, sebenarnya ada sesuatu bahagian pada tubuh kita telah terganggu, luka atau mengalami kecederaan. Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami pening atau sakit kepala berkemungkinan besar juga seseorang itu mengalami barah otak. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.

Pening vaskular sebenarnya disebabkan oleh faktor? keletihan pemakanan A C kesedihan kecederaan B D Faktor-faktor berikut mengakibatkan pening kepala kecuali silau batuk A C lapar rungsing B D Perkataan emosi dalam petikan bermaksud jiwa situasi A C fikiran perasaan B D Apakah yang menyebabkan seseorang itu mengalami pening kepala? Gangguan urat-urat di seluruh bahagian tubuh badan. A Gangguan otot-otot pembuluh darah di bahagian bawah leher. B Gangguan struktur-struktur tertentu di dalam tempurung kepala. C Gangguan zat-zat makanan yang berlebihan melalui bahagian otak. D Apakah sebenarnya yang berlaku ketika seseorang itu menghadapi ketegangan emosi? Fizikal berasa tidak sihat, penat serta minda terlalu rungsing. A Pembuluh darah di dalam tempurung otak akan mengembang. B Otot-otot di bawah leher mengecut lalu menyebabkan kesakitan. C Urat-urat yang mengalami kecederaan timbul di permukaan otak. D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

19

Farid, Peter Lee dan Mohanraj tinggal sekampung. Persahabatan mereka bagai kuku dengan isi. Suatu hari mereka terdengar akan berita tentang kejadian aneh di sebuah teratak usang di atas bukit di hujung kampung mereka. Mereka bulat hati untuk menyiasat perkara tersebut. Pada suatu malam, mereka bertiga ke teratak usang itu. Suasana pada ketika itu agak menyeramkan mereka. Kedengaran sayup-sayup salakan anjing. Namun demikian, mereka tidak patah hati untuk meneruskan penyiasatan tentang kejadian yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu. Peter Lee, Farid, lihat di sana! Teratak usang itu diterangi cahaya. Apakah yang dibuat oleh penghuni teratak itu agaknya? kata Mohanraj inginkan kepastian. Ayuh, cepat-cepat kita hampiri pondok itu. Kita perlu menyiasat hal sebenarnya yang berlaku di sana, kata Farid. Mereka bertiga terus mendaki bukit menuju ke teratak usang itu. Mereka terhendaphendap sambil meredah semak samun. Mereka bernasib baik kerana keadaan malam itu agak terang. Cuaca malam itu amat baik di samping bertemankan bulan purnama. Setibanya mereka di kawasan teratak itu, mereka bersembunyi di balik serumpun pokok buluh sambil memasang telinga. Dari situ, mereka dapat melihat tiga orang lelaki sedang mengisi pil dan kapsul yang pelbagai jenis dan warna ke dalam plastik lalu memasukkannya ke dalam kotak. Daripada perbualan yang didengar, yakinlah mereka bahawa kumpulan lelaki tersebut terlibat dalam sindiket pengedaran pil dan kapsul tiruan yang pernah tersiar di dalam akhbar harian baru-baru ini. Oh, ruparupanya, suara merekalah yang didengar oleh orang kampung mengilai-ngilai selama ini! Kerana itulah teratak usang ini dianggap aneh dan berhantu, kata Farid. Tanpa membuang masa, mereka segera ke rumah ketua kampung. Ketua kampung terus membawa mereka ke balai polis untuk membuat laporan. Pada malam itu juga ketiga-tiga sahabat itu bersama-sama dengan sepasukan polis dan ketua kampung ke teratak usang itu. Pihak polis mengepung teratak usang itu dan mengarahkan semua penghuni haram yang berada di dalamnya menyerah diri. Namun demikian, arahan itu tidak diperdulikan mereka. Oleh sebab itu, pihak polis terpaksa menyerbu ke dalam teratak itu dan melepaskan beberapa das tembakan ke udara sebagai amaran kepada para penjenayah tersebut. Atas ketangkasan pihak polis, kumpulan tersebut akhirnya dapat ditumpaskan dan kesemua penjenayah itu dapat diberkas. Sepandai-pandai tupai melompat, sesekali terjatuh juga, kata Farid dan Mohanraj. Peter Lee hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu. Mereka berasa puas kerana dapat membongkar rahsia teratak usang itu. Pegawai polis dan penduduk kampung berasa besar hati atas keberanian ketiga-tiga penyiasat muda itu.

Apakah perkara yang menjadi topik perbualan hangat penduduk kampung Farid? Keadaan teratak usang di atas bukit di hujung kampung A Kejadian ganjil yang berlaku di hujung kampung meraka B Salakan anjing yang berterusan di atas bukit di kampung itu C Suara orang ketawa dengan kuat dan nyaring di teratak usang D Apakah tujuan sindiket itu menakut-nakutkan penduduk kampung? Untuk menggalakkan penduduk kampung tidur awal A Untuk membuktikan bahawa kewujudan hantu adalah benar B Untuk memudahkan mereka mempengaruhi penduduk kampung C Untuk menghalang penduduk kampung mengesan kegiatan mereka D Semua pernyataan yang berikut adalah benar tentang penyiasat muda, kecuali Suka bertindak sendiri Nekad dalam membuat keputusan A C Berani menghadapi risiko Prihatin menghapuskan kemungkaran B D Peribahasa sepandai-pandai tupai melompat, sesekali terjatuh juga membawa maksud Tupai bukanlah binatang yang bijak melompat A Kegiatan yang tidak baik tidak akan berpanjangan B Sebijak-bijak orang, ada masanya tersalah langkah juga C Tidak semua orang yang cerdik akan selama-lamanya cerdik D Apakah kesan negatif yang mungkin berlaku jika kegiatan sindiket itu tidak terbongkar? Pemakanan pil banyak yang hilang ingatan A Penduduk kampung banyak menghidap penyakit ganjil B Penjualan pil yang tidak diluluskan berleluasa di pasaran C Penduduk kampung akan kehilangan punca rezeki mereka D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

20

Bidang perubatan negara ini telah dikejutkan oleh pelbagai penyakit sejak kebelakangan ini. Antara penyakit yang mengejutkan kita ialah penyakit coxsackie, virus selesema burung, Japanese Encephalitis (JE) dan Nipah. Penyakit-penyakit ini menyerang pesakitnya dengan tiba-tiba tanpa memberi sebarang tanda. Pesakit yang menghidap penyakit ini terpaksa dirawat berminggu-minggu di hospital. Virus selesema burung berpunca daripada virus influenza A yang berkaitan dengan sistem pernafasan. Virus ini juga membiak di dalam usus binatang seperti itik dan ayam. Virus ini juga boleh merebak kepada khinzir melalui pernafasan di udara. Sementara itu, nyamuk culex yang menggigit khinzir akan membawa virus JE. Apabila nyamuk itu menggigit manusia, virus itu akan berjangkit dan menyerang manusia. Persamaan antara kedua-dua penyakit ini melibatkan haiwan ternakan. Jumlah kematian pesakit yang disebabkan oleh virus JE lebih ketara berbanding dengan virus selesema burung. Apabila wabak virus selesema burung dikesan di Hong Kong, kerajaan melarang ternakan diimport dari negara tersebut. Oleh itu, penyakit ini tidak menyerang penduduk negara tersebut. Berbeza dengan virus JE, kebanyakan penternak khinzir (babi) atau penduduk yang berdekatan dengan ladang ternakan binatang itu telah menemui maut, manakala sebahagian daripada pesakit ini masih dirawat dengan rapi di hospital. Penduduk kampung terpaksa meninggalkan rumah kediaman masing-masing kerana takut terkena gigitan nyamuk culex. Malah terdapat beberapa buah sekolah terpaksa ditutup kerana mencatatkan kehadiran yang terlalu rendah. Mereka terpaksa bertindak demikian kerana memikirkan keselamatan dan bahaya penyakit ini. Kerajaan mengambil langkah drastik dengan menghantar pegawai dan pakar luar negara untuk menangani masalah ini. Penduduk juga dinasihatkan agar tidak panik dan sentiasa mengikut segala arahan yang diberikan oleh kerajaan. Kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk mengawal penyakit ini daripada terus berleluasa kerana kerajaan sangat prihatin dan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyatnya setiap masa. 1 Apakah penyakit yang wujud sejak kebelakangan ini? Virus Encephalitis, Coxsackie, Culex dan Nipah A Virus Selesema Burung, Coxsackie, JE dan Nipah B Virus Coxsackie, Japanese Encephalitis, Culex dan Nipah C Virus Nipah, Influenza A, Japanese Encephalitis dan Culex D Semua pernyataan tentang penyakit-penyakit ini adalah benar, kecuali Virus Japanese Encephalitis dibawa oleh nyamuk Culex A Virus Coxsackie menyebabkan penyakit Selesema Burung B Virus Selesema Burung berpunca daripada virus Influenza A C Virus Influenza A membiak dalam usus itik, ayam dan khinzir D Perbezaan antara penyakit Japanese Encephalitis dengan Virus Selesema Burung adalah menyerang penduduk dengan tiba-tiba A kerajaan lewat bertindak mengatasinya B melibatkan jumlah kematian yang banyak C berjangkit kerana memakan daging khinzir atau itik D Perkataan drastik dalam petikan membawa maksud laju tegas A C tepat lewat B D Jika kamu tidak tinggal di kawasan serangan virus itu, apakah yang dapat kamu lakukan? Saya akan memakan ubat untuk mencegah serangan virus itu A Saya akan mengunjungi magsa yang terlibat sebagai tanda simpati B Saya akan menyumbangkan idea untuk menengani serangan virus itu C Saya akan sentiasa berhati-hati dan menjaga kebersihan persekitaran D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

21

Aku berasal daripada keluarga Perodua. Namaku glamorku Viva. Aku dilahirkan di sebuah kilang automobil yang terletak di Rawang, Selangor. Badanku diperbuat daripada kepingankepingan aluminium dan campuran besi. Aku dipakaikan baju yang warna biru berkilauan. Kelengkapan lain yang turut di pasang pada badanku adalah seperti enjin, alat pendingin udara, tempat duduk yang secukupnya, lampu, radio kaset, rim dan juga tayar. Bentuk badanku agak kecil dan comel. Aku merupakan adik bongsu kepada Kancil setakat tarikh lahirku pada tahun 2010 ini. Keluargaku yang lain adalah seperti Kembara, Kenari, Myvi dan Alza. Keluarga kami menjadi tumpuan ramai dan mennjadi kemegahan rakyat Malaysia Sebelum dipasarkan, aku menjalani ujian kualiti terlebih dahulu. Setelah lulus ujian, aku dihantar ke semua cawangan Syarikat Perodua di dalam dan di luar negara. Aku dan kawankawanku dipamerkan dan seterusnya dipasarkan kepada orang ramai. Aku terpaksa berpisah dengan kawan-kawanku, aku berhijrah ke bandar Diraja di negeri Perak. Aku selesa di sini kerana aku dijaga daripada terdedah pada panas mentari dan hujan yang membasahi diriku. Pada suatu petang, seorang gadis berkunjung ke tempat aku dipamerkan. Aku tidak menyangka bahawa gadis itu telah jatuh hati kepadaku. Akhirnya, dia bersetuju untuk membeli aku. Beliau tertarik dengan ciri-ciri ekonomi yang ada pada aku. Kini aku sudah dimiliki oleh seorang pendidik muda, tuan baruku bernama Cristina Lee. Dia menggunakan aku untuk berulang-alik ke tempat kerjanya. Tuan aku menjaga aku dengan baik dan cermat. Apabila sampai masa yang telah ditetapkan oleh syarikat Perodua, aku akan dihantarnya ke bengkel kereta untuk mendapatkan rawatan dan penyelenggaraan. Aku berasa bangga kerana dapat berbakti kepada manusia di kota dan juga di desa. Aku antara kenderaan yang berada di jalan raya setiap hari dan setiap masa. Namaku, sudah tidak asing lagi dalam genarasi kereta masa kini. Aku masih dihargai dan disayangi oleh pemilikku. Bakti dan budiku masih disanjung dan dihargai.

Berikut merupakan antara keluarga Perodua Malaysia, kecuali A B Alza Myvi C D Citra Kembara

Tempat kelahiran asal aku dan keluargaku ialah di negeri A B Perak Kedah C D Pahang Selangor

Berikut merupakan antara pernyataan yang benar tentang aku, kecuali A B C D Bentuk dan saiz badanku kecil sahaja. Aku mempunyai ciri-ciri penjimatan petrol. Aku telah dimilik oleh seorang guru muda. Apabila usiaku lanjut aku tidak disayangi lagi.

Pilih susunan yang betul tentang keluarga Perodua megikut tahun kelahirannya. A B C D Myvi, Kembara, Kenari, Viva dan Alza Kembara, Kenari, Myvi, Viva dan Alza Alza, Viva, Myvi, Kembara dan Kenari Kenari, Myvi, Kembara, Viva dan Alza

Aku sekarang sudah tinggal bersama-sama tuan baharunya di badar A B Taiping Teluk Intan C D Kuala Kangsar Tanjung Malim

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

22

Perkampungan nelayan Beserah kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Kuantan merupakan sebuah kampung nelayan tradisional di negeri Pahang. Kebanyakan penduduknya bergantung harap kepada tangkapan hasil laut sebagai mata pencarian mereka. Pekerjaan ini merupakan warisan keluarga zaman-berzaman sejak mereka bermastautin di daerah Beserah ini. Kebanyakan nelayan di perkampungan ini masih lagi menggunakan cara tradisional atau kaedah yang sudah ketinggalan zaman. Nelayan hanya menggunakan bot dan perahu kecil untuk menangkap ikan sejauh 15 batu nautika dari persisiran pantai. Mereka membawa pulang hasil tangkapan ikan dengan bot ke pantai setiap hari antara pukul 2:30 petang hingga 5:00 petang. Hasil tangkapan laut seperti ikan, sotong, udang dan ketam diangkut ke darat dengan menggunakan pedati (kereta kayu) yang ditarik oleh kerbau. Pelancong yang berkunjung ke perkampungan nelayan ini sudah pasti dapat membeli pelbagai jenis hasil laut. Keropok ikan, ikan masin, ikan kering, sotong kering dan udang kering menjadikan Beserah amat popular sebagai pengeluar makanan laut yang berkualiti. Di samping itu, perkampungan nelayan Beserah juga sungguh terkenal dengan buah-buahan tempatan, terutamanya buah durian, belimbing madu, buah mata naga, jambu batu dan mangga. Bagi para pelancong yang ingin membeli cenderamata kenang-kenangan untuk dibawa pulang, mereka bolehlah membeli kain batik dari kilang batik tempatan di kampung ini dan barangan kraf tangan di bengkel kraf tangan yang diusahakan oleh penduduk di sini. Barangan kraf tangan berasaskan mengkuang seperti beg tangan, alas periuk, tikar, bakul dan perhiasan dinding pasti mampu menambat hati para pelancong. Bagi pelancong yang gemar meluncur di atas air dan belayar mengelilingi pulau di sekitar Beserah ini bolehlah menyewa bot yang disediakan oleh syarikat pelancongan dan syarikat perhotelan di sini. Pelancong boleh memandu kenderaan sendiri dari Bandar Kuantan atau Kemaman untuk sampai ke perkampungan nelayan Beserah ini. Mereka juga boleh menaiki bas dari bandar Kuantan dengan kadar tambang RM2:00 seorang bagi perjalanan sehala dan jika menaiki teksi pula, tambang perjalanan sehala yang dikenakan adalah RM8:00 seorang.

Bagaimanakan caranya nelayan di daerah Beserah mengkap ikan? A B kuno moden C D canggih tradisional

Apakah tujuan utama penduduk di kampung tersebut menangkap ikan? mengisi masa yang terluang A sebagai mata pencarian tetap B ditontonkan kepada pelancong C melakukan kerja turun-temurun D Petikan rencana di atas sangat berguna kepada para pelancong dan dapat dijadikan A B teguran sindiran C D panduan pengumuman

Berapakah tambang perjalanan dua hala dari Kuantan ke Beserah dengan menaiki teksi? A B RM2.00 RM4.00 C D RM8.00 RM16.00

Pilih pernyataan yang tidak ada kaitan denngan petikan rencana di atas Bas dan teksi merupakan pengangkutan yang utama untuk ke Beserah A Nelayan di Beserah turun ke laut menangkap ikan berhari-hari lamanya B Nelayan tradisional di Beserah menangkap ikan sejauh 15 batu nautika C Beserah terkenal dengan pedati kerbau yang membawa hasil tangkapan ikan D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

23

Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa berasal dari Afrika. Roselle merupakan sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga Malvaceae, iaitu kumpulan tumbuhan yang hampir sama dengan bunga raya atau kacang bendi. Sebagai satu daripada tanaman tropika, Roselle amat sesuai di tanam di kawasan tanah berpasir atau tanah poros, terutamanya di kawasan pantai timur yang kini banyak digunakan untuk tanaman tembakau. Berdasarkan fakta kesesuaiannya dengan tanah berpasir, Kementerian Pertanian telah mencadangkan agar mereka yang terbabit dalam sektor pertanian menjadikan Roselle sebagai pengganti kepada tanaman tembakau. Sehubungan dengan itu, industri tanaman tembakau akan dihapuskan secara berperingkat-peringkat dan akan digantikan dengan tanaman pilihan, terutamanya Roselle. Hal ini demikian kerana Roselle mampu mengeluarkan pelbagai produk berdaya maju termasuklah jus, jem, jeli, halwa, jeruk dan teh herba sedangkan tembakau pula hanya dapat menghasilkan rokok semata-mata. Setakat ini, Roselle telah diusahakan secara komersial di lima daerah di Terengganu. Tempat-tempat tersebut ialah Besut, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang dan Setiu. Selain Terengganu, Sarawak juga turut mengusahakan penanaman Roselle secara besarbesaran. Sebagai langkah untuk menggalakkan para petani mengusahakan tanaman ini dengan cara yang lebih meluas, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang meningkatkan pelbagai usaha promosi barangan yang berasaskan Roselle. FAMA memberi jaminan bahawa Roselle dan keluaran sampingannya mempunyai pasaran yang memuaskan di dalam negara mahupun di luar negara. Promosi itu termasuklah memperkenalkan barangan berjenama Roselle di peringkat antarabangsa dan di sektor perhotelan khususnya.

Mengapakah pokok Roselle sangat sesuai ditanam di pantai timur? Kerana Roselle berasal dari benua Afrika A Kerana menggantikan tanaman tembakau B Kerana Roselle adalah sejenis tanaman tropika C Kerana tanaman ini mermerlukan tanah berpasir D Tanaman tembakau perlu digantikan dengan tanaman Roselle kerana Tembakau hanya mampu menghasilkan rokok semata-mata A Roselle sejenis tanaman baharu yang sangat menguntungkan B Kementerian Pertanian mengehendaki petani menanam Roselle C Roselle mampu menghasilkan pelbagai produk yang lebih berkhasiat D Frasa mereka yang terbabit dalam petikan sangat sesuai sekali dikaitkan dengan Pengusaha Roselle A Penanam tembakau B Pihak Kementerian Pertanian C Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan D Apakah usaha FAMA bagi menggalakan para petani mengusahakan tanaman Roselle? Memasarkan produk keluaran Roselle di Terengganu dan di Sarawak A Menanam Roselle secara besar-besaran di kawasan tanah yang berpasir B Menjadikan Roselle pilihan utama kepada penanam tembakau di pantai timur C Melalui promosinya pada peringkat antarabangsa dan dalam sektor perhotelan D Pilih penyataan yang benar tentang tanaman Roselle di pantai timur Malaysia. Hanya terdapat di lima daerah di Terengganu A Sesuai ditanam di kawasan penanaman tembakau B Diusahakan sebagai tanaman sampingan kepada tembakau C Sesuai ditanam di kawasan penanaman bunga raya dan kacang bendi D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

24

Industri desa adalah sejenis industri yang paling awal dijalankan di negara kita, Malaysia. Industri desa bermakna kegiatan pembuatan dan pemprosesan bahan mentah yang boleh didapati di sekelilingi kampung. Industri ini diusahakan oleh masyarakat kampung. Industri kecil ini pula mungkin dipunyai atau diusahakan secara individu ataupun secara berkumpulan. Bagi industri yang lebih menyeluruh penglibatannya ahlinya, mereka akan menubuhkan koperasi. Industri desa menumpukan kepada projek-projek yang menggunakan sumber-sumber semula jadi yang terdapat di kampung seperti rotan, daun pandan, daun mengkuang, buluh dan sebagainya. Industri pembuatan ini menonjolkan kemahiran kreatif dan daya usaha orangorang kampung. Industri pembuatan ini hanya menggunakan teknologi yang ringkas atau cara tradisional dengan modal yang sederhana. Lazimnya industri desa dijalankan secara kecil-kecilan. Dahulu, hasil keluaran industri desa sangat kecil dan amat terhad. Kini, dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan seperti Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PPKM), hasilnya telah meningkat. Produk-produk pembuatanya juga telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan mendapat sambutan di seantero dunia. Antara kegiatan industri desa adalah seperti mengayam tikar, membuat barang-barang tembikar daaripada tanah liat, mengecap batik, menenun songket, pembuatan barang-barang berasaskan logam seperti tembaga dan perak. Barangan kraf tangan dan perabot pula seperti pembuatan barangan berasaskan kayu yang telah diproses, rotan dan buluh. Barangan seperti bingkai cermin, kerusi, bangku, almari dan sebagainya mendapat pasaran yang amat baik. Industri pemprosesan makanan ringan tradisional juga telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Produk makanan seperti keropok ikan, keropok sotong, keropok udang, kerepek pisang, kerepak ubi, dodol, kuih baulu, kuih karas, kuih bangkit, loyang dan lain-lain lagi menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat di negara kita. 1 Barang-barang di bawah ini merupakan keluaran industri kecil desa, kecuali A B 2 tepak sirih labu sayong C D kain songket ketupat segera

Di manakah bahan-bahan mentah utama untuk kegiatan industri kecil desa diperoleh? Di kawasan persekitaran kampung tersebut A Di Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) B Di koperasi yang diusahakan oleh penduduk kampung C Di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) D Industri kecil desa yang manakah tidak berkaitan dengan petikan di atas? A B tembikar kraf tangan C D barang kemas makanan ringan

Penglibatan agensi-agensi kerajaan dalam industri kecil desa membantu dalam mendapat gaji yang tinggi A peningkatan hasil keluaran B Menentukan harga yang tinggi C bekalan bahan mentah yang banyak D Kenyataan-kenyataan berikut adalah salah tentang petikan rencana di atas, kecuali insdustri kecil desa baru sahaja diperkenalkan di negara ini A industri kecil desa memerlukan pelaburan modal yang banyak B industri kecil desa menggunakan bahan-bahan mentah yang diimport C industri kecil desa diusakahan oleh penduduk kampung secara tradisional D

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

25

PUTRAJAYA, 3 Mei 2010 Yayasan Antarabangsa Toshiba hari ini telah menghadiahkan 144 buah buku ilmiah dan kelengkapan alat pandang dengar keluaran syarikat tersebut yang bernilai lebih RM50,000.00 kepada Perpustakaan Negara Malaysia. Sumbangan ini adalah bersempena bulan Buku Sedunia dan Harta Intelek Terpelihara 2010 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia semalam. Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Encik Kamel bin Mohamad, menerima hadiah tersebut daripada Pengurus Kanan Yayasan Antarabangsa Toshiba, Shinichi Yoshiba. Dalam ucapannya, Encik Kamel mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Antarabangsa Toshiba kerana membantu Perpustakaan Negara Malaysia menambahkan koleksi buku dan kelengkapan pandang alat dengarnya yang canggih dan terkina keluaran syarikat tersebut. Sebelum itu, Perpustakaan Negara Malaysia menerima sumbangan daripada syarikat penerbangan Jepun. Bahagian Perkhidmatan dan Jualan Toshiba pula memberi perkhidmatan tunjuk ajar percuma selama tiga bulan bagi peralatan pandang dengar di bahagian kanakkanak kurang upaya di perpustakaan tersebut. Sumbangan ini adalah sebagai menghargai golongan kanak-kanak kurang upaya yang perlukan perhatian, sokongan dan bantuan. Encik Kamel menjelaskan, kelengkapan tersebut akan digunakan sepenuhnya apabila Perpustakaan Negara Malaysia memulakan operasi pada tahun baharu 2010 ini. Setakat ini, Perpustakaan Negara Malaysia mempunyai 980 000 judul buku, 55 000 buku ilmiah, 59 000 mikrofis dan mikrofilem, 990 pita video dan 5 400 pita rakaman. Ketika menyampaikan sumbangan Shinichi Yoshida berkata, kelengkapan alat pandang dengar sumbangan Toshiba adalah media yang tercanggih digunakan oleh perpustakaan di seluruh dunia. Alat pandang dengar ini termasuklah sebuah komputer multimedia yang akan digunakan sebagai pengkalan data maklumat pencarian bahan-bahan yang terdapat di dalam Perpustakaan Negara Malaysia. Komputer ini dapat meyediakan kemudahan pencarian bahan rujukan yang dikehendaki dengan mudah dan cepat.

Siapakah yang menerima sumbangan buku dan alat pandang dengar tersebut? Encik Shinichi Yoshida A Encik Kamel bin Mohamad B Perpustakaan Negara Malaysia C Yayasan Antarabangsa Toshiba D Di manakah rakaman peristiwa sumbangan bernilai RM50,000.00 tersebut diadakan? A B Jepun Tokyo C D Malaysia Putrajaya

Apakah sumbangan yang diberikan oleh bahagian Perkhidmatan dan Jualan Toshiba? Memberi bantuan percuma yang berupa buku rujukan ilmiah A Memberi tunjuk ajar percuma penggunaan alat pandang dengar B Memberi kemudahan peralatan seperti radio, televisyen dan video C Memberi perkhidmatan percuma melengkapkan alat pandang dengar D Perpustakaan Negara Malaysia mempunyai kelengkapan berikut, kecuali A B projektor pita video C D mikrofilem pita rakaman

Perkataan koleksi dalam petikan di atas membawa maksud A B bahan bantuan C D peralatan pengumpulan

You might also like