You are on page 1of 25

Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang hiasan SIAPA sangka akhbar dan majalah lama yang

biasanya dijual mengikut berat kilogram untuk dijadikan bahan kitar semula, sebenarnya boleh juga dijual dengan harga lebih tinggi apabila dijadikan bahan kraftangan. Sebenarnya hasil sentuhan kreatif, akhbar dan majalah lama itu boleh dijadikan pelbagai barangan hiasan dan pasu bunga yang cantik, malah seolah-olah tidak kelihatan seperti diperbuat daripda akhbar buruk.

Akhbar atau majalah lama yang digulung dan dilipat membentuk pelbagai saiz pasu, bekas telur, beg, kotak dan pemegang kunci yang menarik sehingga mampu dijual dengan harga yang agak lumayan bersesuaian dengan seni krafnya. Proses belajar membuat gulungan dan anyaman daripada akhbar lama itu hanya mengambil masa kira-kira seminggu bergantung kepada ketekunan dan kreativiti. Semua hasil kraftangan itu menggunakan kira-kira 90 peratus akhbar atau majalah lama, manakala rangkanya dibuat daripada lidi, dawai dan besi.

SIMAN ADAM mengecat barang kraf tangan iaitu bakul yang siap dianyam mengunakan akhbar lama.

Bahan kraftangan itu mempunyai nilai kreativiti yang tinggi dan mampu menarik pasaran, malah jika mereka yang tak tahu tentu mereka tidak menyangka bahan kraftangan berkenaan adalah dibuat daripada akhbar. Sebuah pasu sederhana besar yang diperbuat daripada gulungan kertas itu boleh dijual sehingga RM165, manakala saiz besar dijual pada harga RM400. Kumpulan Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT Kraf) Parit Jawa, Muar, mengambil inisiatif menjalankan projek kraftangan daripada bahan kitar semula untuk menambah pendapatan penduduk miskin kawasan itu termasuk ibu tunggal dan golongan kurang upaya. Hasil usaha KRT Kraf itu, surirumah, ibu tunggal dan golongan belia yang membuat kraftangan berkenaan secara sambilan berjaya menambah pendapatan sehingga lebih RM1000 sebulan, sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

Selain membantu menambahkan pendapatan penduduk, melalui projek itu juga secara tidak langsung turut menyumbang kepada penjagaan alam sekitar dengan menggunakan bahan kitar semula. KRT Kraf itu turut mengikuti pelancongan Johor dengan mengadakan pameran di seluruh negara termasuk hotel yang menjadi tumpuan pelancongan, malah, produk kraftangan itu turut dibawa dalam pameran di Australia dan mendapat sambutan menggalakkan. Selepas hampir tiga tahun beroperasi, KRT Kraf kini mula mendapat sambutan dan tempahan menggalakkan yang menjadikan bahan itu sebagai cenderamata dan hiasan rumah. Ketua Projek KRT Kraff, Embun Md Noh, setakat ini pihaknya mempunyai kira-kira 30 penduduk yang mahir membuat pelbagai kraftangan untuk memenuhi tempahan. Katanya, mereka adalah terdiri daripada surirumah, ibu tunggal dan golongan belia yang mendapat latihan khas untuk membuat kraftangan berkenaan secara sambilan. "Kami mempunyai bengkel sendiri yang menjadi tempat untuk mengumpul bahan kitar semula dan menyimpan barangan berkenaan. Pekerja juga boleh membuat produk kraftangan itu di rumah masing-masing secara sambilan. Katanya, projek itu dimulakan pada 22 Mei 2004 lalu dengan kerjasama Kumpulan Mawaddah Kraf Shah Alam Selangor yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar dan latihan serta motivasi kepada kumpulan Jiran Wanita Parit Jawa. Beliau berkata, pihaknya membuat produk kraftangan itu bergantung kepada tempahan dan permintaan orang ramai, terutamanya menjelang musim cuti sekolah berikutan keperluan pasu dan bekas telur untuk majlis perkahwinan. "Biasanya setiap musim cuti sekolah akhir tahun, kami menerima tempahan kira-kira 5,000 bakul telur yang diperbuat daripada kertas kitar semula yang dijalin dengan cantik sehingga orang tidak menyangka ia dibuat daripada kertas," katanya. Katanya, setiap bakul telur itu dijual dengan harga antara 50 sen hingga RM1.50 dan pasarannya berdasarkan kepada tempahan yang biasanya diterima secara berterusan mengikut majlis perkahwinan. Beliau berkata, KRT Kraf pernah mencatatkan sejarah apabila berjaya membina pasu gergasi setinggi 3.9 meter yang diperbuat daripada kira-kira 160 kilogram akhbar lama yang dijadikan kepada lebih 16,000 gulungan kecil kertas dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai pasu terbesar dibuat daripada akhbar lama. Katanya, selain mengadakan pameran dengan pelancongan Johor, pihaknya juga mengadakan pameran melalui program kitar semula yang membabitkan Syarikat Southern Waste Management (SWM) untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pelbagai kegunaan daripada bahan kitar semula. "Biasanya dalam setiap pameran, orang ramai akan terkejut melihat hasil daripada kertas boleh dijadikan pasu dan bahan kraftangan bernilai tinggi sehingga beratus-ratus ringgit," katanya. Katanya, pihaknya akan meneruskan program itu dengan melatih lebih ramai tenaga mahir bagi memberi peluang kepada kaum wanita menambah pendapatan mereka. Selain itu katanya, pihaknya juga merancang untuk memasarkan produk kraftangan daripada kertas itu ke luar negara dan yakin mampu menembusi pasaran antarabangsa berdasarkan kualiti barangan berkenaan. Sementara itu seorang surirumah, Zaleha Hashim, 46, berkata beliau memperolehi pendapatan lebih RM1,000 sebulan hasil membuat gulungan dan pelbagai kraftangan daripada akhbar lama. Katanya, kerja membuat kraftangan itu biasanya dibuat secara sambilan selepas beliau menyiapkan

kerja rumah termasuk memasak. "Biasanya selepas menyiapkan kerja rumah dan sambil menonton televisyen saya akan mula menganyam pelbagai kraftangan. "Kerja membuat kraftangan ini sebagai sambilan sahaja iaitu waktu tengahari dan malam kerana saya juga menjual kuih dan pisang goreng pada waktu petang," katanya yang mempunyai lima anak yang masih bersekolah. Katanya, suaminya Siman Adam, 51, tukang rumah, tidak boleh membuat kerja rumah selepas mengalami kemalangan, menyebabkannya membantu mencari pendapatan sambilan keluarga. Beliau berkata, suaminya juga akan membantu menyiapkan kraftangan itu pada waktu malam terutama jika beliau menerima banyak tempahan. "Allhamdulliah melalui kraftangan itu,saya dapat membantu menambah pendapatan dan saya memastikan kehidupan lebih sempurna untuk kami sekeluarga," katanya. FAKTA Antara 80 gulungan kertas sehingga lebih 1,000 gulungan kertas disiapkan untuk membuat pasu dan pelbagai lagi kraftangan. Setiap 1,000 gulungan besar kertas dibayar RM10, manakala 1,000 gulungan kecil kertas dibayar RM8. Setiap gulungan hanya mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan. Seorang surirumah yang membuat gulungan secara sambilan di rumah, biasanya boleh menyiapkan sehingga 2,500 gulungan seminggu. Proses Membuat kraftangan daripada kertas: Pekerja akan mengulung akhbar dan majalah dengan lidi bergantung kepada saiz (jika perlu kertas itu akan digulung dengan dawai atau besi). Gulungan kertas itu kemudian dianyam seperti menganyam rotan mengikut bentuk kraftangan. Selepas siap bahan kraftangan atau pasu itu akan dicat dan disapu minyak serta pengilat sebelum dihias mengikut kesesuaian dan permintaan pelanggan. Bahan itu kemudian dijemur selama beberapa hari bagi memastikan ketahanannya sebelum dijual kepada pelanggan.

(i)

rasa cintakan alam sekitar dan mahu menyumbang kepada pengurangan jumlah sampah dengan mengitar semula barang buangan yang ada; (ii) daya reka cipta untuk mengubah bahan buangan menjadi sesuatu yang berharga; (iii) kemahiran untuk mengubah bentuk bahan buangan tersebut seperti kemahiran menjahit, mengait dan lain-lain; (iv) minat untuk menceburi bidang ini; dan, (v) pengetahuan untuk memasarkan hasil kerja tangan mereka itu.

Visi - Menjadi sekolah terbaik di daerah ini dalam kemajuan alam sekitar serta persekitaran Misi -

Mewujudkan kesedaran serta komitmen terhadap alam sekitar dalam kalangan warga MGS Mewujudkan generasi yang memiliki kesedaran alam sekitar untuk keperluan masa depan Mencapai tahap kejayaan dalam semua penglibatan berhubung dengan alam sekitar

Slogan

Embrace Our Nature, Ensure Our Future

Slogan ini mengingatkan para pelajar supaya menyayangi alam sekitar dan seterusnya memastikan masa depan dunia kita. Slogan ini dipamerkan di seluruh sekolah pada dinding. Slogan ini juga dipamerkan pada sepanduk dan digantung di tempat yang strategik. Slogan ini menjadi tema lukisan pada T-shirt Hijau yang dipakai oleh semua orang di sekolah. Slogan ini menjadi tajuk Lagu Hijau dan dinyanyikan pada setiap perhimpunan.

Program Sekolah Lestari dibahagikan kepada lima program, iaitu: Program Kitar Semula Program Jimat Tenaga/Air Program Kebersihan Kawasan Sekolah Program Kesedaran Program Penghijauan

Semua program ini ialah dibawah Projek Hijau dan merangkumi bahagian pengurusan, bahagian kokurikulum dan bahagian penghijauan. Projek ini dibawah pemantauan Pn

Looi Lai Wah yang dibantu oleh empat orang guru. Setiap program dibantu oleh tiga orang pelajar. Mesyuarat diadakan dari semasa ke semasa untuk membincangkan projek.

OBJEKTIF SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR Objektif Sekolah Lestari ialah: To save natural resources and energy for a cleaner and greener environment Semua pelan tindakan adalah berdasarkan objektif yang di atas. Objektif-objektif ini juga diterapkan kepada pelajar semasa perhimpunan sekolah dan waktu kelas.

STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI

PENGANJURAN PROGRAM KEFAHAMAN DAN KESEDARAN Semua program dirancangkan untuk mencapai Visi dan Misi Sekolah Lestari

Ceramah dari Mr.Khor Hung Teik Tarikh: Tempat: Masa: Peserta: 16 Februari 2007 Dewan Sekolah 2.30 4.00 petang Pelajar, guru-guru dan ibu bapa

Penceramah ialah En Khor Hung Teik, juruanalisa kanan dari Institut Kajian SosioEkonomi & Alam Sekitar. Aktiviti ini dianjurkan untuk semua badan beruniform sekolah.En. Khor Hung Teik memberi ceramah mengenai cara membuat kompos dari

sisa makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Beliau menunjukkan cara- cara untuk membuat baja kompos yang baik dan bagaimana mengesan masalah-masalah. En Khor juga menerangkan faedah-faedah menggunakan kompos kepada kita dan alam sekitar. Kita boleh menjimat wang dalam pembelian baja dan kompos bertindak sebagai pengimbang tanih. En. Khor juga menggalakkan pelajar membuat kompos sendiri dan mencadangkan bahawa sekolah membuat kompos secara besar-besaran.

Ceramah oleh En.Khor Hung Teik tentang kompos.

Guru-guru,pelajar-pelajar sedang mendengar ceramah ini.

Lawatan sambil belajar Lawatan ke Taman Pandan Tarikh: Tempat: Masa: 27 Februari 2007 Taman Pandan, Butterworth 3.00 6.00 petang

Seramai 40 pelajar-pelajar SMK(P) Methodist telah mengadakan suatu lawatan ke Taman Pandan atas jemputan dari En Khor Hung Teik dari Institut Kajian SosioEkonomi & Alam Sekitar. Tujuan utama lawatan ke Taman Pandan dalah untuk menyemai semangat membuat kompos dan mendedahkan kepada pelajar cara-cara membuat kompos dalam komuniti. Ekoran dari lawatan itu, SMK(P) Methodist mendirikan sebuah tapak kompos yang mirip tapak kompos di Taman Pandan.

Sayur-sayuran yang ditanam dengan kompos yang dihasilkan di tapak kompos di Taman Pandan. Lawatan Sambil Belajar Ceramah dan Lawatan ke Pulau Burung Tarikh: Masa: Tempat: 18 April 2007 7.30 1.00 petang Pulau Burung, Seberang Perai Selatan

Pelajar dari sekolah kami telah dijemput untuk menghadiri suatu ceramah di Dewan Serbaguna Jawi yang disampaikan oleh Cik Masyitah dari Jabatan Alam Sekitar mengenai pemanasan global dan penipisan lapisan ozon. Kemudian, kami dibawa ke Pulau Burung iaitu tempat pelupusan sampah di Seberang Perai Selatan. Di sana, pelajar terkagum melihat betapa banyaknya sampah yang dihasilkan oleh rakyat Pulau Pinang.

Para pelajar dan guru sedang mendengar penerangan dari En.Hasmun .

Tapak pelupusan sampah di Taman Burung.

Sebahagian dari kumpulan yang melawat Taman Burung. CERAMAH OLEH ENCIK SHAMSHUAR BIN HUSIN Tarikh: Masa: Tempat: 19 Jun 2007 12.00 tengah hari Dewan Sekolah

SMK(P) Methodist menjemput Encik Shamshuar bin Husin, Operation Manager di Syarikat Idaman Bersih Sdn. Bhd, Seberang Perai Selatan untuk memberi ceramah mengenai tapak pelupusan sampah di Pulau Burung. Ceramah diberikan kepada semua guru, pelajar dan kakitangan sekolah. Beliau menerangkan bagaimana sampah dikutip oleh MPPP dan selepas itu dihantar ke tapak pelupusan di Pulau Burung. Beliau gunakan persembahan Powerpoint untuk menerangkan ceramahnya. STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI

MENYEBARKAN MESEJ ALAM SEKITAR DALAM PERHIMPUNAN Ceramah Peningkatan Suhu Dunia Pada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan suhu bumi. Karyn telah memberi ceramah ini di dewan sekolah semasa perhimpunan dijalankan. Semasa

ceramah tersebut, Karyn telah memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kesan peningkatan suhu serta cara untuk mengatasinya.

Ceramah Kitar Semula Kertas Pada 10 April 2007, Ong Ee Lynn pelajar dari tingkatan 5 Sains 2 memberi ceramah mengenai kitar semula kertas. Ee Lynn telah mengingatkan para pelajar bahawa tindakan mengitar semulkertas akan mengurangkan hutan daripada ditebang. Dia juga menunjukkan proses mengitarsemula kertas dikilang dengan persembahan powerpoint.

Ceramah Kitar Semula Kaca, Plastik dan Tin Aluminium Pada 30 April 2007 , Nicole Ong, Ting 5 Sains 1, telah memberi ceramah tentang kitar semula kaca, plastik, dan tin aluminium. Nicole telah menerangkan kepada pelajar proses mengitar semula kaca, plastik, serta tin aluminium untuk menjadi barangan baru. Nicole turut menyeru para pelajar untuk membersihkan dan mengemekkan yang mana boleh botol- botol dan tin-tin serta mengasingkan bahan-bahan mengikut kategori sebelum membawa ke tempat mengitar semula.

Mesej Melalui Nyanyian Lagu Pada 20 Mac 2007, lagu alam sekitar yang bertajuk Embrace Our Nature, Ensure Our Future dilancarkan oleh Sneha dari Tingkatan 5 Sains 1. Lagu ini dicipta oleh seorang bekas murid sekolah. Lagu ini mempunyai mesej yang menyeru manusia supaya sayang kepada alam sekitar. Dengan ini, manusia mesti bertindak supaya menyelamat dunia kita dan mengelakkan dunia kita daripada dimusnah. Selepas hari pelancaran lagu, lagu ini dinyanyikan pada setiap perhimpunan sekolah. nyanyian ini, mesej lagu ditanam dijiwa guru dan pelajar. Melalui

Hampir semua pelajar dan semua guru mempunyai T-shirt Hijau ini.

Melancarkan T-Shirt Hijau Pada 2 April 2007, T-Shirt Hijau dilancarkan oleh Hui Kim dan Ju Ji dari Ting 5 Sains 1. T-Shirt itu dimodel oleh Koid Mei Mei, Sherine Tan, Lim Shu Yoong dan Thexeisha Yeap. Logo T-shirt dicipta oleh Andrea Tee dan Christina Chua. Corak logo berdasarkan slogan, Embrace Our Nature, Ensure Our Future. Dengan memakai T-Shirt ini, guru dan pelajar akan diingatkan tentang peranan mereka dalam menjaga alam sekitar

Ceramah Kitar Semula Cermin Mata

Pada 18

Jun 2007, Amy Chia dari Tingkatan 4 Sains 1 menerangkan bagaimana cermin mata lama boleh dikitar semula. Pelajar diminta menderma cermin mata lama mereka kepada Koperasi sekolah untuk dihantar ke Lions Club. Cermin mata lama ini akan diperbaiki dan dihantar ke negara yang sedang membangun untuk kegunaan penduduk miskin.

Ceramah dan ucapan oleh Guru Projek Hijau dan Pengetua Pn. Looi sebagai ketua guru Projek Hijau selalu mengumumkan keputusan pertandingan kitar semula di samping mengingatkan pelajar tentang cara yang betul dalam proses mengitar semula dan memberi peringatan tentang tanggungjawab setiap orang dalam menjaga alam sekitar. Pn.Wong, pengetua sekolah memberi sokongan yang kuat kepada program Projek Hijau

dengan selalu menggalakkan pelajar mengambil bahagian yang aktif di aktiviti ini

MENYEBARKAN MESEJ ALAM SEKITAR MELALUI PAPAN KENYATAAN Papan kenyataan kelas Setiap kelas mempunyai Papan Hijau di mana artikel, notis dan risalah-risalah berkaitan dengan alam sekitar dipamerkan.

Papan kenyataan sekolah Keputusan pertandingan kitar semula antara kelas dapat dibaca disini dan juga kenaikan/penurunan penggunaan tenaga elektrik/ air di sini.

MENYEBARKAN MESEJ ALAM SEKITAR MELALUI CARA LAIN Melalui Risalah Setiap pelajar dan warga sekolah diberikan risalah berkaitan dengan alam sekitar yang dicetak Visi, Misi, Objektif, Slogan Projek Hijau Sekolah ,Lagu Hijau dan cara-cara mengelakkannya hancur. Melalui banner dan poster Banner dan poster digantung di sekeliling sekolah untuk mewujudkan perasaan cinta akan alam sekitar

dalam diri pelajar. Banner mengandungi mesej dan slogan yang digantung pada pagar sekolah supaya senang dilihat oleh orang awam. Poster mengandungi

pengetahuan tentang cara-cara mengitar semula.

Sebahagian daripada poster adalah hasil kerja pelajar sendiri.

1.4 STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN 1.4.1 PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI

MENGADAKAN MENGIMPLEMENTASIKAN PERATURAN YANG BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR

DAN SEKOLAH

Kantin Pelajar tidak boleh membawa makanan ke sekolah Penjual makanan di dengan menggunakan beg plastik.-

kantin tidak dibenarkan menjual makanan dalam beg plastik.- Pelajar yang membuang sampah di kantin akan didenda mangkuk

RM10.00-

Pelajar

dikehendaki

membawa pinggan

balik kembali Kelas -

Ketua kebersihan kelas dikehendaki menyediakan

jadual bertugas kelas dan mempamerkan jadual di papan kenyataan.

Pelajar dikehendaki membersihkan kelas mengikut Lampu mesti dipadamkan selepas waktu

jadual bertugas. pertama. Semua lampu dan kipas mesti ditutup apabila meninggalkan bilik darjah.

1.4 STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN 1.4. 1 PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI MEMBERI PENGIKTIRAFAN KEPADA INDIVIDU ATAU KUMPULAN

Guru

Untuk menghargai bantuan guru, setiap guru diberikan Tshirt Hijau dengan percuma Pelajar - Pertandingan Kitar Semula. Pertandingan diadakan dalam pelbagai kategori. Kelas-kelas yang menunjukkan keputusan yang baik diberikan hadiah wang tunai.

- Pertandingan Melukis PosterSetiap tingkatan dipilih satu pemenang dalam pertandingan melukis poster.

- Membuat komposSemua kumpulan pelajar yang mengambil bahagian dalam membuat kompos dihadiahkan satu hamper setiap kumpulan.

- Ahli Jawatankuasa di Restoran Garden Inn.

Semua ahli jawatankuasa projek

hijau (pelajar dan guru) dibelanjakan makanan set nasi lemak


Pekerja - Pekebun orang. Kedua-dua pekebun, iaitu En Shukor dan En Henry, diberikan penghargaan sebanyak RM100.00 setiap

- Pekerja kantin Pekerja kantin yang membantu dalam membuat kompos dihadiahkan hamper.

1.4 1.4.2

STRATEGI

DAN

PELAN

TINDAKAN DAN

PELAKSANAAN

PRASARANA

PENGAJARAN

PEMBELAJARAN

Prasarana pembelajaran di perpustakaan Hijau


Prasarana

pembelajaran

melalui

papan

kenyataan Kelab Hijau dan papan kenyataan kelas Prasarana pembelajaran melalui risalah Prasarana pembelajaran melalui posters Prasarana pembelajaran melalui sudut bacaan

Prasarana pembelajaran melalui ceramah Prasarana pembelajaran melalui lawatan

1.4

STRATEGI

DAN

PELAN

TINDAKAN

PELAKSANAAN 1.4.3 BAJET PROGRAM SEKOLAH

LESTARI

Sumber dan Penjanaan kewangan Sumber kewangan ialah dari penjualan bahan-bahan kitar semula seperti kertas, plastik, kaca, aluminium/logam dan e-waste. Daripada penjualan bahan ini, wang yang dijana pada tahun 2007 ialah sebanyak RM 6187.44 .

1.4 1.4.4

STRATEGI

DAN

PELAN JARINGAN

TINDAKAN BERSAMA

PELAKSANAAN

PEMBENTUKAN

PIHAK BERKEPENTINGAN

Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan SERI

Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar

Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan MNS AKTIVITI PENYEBARAN DAN PENDEDAHAN

MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

Pendedahan maklumat kepada sekolah rendah

Pendedahan maklumat kepada jiran berdekatan

Pendedahan maklumat melalui sepanduk

1.5 SISTEM PEMANTAUAN Kebersihan kelas :

Kebersihan kelas adalah dibawah jagaan guru dengan menggunakan fail

pemantauan. Semasa guru memasuki kelas, guru akan melihat kebersihan lantai, tingkap, papan hitam, papan kenyataan.

Lembaga Pengawas dibawah panduan Pn Cheah Bee Lean mengawal

kebersihan kelas.

Kebersihan kantin Setiap minggu 1 kelas ditugaskan untuk menjaga kebersihan kantin. Ini adalah dibawah jagaan guru bertugas dan dibantu oleh oleh pengawas.

Kebersihan kawasan sekolah Kebersihan kawasan sekolah termasuk tandas adalah diuruskan oleh pekerja-pekerja kontrak. Ini adalah dibawah pemantauan En. Mohd Abdul Kader dari Gemilang Teguh Enterprise. Pekerja yang menjaga kebersihan kawasan sekolah termasuk kebersihan tandas ialah Pn Hamdiah, Pn Haminah dan Pn Susila

1.6 SISTEM PELAPORAN Pelaporan projek diumumkan semasa perhimpunan. Semasa

perhimpunan pengumuman dibuat tentang keputusan pertandingan kitar semula dan juga laporan tentang projek-projek lain seperti E-waste dan penghasilan kompos. Pelaporan juga dibuat dengan menggunakan persembahan powerpoint

1.7 ELEMEN KHAS PENGURUSAN Persatuan Konsumer Pulau Pinang (CAP) memberi nasihat dalam cara menghasilkan kompos dengan menggunakan cacing. Untuk memulakan projek vermiculture kelab alam sekitar mendapatkan tiger worms dari CAP.

2.0 KOKURIKULUM 2.1 AKTIVITI DAN PROJEK PENGHIJAUAN OLEH KELAB DAN PERSATUAN

Menggunakan konsep 3R menghasilkan kraf tangan

Pandu Puteri - Pertunjukan fesyen bertemakan alam sekitar

Membuat condiment set oleh Young Enterprise Masak dengan menggunakkan tenaga suria oleh Rangers

Backwoodsman Cooking oleh Rangers

Gift of Sight oleh koperasi sekolah

Melabel nama pokok oleh Persatuan Sains

2.2 PROJEK KESEDARAN Kesedaran melalui gotong-royong Kesedaran melalui Bantuan Masyarakat Kesedaran melalui ceramah Kesedaran melalui pameran Pameran CETREE Program Kitar Semula

Pameran barang-barang hiasan

Berbasikal ke Pulau Langkawi Larian Hijau Kitar Semula E-waste Sambutan Minggu Alam Sekitar 11 Jun - Perasmian kempen Tiada Beg Plastik dan Gunakan sapu tangan. 18 Jun - Perasmian The Gift of Sight program. Pameranpameran - Jumble Sale dan -Thrift Shop 19 Jun 20 Jun - Pameran- pameran - Environmental Jumble Sale and Pledge Thrift Shop - Pameran hasil kraftangan dari bahan buangan.Ceramah mengenai tempat pelupusan sampah di Pulau Burung.

Tarikh Program yang dijalankan sepanjang minggu

2.3 PEMBANGUNAN SEBARAN MAKLUMAT Sudut maklumat Bahan rujukan, multimedia dan tapak web Alam Sekitar, buku-buku di perpustakaan yang berkaitan. 2.4 JARINGAN Antara kelab dan persatuan di sekolah Antara sekolah-sekolah Antara sekolah dan masyarakat setempat Sekolah antarabangsa

Melalui papan kenyataan Kelab Hijau dan papan kenyataan kelas Bahan rujukan ialah seperti majallah Era Hijau yang diterbitkan oleh Jabatan

2.5 PEMBANGUNAN KEUPAYAAN

Perkhemahan ke tempat yang bercirikan alam sekitar Ekspedisi ke Spice Garden Lawatan sambil belajar

Ceramah/Bengkel/Seminar/Latihan kepada pelajar, guru dan kakitangan Penyertaan Pertandingan Pertandingan Drama

Pertandingan Lukisan Pertandingan Choral Speaking

2.6 SISTEM PELAPORAN Papan makluman

Semasa Perhimpunan Laporan Tahunan

Tapak Web - Laporan tahunan dimasukkan dalam tapak web sekolah iaitu www.youtheme.org/mgspenang. Laporan Program Projek Hijau boleh didapati di tapak web ini. Multimedia - Laporan juga dalam bentuk multimedia dalam persembahan powerpoint semasa perhimpunan. 3.0 PENGHIJAUAN

3.1 STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

Strategi Mengekalkan tumbuhan hijau di sekolah Menghijaukan kawasan sekolah dengan lebih banyak tumbuh-tumbuhan

Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan air di sekolah Pelan Tindakan Semasa mesyuarat ahli jawatankuasa pada 6 Februari 2007, sumbangsaran mengenai kesan aktiviti sekolah kepada alam sekitar dan pelan tindakan diadakan.

3.2 SISTEM PENGURUSAN TAMAN Pelan Pengurusan Jadual bertugas Pemantauan kesihatan habitat taman

3.3 REKABENTUK TAMAN Keadaan lanskap taman, kebersihan taman, susun atur taman

3.4 PROSES IMPLEMENTASI PENGHIJAUAN Proses penanaman menggunakan baja organik Program satu kelas satu taman Proses penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesis yang sesuai Pokok yang ditanam ialah dari jenis yang memerlukan

cahaya matahari yang banyak dan jenis yang memerlukan teduh. Racun perosak tidak digunakan. Perosak seperti siput babi disingkirkan dengan mengasingkan dengan tangan. Semburan air yang dibuat dari campuran cabai, bawang putih dan bawang merah digunakan pada pokok-pokok untuk memjauhkan perosak. Untuk mengurangkan rumput yang tidak diperlukan, racun rumput tidak digunakan, tetapi rumput dicabut dari masa ke semasa. Melabelkan nama-nama saintifik dan tempatan pokok Projek membuat baja kompos

En Khor Hung Teik dijemput untuk memberi ceramah mengenai cara membuat kompos pada 16 Februari. Ekoran lawatan sambil belajar ke Taman Pandan, sekolah telah mendirikan pondok kompos dengan bantuan SERI. Semua daun yang disapu, potongan rumput dan sisa makanan kantin digunakan untuk membuat kompos di pondok baru ini Penubuhan Stesen Pembelajaran

1. Tapak kompos ialah sebagai stesen pembelajaran di mana pelajar boleh belajar penguraian bahan-bahan organik oleh bacteria dan kulat. 2. Menghasilkan kompos dengan cacing boleh dijadikan stesen pembelajaran di mana pelajar boleh membuat eksperimen di mana tumbuh-tumbuhan reput diuraikan oleh cacing. 3. Taman herbal menjadi stesen pembelajaran. Pelajar akan dapati kebaikan baja kompos. Mereka juga boleh belajar kegunaan tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan juga boleh digunakan dalam perubatan. Penyelenggaraan Kawasan Padang

Penyelenggaraan kawasan padang adalah di bawah Gemilang Teguh Enterprise. Kawasan padang dijaga oleh pekebun-pekebun, En Henry dan En Shukor 3.5 PENGURUSAN SUMBER KE ARAH MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN PENJIMATAN PENGGUNAAN SUMBER Semasa perhimpunan, pelajar diingatkan tentang cara-cara mengurangkan kegunaan tenaga elektrik. Kenaikan/penurunan perhimpunan. Kenaikan/penurunan kegunaan tenaga elektrik juga dipamerkan di papan kenyataan Air Semua paip dan pili air disemak untuk kebocoran. Kalau ada kebocoran, paip dan pili air akan diperbaiki.Untuk mengurangkan kegunaan air, air hujan dikumpul dari bumbung di tangki plastik untuk menyiram air dan untuk mengairi kompos. Poster menjimatkan air (seperti gambar di sebelah kiri) ditampalkan di sekitar sekolah dan terutama di tempat cuci tangan Semasa perhimpunan, kegunaan air bulanan untuk sekolah diumumkan dan pelajarpelajar diingatkan cara-cara menjimatkan air. Kenaikan/penurunan kegunaan air setiap bulan dipamerkan di papan kenyataan. kegunaan tenaga elektrik diumumkan semasa

Tenaga elektrik Lembaga Pengawas memantau kegunaan elektrik. Pengawas menyemak bilikdarjah, makmal dan semua bilik khas untuk memastikan bahawa semua lampu dan kipas ditutup apabila pelajar keluar untuk

rehat dan apabila pelajar bersurai. Kelas diberikan amaran kalau didapati bahawa suis untuk alat-alat elektrik ini tidak ditutup. Semasa perhimpunan, pelajar diingatkan tentang cara-cara mengurangkan kegunaan tenaga elektrik. Kenaikan/penurunan kegunaan tenaga elektrik Kenaikan/penurunan kegunaan tenaga

diumumkan semasa perhimpunan.

elektrik juga dipamerkan di papan kenyataan.

CETREE (Centre for Education and Training in Renewable Energy and Efficient Use of Energy) dijemput oleh Pn Soon, Ketua Panitia Sains, untuk memberi pameran dan mendidik pelajar tentang kegunaan tenaga pada 18 Jun dan 19 Jun 2007.

Papan

Sisa pejabat, bilik darjah, kantin, makmal dan bengkel Saranan penjimatan melalui kenyataan melalui sini, kepentingan penjimatan elektrik/air

diberitahu penjimatan

Pengumuman dibuat semasa perhimpunan tentang saranan

Poster ditampalkan disekitar sekolah mengenai penjimatan 3.6 PEMANTAPAN SIKAP GURU, PELAJAR DAN KAKITANGAN SEKOLAH TERHADAP PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Penganjuran latihan di sekolah berkaitan alam sekitar Penganjuran aktiviti seperti

Choral Speaking Sekolah mengambil bahagian dalam choral speaking yang mempunyai teks mengenai alam sekitar. Drama

Kelab Alam Sekitar mengambil bahagian dalam Pertandingan Literasi Alam Sekitar, anjuran Jabatan Alam Sekitar. 3.7 PENGGUNAAN PRODUK DAN TEKNOLOGI HIJAU organik Sistem pengumpulan air hujan Baja

4.0 KEJAYAAN DAN PENGIKTIRAFAN Dalam pertandingan Literasi Alam Sekitar, sekolah mendapati hadiah saguhati, peringkat negeri. Dalam Pertandingan Anugerah Hijau Ketua Menteri, sekolah berjaya memenangi Anugerah Pengarah Urusan Fairchild Semiconductor, peringkat negeri. 5.0 LAIN-LAIN

JUMBLE SALE/THRIFT SHOP

Pada 19 Jun 2007, sekolah mengadakan Jumble Sale/Thrift Shop. Para pelajar dan guru digalakkan menderma barangan lama dan masih diguna untuk dijual . Hasil jualan diderma ke Charis Hospice, sebuah badan sukarela yang membantu pesakit barah. KEMPEN TIADA BEG PLASTIK MENGGUNAKAN SAPU TANGAN . 'ENVIRONMENTAL PLEDGE KEMPEN

6.0 ELEMEN KHAS KITAR SEMULA E-WASTE Tidak banyak orang tahu tentang bahayanya E-waste kalau alat-alat elektrik dan elektronik tidak dibuang dengan cara yang betul. Oleh sebab ini, sekolah dan kelab alam sekitar mengambil inisiatif untuk mendidik para pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat tentang pembuangan E-

waste. Sekolah juga sudi menjadi pusat di mana masyarakat setempat boleh menghantar alat-alat elektrik dan elektronik untuk dikitar semula. Masyarakat setempat telah respons dengan menghantar bahan-bahan ke pondok bacaan untuk dikitar semula.

You might also like