You are on page 1of 5

Hari Mesra Taman Bestari

Majlis Hari Mesra Taman Bestari bermula pada pukul


8.30 pagi di balai raya. Penduduk yang hadir bersalamsalaman. Mereka bertanya khabar antara satu sama lain.
Pelbagai aktiviti dijalankan. Kanak-kanak menyertai
pertandingan meniup belon dan pertandingan mewarna
menggunakan pensel krayon. Golongan remaja mengambil
bahagian dalam pertandingan tarik tali. Pertandingan
gubahan bunga khusus untuk kaum ibu. Kaum bapa pula
beradu tenaga untuk mengukur kelapa dalam kumpulan.
Mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
mahu menjadi johan.
Suasana pada hari itu sungguh meriah. Penduduk
bersuka ria, saling mengusik dan bergurau. Mereka berbual
mesra. Semangat kejiranan jelas wujud dalam kalangan
mereka. Pelbagai makanan dan minuman dihidangkan pada
akhir majlis. Mereka tetap gembira walaupun letih.

KUANTAN, 1 Julai- Pengarah Pelajaran Negeri telah


merasmikan program Minggu Perpustakaan Awam Taman
Harmoni.
Tuan Pengarah telah sudi meluangkan masa untuk
melawat ke tapak-tapak pameran dan gerai-gerai jualan
buku yang diadakan sempena program itu.
Tapak-tapak pameran dan gerai-gerai jualan pameran
dan gerai-gerai jualan buku itu dikendalikan sepenuhnya
oleh penduduk.
Dalam ucapannya, beliau memuji amalan kerjasama
penduduk

yang

bertungkus-lumus

untuk

menjayakan

program itu.
Sebelum

pulang,

beliau

telah

bermurah

hati

mendermakan pelbagai bahan bacaan untuk perpustakaan


itu. Beliau berharap sumbangan itu akan memberikan
faedah kepada penduduk, khususnya anak-anak yang masih
bersekolah.

Kepada: Komala
Daripada: Kom Ho
Perkara : Program Hari Keusahaan PIBG
Sahabatku,
Sekolah saya telah menganjurkan program Hari Keusahawanan
PIBG pada minggu lepas. Program itu dianjurkan oleh PIBG SJK (C)
Taman Bestari.
Pada hari tersebut, Pengerusi PIBG, Guru Besar dan guru-guru
menyambut kedatangan tetamu kehormat. Jemputan yang hadir
dibawa masuk ke dalam dewan untuk perasmian program.
Selepas itu, para hadirin dijemput melawat gerai-gerai yang
telah disediakan oleh ibu bapa. Barang jualan di gerai-gerai itu
merupakan hasil sumbangan ibu bapa dan masyarakat setempat.
Keuntungan daripada hasil tersebut akan dimasukkan ke dalam
tabung sekolah.
Saya amat gembira kerana dapat bersama-sama menjayakan
program tersebut. Semoga kita berjumpa lagi, sahabatku. Terima
kasih.

Kim Ho

Saya Sebagai Sebatang Pokok Pisang


Saya sebagai sebatang pokok pisang. Saya berdaun dan
berbuah. Saya juga berjantung tetapi jantung saya tidak seperti
jantung manusia.
Saya memberikan hasil kepada tuan saya selepas tujuh hingga
10 bulan ditanam. Buah saya berwarna hijua sebelum masak. Apabila
sudah masak, buah saya akan bertukar menjadi kuning.
Tahukah kamu bahawa saya juga dikenali sebagai pokok
pelbagai guna? Setiap bahagian badan saya ada kegunaannya.
Bahagian daun sering digunakan untuk membungkus nasi lemak.
Bahagian ini juga turut digunakan sebagai pembungkus kuih koci,
lepat dan pulut inti.
Buah saya memberikan sumber tenaga kepada manusia. Jantung
saya pula bukan sebarang jantung. Jantung saya dapat dijadikan
ulam dan dimakan

dengan nasi. Rasanya sungguh lazat dan

berkhasiat.
Saya gembira kerana seluruh bahagian badan saya memberikan
faedah kepada manusia.

Kalang : Kamu hendak buat apa dengan benda-benda ini, Kim Ho?
Kim Ho: Oh, saya hendak mengitar semula botol minuman ini supaya
menjadi penapis air! Mula-mula, saya perlu menutup mulut
botol yang dikerat ini dengan kapas.
Kalang : Apakah yang boleh saya bantu, Kim Ho?
Kim Ho: Tolong saya pegang bahagian botol ini. Saya pula akan
memasukkan batu dan pasir ke dalam botol ini.
Kalang : Ha, sudah siap pun penapis air!
Kim Ho: Ya, Kim Ho. Mari kita cuba penapis air ini.
Kalang : Bolehkah kita minum air yang ditapis ini?
Kim Ho: Ya, boleh, kerana kita perlu memasak air ini terlebih dahulu
untuk membunuh bakteria.

You might also like