You are on page 1of 8

Bahagian D

Contoh Karangan
Aktiviti di Taman Sains

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong
yang dianjurkan oleh Kelab dan Persatuan Sains sekolah. Guru-guru dan murid-murid
telah menyertai aktiviti tersebut. Tujuan aktiviti gotong-royong adalah untuk
memastikan kebersihan sekolah.

Pada hari itu, murid-murid datang awal ke sekolah pada pukul 7.00 pagi. Kami
berkumpul di taman sains sekolah. Kami telah membawa beberapa jenis peralatan
yang perlu digunakan.

Aktiviti bermula pada pukul 8.00 pagi. Cikgu Tan membahagikan kami
kepada beberapa kumpulan. Saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk
membersihkan taman sains.

Ahmad mencabut rumput yang tumbuh di taman sains lalu dimasukkan ke


dalam karung sampah. Rita menyiram pokok bunga berhampiran pagar supaya
sentiasa cantik dan subur. Ai Ling dan Sarah memberi makanan kepada ikan yang
dipelihara di dalam kolam.

Aminah dan Wen Hao menanam beberapa jenis herba dan pokok bunga
untuk mencantikkan kawasan taman sains. Kim Seng mencantas 修剪 daun pokok
bunga dengan gunting pokok supaya kemas dan rapi. Kami bekerjsama bagai aur
dengan tebing.

Aktiviti gotong-royong tamat selepas empat jam. Walaupun berasa penat,


tetapi kami berasa gembira kerana sekeliling sekolah telah menjadi bersih, kemas
dan ceria. Saya berharap agar aktiviti gotong-royong boleh diadakan setiap tahun.
Bahan Kitar Semula
Majlis Rumah Terbuka
Pada minggu lepas, persatuan penduduk taman saya, iaitu Persatuan
Penduduk Taman Muhibah telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri.
Majlis itu bermula dari pukul 6.30 petang hingga pukul 11.00 malam di Dewan
Komuniti Taman Muhibah.

Saya dan keluarga saya pergi ke dewan itu pada pukul 7.00 malam.
Kami memakai pakaian traditional kaum kami, iaitu samfu dan ceongsam.
Setibanya di situ, kami melihat banyak tetamu pelbagai bangsa telah hadir.
Mereka juga memakai pakaian traditional kaum masing-masing. Kemudian,
kami duduk di kerusi dan meja yang telah disediakan.

Tidak lama kemudian, juruacara majlis mengumumkan bahawa


persembahan nyanyian dan tarian akan diadakan. Kami menyaksikan
persembahan yang menarik sambil kami makan. Makanan yang disediakan
sangat enak sekali.

Kami juga berbual-bual dengan tetamu yang lain. Saya berasa seronok
kerana majlis sebegini dapat menyemai semangat kejiranan dan perpaduan
dalam kalangan penduduk berbilang bangsa. Saya juga berasa bangga
kerana para penduduk saling bertolak ansur ketika mengambil makanan.

Ketika cabutan bertuah diadakan, saya sangat terkejut. Saya telah


berjaya mendapat cabutan bertuah pada tempat pertama. Saya
memenangi sebuah telefon pintar yang baharu. Saya berasa sungguh
gembira.

Saya dan keluarga saya pulang ke rumah pada pukul 10.00 malam.
Saya berasa senang hati kerana perut telah kenyang dan memenangi
hadiah cabutan bertuah.

You might also like