You are on page 1of 13

PROGRAM BACAAN PAGI

BAHASA MALAYSIA TAHAP 1


SJK (C) CHOONG HUA 1

Masa: 7.15-7.30 pagi

1) ANGGOTA KELUARGA SAYA


Nama saya ialah Kim Ho. Saya berumur lapan tahun.
Saya bersekolah di SJK (C) Choong Hua 1. Bapa saya
seorang doktor. Ibu saya seorang jururawat di
hospital. Kakak saya bersekolah di SMJK Choong Hua.
Adik saya belum bersekolah.

2) BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Buah durian rasanya sedap. Buah rambutan rasanya
manis. Isi buah manggis berwarna putih. Buah betik
ada banyak biji. Buah mangga rasanya masam. Buah-
buahan tempatan banyak khasiatnya. Harganya pula
murah. Buah-buahan tempatan mudah diperoleh.
Belilah buah-buahan tempatan.

3) HAIWAN TERNAKAN
Datuk memelihara banyak haiwan ternakan di
ladangnya. Haiwan ternakan datuk ialah ayam, itik,
lembu dan arnab. Ayam betina bertelur di dalam
reban. Itik berenang di dalam kolam. Lembu meragut
rumput di padang. Arnab suka makan lobak merah.

1
4) SEKOLAH SAYA
Ini sekolah saya. Sekolah saya besar dan cantik.
Kantin sekolah saya bersih. Padang sekolah saya luas.
Bunga-bunga di taman sekolah cantik dan segar.
Murid-murid sekolah saya rajin dan berdisiplin. Guru-
guru pula mesra dan bertanggungjawab. Saya sayang
akan sekolah saya.

5) KELAS SAYA
Ini kelas saya. Kelas saya bersih dan cantik. Meja dan
kerusi tersusun rapi. Dinding kelas saya ditampal
carta sifir dan nota-nota. Meja guru dihias dengan
cantik. Kelas saya merupakan johan pertandingan
kebersihan. Saya seronok belajar di dalam kelas. Saya
sayang akan kelas saya.

6) HOBI SAYA
Saya suka mengumpul setem. Saya ada tiga buah
album setem. Kawan saya juga gemar mengumpul
setem. Kami selalu bertukar-tukar setem. Saya beli
setem dari pejabat pos. Saya juga ada setem dari luar
negara. Kakak saya selalu memberi setem kepada
saya. Hobi mengumpul setem ada banyak faedah.

2
7) KAMPUNG SAYA
Pada hari minggu yang lalu, kami pulang ke kampung.
Kampung saya terletak di negeri Melaka. Saya ada
datuk dan nenek di kampung. Saya suka suasana
kampung yang bersih dan nyaman. Halaman rumah di
kampung sangat indah. Datuk memelihara banyak
haiwan ternakan. Nenek pula menanam banyak pokok
bunga dan sayur-sayuran. Kami menyayangi datuk dan
nenek.

8) MEMBERSIHKAN KELAS
Kami murid kelas Dua Rajin. Setiap hari, kami
membersihkan kelas kami. Ai Lin dan Sita menyapu
lantai. Raju dan Ah Chin mengelap tingkap. Aina
membersihkan papan tulis. Ali dan Raju menyusun
kerusi dan meja. Mei Lin membuang sampah ke dalam
tong sampah. Kami bekerjasama menjaga kebersihan
kelas.

3
9) PERTANDINGAN BERCERITA
Sekolah saya mengadakan pertandingan bercerita.
Saya telah mengambil bahagian. Setiap hari, saya
menghafaz cerita. Saya berlatih bercerita sambil
bergaya di depan cermin. Hari pertandingan telah
tiba. Saya berasa takut tetapi saya memberanikan
diri. Saya berjaya menjadi johan. Saya sangat
gembira menerima hadiah.

10) MENJAGA KEBERSIHAN


Kita mestilah menjaga kebersihan. Kebersihan diri
kita adalah penting. Kuku kita mesti bersih dan
pendek. Sebelum makan, kita mestilah mencuci
tangan. Kebersihan makanan juga perlu dijaga. Kita
hendaklah makan makanan yang ditutup. Makanan
bersih menjamin kesihatan kita. Badan yang sihat
menjadikan otak kita cerdas.

11) AMALAN MEMBACA


Membaca ialah amalan berfaedah. Banyak bahan boleh
dibaca. Kita menambahkan ilmu dengan membaca.
Gunakanlah masa terluang untuk membaca. Kejayaan
diperoleh dengan amalan membaca. Buku cerita sangat
seronok dibaca. Kita boleh meminjam buku dari
perpustakaan. Kita hendaklah rajin membaca buku.

4
12) BERKELAH DI TEPI PANTAI
Kami hendak pergi berkelah di tepi pantai. Kami pergi
dengan menaiki kereta ayah. Kami membawa makanan
dan minuman sebagai bekal. Di sana, kami
membentangkan tikar. Kemudian, kami mandi. Selepas
mandi, kami makan. Kami berkelah selama tiga jam.
Selepas itu, kami pun mengemas barang untuk pulang.
Kami berasa sangat gembira.

13) PAKAIAN TRADISIONAL


Masyarakat Malaysia mempunyai pakaian tradisional
tersendiri. Ai Ling memakai baju ceongsam pada
Tahun Baharu Cina. Rina pula memakai baju kurung.
Baju kurung Rina sangat cantik. Ahmad pula gemar
memakai baju Melayu. Ahmad memakai baju Melayu
untuk ke masjid pada Hari Raya Puasa. Manimala pula
memakai sari. Manimala memakai sari semasa ke kuil.
Muthu pula suka memakai dhoti.

14) PERAYAAN DI MALAYSIA


Negara kita ada banyak perayaan. Semua perayaan
diraikan bersama. Hari Raya Aidilfitri disambut oleh
umat Islam. Tahun Baharu Cina disambut oleh
masyarakat Cina. Orang India pula menyambut
perayaan Deepavali. Hari Krismas disambut pada 25
Disember. Orang Iban menyambut Hari Gawai. Semua
perayaan itu disambut dengan meriah.

5
15) PERPUSTAKAAN SEKOLAH SAYA
Sekolah saya ada perpustakaan. Terdapat banyak
buku di sana. Setiap hari, saya pergi ke perpustakaan.
Keadaan di dalam perpustakaan sangat selesa. Murid-
murid tidak boleh berbuat bising atau berlari.
Perpustakaan ialah tempat untuk membaca buku.

16) KAWAN-KAWAN SAYA


Ini kawan-kawan saya. Mereka tinggal berhampiran
rumah saya. Mereka ialah Ramu, Ah Chong dan Siti.
Mereka selalu membantu saya. Kami selalu bermain
bersama di taman permainan. Kami bermain selepas
menyiapkan kerja sekolah. Saya berasa gembira
mempunyai kawan-kawan seperti Ramu, Ah Chong dan
Siti.

17) IBU BAPA SAYA


Saya mempunyai ayah dan ibu. Ayah saya bernama
Encik Tai Fok Siang. Ibu saya bernama Puan Ng Hooi
Hooi. Ayah saya bekerja sebagai doktor. Ibu saya
pula seorang suri rumah. Mereka sangat menyayangi
saya. Setiap pagi, ayah saya menghantar saya ke
sekolah. Ibu saya pula akan menyediakan makanan
untuk bekalan saya ke sekolah. Saya sangat sayang
akan ibu bapa saya.

6
18) MEMELIHARA IKAN
Hobi saya memelihara ikan. Saya memelihara ikan di
dalam akuarium. Setiap hari, saya memberi ikan
makan. Saya memelihara ikan emas dan 'flower horn'.
Seminggu sekali, saya akan membersihkan akuarium
saya. Saya mencuci dan menukar air di dalam
akuarium. Saya seronok melihat ikan-ikan berenang
dan bermain di dalam akuarium.

19) TAMAN PERMAINAN


Di kawasan perumahan saya ada sebuah taman
permainan kanak-kanak. Setiap petang, kanak-kanak
akan bermain di situ. Terdapat pelbagai alat
permainan disediakan. Di sana, ada buaian, jongkang-
jongket, papan gelongsor dan lain-lain lagi. Ada kanak-
kanak yang berlari-lari di sekeliling taman itu.
Terdapat juga kanak-kanak yang bermain guli di
taman permainan itu.

7
Kata Kerja 1

8
Kata Kerja 2

9
SENARAI NILAI MURNI/AMALAN BAIK/PENGAJARAN
道德价值/美德/教训

1 baik hati 好心
2 belas kasihan (bersimpati) 同情心
3 bertimbang rasa 体谅
4 prihatin 关心
5 murah hati 大方
6 sedia memaafkan 肯原谅
7 insaf akan kesalahan diri 觉悟/(知错)
8 mengakui kesalahan diri 认错
9 berdikari 独立
10 bertanggungjawab 有...责任
11 berdisiplin 有纪律(守规的)
12 berhemah tinggi 高尚品德
13 bersopan santun / berbudi bahasa 有礼貌
14 ramah mesra 亲切
15 rendah diri / merendah diri 谦虚
16 hormat–menghormati /saling menghormati 互相尊重
17 hormat kepada ….. 尊重…..
18 taat setia / taat kepada ….. 孝顺 / 忠于
19 kepercayaan kepada Tuhan 信奉上苍
20 mematuhi peraturan …. 遵守条规
21 menepati masa 准时
22 menghargai masa 珍惜时间
23 menepati janji 遵守诺言
24 harga diri 自尊/尊严
25 kasih sayang (penyayang) 爱心
26 menjaga kebersihan persekitaran 照顾环境的卫生
27 menyayangi alam sekitar 爱护环境

10
1. Kata Ganti Nama Diri
i. Kata Ganti Nama iii. Kata Ganti Nama
Diri Pertama Diri Ketiga
第一人称代名词 第三人称代名词

1. saya 我 1. dia / ia 他
2. aku 我 2. …nya 他的…
3. beta 朕 3. beliau 他
4. patik 属下 4. baginda (皇上/陛下)
5. hamba我的鄙下 5. mereka 他们
(古代)
6. kami 我们
(不包括对话者)
7. kita 我们大家
(包括对话者)
ii. Kata Ganti Nama Diri Kedua
第二人称代名词

1. kamu 你 5. tuan hamba 你


(古代)
(年纪比较小的人)
6. kalian 你们
2. awak 你(朋友)
11
3. engkau 你 7. encik , tuan 先生
(朋友/神) 8. cik 小姐/puan 女士
4. anda 你
(听众/观众)

2. Kata tanya 3. Kata perintah


1. siapa 谁 1. Sila 请
2. apa 什么 2. Jemput 请(欢迎)
3. mana 哪里 3. Tolong 请帮忙
4. bila 几时 4. Harap 希望
5. bagaimana 怎样 5. Jangan不要,不可
6. mengapa / 6. Usah不要,不可
kenapa 为什么 7. Minta 请求
7. berapa 多少
4. Kata Seru
1. Syabas, 表示称赞/ 11. Nah, (哪!)
恭喜2. Amboi , 表示惊 表示给某个人东西
奇 12. Hai, 表示要与人大招
3. Wah , 表示惊奇 呼/引人注意
4. Eh , 表示惊奇 13. Kasihan,
表示可怜/怜惜
5. Aduh, 痛的叹声阿
12
6. Aduhai, 伤心的叹声 14. Syukur, 表示满足/
7. Wahai, 表示想劝服 感恩/ 称赞/ 恭喜
8. Oh, 表示失望
9. Ah , 表示不赞成
10. Cis , 表示讨厌

13

You might also like