You are on page 1of 7

LAPORAN DOKUMENTASI

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI


SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN

1. Tajuk program : Majlis Sambutan hari Raya Aidilfitri

2. Tarikh program : 20 Jun 2019 (Khamis)

3. Tempat program : Dewan Harmoni SK Sri Aman

4. Anjuran : Kelab Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Sri Aman

5. Tujuan : Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyambut perayaan Hari Raya
Aidilfitri pada bulan Syawal di samping dapat mengeratkan hubungan antara
warga sekolah.

6. Objektif :
i. menghayati bulan kebesaran Islam
ii. mewujudkan kerjasama antara murid dan guru serta kakitangan sekolah
iii. menanam sifat pemaaf dan pemurah dalam diri individu
iv. memberi ruang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan suasana hari
raya dalam semua peringkat
v. mengeratkan hubungan silaturahim dan keakraban antara semua warga SKSA
dengan agensi luar dalam menyemai sifat keterbukaan dan penerimaan

7. Bilangan murid dan guru : 40 orang guru dan 406 orang murid

8. Laporan aktiviti sepanjang program :

Pada 20 Jun 2019, hari Khamis, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Sri Aman serta Majlis
Perpisahan dan Sambutan Hari Lahir Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Datin Cheng Lean
Bee telah diadakan di Dewan Harmoni. Pada pukul 9.15 pagi, semua murid berkumpul di
Dewan harmoni mengikut kelas masing-masing. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi
majlis, iaitu Puan Ruziatul Adibah Sailin dan Cik Nur Atirah Azlan.

Selepas itu, majlis diserikan lagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Norhazwan bin
Nordin. Kemudian, Majlis Perpisahan dan Sambutan Hari Lahir Datin Cheng Lean Bee
dimulakan. Sebagai individu yang diraikan, Datin Cheng Lean Bee dijemput untuk duduk di
atas pentas. Selepas itu, Encik Ismail bin Hamid, Guru Besar SK Sri Aman dijemput untuk
memberi ucapan. Beliau mengucapkan selamat hari raya kepada semua guru, staf dan murid
serta mengucapkan selamat hari lahir dan terima kasih kepada Datin Cheng Lean Bee atas
kecemerlangan sepanjang perkhidmatannya di SK Sri Aman.

Kemudian, majlis diteruskan dengan acara memotong kek hari lahir Datin Cheng Lean
Bee diiringi oleh para pentadbir. Sejambak bunga turut disampaikan kepada beliau. Para guru
turut mengambil kesempatan bergambar dengan dan Datin Cheng Lean Bee.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan acara jamuan makan sempena Aidilfitri. Terdapat
kiosk-kiosk yang disediakan untuk para murid mengambil makanan yang dibawa oleh rakan-
rakan. Kiosk-kiosk tersebut dijaga oleh seorang guru dan murid-murid pembantu. Setiap murid
diberikan sebungkus nasi dan ayam goreng serta air minuman sebagai menu makanan
utama. Murid akan bergerak dalam barisan untuk mengambil makanan di kiosk yang
disediakan di sebelah kanan dewan. Terdapat pelbagai menu makanan yang disediakan
antaranya ialah mi goreng, kuih-muih, kuih raya, sosej, nuget, kek, sate dan sebagainya.
Guru-guru turut membantu mengedarkan makanan dan minuman kepada semua murid
supaya disiplin dapat dikawal dengan baik dan teratur. Murid-murid menikmati makanan
sambil menonton tayangan video yang disediakan.

Seterusnya, semua guru, staf dan kakitangan sekolah menikmati makanan yang
disediakan di sudut bacaan yang terletak berhampiran dewan. Para pegawai polis dari Balai
Polis Ayer Itam, ahli jawatankuasa PIBG SK Sri Aman dan para pentadbir SK Ayer Itam turut
dijemput untuk menikmati jamuan makan. Para tetamu jemputan menikmati makanan yang
disediakan sambil berbual-bual mesra dengan guru-guru SK Sri Aman. Terdapat pelbagai
menu yang disediakan seperti laksa, lemang, ketupat, rendang, sate, lontong, nasi impit, kuah
kacang, kuih-muih dan sebagainya. Semua hadirin menjamu selera sambil beramah mesra.

Setelah menikmati makanan, murid-murid teruja untuk mengetahui keputusan pakaian


murid tercantik yang telah dipilih oleh guru-guru. Semua murid lelaki dan perempuan yang
dipilih memperagakan pakaian raya masing-masing di atas pentas dan menerima hadiah yang
disampaikan oleh Puan Bibah binti Yaakob. Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengah hari.
9. Keberkesanan program/kesimpulan :

i. Murid dapat merasai kegembiraan berhari raya


ii. Murid dapat memupuk sikap pemaaf dan pemurah dalam diri
iii. Murid dapat berkongsi dan menghargai juadah yang disediakan
iv. Murid, guru dan agensi luar dapat membina ukhuwah dan mengeratkan hubungan

Yang menjalankan tugas,

.............................................................
(NUR ZURAINIE BINTI MOHD FAUZI)
AJK Dokumentasi,
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
LAMPIRAN GAMBAR

Ucapan Guru Besar

Sambutan hari lahir Datin Cheng Lean Bee


LAMPIRAN GAMBAR

Kiosk Tahun 6 yang menyediakan mi goreng

Murid menikmati makanan sambil menonton tayangan video


LAMPIRAN GAMBAR

Guru-guru menikmati makanan bersama-sama jemputan

Pegawai polis dari Balai Polis Ayer Itam dan Guru Besar
LAMPIRAN GAMBAR

Murid menikmati makanan yang disediakan

Murid menerima hadiah pakaian tercantik

You might also like