You are on page 1of 1

Hari Anugerah Cemerlang & Penyampaian Hadiah Pada hujung bulan Oktober yang lalu, sekolah saya telah

mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. Majlis pada hari itu bermula pada awal pagi. Yang berikut ialah catatan peristiwa pada hari tersebut. Pukul 8.00 pagi Ibu bapa yang hadir telah mengambil tempat di dalam dewan sekolah. Ketibaan jemputan khas iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Manjoi, telah disambut dengan meriah. Pukul 8.30 pagi Majlis pun dimulakan. Guru Besar telah dijemput oleh pengerusi majlis untuk menyampaikan ucapan. Beliau mengalu-alukan kehadiran jemputan khas dan ibu bapa ke majlis itu. Seterusnya, ialah ucapan daripada ADUN Manjoi. Beliau berasa besar hati kerana dijemput merasmikan Hari Anugerah Cemerlang sekolah saya. Pukul 9.00 pagi Murid-murid membuat persembahan kebudayaan. Banyak murid mengambil bahagian dalam acara tersebut. Antara persembahan yang dibuat oleh murid-murid ialah tarian zapin dan tarian inang, lakonan,koir,syair serta gesekan biola. Para hadirin amat kagum dengan bakat yang ditunjukkan oleh murid-murid. Pukul 10.00 pagi Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada murid-murid yang cemerlang dalam pelajaran. Seorang demi seorang murid menaiki pentas sebaikbaik sahaja nama mereka diumumkan. Pukul 11.00 pagi Hadirin dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak sekolah.

You might also like