You are on page 1of 1

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru.

Tulis catatan tentang sambutan Hari Guru


tersebut

Rabu , 16 Mei 2019

7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari
Guru 2019. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan dengan penuh
semangat.Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Tuan Haji Ridzuan bin Ahlal.

7.40 pagi
Acara dimulakan dengan Puan Shalizaini bt Uyob, PK HEM membacakan perutusan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia. Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Fadzilah bt Zakaria
pula membacakan perutusan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Kemudian Guru Besar,
Encik Abdul Aziz bin Abu Hanipah menyampaikan ucapan lalu merasmikan majis.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat seketika untuk murid dan guru berehat di kantin sekolah. Murid-murid
dan para guru menikmati ais krim dan kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah. Semua
kelihatan gembira dan ceria sewaktu berada di kantin.

10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil
bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh
daripada semua murid.

12.00 tengah hari


Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi
keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar.

12.40 tengah hari


Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru
mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru secara bergilir-
gilir. Guru-guru berasa gembira apabila jasa mereka dihargai oleh murid-murid.

1.10 tengah hari


Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah
hari sempena Hari Guru.

You might also like