You are on page 1of 2

Berita - Sambutan Perayaan Hari Guru

peringkat sekolah
Karangan

Jenis

Berita

Sambutan

Hari

Guru

peringkat

sekolah)

SIBU, Selasa Sekolah Kebangsaaan Seri Harmoni telah mengadakan sambutan Hari Guru
peringkat sekolah secara sederhana tetapi meriah. Perayaan Hari Guru tahun ini diadakan di
dewan sekolah yang dihias indah hasil kerjasama murid-murid yang dipimpin ketua
pengawas sekolah; Ahmad bin Razali. Majlis sambutan Hari Guru ini turut dihadiri tetamutetamu jemputan termasuk Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.
Majlis sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas Hari Guru pada pukul 8.30 pagi.
Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan perasmian daripada Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ; Encik Mustapha bin Kamal. Dalam ucapannya,
Encik Mustapha bin Kamal menyeru semua guru berusaha dengan gigih demi mendidik anak
bangsa.
Guru-guru di bawah pimpinan Guru Besar telah melafazkan Ikrar Guru serta menyanyikan
lagu Guru Malaysia dengan penuh bersemangat. Selepas itu diadakan upacara memotong
kek Hari Guru dengan iringan lagu Selamat Hari Guru daripada murid-murid.
Persembahan pentas daripada murid-murid menyusul selepas itu. Pelbagai persembahan
seperti koir, deklamasi sajak, tarian dan teater dipersembahkan. Persembahan-persembahan
tersebut ternyata amat menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.
Selesai perhimpunan khas tersebut, semua tetamu dan guru diraikan dalam jamuan Hari
Guru. Jamuan tersebut telah disediakan khas oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri
Harmoni sebagai simbolik menghargai jasa guru-guru. Jamuan tersebut mengakhiri
sambutan
Perayaan
Hari
Guru
peringkat
sekolah
pada
tahun
ini.
Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai
objektif menunjukkan penghargaan kepada guru-guru. Guru Besar amat berpuas hati dan
melahirkan rasa gembira terhadap kerjasama dan usaha gigih para pelajar dalam merealisasi
majlis tersebut.

CONTOH KARANGAN LAPORAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT


SEKOLAH
Laporan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Pada 3 September 2012 , Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 telah mengadakanSambutan
Kemerdekaan Peringkat Sekolah di Dewan Seri Perling. Sambutan ini diadakanadalah
untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55 pada tahun ini .Sambutan
yang gilang-gemilang itu telah dimulakan pada pukul 8 pagi.
Selain itu, sambutan ini juga telah dipimpin oleh Puan Engku Fazlina
selaku pengerusi majlis. Tetamukehormat, iaitu Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Seri Perling 2 telahmenyempurnakan acara perasmian sambutan kemerdekaan peringkat
sekolah tahun 2012.Tidak ketinggalan juga, Puan Maselah binti Mohd. Tahir, Guru Besar
Sekolah KebangsaanSeri Perling 2 turut menyampaikan sepatah dua kata . Acara pada hari
itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesarannegeri Johor, lagu sekolah
dan lagu 1 Malaysia. Seterusnya, sambutan dimeriahkan lagidengan nyanyian hebat lagu
Jalur Gemilang dan 1 Malaysia dari Lim Kok Wing Universiti gabungan pelajar-pelajar
tahun 3 Cemerlang, 5 Cemerlang dan Pasukan Koir Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2.
Terukir senyuman di bibir Para Guru Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 apabila
melihat persembahan tersebut.Usai sahaja persembahan itu, para tetamu telah dijamu
dengan sedikit santapan ringan yang telah ditaja oleh Noor Aini and Family Catering.
Selepas itu, sambutan kemerdekaan diteruskan lagi dengan Pertandingan Nyanyian
Lagu Patriotik yang telahdiadakan di kantin sekolah. Terbukti kehebatan Murid-murid
Sekolah Kebangsan Seri Perling 2 kerana dapat menyanyikan lagu patriotik dengan baik
sekali. Pemenang tempat pertama pertandingan ini telah diungguli oleh adik Siti Nur Diana
dari kelas 5 Cerdas.Setelah itu, Encik Idris, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Seri Perling 2 bersama beberapa orang guru pergi ke kelas-kelas untuk
menyaksikan marhaban yang telah dipersembahkan oleh kelas-kelas yang terlibat. Selain itu,
Pertandingan Kelas Paling Patriotik turut diadakan sempena Sambutan Kemerdekaan Tahun
2012. Guru-guru yang berkenaan akan menilai kelas-kelas ini untuk mencari pemenangpemenangnya

You might also like