You are on page 1of 1

Soalan 1 : Tulis catatan harian tentang sambutan Hari Guru yang diadakan di sekolah kamu.

Rabu, 16 Mei 2012

7.30 pagi - Semua guru dan murid berkumpul di dalam dewan untuk menyertai
perhimpunan bersempena dengan sambutan Hari Guru. Ahli-ahli
jawatankuasa PIBG juga hadir pada pagi itu untuk menyambut Hari Guru
bersama-sama.

8.00 pagi - Guru Besar, Pengerusi PIBG dan Ketua Murid menyampaikan ucapan.
Guru Besar mengucapkan Selamat Hari Guru dan memuji sikap guru
yang berdedikasi menyampaikan ilmu tanpa jemu serta menasihati
semua murid agar sentiasa menghormati gur-guru yang banyak menabur
jasa.

9.30 pagi - Murid-murid Tahun 2 mempersembahkan tarian tradisional masyarakat


Malaysia, iaitu Tarian Kipas, Tarian Zapin, dan Tarian Bharata Natyam.
Persembahan mereka sungguh menarik dengan gerak-geri yang lemah
lembut memukau hati para penonton. Murid-murid Tahun 6 turut
membuat persembahan nyanyian lagu-lagu moden yang rancak pada
hari itu. Cikgu Tan dan Cikgu See juga mempersembahkan nyanyian
yang sangat menghiburkan.

11.00 pagi - Semua murid berkumpul di padang sekolah untuk menyaksikan


pertandingan sukaneka antara kumpulan guru dengan kumpulan murid.
Acara yang dijalankan antaranya membawa bola pingpong dalam sudu,
tarik tali dan lari dalam guni. Semua murid bersorak memberi sokongan.
Kumpulan guru yang diketuai oelh Cikgu Salleh muncul juara.

12.00 tengah hari - Sambutan Hari Guru pada tahun ini diserikan dengan anugerah guru
cemerlang, guru aktif dan guru sihat. Pengerusi PIBG sekolah telah
menyempurnakan acara ini. Murid-murid bertepuk tangan ketika guru
mereka menerima hadiah.

1.10 petang - Semua murid pulang ke rumah dengan riang. Semog asambutan Hari
Guru pada tahun hadapan lebih meriah dengan persembahan daripada
murid-murid serta guru-guru.

You might also like