You are on page 1of 3

Laporan Sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan peringkat sekolah, Sekolah Kebangsaan

Sung Siew

Pada 25 Mei 2017 Sekolah Kebangsaan Sung Siew telah mengadakan sambutan hari guru dan peringkat sekolah.Semua murid dan
guru-guru terlibat dalam majlis ini.Majlis ini diadakan di astaka sekolah ini.Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua
PIBG, Encik Daniel Lo.

Tujuan majlis ini diadakan,adalah untuk menghargai jasa guru yang telah mengajar dan mendidik murid-murid sehingga berjaya di
samping menyambut perayaan Kaamatan yang merupakan Sambutan untuk kaum kadazan.

Semua murid, guru-guru dan ibu bapa turut datang ke sekolah dengan perasaan gembira.Murid-murid membawa pelbagai jenis
hadiah untuk diberi kepada guru masing-masing. Murid-murid, ibu-bapa dan guru-guru juga turut tidak ketinggalan untuk
mengenakan pakaian tradisional mengikut kaum masing-masing pada hari tersebut. Suasana pada hari itu sungguh meriah.

Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya ialah bacaan ikrar oleh guru-guru, persembahan dari murid-murid,
pertandingan pakaian tradisional dan tarian sumazau beramai-ramai. Aktiviti- aktiviti berjalan dengan lancar dan meriah.

Pada jam 12.00 tengahari, acara jamuan makan telah diadakan untuk semua guru-guru.Pelbagai juadah telah disediakan. Acara
cabutan bertuah juga telah disempurnakan. Guru-guru berasa sungguh gembira.
Tepat pukul 1.30 petang, majlis tersebut bersurai. Semua guru berasa sangat gembira.

Yang benar,

_______________________

(MUHAMMAD SYAFIQ)
Setiausaha,
Sambutan Hari Raya dan Pesta Kaamatan
LAPORAN BERGAMBAR

You might also like